Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Bismillah. Assalamualaikum. Di entri yang lepas ada Cik Qila kongsikan tips mendapatkan zuriat. Jadi, hari ni Cik Qila nak kongsikan bagaimana Set Kesuburan Shaklee boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana untuk hamil. InsyaAllah.

Memetik tulisan Dr. Zubaidi di blognya, satu kajian di United Kingdom telah mendapati, satu daripada tujuh pasangan di UK akan mengalami masalah ketidaksuburan.

Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan adalah lebih kurang sama dengan perangkaan di UK, walaupun tiada kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pasangan yang beru berkahwin.

Pada kebiasaannya, 85% dari pasangan yang telah berkahwin dan melakukan jima’ secara kerap (selang 2 atau 3 hari) dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan akan hamil dalam masa setahun. Sementara 15% lagi hamil selepas dua tahun mencuba. Selain daripada sejarah seksual, ada beberapa lagi faktor yang perlu diambil kira sekiranya anda dan suami masih belum mempunyai cahaya mata.

FAKTOR USIA 

Menurut laman web Babycenter.com, usia memainkan peranan dalam menentukan tahap kesuburan suami isteri. Umum mengetahui kadar kesuburan semakin berkurangan apabila usia meningkat naik. Sekiranya sepasang suami isteri berusia dalam awal 20-an, Alhamdulillah, adalah dijangkakan mereka boleh hamil dalam masa kira-kira 5 bulan. Jika isteri berusia lebih daripada 35 tahun, teruskan mencuba, tetapi jumpalah doktor lebih awal berbanding kemudian sekiranya bantuan untuk hamil diperlukan.

ibu-muda
Faktor usia mempengaruhi kesuburan

PENGIRAAN WAKTU SUBUR

Walaupun kehamilan adalah salah satu bentuk rezeki, ianya juga masih memerlukan usaha daripada kedua-dua suami dan isteri. Adalah digalakkan untuk melakukan jima’ semasa isteri sedang dalam tempoh subur.

Waktu subur atau ovulasi adalah tempoh tertentu untuk telur disenyawakan dengan sperma. Sekiranya tiada persenyawaan, telur tersebut akan mati dan gugur bersama-sama dengan dinding rahim sewaktu haid. Peluang untuk hamil adalah tinggi sekiranya jima’ dilakukan pada waktu ini. Bagaimana untuk mengira waktu subur?

Di zaman teknologi serba moden ini, terdapat banyak cara untuk kita mengira waktu subur. Pelbagai apps boleh dimuat turun melalui telefon pintar dan apps ini akan mengirakan waktu subur anda secara automatik. Kebanyakan apps seperti Period Tracker dan My Calendar boleh membantu. Hanya masukkan tarikh hari pertama dan hari terakhir datang haid serta hari kitaran haid, apps tersebut akan nyatakan jangkaan waktu subur anda untuk bulan berikutnya.

period-tracker
Apps My Calendar

Anda juga boleh menggunakan Ovulation Kit yang dijual di farmasi untuk mengira waktu subur anda. 

clearblueopk
Kit Ovulasi

MASALAH-MASALAH LAIN

Anda juga mungkin mempunyai masalah kesuburan sekiranya:

  • Menghidap penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhea
  • Pernah menjalani pembedahan pada bahagian pelvis atau abdomen, contohnya pembedahan apendiks atau ovarian cyst
  • Suami pernah menjalani pembedahan hernia atau yang melibatkan testikal
  • Isteri mempunyai haid yang tidak tetap atau senggugut yang teruk
  • Isteri menghidap sindrom polisistik ovari (PCOS)
  • Isteri menghidap penyakit keradangan pelvis (PID)
  • Isteri menghidap endometriosis.
  • Isteri ada fibroid
  • Isteri pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini.  

 

Sebelum mencuba pelbagai jenis supplemen yang ada di pasaran, Cik Qila galakkan anda suami isteri untuk jalani pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti apakah punca sebenar ketidaksuburan anda. 

 

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

 

GLA COMPLEX 

gla-complex_tranparent

Kebanyakan GLA (Gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavalaibiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap softgel mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Digabungkan dengan Vitamin E dan minyak bunga matahari untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara dengan ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal dan mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaatnya termasuklah:

  • mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Membantu menghasilkan dan meningkatkan mukus serviks yang berkualiti. Tugas mukus serviks adalah untuk membantu pergerakan sperma berenang ke ovum dan memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim 
  • Menguatkan plasenta dan mengoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku

 

B COMPLEX 

b-complex_transparent

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampi99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untk mendapatkan keseimbangan dan keberkesaan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. 

Manfaat bagi kesuburan adalah:

  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan
  • Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama dalam kehamilan. 

 

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

vita-c-plus-transparent

Setiap tablet Vita C Shaklee mengandungi khasiat yang menyamai 7.5 biji oren. Setiap tablet juga dilengkapkan dengan 120mg bioflavonoid yang diekstrak daripada kulit buah oren. 

Manfaatnya termasuklah:

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Meningkatkan paras hormon progesteron supaya badan bersedia untuk kehamilan
  • Anti-oksida semula jadi

 

VITA-LEA IRON FORMULA

vita-lea-transparent

Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutannya kepada “Vita-Min”, dan kini vitamin adalah perkataan yang sinonim dengan kita. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang kita kenali sekarang. 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vita-Lea disaluti dengan spirulina dan dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi “Explo-Tab” untuk larutan pantas di dalam tubuh. 

Manfaatnya termasuk:

  • Penambahan tenaga segera
  • Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanita
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon

 

ALFALFA COMPLEX

alfalfa-nutrition-transparent

Alfalfa telah digunakan sejak lebih daripada 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaatnya termasuk:

  • Membantu masalah keputihan
  • Membantu masalah sakit senggugut (makan bersama Ostematrix)
  • Turut bertindak sebagai agen perapat hubungan suami isteri

 

VITA E COMPLEX 

vita-e-complex-transparent

Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Mengandungi 8 jenis Vitamin E (alpha,beta,gamma dan delta). Selain daripada itu, Vita E Complex dilengkapkan dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah, dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti merkuri, kadmium selain daripada mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama termasuklah:

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif – kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600UI-800UI Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 
  • Kelestarian tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen

 

Untuk dapatkan konsultasi berkesan berkenaan cara pengambilan Set Kesuburan yang betul, hubungi Cik Qila di 

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui portal E-Sell? Sila klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT
Advertisements

3 Tips Mendapatkan Zuriat

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni Cik Qila nak menulis pasal zuriat. Bagi semua pasangan yang dah bernikah, anak atau zuriat ni boleh dikatakan pelengkap rumahtangga. Bahagia terasa bila rumah dihiasi dengan gelak tawa anak kecil. Berlari dari satu sudut rumah ke sudut yang lain. Dari lahir, mula meniarap, lepas tu merangkak. Bila dah dapat kaki, mulalah berlari. Dari menangis, merengek, mula lah pandai bercakap. Lagi-lagi bila dah pandai panggil “ummi”, “mama”, “mommy”. Eh, jauh pulak Cik Qila berangan. 

Tapi bagi sesetengah pasangan, rezeki zuriat tu tak datang dalam sekelip mata. Ada yang berhabis beribu ringgit berusaha jalani rawatan kesuburan. Mencuba bermacam petua. Tapi, sebagai orang Islam, ada doa-doa yang boleh diamalkan sebagai salah satu bentuk untuk kita berusaha. Allah tu kan Maha Mendengar. Tips ni Cik Qila dapat dari buku “Tahniah, And Hamil!” 

DOA ANAK SOLEH

Lazimkan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan berguna kepada agama, seperti yang telah diucapkan oleh para nabi. Firman Allah swt,

doa-anak-soleh

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Permohonan.”

(Surah Ali ‘Imran 3:38)

MEMELIHARA KEBERKATAN REZEKI

Menjaga pemakanan dan sumber yang digunakan agar tidak termasuk daripada perkara yang haram. Makanan haram yang telah menjadi darah daging merupakan salah satu penyebab doa tidak diterima.

Abu Hurairah r.a. berkata,

“Kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang berada dalam perjalanan yang jauh, dalam keadaan kusut dan berdebu, serta mengangkatkan kedua-dua tangannya ke langit, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.’ (Nabi bersabda,) ‘Sedangkan makanannya daripada sumber haram, minumannya dari sumber haram,pakaiannya daripada sumber haram, dan dia diberi makan daripada yang haram. Maka, bagaimanakah doanya akan diperkenankan?'”

(Riwayat Muslim)

SEDEKAH DAN ISTIGHFAR

Pasangan suami isteri yang berhasrat untuk memiliki anak hendaklah memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Dengan sedekah, Allah swt akan memberi ganti yang lebih baik kepada pemberi. Manakala istighfar pula dapat menyucikan diri daripada dosa yang (sedikit sebanyak) menghalang seseorang hamba mendekatkan diri kepada Tuhannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubat.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, beliau berkata,

“Seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, saya masih belum dikurniakan anak, dan tiada anak yang dilahirkan untuk saya lagi.’ Lalu Baginda bersabda, ‘Di manakah tempatmu pada amalan memperbanyakkan istighfar dan sedekah? (Dengan amalan tersebut) nescaya kamu akan dikurniakan anak.'”Jabir berkata, “Lantas lelaki itu banyak bersedekah dan beristighfar.” Jabir berkata lagi, “Maka, dia pun dikurniakan sembilan orang anak lelaki.”

(Riwayat Abu Hanifah dalam Musnad Abi Hanifah)

Semoga dengan mengamalkan tips ini, Allah makbulkan hasrat kita untuk mempunyai zuriat sendiri. Tapi, Cik Qila nak ingatkan, dalam keterujaan kita nak memiliki zuriat sendiri, haruslah diingat, anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Di bahu kitalah terletaknya tanggungjawab untuk mendidik dan memelihara anak itu dengan telunjuk yang betul berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Agar nanti tidak dipersoal di akhirat.

Bagi yang belum mempunyai anak sendiri macam Cik Qila ni, selalulah berfikiran positif. Cik Qila sendiri suka mengambil pendirian yang Allah nak beri masa untuk Cik Qila belajar macam mana nak jadi ummi yang baik. Mungkin 2 tahun pertama perkahwinan ni, Allah nak Cik Qila lihat ibu bapa di sekeliling Cik Qila dan kutip ilmu daripada mereka.

Banyak sungguh ilmu parenting, ilmu tentang breastfeeding, ilmu babywearing, emosi anak, ilmu komunikasi teknik nabi dengan anak-anak. Banyak tak terkata. Makin belajar, makin banyak pula yang Cik Qila tak tahu rupanya. Cik Qila percaya, masanya nanti akan tiba juga kan untuk Cik Qila dukung baby sendiri? 🙂

Sampai jumpa lagi.

Ayam Masak Halia

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni Cik Qila nak share resepi ayam masak halia. Lauk ni adalah salah satu kegemaran Cik Qila kalau nak tapau nasi time balik kerja. Kadang tu, balik lambat, tak sempat masak, on the way balik kerja, Cik Qila akan call kedai, order Nasi Putih Ayam Masak Halia. 

Rasanya sedap masin masin sikit, dengan aroma halia yang harum dan tak berapa tajam. Lepas makan confirm keluar angin satu badan. Seperti biasa, Cik Qila suka refer resepi daripada blog Tiffin Biru atau Azlita Masam Manis. Sukatan bahannya Cik Qila agak-agak je sesuai untuk dua orang makan. Jadi, jom kita layan resepi. 

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahannya:
3 ketul ayam potong ikut suka
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong (Cik Qila tak letak)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
Separuh batang lobak merah, hiris bulat
2 batang jagung muda, hiris serong
Sedikit kobis bunga, dipotong ikut putiknya
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (Cik Qila tak letak)
Cara masak:
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam (simpan dalam peti sejuk)..
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan sayur-sayuran. Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan letakkan garam dan gula secukup rasa. Cik Qila tak letak garam sangat sebab kicap cair dah masin. 
  4. Angkat, dan hidang bersama nasi putih panas. 

7 Tips Atasi Kemurungan Selepas Keguguran

 

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Buat apa cuti panjang ni? Mesti ada yang ambil peluang balik kampung kan? Since Cik Qila ni memang orang pure KL, kampung kat sini-sini je, kita manfaatkanlah masa yang ada ini untuk update blog yang bersawang ni. 😛

Sebenarnya Cik Qila nak sambung cerita mengenai “molar pregnancy” atau kehamilan anggur yang Cik Qila alami pada tahun 2014. Pada yang agak-agak lupa ceritanya, boleh baca di SINI. Seperti juga wanita-wanita lain, tentulah excited gila bila buat pregnancy test naik dua line kan? Masa tu lah dah mula berangan nama anak, baju warna apa, barang apa nak beli, nak decorate bilik semua kan? Tapi, bila angan-angan hanya tinggal angan-angan,tentu hati akan rasa remuk, hancur, menangis tiap-tiap malam kerana zuriat yang ditunggu tak diizinkan Allah untuk lahir ke dunia kan? Macam tu lah jugak yang Cik Qila rasa. Tambah lagi, bila semuanya terpaksa dihadapi seorang diri sebab Encik Zauji tak dapat pulang ke Malaysia waktu itu.

Jadi, macam mana sebenarnya kita nak hadapi kehilangan? Cik Qila percaya, Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Walaupun kehilangan itu menyakitkan, tetapi mungkin juga Allah tahu yang kami suami isteri sebenarnya belum bersedia untuk membesarkan anak sendiri. Tambahan lagi, situasi kami ketika itu (pada pendapat peribadi Cik Qila, at least) memang sangat tidak sesuai untuk berkeluarga. 

Anyways, macam yang Cik Qila dah janjikan, hari ini Cik Qila nak kongsi tips untuk elakkan kemurungan selepas kehamilan anggur atau pun keguguran, mengikut pengalaman Cik Qila sendiri. 

the

1. REDHA DENGAN KETENTUAN

Sebagai orang Islam, kita hendaklah yakin dan percaya dengan Qada’ dan Qadar. Apa sahaja yang berlaku adalah di atas kehendak dan izin Allah SWT. Kita, sebagai hamba perlu percaya akan hikmah di atas setiap segala yang berlaku.

Ucapkanlah kalimah istirja’ iaitu

Innalillahi wa inna ilahi rajiun.

Kita ini milik Allah, dan kepadaNya kita kembali

Kalimah istirja’ ini juga merupakan satu doa yang digalakkan baca apabila ditimpa musibah. 

Dalam Shahih Muslim, disebut Bab Doa Ketika Ditimpa Musibah, salah satu hadithnya ialah:

Dari Ummu Salamah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah, lalu dia mengucapkan doa yang diperintahkan oleh Allah,

إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. الَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.)

melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dari yang hilang.”

2. MENANGIS

Wanita ni memang terkenal dengan drama air mata. Tambahan lagi dengan hormon semasa hamil yang tidak stabil. Bila alami keguguran, perasaan sedih mesti ada. Jadi, menangislah sepuasnya. Suarakan kesedihan dan rasa hati pada suami. Elakkan duduk berseorangan dan melayan perasaan yang sedih seorang diri. 

3. ZIKIR

Sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah. Ingat Allah sepanjang masa. Dalam Surah Ar-Rad ayat 28 pun dah sebut, “Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Bila tiba-tiba rasa sedih, ambil masa tenangkan diri sekejap dan teruskan berzikir. 

4. MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Sepanjang proses berpantang, pastikan makanan-makanan berkhasiat diambil untuk memastikan keperluan nutrien tubuh dipenuhi. Banyak menu-menu sihat yang sesuai diambil oleh wanita keguguran semasa berpantang. Sebaiknya sebagai orang Melayu, ambillah petua-petua lama. Elakkan makanan sejuk dan berangin.

5.  DAPATKAN TIDUR DAN REHAT  YANG CUKUP 

Ambil kesempatan sepanjang waktu pemulihan ini untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup mampu membantu stabilkan emosi semasa dalam tempoh berpantang. Jika hospital bagi cuti sakit yang sedikit, pergi ke klinik dan minta cuti sakit lagi. Pastikan badan dapat rehat yang betul sebelum kembali bekerja. 

6. BERURUT

Ya, wanita yang keguguran pun perlu berurut. Banyak pakej-pakej rawatan berurut ditawarkan di pasaran. Pilihlah pakej-pakej yang sesuai. Berurut mampu mengembalikan rasa relaks, mengendurkan urat-urat yang tegang dan mengembalikan rahim ke tempat asalnya.

7. AMALKAN SET BERPANTANG DAN SUPPLEMEN

Untuk kembali sihat dan cergas, amalkan Set Berpantang dan Supplemen dan sesuai. Di Shaklee, Set Berpantang Premium terdiri daripada ESP, VitaLea, Vita C, Alfalfa, Zinc Complex, B Complex dan Ostematrix. Made with Square InstaPic

  • ESP – kaya dengan 9 asid amino penting dalam membaiki sel yang rosak. Diperbuat daripada kacang soya non-GMO yang diproses pada suhu rendah. Sangat baik dalam pemulihan ovari dan uterus. Mempercepatkan proses pemulihan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • VITA-LEA IRON FORMULA – multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Memberikan tenaga, mencergaskan tubuh dan membantu daya ingatan. Iron pula sesuai untuk ibu-ibu yang kehilangan banyak darah.
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS – Merangsang pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Membantu membina sel darah merah dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. 
  • B COMPLEX – Melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia. 
  • ALFALFA COMPLEX – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit. 
  • OSTEMATRIX – Menguatkan tulang, mengatasi kekejangan, menggalakkan tidur yang selesa. Juga memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam.
  • ZINC COMPLEX – Mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman dan luka pembedahan. 

 

Cik Qila doakan sesiapa yang membaca entri ini sekiranya sedang mengalami kesedihan akibat kehamilan anggur atau keguguran atau musibah-musibah lain berkaitan kelahiran, semoga dapat bersabar dan dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah. 

Jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan SET BERPANTANG  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Lala Tumis Pedas

Assalamuaalaikum. Bismillah. Dekat dua minggu rasanya blog Cik Qila ni ditinggalkan. Buntu nak update apa. Mengenangkan malam ni ada sedikit masa, Cik Qila nak update resepi Lala Tumis Pedas yang Cik Qila masak dua tiga minggu lepas. Ala-ala throwback gitu lah. 

Macam biasa, Cik Qila dan Encik Zauji akan membeli-belah stok peti sejuk di Pasar Borong Selangor. Yang dekat dengan Giant Seri Kembangan tu. On the way nak masuk ke pasar, Cik Qila suka usha-usha sorang pakcik bawak Honda Civic yang jual susu Farm Fresh Kurma. Bila teringin, mesti nak beli. Susu tu kan susah nak cari. 

Jadi, dalam jalan-jalan tawaf satu pasar, ternampaklah abang jual lala di satu bucu tempat jualan ikan. Terus terbayang lala ditumis dalam kuali dengan cili dan serai. Kuahnya pulak pedas-pedas masam gittew. Apa lagi, spontan aje Cik Qila suarakan hasrat pada Encik Zauji. Nak beli lala sepaket. Alang-alang bondaku sayang nak datang rumah, bolehlah jamu sekali. Kalau nak harap Cik Qila dan Encik Zauji, memang berlebih-lebihlah sepaket lala tu. 

Jom kita layan resepi. 

BAHAN-BAHAN (AGAK-AGAKLAH, CIK QILA MASAK UNTUK 2 ORANG JE) :p

500g Lala (direndam dalam air garam dan tos bersih)

1 ulas bawang besar, dihiris

2 ulas bawang putih, dicincang

1 biji cili merah, dicincang

1/2 inci halia, dihiris

6 biji cili padi, dibelah tengah

2 batang serai, dipotong serong

Daun limau purut, dihiris

Sedikit sos tiram

Sedikit sos ikan

Garam

Gula

Sedikit air 

CARA-CARA MEMASAK 

lala

1. Lala direndam di dalam air garam dan toskan hingga bersih. 

2. Panaskan minyak dan standby dengan bahan-bahan tumis seperti di bawah.

bahan-tumis

3. Bila minyak dah panas, tumis bahan-bahan hiris dan cincang halus hingga harum semerbak satu rumah. Biarkan mesra semua bahan.

tumis-mesra

4. Kemudian, bolehlah ditambah sos ikan, sos tiram, daun limau, garam dan gula untuk sesuaikan rasa. 

5. Masukkan lala dan gaul hingga kulitnya bertukar kemerah-merahan dan terbuka sehingga menampakkan isi. Kalau kurang masin atau manisnya, tambahlah mana yang perlu ikut citarasa. 

lala-tumis-pedas

INILAH HASILNYA!! SELAMAT MENCUBA!!