Sup Ikan Merah Mengancam

Assalamualaikum. Bismillah.

Lama rasanya Cik Qila tak menulis kat blog ni. Tiba-tiba senyap sebulan tanpa khabar berita. Niat di hati masa nak mulakan blog ni dulu, nak adakan post sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Chewah!!! Hehe.

Sebenarnya Cik Qila nak kongsikan resepi Sup Ikan Merah. Hari ni, lepas solat Subuh, terus Cik Qila tengok handphone dan baru tersedar rupanya semalam nanny Shaklee ada buat kelas khas untuk anak cucu Shaklee nya di WhatsApp. Apa lagi dari pukul 7.30 pagi sampai 8.30 pagi, dok membaca conversation yang beratus-ratus sambil memahamkan ilmu.

Lepas siapkan breakfast, sambung lipat kain, terus siapkan bahan-bahan untuk masak sup ikan merah. Sup ikan merah ni antara kegemaran Encik Zauji Cik Qila. Lagi-lagi part kepala tu. Memang dia akan ratah tak tengok orang lain dah. Seperti biasa sebelum masak, Cik Qila akan google dulu resepi dari blog Che Mat Gebu Tiffin Biru. Blog ni memang antara kegemaran Cik Qila untuk dijadikan rujukan masak hidangan di rumah. Setakat ni, semua resepi yang Cik Qila cuba dari blog Che Mat ni memang berhasil walaupun ada Cik Qila olah sikit-sikit bergantung kepada bahan-bahan di rumah. Jom kita mula masak.

BAHAN-BAHANNYA :
3 keping ikan merah
1 biji kentang, kupas belah 4
2 batang putik jagung
1 batang lobak merah saiz kecil, potong ikut suka
1 sup bunjut ADABI (tak letak sebab takde)
1 batang serai, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit (Cik Qila pakai kunyit hidup)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan (takde sebab tak beli)
Bawang goreng untuk hiasan (pun tak letak sebab tak suka bawang goreng)
Sambal kicap untuk dimakan bersama sup ikan (Cik Qila gantikan dengan sambal hijau dalam botol )
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca teh lada hitam biji
1 inci halia
*ni Cik Qila blend je
BAHAN-BAHAN TUMIS 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
dav
Bahan-bahan
dav
Kentang dan rempah tumis
CARA MEMBUATNYA 
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), masukkan bahan tumis, serai titik dan tumis hingga harum. Tambah bahan tumbuk halus dan serbuk kunyit. Masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 1200ml), masukkan kentang. Kacau dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan ikan dan lobak merah, masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah putih jagung, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

 

dav
Tadaaa….

Inilah hasilnya. Ikan dah tinggal sekeping sebab gambar ni diambil masa waktu dah makan malam. Lupa pulak nak snap masa lunch tadi. Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan sambal hijau/kicap.

Selamat mencuba.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s