3 Tips Mendapatkan Zuriat

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni Cik Qila nak menulis pasal zuriat. Bagi semua pasangan yang dah bernikah, anak atau zuriat ni boleh dikatakan pelengkap rumahtangga. Bahagia terasa bila rumah dihiasi dengan gelak tawa anak kecil. Berlari dari satu sudut rumah ke sudut yang lain. Dari lahir, mula meniarap, lepas tu merangkak. Bila dah dapat kaki, mulalah berlari. Dari menangis, merengek, mula lah pandai bercakap. Lagi-lagi bila dah pandai panggil “ummi”, “mama”, “mommy”. Eh, jauh pulak Cik Qila berangan. 

Tapi bagi sesetengah pasangan, rezeki zuriat tu tak datang dalam sekelip mata. Ada yang berhabis beribu ringgit berusaha jalani rawatan kesuburan. Mencuba bermacam petua. Tapi, sebagai orang Islam, ada doa-doa yang boleh diamalkan sebagai salah satu bentuk untuk kita berusaha. Allah tu kan Maha Mendengar. Tips ni Cik Qila dapat dari buku “Tahniah, And Hamil!” 

DOA ANAK SOLEH

Lazimkan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan berguna kepada agama, seperti yang telah diucapkan oleh para nabi. Firman Allah swt,

doa-anak-soleh

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Permohonan.”

(Surah Ali ‘Imran 3:38)

MEMELIHARA KEBERKATAN REZEKI

Menjaga pemakanan dan sumber yang digunakan agar tidak termasuk daripada perkara yang haram. Makanan haram yang telah menjadi darah daging merupakan salah satu penyebab doa tidak diterima.

Abu Hurairah r.a. berkata,

“Kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang berada dalam perjalanan yang jauh, dalam keadaan kusut dan berdebu, serta mengangkatkan kedua-dua tangannya ke langit, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.’ (Nabi bersabda,) ‘Sedangkan makanannya daripada sumber haram, minumannya dari sumber haram,pakaiannya daripada sumber haram, dan dia diberi makan daripada yang haram. Maka, bagaimanakah doanya akan diperkenankan?'”

(Riwayat Muslim)

SEDEKAH DAN ISTIGHFAR

Pasangan suami isteri yang berhasrat untuk memiliki anak hendaklah memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Dengan sedekah, Allah swt akan memberi ganti yang lebih baik kepada pemberi. Manakala istighfar pula dapat menyucikan diri daripada dosa yang (sedikit sebanyak) menghalang seseorang hamba mendekatkan diri kepada Tuhannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubat.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, beliau berkata,

“Seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, saya masih belum dikurniakan anak, dan tiada anak yang dilahirkan untuk saya lagi.’ Lalu Baginda bersabda, ‘Di manakah tempatmu pada amalan memperbanyakkan istighfar dan sedekah? (Dengan amalan tersebut) nescaya kamu akan dikurniakan anak.'”Jabir berkata, “Lantas lelaki itu banyak bersedekah dan beristighfar.” Jabir berkata lagi, “Maka, dia pun dikurniakan sembilan orang anak lelaki.”

(Riwayat Abu Hanifah dalam Musnad Abi Hanifah)

Semoga dengan mengamalkan tips ini, Allah makbulkan hasrat kita untuk mempunyai zuriat sendiri. Tapi, Cik Qila nak ingatkan, dalam keterujaan kita nak memiliki zuriat sendiri, haruslah diingat, anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Di bahu kitalah terletaknya tanggungjawab untuk mendidik dan memelihara anak itu dengan telunjuk yang betul berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Agar nanti tidak dipersoal di akhirat.

Bagi yang belum mempunyai anak sendiri macam Cik Qila ni, selalulah berfikiran positif. Cik Qila sendiri suka mengambil pendirian yang Allah nak beri masa untuk Cik Qila belajar macam mana nak jadi ummi yang baik. Mungkin 2 tahun pertama perkahwinan ni, Allah nak Cik Qila lihat ibu bapa di sekeliling Cik Qila dan kutip ilmu daripada mereka.

Banyak sungguh ilmu parenting, ilmu tentang breastfeeding, ilmu babywearing, emosi anak, ilmu komunikasi teknik nabi dengan anak-anak. Banyak tak terkata. Makin belajar, makin banyak pula yang Cik Qila tak tahu rupanya. Cik Qila percaya, masanya nanti akan tiba juga kan untuk Cik Qila dukung baby sendiri? 🙂

Sampai jumpa lagi.

Advertisements

One thought on “3 Tips Mendapatkan Zuriat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s