Rangkaian Produk Shaklee

Kali ini Cik Qila nak berkongsi tentang perkhidmatan yang Cik Qila tawarkan. Telah dijelaskan di dalam entri sebelum ini, Cik Qila telah berjinak-jinak dengan bidang penjagaan kesihatan melalui rangkaian produk Shaklee. 
Shaklee Corporation diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee yang telah menubuhkan syarikat makanan tambahan pertama pada tahun 1956. Di usia 62 tahun, beliau dan anak-anaknya Forrest Jr dan Lee membina sebuah empayar makanan tambahan dengan misi untuk membantu berkongsi kebaikan nutrisi yang sihat. Tahukah anda Dr. Forrest C. Shaklee adalah pencipta multivitamin pertama di dunia? Ya, beliau berjaya menghasilkan Vitalized Mineral, multivitamin pertama di dunia yang berbentuk cecair pada tahun 1915. 
Perkembangan teknologi telah membawa pelbagai revolusi dalam dunia supplemen. Syarikat yang berasal daripada Amerika Syarikat ini telah berjaya mengembangkan pasarannya hingga ke Jepun, Indonesia dan juga Malaysia. Dan kini, telah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan dan mengamalkan rangkaian produk Shaklee. Ramai juga yang berikhtiar dengan produk Shaklee untuk mencegah pelbagai penyakit kronik. 
Shaklee mempunyai 4 rangkaian produk utama.
1. Healthy Nutrition
2. Healthy Weight
3. Healthy Home 
4. Healthy Beauty
Rangkaian Produk Shaklee
Dan Cik Qila mempunyai pelanggan yang membeli keempat-empat rangkaian produk ini. Antara set popular yang menjadi pilihan pelanggan adalah:
1. Set Kehamilan
2. Set Berpantang
3. Set Menyusu
4. Set Kanak-kanak
5. Set Kurus
6. Set Tambah Berat Badan
7. Set Kulit Cantik 
8. Set Kesuburan
Cik Qila juga ingin memberi peluang kepada anda di luar sana yang ingin bersama-sama dengan Cik Qila untuk mendapat pendapatan dari rumah sehingga 4 angka melalui Shaklee. Berminat untuk ikut serta dalam Shaklee?
Hubungi Cik Qila di 
WhatsApp : 017-264 4198
PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Advertisements

Pengenalan Diri

Di ruangan ini, Cik Qila ingin berkenalan dengan para pembaca. Dah dekat berbulan baru nak tulis pasal pengenalan diri. Siapa Cik Qila ni sebenarnya?

 

Tanggal 11 September 1986, Cik Qila telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Anak sulung kepada ummi dan ayah. Anak yang telah dikandung selama sembilan bulan dengan penuh sayang dan cinta. Diberi nama penuh sebagai Siti Nur Aqilah binti Rohizad

Lahir sebagai anak sulung dari sembilan beradik menjadi penyebab Cik Qila cepat matang berbanding rakan-rakan lain. Selalu sahaja ingin cepat menjadi dewasa. Membesar di kota Kuala Lumpur, Cik Qila tak kenal erti “balik kampung” di musim cuti. Kenapa? Kerana sebahagian besar keluarga Cik Qila termasuk datuk nenek, pakcik makcik dan sepupu juga turut menetap di sini. Hari Raya? Haruslah disambut di kota ini. Inilah kota, inilah juga kampung.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di Jalan Dua, Kampung Pandan. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan. Sekolah yang telah wujud sejak bertahun lamanya. Dari bangunan setingkat diperbuat daripada kayu, hingga kini dinaiktaraf menjadi blok empat tingkat buatan konkrit.

Usai UPSR Cik Qila ditawarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Juga di Kampung Pandan. Dekat sahaja dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Waktu itu, itulah sekolah terbaik di pandangan mata. Tak mengapalah walau tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh atau MRSM, kerana pada Cik Qila, di situlah Cik Qila mula menjadi matang dalam kehidupan.

Setelah itu, Cik Qila melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Bidang Kejuruteraan Awam adalah jurusan yang dipilih waktu itu. Tiga tahun menimba ilmu, Cik Qila meneruskan pencarian ilmu ke peringkat ijazah pula. Tapi kali ini, nun jauh di selatan tanah air. Mengubah angin, mencari tapak dan mengenali budaya yang baru di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai. Di situlah Cik Qila mula belajar berjauhan dari keluarga, pulang ke rumah dengan bas ekspres dan membiasakan diri dengan cuaca Johor yang panas dan kering berbanding Kuala Lumpur.

Tiga tahun di Skudai, Cik Qila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada tahun 2010. Dan bermulalah episod Cik Qila di dalam dunia pekerjaan. Di tahun yang sama juga Cik Qila telah menghadiri temuduga dan ditawarkan jawatan Jurutera J41 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Dan kini, tahun 2017, Cik Qila masih lagi berkhidmat sebagai penjawat awam. Cuma kini, nama Perbadanan tempat Cik Qila bekerja telah diberi nafas baru sebagai SWCorp.

Tugas Cik Qila? Perbadanan ini mengawal selia perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di 7 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Selama 7 tahun berkhidmat, Cik Qila telah memegang tanggungjawab dalam pelbagai bidang. Mulanya terlibat dengan projek pembinaan dan naik taraf tapak pelupusan sampah, kepada aktiviti-aktiviti promosi kitar semula dan kesedaran masyarakat. Kini, Cik Qila terlibat dalam pemantauan syarikat-syarikat konsesi dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Bila pula Cik Qila mula berkecimpung dalam bisnes? Cik Qila bukanlah orang yang gemarkan bisnes. Pada Cik Qila, bisnes itu leceh. Dan Cik Qila tak suka tawar menawar harga. Tapi entah mengapa, sejak menggunakan produk Shaklee selepas rawatan kandungan molar, Cik Qila rasa teruja untuk berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihannya. Sedar tak sedar, kini sudah setahun Cik Qila berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee secara separuh masa.

Minggu ini, Cik Qila mendaftarkan diri dengan Kelas Penulisan Blog bersama dengan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Harapan Cik Qila dengan akademi ini adalah untuk menjadikan blog Cik Qila kelihatan mesra dengan bakal-bakal pelanggan Shaklee. Dan satu hari nanti, Cik Qila berharap dapat meletakkan jawatan dan fokus 100% pada bisnes  secara sepenuh masa.

Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C. Shaklee, Pesakit Tibi Yang Mempunyai Visi

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti dan selamat memulakan minggu baru di bulan Februari. Hari ni Cik Qila nak kongsi sedikit tentang sejarah pengasas Shaklee yang bernama Dr. Forrest C. Shaklee.

Masa Depan Yang Gelap

Siapakah beliau sebenarnya? Dr. Forrest C. Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894 di Carlisle, Iowa. Sejak dilahirkan beliau telah disahkan menghidap tuberkulosis atau penyakit batuk kering yang kita kenali sebagai Tibi. Doktor pada waktu tersebut pula telah menjangkakan beliau hanya mampu hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.

Akan tetapi, ibu bapanya yakin yang udara yang segar dan pemakanan semula jadi mampu untuk berikan kesihatan yang baik kepada anak mereka. Jadi, mereka tinggalkan pekan arang batu yang habuk dan berdebu dan berpindah ke utara Iowa yang lebih bersih. Semua ini untuk memastikan anak mereka mendapat makanan yang berkhasiat, udara yang bersih dan rehat yang mencukupi.

Di kebanyakan masa, Forrest hanya berehat dan menyembuhkan diri. Pada cuaca yang cerah dan baik, Forrest akan bersiar-siar dan memerhatikan alam sekeliling. Menginjak usia belasan tahun, doktor telah mengesahkan yang Forrest telah semakin pulih dari penyakit tibi, akan tetapi tubuhnya masih lemah jika dibandingkan dengan remaja lain seusianya. Sejak dari itu, Forrest mula melakukan senaman, dan belajar hubungan di antara kesihatan badan, gaya hidup, kecerdasan dan nutrisi yang baik. Pemikirannya juga telah berubah ke arah yang lebih positif dan aktif.

Melalui pembacaan, Forrest telah terpengaruh dengan konsep “ubat-ubatan hanya menyembunyikan simptom, tanpa mengubati sesuatu penyakit” yang diajar oleh Bernarr MacFadden. Dan sepanjang proses pemulihannya di utara Iowa, Forrest tahu bahawa beliau begitu teringin sekali memulihkan penyakit dengan cara alami lalu mula mendalami ilmu chiropractic.

Kerjaya Sebagai Perawat

Di usia 17 tahun, Forrest telah mendaftarkan diri ke Palmer School of Chiropractic yang diasaskan oleh B.J Palmer. Di situ Forrest mula mendalami ilmu chiropractic dan seterusnya menjadi seorang perawat bertauliah. Sekali gus mengenepikan ramalan dokor yang beliau hanya mampu hidup sehingga usia 8 tahun!!

Semasa bertugas di bawah B.J Palmer, Forrest telah menemui sesuatu yang ganjil. Iaitu kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke pusat rawatan tersebut mengalami gejala kekurangan nutrisi dan makan secara berlebihan (overfed). Sedangkan Forrest percaya bahawa diet yang kurang nutrisi adalah penyebab kepada pelbagai penyakit.

Apabila semakin lama berkecimpung sebagai perawat, Forrest semakin lama sangat berminat dengan bidang nutrisi yang pada waktu itu baru sahaja berkembang. Beliau sangat gemar membaca dan sering berutus surat dengan biochemists dan saintis lain, membicarakan tentang menjalankan kajian-kajian berkaitan nutrisi. Hasilnya, pada tahun 1915, di usia Forrest 21 tahun, terhasillah makanan tambahan pertama di dunia iaitu “Vitalized Mineral” yang kini kita kenali sebagai Vita-Lea. Asalnya adalah dalam bentu cecair, dan revolusi sains telah merubah bentuk cecair Vitalized Mineral kepada kapsul yang kita kenali sekarang. Perkataan “vitamin” juga sebenarnya turut berasal daripada “Vitalized Mineral”. Vita-Min. Hebat kan?

didyouknow-drshaklee-vitalizedminerals

Diuji Dengan Kematian Untuk Kali Kedua

Pada tahun 1917, Forrest telah membuka pusat rawatannya sendiri. Ada ramai pakar-pakar perubatan  merangkumi pelbagai bidang. Waktu inilah Forrest mula mendalami cara diagnosis penyakit melalui sinar-x. Waktu itu, bahaya sinar-x yang melampau masih belum diketahui umum. Akibat menghabiskan terlalu banyak masa terdedah kepada radiasi sinar-x, Forrest telah disahkan menghidap kanser dan dinasihatkan untuk memotong tangan dan kaki kirinya untuk menyelamatkan nyawa.

Sekali lagi Forrest C. Shaklee diuji dengan penyakit yang mengancam nyawanya. Forrest sedang berada di ambang kejayaannya sebagai doktor muda yang mula berkeluarga. Memikirkan masa depannya yang kelam sebagai seorang lelaki kudung, beliau berkata kepada isterinya, “Saya akan hidup, saya akan pulih. Saya yakin, saya mampu lakukannya.”

Tanpa berfikir panjang, Forrest memulakan proses pemulihannya dengan cara semula jadi. Beliau telah menjalani program nutrisi yang intensif, ujian darah yang berterusan, dan kadang kala berpuasa. Forrest hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan tambahan seperti vitamin dan mineral dengan dos yang tinggi. Ketika inilah Forrest mengadunkan kombinasi 9 herba untuk proses detoks semulajadi sehingga terhasilnya Herb-Lax yang masih wujud hingga kini.

Di penghujung tahun 1922, lelasan kulit pada tubuh badan Forrest telah kembali pulih seperti sedia kala. Tenaga dan kekuatannya juga telah bertambah baik. Dan kesihatannya adalah bukti bahawa dengan pemakanan dan nutrisi yang mencukupi dapat menghapuskan sel-sel badan yang rosak. Keyakinannya ini telah mencetuskan idea untuk membantu lebih ramai orang.

klinik-dr-shaklee-terbakar

Permulaan Baru

Jadi pada tahun 1924, Forrest telah membuka klinik yang mana turut menjual formulasi makanan tambahannya. Akan tetapi, klinik tersebut telah terbakar pada tahun 1929 dan kesemua formula vitamin dan mineralnya telah turut musnah. Minatnya yang mendalam untuk menjalankan kajian telah membawanya untuk berkenalan dengan ramai visionary pada waktu itu seperti Thomas Edison dan Henry Ford. Pelbagai kejayaan telah beliau raih sebagai pengkaji dan sering dijemput menyampaikan kuliah. Hasilnya, beliau dianugerahkan ijazah Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturopathy. Pada tahun 1935, Dr. Forrest C. Shaklee telah menjadi pensyarah di bidang biochemistry di California Chiropractic College.

thoughtsmanship

Dr. Shaklee telah bersara dari bidang pendidikan dan perubatan pada tahun 1943 dan beralih arah ke bidang penulisan sekitar tahun 1945. Beliau menghasilkan banyak artikel-artikel yang merubah minda tentang peri pentingnya kesihatan dan kesejahteraan individu. Dua tahun kemudian, beliau mengasaskan Shaklee Foundation dan menamakan filosofinya sebagai “Thoughtsmanship”. Beliau menjelajah ke serata tempat menyampaikan ceramah dan pada tahun 1951, berjaya menerbitkan 4 jilid buku “Thoughtsmanship”. Di atas kejayaannya ini, Commonwealth University di Los Angeles telah menganugerahkan beliau Ijazah Kedoktoran PhD. Ceramah beliau pula telah disiarkan di beberapa stesen radio di San Francisco dan Oakland.

early_shaklee_office

Di usianya menjangkau 62 tahun, Dr. Shaklee telah memulakan bisnes makanan tambahan kerana mahukan sesuatu yang mampu menarik minat orang awam tentang nutrisi dan pemakanan sihat. Dan pada 1 April 1956, Shaklee Corporation telah ditubuhkan di saat Amerika percaya rakyatnya adalah negara yang mempunyai pemakanan terbaik di seluruh dunia.

Kini, Shaklee Corporation telah berkembang ke serata dunia dan mampu bertahan lebih 50 tahun lamanya. Setiap bakal pelanggan perlu diberi pendidikan tentang nutrisi sebelum mereka bergelar pelanggan. Dengan menggunakan konsep “We’ll teach some, and they’ll teach others” telah melakar sejarah yang kita telah ketahui sehingga kini.

Dr. Forrest C. Shaklee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 91 tahun akibat sakit jantung dan namanya terus kekal selamanya. Ini adalah secebis kisah lelaki hebat di sebalik penubuhan syarikat yang hebat juga. Apa yang telah diusahakan oleh Dr. Shaklee sebelum ini telah kita rasai khasiat dan kebaikannya berpuluh tahun kemudian. Sebagai seorang pengedar Shaklee, adalah menjadi tanggungjawab Cik Qila untuk kongsikan jasanya dengan ramai orang.

Dengan peredaran teknologi semasa dan penerbitan jurnal yang diiktiraf, keberkesanan Shaklee bukan sahaja berlandaskan testimoni semata-mata tetapi telah dibuktikan dengan Landmark Study yang telah membandingkan tahap kesihatan di kalangan mereka yang menamalkan produk Shaklee dengan yang tidak mengambil sebarang bentuk supplemen. Dan ternyata, mereka yang mengamalkan Shaklee adalah lebih sihat.

Nak sertai Cik Qila sebagai pengedar dan dapat bonus sehingga 4 angka setiap bulan?

Hubungi Cik Qila sekarang!!!

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.