Daging Masak Blackpepper

Hari Sabtu yang lepas Cik Qila masak Daging Blackpepper atau Daging Masak Lada Hitam untuk makan tengah hari. Dari Subuh dah keluarkan daging untuk direndam dalam sink. Sambil tunggu daging lembut, Cik Qila settlekan masuk kain baju dalam mesin basuh, lipat kain jemuran hari Jumaat dan clearkan meja kopi merangkap work station sementara. Cadar bilik pun Cik Qila siap tukar. Memang dah jadi rutin untuk Cik Qila tukar cadar, tuala dan kain lap sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau datang mood M tu, lajak lah sikit sampai dua minggu. Settle mengemas, solat sunat dhuha dulu. Dalam pukul 10.30, Cik Qila pergi check daging. Nampak macam dah mula lembut. Bolehlah mulakan proses memasak. Jom kita layan resepi. Macam biasa, Cik Qila ambil resepi dari Che Mat Tiffin Biru dan sesuaikan bahan untuk dua orang makan. 

daging masak blackpepper

DAGING MASAK BLAKPEPPER 

Bahan-bahan:
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan dan perap sekejap)
10 kuntum cedawan butang, belah 2 setiap 1 – Cik Qila tak letak 
4 – 5 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama Puteri)
1 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang dikerat pendek – Cik Qila tak letak 
1/2 cawan air
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan daging dan goreng sekejap. Tambah sos lada hitam dan kicap cair. Kacau rata dan biar daging mesra dengan bahan2 tadi. Tuang air dan masak hingga daging empuk, guna api kecil.
  2. Bila pekat, masukkan bawang besar dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi kicap cair. Akhir sekali masukkan batang bawang,kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk lain.

Senarai Home Office dan Cawangan Shaklee Seluruh Malaysia

Teks dan gambar : Aqilah Rohizad

Pada yang berminat untuk menjadi ahli atau membeli sendiri sebarang produk Shaklee tanpa melalui upline, atau selain daripada kaedah online, anda boleh datang ke mana-mana pejabat cawangan Shaklee yang berada di seluruh Malaysia. Di entri ini, Cik Qila akan kongsikan khas buat para pembaca blog ini lokasi dan alamat pejabat-pejabat cawangan Shaklee. Sepanjang berkecimpung dalam bisnes Shaklee, Cik Qila hanya berpeluang untuk ke dua buah pejabat sahaja iaitu Home Office di Sunway Pinnacle dan pejabat cawangan Shaklee Kuala Lumpur. 

Home Office (Ibu Pejabat Shaklee Malaysia)

Ibu pejabat Shaklee Malaysia terletak di Sunway Pinnacle. Hampir sangat dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid tu. Alamat penuh adalah seperti berikut:

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9,
The Pinnacle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Waktu operasi :

Isnin – Sabtu:     10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Emel : customerinquiry@shaklee.com.my

Kaunter dan ruang menunggu di HO

Semasa pertama kali jejakkan kaki ke HO ni, Cik Qila teruja campur berdebar sebenarnya. Sebab security featuresnya sangat canggih pada pandangan Cik Qila. Melangkah saja masuk ke dalam lobi, kita akan disambut oleh satu ruang legar yang besar. Kad pengenalan perlu diserahkan kepada petugas kaunter atau polis bantuan yang bertugas. Selepas kad pengenalan di”scan”, kita akan dapat kad akses untuk naik ke atas. Kalau datang semula ke sini, tak payah daftar masuk di kaunter. Pergi sahaja ke “self check-in” kiosk. Masukkan kad pengenalan, dan mesin tu akan terus keluarkan kad akses untuk kita. Canggih kan?

Bila nak naik lif, kita perlu sentuh kad akses tu pada lif, sentuh nombor 9 di skrin, dan lif akan terus bawa kita ke Level 9. Dalam lif takde butang-butang tingkat untuk ditekan ye. Sebab kita dah “touch” awal-awal dekat luar. Gambar di atas tu adalah susun atur kaunter dan ruang menunggu semasa kita beli barang.

Selain daripada itu, di HO ni juga ada ruang permainan kanak-kanak, bilik seminar, tandas dan meja-meja perbincangan. Sementara order barang, boleh tinggalkan anak-anak main dekat “mini playground” tu. Lagi-lagi masa hari closing. Mesti sibuk nak kira-kira untuk cukupkan UV ye dak? 

Gambar di atas tu gelap dan takde orang bukan sebab apa. Waktu itu hari Ahad, HO tak dibuka. Tapi Cik Qila hadiri kelas anjuran Master Zahirah waktu tu. Sambil-sambil ambil lah gambar sekali untuk tujuan blog ni.

Pejabat Cawangan Shaklee Kuala Lumpur

Alamat penuh:

No. 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai, Kuala Lumpur

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat:     10.00 pagi -7.00 malam

Sabtu  minggu pertama dan ketiga : 10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Rumah Cik Qila sebenarnya lebih hampir dengan Shaklee KL dan disebabkan itu jugalah Cik Qila dan Encik Zauji memang “prefer”untuk beli barang di sini. Pejabatnya lebih kecil berbanding HO di Sunway. Maklumlah, nama pun cawangan kan. Masuk saja pintu, boleh terus nampak kaunter dan ada beberapa meja untuk perbincangan dan menunggu. 

IMG-20170205-WA0026
Di hadapan Pejabat Shaklee KL

Untuk alamat pejabat-pejabat lain boleh lihat di bawah. 

Pejabat Cawangan Shaklee Ipoh

32, Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh.

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat:     10.00 pagi -7.00 malam

Sabtu  minggu pertama dan ketiga : 10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Telefon: 605-241 8260

Fax: 605-241 8263

 

Pejabat Cawangan Shaklee Pulau Pinang 

No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,

Pusat Komersial Sunway Perdana,

13700 Seberang Jaya,

Pulau Pinang.

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat:     10.00 pagi -7.00 malam

Sabtu  minggu pertama dan ketiga : 10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Tel: 604 – 383 8261
Fax: 604-383 8560

 

Pejabat Cawangan Shaklee Kota Bharu

19, Section 25, Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu.

Waktu operasi :

Ahad hingga Khamis : 10.00 pagi hingga 7.00 malam

Sabtu (minggu pertama dan ketiga) : 10.00 pagi hingga 7.00 malam

Jumaat : Tutup

Telefon: 609-747 8688

Fax: 609-747 7711

Pejabat Cawangan Shaklee Johor Baharu

47, 49 & 51, Jalan Molek 3/20, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat:     10.00 pagi -7.00 malam

Sabtu  minggu pertama dan ketiga : 10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804

 

Pejabat Cawangan Shaklee Kota Kinabalu

Lot 4.1, Neutron Point,Lorong Poin Neutron, Jalan Lintas Khidmat,88300 Kota Kinabalu.

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat:     10.00 pagi -7.00 malam

Sabtu  minggu pertama dan ketiga : 10.00 pagi -7.00 malam

Ahad : Tutup 

Telefon : 6088-393 848

Fax: 6088-393 851

Info yang Cik Qila baru dapat ialah, Home Office Shaklee akan berpindah ke lokasi baru yang lebih canggih dan best daripada sekarang ni. Sebaik sahaja Shaklee announce office baru dah siap, Cik Qila akan terjah dan tulis di blog ni, okay?

Sekarang anda dah ada senarai pejabat cawangan Shaklee ni, boleh lah anda membeli secara direct di kaunter atau pun untuk tujuan pendaftaran ahli. Kalau nak daftar sendiri, isikan nombor ID Cik Qila pada borang pendaftaran tu tau. Barulah mudah untuk Cik Qila bagi panduan nanti. Cara-cara mendaftar keahlian boleh rujuk di SINI. 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan keahlian atau produk Shaklee, hubungi Cik Qila di

WHATSAPP : +6017 – 264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health

LAT Fighters Tinju Retreat #1. Oh Seronoknya Bisnes !!

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

LAT Fighters Tinju Retreat #1 adalah kelas retreat pertama yang dianjurkan oleh Master Zahirah dan suaminya Master Hafizan untuk tahun 2017. Group LAT Fighters Tinju ditubuhkan oleh mereka sebagai inisiatif untuk kembangkan potensi anak cucu di bawah susur galur Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kalau sebelum ini Cik Qila ada menulis tentang kelas di Secret Group FB Team Pursuit, tapi kelas khas Master Zahirah ini bukan secara online tetapi memang betul-betul seolah-olah kita berada di dalam kelas dan pensyarah sedang mengajar di depan. Selama ini, hanya dengar nama dan baca kisah inspirasi, tapi kali ini, dapat berjumpa sendiri dan menadah ilmu dengan mata kepala sendiri. Lain sungguh auranya. 

Kelas ini diadakan di HQ Shaklee iaitu di Sunway Pinnacle pada 12 Mac 2017. Ya, kami bersungguh-sungguh keluar dari kepompong selesa untuk menuntut ilmu di hari Ahad. Sedang orang lain masih bergolek di tilam empuk memeluk anak dan suami, kami dah terpacak di lobi Sunway Pinnacle seawal 9 pagi lagi. Cik Qila memang sangat suka pergi ke kelas. Sebelum serius berbisnes dulu, Cik Qila suka sertai seminar ilmu oleh tokoh-tokoh agama seperti Yasmin Mogahed dan Nouman Ali Khan. Kini, bila nak fokus bisnes, Cik Qila kejar pula kelas-kelas oleh Masters dalam Shaklee. Kelas online lagi-lagi untuk personal branding pun Cik Qila hadiri. Contohnya, Tuan Al Irfan Jani, Cikgu June Mohd Som dan sifu Faisal Abdullah. Pendek kata, Cik Qila memang sukakan ilmu lah. Dan jika ada masa, mesti akan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. 

Jadi, apa yang Cik Qila belajar dalam kelas LAT Retreat ni?

Sesi kami dimulakan dengan soal jawab dan tips untuk berjaya. Contohnya tips untuk ubah mindset. Bagaimana kita nak melawan akal jahat dalam diri yang sentiasa berbisik kepada kita untuk hentikan bisnes. Bagaimana nak mendepani soalan-soalan dari customer. Bagaimana nak menulis storytelling berkesan di FB. Semua itu dikongsikan oleh Master Zahirah dan Hafizan juga dari leaders yang lain. Contohnya Kak Raihanah yang memberi tips tentang bagaimana menjual berbotol-botol Vivix sebulan. Dan tak lupa juga tips menjual secara offline. 

Satu yang Cik Qila kagum adalah kegigihan ibu-ibu membawa anak mereka bersama untuk join kelas. Yang bertolak seawal Subuh dari Pahang ke Sunway Pinnacle, yang memandu dari Melaka. Yang sambil mendengar tips, sambil menyusukan anak di balik tudung. Anak-nak berlari dari depan ke belakang tak kurangnya juga. Betullah kata orang-orang hebat, nak berjaya takkan ada alasan. Anak kecil pun tak menjadi alasan untuk mereka ini hadir ke kelas. 

Jom layan gambar.

dav
Cik Qila dan Master Zahirah
LAT Retreat
Doakan kami capai target kami!!
dav
Cik Qila, Master Laila, Mommy Mimie, Senior Key Codi Athirah

Jom sertai Shaklee. Hubungi Cik Qila di nombor di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Pengedar Shaklee Balakong, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya

Special Coaching Untuk Team Pursuit

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

Semalam tarikh 15 Mac 2017, Cik Qila buat sesi “coaching” khas untuk anak didik yang berada di bawah susur galur Cik Qila. Ya, dalam bisnes Shaklee, sesiapa yang berdaftar menjadi ahli di bawah seorang Shaklee Independent Distributor dan komited untuk menjana income sehingga 4-5 angka sebulan, wajar ada team yang hebat. Upline yang berwibawa dan bertanggungjawab wajib didik dan bimbing anda sehingga berjaya. Dan Cik Qila adalah salah seorang daripada SID yang berwibawa dan akan terus bertanggungjawab memberi sehabis baik untuk team Cik Qila. InsyaAllah. 

“Di mana Cik Qila jalankan kelas ni?”

Cik Qila ada satu Secret FB Group yang dibangunkan khas untuk anak cucu Cik Qila di Team Pursuit. Di dalam group rahsia itulah Cik Qila berkongsi tips untuk memulakan bisnes, tips untuk membina personaliti di FB, tips untuk melawan ketakutan dan melawan persepsi negatif dan sangka buruk dalam perniagaan. Macam-macam lagilah yang dikongsikan. Dan group tu akan sentiasa dikemaskini dengan info terbaru dari Shaklee ataupun kelas-kelas yang boleh kita sertai. Group ini bukan hanya terhad kepada mereka yang ingin fokus bisnes, tetapi sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli Shaklee dan hanya untuk “own consumption”. Bijak tau mereka ni. Walaupun tidak berminat untuk bisnes, masih lagi mendaftar jadi ahli di bawah Cik Qila untuk nikmati kelebihan-kelebihan yang customer biasa takkan dapat. Untuk kelebihan menjadi ahli Shaklee, boleh klik ni SINI. 

Berbalik kepada kelas di Secret Group tadi, kelas Cik Qila semalam menggunakan format FB Live. Mark Zukerberg dah bagi kemudahan untuk kita guna, jadi kita manfaatkanlah sebaiknya. Ada bagusnya juga. Pada pandangan Cik Qila lah, menggunakan method FB Live ini menjimatkan masa, dan seolah-olah macam bertalaqqi lutut bertemu lutut dengan anak cucu. Boleh dengar suara, boleh buat demo secara “live”. Nak dijadikan cerita, ada pula yang kata Cik Qila garang bila bersuara. Mana taknya, memek muka tak dapat nak dilihat sebab ditutup dengan niqab. Siap kata tegas dan gigih betul Cik Qila bagi tugasan semata-mata nak lihat anak cucu berjaya. Cik Qila bukan nak garang tak bertempat ye. Garang bersebab. Dan atas tanggungjawab untuk curahkan ilmu. 

Pada yang nak bersama-sama buat bisnes Shaklee dengan Cik Qila di Team Pursuit, amatlah dialu-alukan. Tapi ingat, Cik Qila bagi “warning” awal-awal. Bersedia untuk dijerit dan dicubit sepanjang proses “coaching” tau………. (“,) 

Dalam kepala dah fikir topik yang Cik Qila nak kupas dalam kelas seterusnya. Doakan kita semua berjaya dunia akhirat ya!!

7 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Kekuatan Tulang

Teks : Aqilah Rohizad                                                                                                                             

Foto : Aqilah Rohizad, Google, Shaklee Today 

Tulang adalah rangka badan kita yang membantu kita untuk berdiri dan bergerak serta melindungi organ di dalam tubuh. Selain daripada itu, tulang juga menjadi tempat simpanan mineral-mineral penting. Tulang juga adalah struktur asas badan kita dan penjagaan tulang yang betul adalah penting untuk memastikan kita terus sihat dan kekal muda walaupun meningkat usia.

Tulang tumbuh dan berubah sepanjang hidup kita. Bagaimana tulang berubah? Badan kita akan menggantikan tulang yang rosak dan membina tulang baru. Perubahan ini dapat dilihat sejak bayi dan sehinggalah kita meningkat dewasa. Walaubagaimanapun, selepas mencapai jisim tulang optimum di umur yang tertentu, tulang tidak dapat dibina lagi bahkan badan akan makin kehilangan jisim tulang. Apabila jisim tulang mula berkurangan, kita akan terdedah dengan penyakit tulang seperti osteoporosis.

Seorang individu dewasa disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari, manakala kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun memerlukan 1300mg kalsium sehari. Bagi individu berusia lebih 50 tahun pula disarankan untuk mengambil sekurang-sekurangnya 1200mg sehari.  Bagaimana pula dengan ibu hamil dan menyusu? Golongan ini juga disarankan untuk mengambil sehingga 1200mg kalsium sehari. 

Selain daripada kesihatan tulang, kalsium juga bermanfaat untuk mengaktifkan saraf, melancarkan peredaran darah, membantu pengecutan otot, mengurangkan simptom PMS seperti perut kembung, “period cramp”, kembung air dan “mood swing”. 

Bagaimana Untuk Membina Tulang Yang Sihat?

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembinaan dan kekuatan tulang. 99% kalsium di dalam badan sebenarnya disimpan di dalam tulang. Akan tetapi, kalsium sahaja tidak mampu untuk membina tulang yang kuat. Oleh itu, kalsium perlu dibantu oleh beberapa mineral penting yang menyokong penghasilan tulang yang kuat. Gabungan kalsium dan mineral ini akan membentuk kristal keras yang akan memberikan tulang kita kekuatan dan struktur yang diperlukan. 

Selain daripada kalsium dan mineral, gaya hidup yang sihat juga membantu pertumbuhan tulang yang lebih baik. Senaman yang kerap memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketumpatan tulang dan mengelakkan tulang rapuh apabila kita semakin dewasa. Senaman “weight-bearing” berimpak tinggi adalah antara senaman yang terbaik untuk kekuatan tulang. 

Kajian telah menunjukkan bahawa merokok meningkat risiko tulang retak dan sekiranya itu berlaku, menyebabkan proses pemulihan menjadi agak perlahan. Jadi, berhentilah merokok untuk kesihatan tulang. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga menyumbang kepada osteoporosis dan proses pemulihan yang perlahan. 

mineral untuk tulang
Mineral penting untuk kesihatan tulang

Makanan Tinggi Kalsium

1. Susu merupakan sumber kalsium yang paling popular. Anda boleh memilih untuk minum susu tepung, susu dipasteur atau susu yang diperah segar dari lembu atau kambing. Terdapat pelbagai jenama susu di pasaran mengikut jenis, perisa dan kaedah penstoran yang boleh dipilih. 

Susu
Susu

2. Sayur-sayuran hijau. Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, bok choy dan “collard greens” tidak hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mempunyai nutrien lain seperti vitamin A. Brokoli juga mempunyai dua kali lebih vitamin C daripada buah oren.

sayur hijau
Sayur-sayuran hijau

3. Buah tin. Dalam Bahasa Inggeris, buah tin dipanggil “figs” dan juga telah disebut di dalam Al-Quran. Setengah cawan buah tin kering mengandungi 121mg kalsium. Selain itu, buah tin turut mengandungi magnesium yang membantu dalam fungsi otot. 

buah tin
Buah tin

4. Buah oren. Siapa tahu buah oren juga mengandungi kalsium? Sebiji oren bersaiz besar mengandungi 74 mg kalsium manakala secawan jus oren mengandungi 27 mg kalsium. 

orange.jpg
Buah oren

5. Ikan sardin. Ya, ikan sardin di dalam tin beserta tulangnya kaya dengan kalsium, vitamin B12, dan vitamin D. 

ikan sardin
Ikan Sardin

5. Ikan salmon. Jika anda tidak berkemampuan untuk membeli ikan salmon segar yang harganya boleh menjangkau RM 20-RM 30 sepotong, ikan salmon dalam tin boleh dijadikan alternatif sumber kalsium. Separuh tin ikan salmon boleh membekalkan 232 mg kalsium.

ikan salmon
Ikan salmon

7. Bendi. Percaya tak selain daripada membekalkan 82mg kalsium untuk secawan bendi, sayur hijau ini juga mempunyai vitain B6 dan folate. 

sayur bendi
Bendi

OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk memastikan keperluan harian kalsium, magnesium, Vitamin D dan mineral lain yang penting untuk tulang dipenuhi, Shaklee telah memperkenalkan Ostematrix yang turut dilengkapi dengan Zink, Boron, Mangan dan Kuprum. 1 caplet Ostematrix membekalkan 250mg kalsium dalam bentuk Kalsium Karbonat, Kalsium Sitrat dan Kalsium Sitrat Malate. 

oste-matrix

Selain menguatkan tulang, Ostematrix juga membantu untuk memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, melegakan stres, memperbaiki masalah haid, dan mengurangkan hiperaktiviti dalam perut dan sakit gastrik. 

Nak dapatkan supplemen khas untuk penjagaan tulang? Hubungi Cik Qila sekarang di

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

Ummi Kan Keluarga 

Cerita dalam kereta petang semalam. Macam biasa, Cik Qila jemput anak-anak balik sekolah.

Syahmi : Ummi, kawan abang kan ummi ramai tinggal kat surau tu ummi. Surau Al-Amin.

Alisya : Aah ummi. Kawan saya pun ramai yang duduk Putrajaya. Diorang duduk kat presint-presint.

Ummi : Memang lah akak, abang. Kawan-kawan abang akak ramai duduk Putrajaya, sekolah kat Putrajaya. Kita ni je yang duduk luar Putrajaya tapi sekolah kat sini.

Alisya : Kenapa diorang duduk sini?

Ummi : Ye lah, mak ayah diorang kerja sini, banyak pejabat-pejabat kerajaan, dah tinggal sini, sekolah pun kat sinilah.

Syahmi : Tu lah ummi. Masa tu abang jumpa ramai kawan abang. Sebab kitorang solat maghrib kat surau masa tu. Pakai baju sekolah pulak tu.

Ummi : Kenapa boleh solat maghrib kat surau tu?

Syahmi : Abah la, bawak kitorang pergi pasar jalan-jalan balik dari sekolah. Mama pun ada. Tak sempat naj balik rumah, solat kat situ. Sekali nampak ramai kawan abang.

Alisya : Aah ummi. Abah bawak jalan pergi pasar. Masa tu satu keluarga pergi kecuali ummi.

Ummi : (Saja nak tanya soalan nakal) Emm, ummi ni keluarga tak?

Syahmi & Alisya serentak jawab : Keluarga..

Dan ummi pun senyum di sebalik niqab. 😊😊

Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Perihal Si Gigi Bongsu

Teks: Aqilah Rohizad

Foto : Aqilah Rohizad & Google

Dalam meniti usia dewasa ni, wajib di kalangan kita untuk merasa seksanya tumbuh gigi geraham bongsu. Kenapa Cik Qila kata seksa? Sebab kesakitannya boleh buatkan sakit kepala, mood ke laut, hilang selera makan, rasa nak marah dan hilang berat badan. Gusi bengkak, kadang bernanah. Nak buka mulut pun sakit apatah lagi nak mengunyah makanan. Bubur nasi lembut sajalah yang bantu alas perut. Disebabkan kesakitan yang dialami inilah Cik Qila terpanggil untuk menulis entri berkenaan gigi bongsu.

Apa Itu Gigi Bongsu?

Memetik tulisan Dr. Husna Razak di sini, gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh du bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang. Dalam Bahasa Inggeris pula disebut sebagai “third molar”. Kebiasaannya, seorang manusia dewasa akan mempunyai 4 batang gigi bongsu, dua di atas dan dua di bawah. Gigi bongsu ini akan mula tumbuh pada tahun 18 tahun atau lebih. 

Mengapa Gigi Bongsu Itu Menyakitkan?

Mungkin ada yang terfikir, mengapa pertumbuhan gigi bongsu ini amat sakit? Tidak seperti gigi susu atau kekal yang lain? 

Ini kerana kadang kala gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Ada dua punca utama kepada masalah ini:

  1. Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika seseorang itu mempunyai rahang yang kecil
  2. Dihalang gigi lain. Seperti gigi geraham besar kedua yang tumbuh di hadapan gigi bongsu.

Gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh dengan sempurna dipanggil gigi terimpak atau “impacted tooth”. Gigi yang separa terbenam di dalam rahang ini akan menyebabkan kesakitan sekiranya:

  1. Pericorontis atau radang gusi. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh menjadi lubuk pembiakan bakteria apabila sisa makanan terkumpul di situ. Antara ciri-ciri pericorontis adalah gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir dan bernanah. Jika berlanjutan, boleh menyebabkan bengkak di bahagian muka dan sukar untuk membuka mulut. 
  2. Karies gigi. Gigi terimpak yang dihalang tumbuh oleh gigi depannya akan mudah mendapat karies gigi atau pereputan struktur gigi. Senang kata karies gigi ni adalah gigi yang berlubang. Sakit tau!!
  3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis). Ini adalah penyakit gigi yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Gigi bersebelahan dengan gigi bongsu tersebut mungkin akan jadi sangat longgar dan mungkin menyebabkan gigi lain terpaksa dikorbankan.
  4. Penyakit patalogi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Bengkak yang pada mulanya kecil dan membesar dalam sesuatu tempoh masa mungkin adalah tanda-tanda awal tumor.

 

kedudukan-geraham-bongsu-terimpak

 

Gambar ini adalah contoh bagaimana geraham bongsu mengalami kesukaran untuk tumbuh. Ada yang tumbuh menyenget, ada yang lurus, ada yang melintang. Kita rasa sakit sebab gigi tak cukup ruang atau tak tumbuh dengan cara yang sepatutnya. 

Bagaimana Untuk Merawat Gigi Geraham Bongsu Yang Sakit?

Cara paling mudah untuk melegakan rasa sakit adalah dengan mencabut gigi bongsu tersebut secara pembedahan. Tapi, Cik Qila percaya, ada di kalangan kita yang lebih rela menanggung sakit kerana sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. 

Pembedahan akan dilakukan menggunakan bius setempat atau “local anaesthesia” dan mungkin akan mengambil masa antara 20 minit sehingga 1 jam, bergantung kepada tahap kesukaran. 

Di sini ada Cik Qila sertakan video bagaimana pembedahan mengeluarkan gigi geraham bongsu ini dijalankan. 

Bagi sesetengah kes, gigi dah tumbuh lurus cantik tetapi terdapat lebihan gusi yang menutup geraham bongsu. Kes ini dinamakan “operculum”.  Operculum ini boleh terkepit atau hancur di antara gigi dan gigi bersebelahan semasa mengunyah makanan. Ini menyebabkan tisu operculum dan kawasan sekitarnya mengalami keradangan. Sisa makanan yang tertinggal di dalam operculum ini juga boleh menyebabkan jangkitan kerana menjadi tempat bakteria membiak. 

Menurut doktor gigi, rawatan mudah untuk masalah gigi melibatkan operculum ini adalah “deep scaling” atau mencuci gigi. Rawatan kedua adalah pemotongan lebihan gusi tersebut yang dipanggil “Operculectomy”. 

 operculectomy

Bila dah dibuang lebihan gusi ni, rasanya kuranglah risiko untuk diserang radang atau nanah bila sisa makanan terkumpul. Akan tetapi, penjagaan oral yang betul juga perlu dititikberatkan.

Supplemen Shaklee Untuk Sakit Gigi?

 

“Cik Qila, Shaklee ada tak supplemen untuk kurangkan sakit gigi?”

 

Jujurnya, jika sakit yang melibatkan gigi adalah lebih baik untuk dirujuk ke klinik gigi untuk diperiksa oleh mereka yang lebih pakar. Tapi, jika nak makan supplemen untuk kesihatan gigi yang baik dan berpanjangan, ada beberapa vitamin yang Cik Qila boleh cadangkan. 

Sustained Release Vita C Plus

vita-c-plus-transparent

Vitamin C penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Selain daripada itu, vitamin C juga membantu meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

 

Ostematrix

oste-matrix

Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan Ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

Garlic Complex

garlic-complex

Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semula jadi untuk masalah sakit gigi memang telah dipraktikkan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria. Bawang putih mengandungi alisin yang memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan dan antibiotik semula jadi. 

Apa pun, Cik Qila nasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor gigi ya sekiranya sakit gigi makin melarat. Selain daripada supplemen, penjagaan gigi yang baik seperti memberus, flossing dan berkumur dengan cecair khas juga penting untuk pastikan kesihatan gigi yang sempurna.

Nak dapatkan supplemen khas untuk penjagaan gigi? Hubungi Cik Qila sekarang di

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee