Kisah Cik Qila dan “Molar Pregnancy”

Bismillah.

Assalamualaikum. Buat apa semua di hari Sabtu ni? Di hari mendung ni, Cik Qila duduk di rumah saja. Pagi-pagi dah mengemas rumah, salin cadar, mop dan vacuum rumah. Sambil-sambil vacuum, baru perasan vacuum dah mintak ganti. Suction power dah takde. Apa lagi, bukalah Lazada untuk survey harga vacuum baru. Tapi hari ni, bukan nak cerita pasal vacuum tapi pasal baby. Hehe.

babycenter
My 2nd pregnancy

Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal baby ni? Saje je Cik Qila bukak website BabyCenter.com tadi. Rupanya account Cik Qila kat website ni masih ada dan lupa nak log out lepas keguguran dulu. Bukak-bukak, terus terpampang usia “anak” Cik Qila yang patutnya dah 9 bulan usianya. Hehe. 9 bulan jika Allah izinkan dia lahir ke dunia. Tapi, nak buat macam mana, masih belum ada rezeki untuk Cik Qila dan Encik Zauji nak ada zuriat sendiri. Buat masa ni, Cik Qila tumpang main-main dengan anak-anak Encik Zauji dan Kak Honey lah dulu ye. šŸ™‚

Tapi, tapi, tapi. Bukan pasal baby ini yang Cik Qila nak ceritakan. Cik Qila nak kongsi pasal “Molar Pregnancy”. Ya, masa Cik Qila mengandung kali pertama dahulu, which is pada tahun 2014, di usia kandungan 6 minggu, doktor diagnos Cik Qila kena “molar pregnancy”. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Okay, jom kita belajar serba sedikit tentang “Molar Pregnancy” ni dan adakah kita berisiko untuk menghidapinya.

APA ITUĀ KEHAMILAN ANGGUR?

Merujuk kepada Babycenter.com, “molar pregnancy” atau bahasa melayunya dikenali sebagai kehamilan molar/anggur adalah komplikasi yang jarang-jarang berlaku. Kandungan molar ini terjadi apabila telur dan sperma bertemu semasa persenyawaan tapi, sel-sel tidak membesar menjadi janin yang sihat. Jika dirujuk dalam blog Dr Sharifah, kehamilan molar/anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu berupa anggur.Ā 

kehamilan-molar1

Kebanyakan wanita yang mengalami kehamilan anggur pada awalnya akan mempunyai simptom-simptom kehamilan yang normal seperti muntah-muntah dan pening. Tetapi, setelah beberapa minggu, pendarahan akan mula berlaku dan tanda-tanda yang tidak sihat akan mula ketara.Ā 

Macam Cik Qila, di awal kandungan selalu rasa seram sejuk. Balik kerja mesti nak kena masuk selimut dulu sebab badan rasa sangat-sangat sejuk. Cik Qila tak alami muntah-muntah tapi pendarahan mula berlaku pada minggu keempat.Ā 

BAGAIMANA KEHAMILAN ANGGUR TERJADI?

Sebenarnya Cik Qila dikesan alami kandungan molar oleh doktor di wad EPAU, Hospital Sg. Buloh. Masa di penghujung minggu kelima kandungan, doktor di klinik swasta kata Cik Qila dah keguguran dan cuma perlu tunggu janin jatuh sendiri. Siap dapat ubat tahan sakit lagi. Tapi bila dah tunggu dua hari masih tiada tanda-tanda nak keluar, Cik Qila decide nak pergi ke hospital bila janin yang dikatakan keguguran tak jatuh sendiri. Minta tolong ayah hantarkan sebab Encik Zauji dah kena berkursus di Jepun waktu itu.Ā 

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila dah mula google pasal “molar pregnancy” lepas kena scan dengan doktor di hospital. Ye lah, siapa yang tak berdebar bila doktor kata kehamilan anggurĀ ni ada kecenderungan untuk jadi kanser dan tak boleh mengandung lagi sepanjang rawatan susulan selama setahun setengah. Gigih masa tu Cik Qila google dan wassap panjang-panjang ke Encik Zauji.Ā 

Rupanya kehamilan anggurĀ ni terjadi bila terdapat masalah tertentu dengan kromosom dalam telur yang disenyawakan. Dalam kehamilan normal, ibu akan sumbangkan 23 kromosom, ayah pula akan sumbangkan 23 kromosom lagi, menjadikan 46 kromosom kesemuanya. Tapi, bagi kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana kromosom yang bergabung bukanlah 46 seperti yang sepatutnya.Ā 

JENIS-JENIS KEHAMILAN ANGGUR

Ada dua jenis kehamilan anggur.

  1. Complete molar pregnancy (kehamilan anggur lengkap). Untuk jenis ini, telur yang disenyawakan tidak mempunyai kromosom daripada ibu tetapi kromosom dari bapa diduplikasikan. Kehamilan jenis ini tidak membenarkan tumbesaran janin, kantung atau embrio. Sebaliknya jika discan, yang kelihatan hanyalah tisu-tisu cyst yang kelihatan seperti gugusan anggur.Ā 
  2. Kehamilan anggur separa (partial molar pregnancy). Untuk partial molar pregnancy ni, telur yang disenyawakan mempunyai 23 kromosom daripada ibu, tetapi 2 set kromosom daripada ayah. Maksudnya, ada 69 kromosom yang bergabung berbanding 46 yang sepatutnya. Ini boleh terjadi apabila kromosom daripada ayah diduplikasi atau dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Beza dengan kehamilan angur lengkap, kehamilan anggur separa ini membolehkan uri untuk membesar. Maksudnya, akan terdapat kewujudan embrio dan kantung. Tapi, keganjilan kromosom masih lagi menyebabkan janin tak berkembang dengan cara yang sepatutnya.Ā 

kehamilan-molar2

Sebenarnya Cik Qila sendiri tak berapa pasti Cik Qila kena partial atau complete molar. Cik Qila assumed it was a partial since scan masa minggu keempat di klinik swasta ada nampak kantung. Hehe.Ā 

TANDA-TANDA KEHAMILAN ANGGURĀ 

Okay, macam mana kita nak tahu sama ada tanda-tanda kehamilan anggur atau tidak? Jom kita tengok tanda-tanda di bawah ni.Ā 

  1. Turun darah.Ā Mungkin berwarna merah terang atau coklat, berterusan atau putus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh berlaku seawal enam minggu kehamilan atau selewat 12-16 minggu. Cik Qila mula alami “brown spotting” semasa minggu keempat/kelima.
  2. Keluar tisu-tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina.Ā 
  3. Loya dan muntah yang teruk.
  4. Kekejangan perut. Kerana rahim berkembang lebih cepat daripada biasa. Cik Qila ada alami sakit-sakit perut. Masa di wad EPAU Hospital Sg. Buloh, doktor yang periksa Cik Qila beritahu yang saiz rahim Cik Qila dah macam orang hamil 12 minggu. Padahal waktu tu, kandungan baru enam minggu.
  5. Preeclampsia. Tekanan darah tinggi yang serius sebelum kandungan mencapai 20 minggu.
  6. Pucat. Kurang darah.
  7. Sindrom hyperthyroid. Berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung. Cik Qila cuma alami kesejukan.
  8. Ā Batuk darah semasa mengandung.
  9. Imbasan ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungandan rahim lebih besar daripada umur kandungan.Ā 
  10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi dari biasa. Dari ujian darah, paras hormon hCG Cik Qila sebelum D&C adalah dalam 53,000 (kalau tak silaplah).

RISIKO KEHAMILANĀ ANGGUR

Apakah risiko seorang wanita untuk mengalami kehamilan anggur? Merujuk kepada pakar Babycenter, Dr. Patrick Chia, di Malaysia, statistik kehamilan anggur adalah 2.8 dalam 1000 kehamilan dan lebih cenderung terjadi di kalangan wanita Cina, walaupun tiada sebab yang pasti.Ā 

Risiko untuk mengalami kehamilan anggur sekiranya anda:

  • berusia 40 tahun ke atas
  • mempunyai sejarah kehamilan anggur
  • mempunyai sejarah keguguran
  • tidak mendapat sejenis vitamin A (betacarotene) yang cukupĀ 

Cik Qila tidak tergolong dalam kumpulan di atas tapi masih lagi alami kehamilan molar. Jadi, mungkin kajian ini perlu dikemaskini. šŸ™‚

RAWATAN KEHAMILAN ANGGUR

Apa rawatan yang akan diberikan oleh doktor apabila seseorang itu dah disahkan mengalami kehamilan molar? Pertama sekali, ujian-ujian darah akan dijalankan dan imbasan lanjut akan dilakukan untuk mengenalpasti tahap dan komplikasi kehamilan anggur.

Kemudian, pembedahan minor dipanggil “dilatation & curettage” (D&C) akan dijalankan untuk mengeluarkan tisu-tisu molar daripada rahim. Ada yang kena full bius, ada yang kena epidural. Macam Cik Qila, kena cucuk epidural je. Jadi, I was fully awake throughout the whole process. Risau masa lepas cucuk epidural tu, sebab jari still lagi boleh gerak-gerak. Haha. Rupanya doktor tunggu sampai betul-betul dah kebas baru mulakan prosedur. Selamat. Keke.Ā 

dc

Ada sesetengah kes, sel-selĀ molar/anggur tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa D&C dan bagi kes yang lebih serius, rawatan perlu disusuli dengan sesi kemoterapi untuk memusnahkan semua sel-selĀ molar. Penting untuk semua sel-selĀ molar ini dikeluarkan dari rahim kerana terdapat kemungkinan sel-selĀ ini boleh merebak ke organ-organ lain melalui darah seperti merebak ke paru-paru, hati dan otak. Walaupun sel-sel ini boleh merebak, keadaan ini dapat dipulihkan hampir 100% setelah kemoterapi.Ā 

Selepas daripada D&C, Cik Qila masih perlu buat rawatan susulan. Perlu ke Klinik Pakar O&G di Hospital Sg. Buloh untuk periksa tahap hormon HcG dalam darah. Mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali. Bila dah makin turun, perlu check darah tiga bulan sekali, enam bulan sekali dan setahun sekali. Sepanjang tempoh ni, sepatutnya tak bolehĀ hamil sebab akan mengganggu bacaan hormon HcG tu. Makan pil pun tak digalakkan. IUD pun tak boleh pakai. Kata doktor yang rawat Cik Qila, IUD tak sesuai untuk dipakai sebab lepas kena kehamilan anggur ni, rahim sangat lembut. Kalau pakai IUD, ada kemungkinan rahim boleh koyak. Jadi, perlu merancang sendiri lah untuk tidak hamil.Ā 

Masa ni lah Cik Qila mula kenal dengan Shaklee untuk baiki rahim yang luka. šŸ™‚ Nak tahu Cik Qila consume apa dan apa yang Cik Qila buat untuk pulih emotionally daripada molar ni, kita sambung dekat entry lain pulak ye?Ā 

Sampai jumpa lagi. InsyaAllah.Ā 

InginĀ dapatkan produk-produk Shaklee sesuai dengan bajet?

Jom hubungi Cik Qila.Ā 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your HealthĀ 

 

Advertisements

2 thoughts on “Kisah Cik Qila dan “Molar Pregnancy”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s