Bawang Putih Pembunuh Cacing 

intestinal-worms

Bila nak mula menulis tentang cacing dalam perut ni, teringat zaman sekolah dulu-dulu. Jururawat berbaju putih datang buat medical check up  kat sekolah. Ukur tinggi, timbang berat, check degupan jantung. Pastu, tulis dalam buku rekod kesihatan yang warna biru tu. Kalau ada injection, pun akan diupdate segala mak nenek dalam tu lah. Tak lupa juga, ada yang kena makan ubat cacing.

Persoalannya sekarang, adakah ubat cacing masih diperlukan even kita dah dewasa ni? Sebelum tu, meh Cik Qila share sikit macam mana cacing boleh masuk ke dalam badan kita.

JANGKITAN CACING

Jangkitan cacing boleh berlaku pada semua orang tidak mengira usia. Akan tetapi, jangkitan ini kerap berlaku kepada kanak-kanak. Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 billion. Cacing boleh membiak di dalam badan manusia apabila seseorang itu tanpa sedar telah makan makanan yang dicemari dengan telur cacing. Contohnya, apabila kita membeli makanan di gerai-gerai yang tidak dimasak dengan sempurna.

Telur cacing akan menetas di dalam usus kecil, kemudian akan membesar dengan mendapat zat makanan di usus ketika proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawa dan bunting lalu bergerak ke usus besar dan rektum. Kemudiannya, telur cacing akan keluar melalui najis.

Satu lagi cara cacing boleh menyusup masuk ke dalam badan manusia apabila mengabaikan kepentingan membasuh tangan sebelum makan. Ataupun, cacing menyusup masuk melalui kulit kaki yang terdedah.

Jadi, sebelum makan di tempat awam, pastikan dulu kebersihan dan cara masakannya. Cuci tangan sebelum makan dan pakai kasut dan selipar ketika berjalan. Jika menggunakan tandas awam, pastikan kebersihan mangkuk tandas sebelum menggunakannya.

Jangkitan cacing yang kronik boleh menyebabkan kerosakan otak, luka pada usus, sembelit dan perut kembung.

SIMPTOM JANGKITAN CACING 

Antara tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti cacing adalah:

  1. Kurang selera makan
  2. Tumbesaran terganggu
  3. Kerap muntah
  4. Kurang darah merah (anemia)
  5. Cepat rasa lemah dan letih
  6. Abdomen yang kembung
  7. Kegatalan pada kulit kaki dan lubang dubur
  8. Mulut berbau
  9. Hilang berat badan

 

BUNUH PARASIT DENGAN BAWANG PUTIH 

Selain daripada digunakan dengan meluas di dalam masakan, bawang putih telah dikenalpasti sebagai antibiotik semulajadi dan makanan anti-parasit yang membantu mengatasi pelbagai jenis cacing di dalam perut. Bawang putih mentah mengandungi “allicin”, sejenis sebatian organosulfur yang bersifat anti-parasit. Bawang putih juga mempunyai ciri anti-bakteria, anti-kulat dan antiseptik semula jadi yang dapat membunuh mikrob di dalam badan.

Tapi, allicin hanya terhasil apabila bawang putih diketuk atau dihancurkan. Allicin inilah yang memberikan aroma kepada bawang putih segar. Walaupun berkhasiat, allicin ini bersifat tidak stabil dan akan hilang begitu sahaja.

Mesti ada yang terfikir cara macam mana nak makan bawang putih ni kan? Antara petuanya adalah dengan amalkan 3 biji bawang putih mentah (yang dah dipecahkan ye). Pastikan perut kosong sebelum telan, setiap hari selama seminggu.

Cara yang kedua adalah didihkan 2 biji bawang putih hancur dalam satu setengah cawan susu. Juga diminum semasa perut kosong selama seminggu.

Amacam? Ada berani?

garlic

GARLIC COMPLEX

Fret not my dearest (speaking London pulok) :). Bagi yang tak sanggup nak telan bawang putih mentah-mentah, jangan risau. Di Shaklee, kami sentiasa membantu anda (macam kenal tagline tu…).

dav

Garlic Complex dibuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, Amerika Syarikat sewaktu musim panas. Proses penanamannya pula adalah bebas daripada 100% racun perosak.

Pembuatannya pun sangat terkawal iaitu diproses pada keadaan suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan keaktifan Allicin pada tahap 100%.  Menggabungkan khasiat bawang putih, spearmint dan rosemary bagi meningkatkan lagi kuasa antioksida. Antara khasiat lain Garlic Complex adalah bertindak sebagai antibiotik semulajadi, mengekalkan paras kolesterol, mengekalkan paras sihat tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan pengaliran darah.

Jadi, selepas ini tak perlu runsing-runsing lagi untuk telan bawang putih bila ada masalah parasit. Garlic Complex boleh selesaikan masalah anda.

Dapatkan GARLIC COMPLEX dengan Cik Qila melalui:

WhatsApp : 017-264 4198

FB: Aqilah Rohizad

Page : In Love With Your Health

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s