Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C. Shaklee, Pesakit Tibi Yang Mempunyai Visi

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti dan selamat memulakan minggu baru di bulan Februari. Hari ni Cik Qila nak kongsi sedikit tentang sejarah pengasas Shaklee yang bernama Dr. Forrest C. Shaklee.

Masa Depan Yang Gelap

Siapakah beliau sebenarnya? Dr. Forrest C. Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894 di Carlisle, Iowa. Sejak dilahirkan beliau telah disahkan menghidap tuberkulosis atau penyakit batuk kering yang kita kenali sebagai Tibi. Doktor pada waktu tersebut pula telah menjangkakan beliau hanya mampu hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.

Akan tetapi, ibu bapanya yakin yang udara yang segar dan pemakanan semula jadi mampu untuk berikan kesihatan yang baik kepada anak mereka. Jadi, mereka tinggalkan pekan arang batu yang habuk dan berdebu dan berpindah ke utara Iowa yang lebih bersih. Semua ini untuk memastikan anak mereka mendapat makanan yang berkhasiat, udara yang bersih dan rehat yang mencukupi.

Di kebanyakan masa, Forrest hanya berehat dan menyembuhkan diri. Pada cuaca yang cerah dan baik, Forrest akan bersiar-siar dan memerhatikan alam sekeliling. Menginjak usia belasan tahun, doktor telah mengesahkan yang Forrest telah semakin pulih dari penyakit tibi, akan tetapi tubuhnya masih lemah jika dibandingkan dengan remaja lain seusianya. Sejak dari itu, Forrest mula melakukan senaman, dan belajar hubungan di antara kesihatan badan, gaya hidup, kecerdasan dan nutrisi yang baik. Pemikirannya juga telah berubah ke arah yang lebih positif dan aktif.

Melalui pembacaan, Forrest telah terpengaruh dengan konsep “ubat-ubatan hanya menyembunyikan simptom, tanpa mengubati sesuatu penyakit” yang diajar oleh Bernarr MacFadden. Dan sepanjang proses pemulihannya di utara Iowa, Forrest tahu bahawa beliau begitu teringin sekali memulihkan penyakit dengan cara alami lalu mula mendalami ilmu chiropractic.

Kerjaya Sebagai Perawat

Di usia 17 tahun, Forrest telah mendaftarkan diri ke Palmer School of Chiropractic yang diasaskan oleh B.J Palmer. Di situ Forrest mula mendalami ilmu chiropractic dan seterusnya menjadi seorang perawat bertauliah. Sekali gus mengenepikan ramalan dokor yang beliau hanya mampu hidup sehingga usia 8 tahun!!

Semasa bertugas di bawah B.J Palmer, Forrest telah menemui sesuatu yang ganjil. Iaitu kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke pusat rawatan tersebut mengalami gejala kekurangan nutrisi dan makan secara berlebihan (overfed). Sedangkan Forrest percaya bahawa diet yang kurang nutrisi adalah penyebab kepada pelbagai penyakit.

Apabila semakin lama berkecimpung sebagai perawat, Forrest semakin lama sangat berminat dengan bidang nutrisi yang pada waktu itu baru sahaja berkembang. Beliau sangat gemar membaca dan sering berutus surat dengan biochemists dan saintis lain, membicarakan tentang menjalankan kajian-kajian berkaitan nutrisi. Hasilnya, pada tahun 1915, di usia Forrest 21 tahun, terhasillah makanan tambahan pertama di dunia iaitu “Vitalized Mineral” yang kini kita kenali sebagai Vita-Lea. Asalnya adalah dalam bentu cecair, dan revolusi sains telah merubah bentuk cecair Vitalized Mineral kepada kapsul yang kita kenali sekarang. Perkataan “vitamin” juga sebenarnya turut berasal daripada “Vitalized Mineral”. Vita-Min. Hebat kan?

didyouknow-drshaklee-vitalizedminerals

Diuji Dengan Kematian Untuk Kali Kedua

Pada tahun 1917, Forrest telah membuka pusat rawatannya sendiri. Ada ramai pakar-pakar perubatan  merangkumi pelbagai bidang. Waktu inilah Forrest mula mendalami cara diagnosis penyakit melalui sinar-x. Waktu itu, bahaya sinar-x yang melampau masih belum diketahui umum. Akibat menghabiskan terlalu banyak masa terdedah kepada radiasi sinar-x, Forrest telah disahkan menghidap kanser dan dinasihatkan untuk memotong tangan dan kaki kirinya untuk menyelamatkan nyawa.

Sekali lagi Forrest C. Shaklee diuji dengan penyakit yang mengancam nyawanya. Forrest sedang berada di ambang kejayaannya sebagai doktor muda yang mula berkeluarga. Memikirkan masa depannya yang kelam sebagai seorang lelaki kudung, beliau berkata kepada isterinya, “Saya akan hidup, saya akan pulih. Saya yakin, saya mampu lakukannya.”

Tanpa berfikir panjang, Forrest memulakan proses pemulihannya dengan cara semula jadi. Beliau telah menjalani program nutrisi yang intensif, ujian darah yang berterusan, dan kadang kala berpuasa. Forrest hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan tambahan seperti vitamin dan mineral dengan dos yang tinggi. Ketika inilah Forrest mengadunkan kombinasi 9 herba untuk proses detoks semulajadi sehingga terhasilnya Herb-Lax yang masih wujud hingga kini.

Di penghujung tahun 1922, lelasan kulit pada tubuh badan Forrest telah kembali pulih seperti sedia kala. Tenaga dan kekuatannya juga telah bertambah baik. Dan kesihatannya adalah bukti bahawa dengan pemakanan dan nutrisi yang mencukupi dapat menghapuskan sel-sel badan yang rosak. Keyakinannya ini telah mencetuskan idea untuk membantu lebih ramai orang.

klinik-dr-shaklee-terbakar

Permulaan Baru

Jadi pada tahun 1924, Forrest telah membuka klinik yang mana turut menjual formulasi makanan tambahannya. Akan tetapi, klinik tersebut telah terbakar pada tahun 1929 dan kesemua formula vitamin dan mineralnya telah turut musnah. Minatnya yang mendalam untuk menjalankan kajian telah membawanya untuk berkenalan dengan ramai visionary pada waktu itu seperti Thomas Edison dan Henry Ford. Pelbagai kejayaan telah beliau raih sebagai pengkaji dan sering dijemput menyampaikan kuliah. Hasilnya, beliau dianugerahkan ijazah Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturopathy. Pada tahun 1935, Dr. Forrest C. Shaklee telah menjadi pensyarah di bidang biochemistry di California Chiropractic College.

thoughtsmanship

Dr. Shaklee telah bersara dari bidang pendidikan dan perubatan pada tahun 1943 dan beralih arah ke bidang penulisan sekitar tahun 1945. Beliau menghasilkan banyak artikel-artikel yang merubah minda tentang peri pentingnya kesihatan dan kesejahteraan individu. Dua tahun kemudian, beliau mengasaskan Shaklee Foundation dan menamakan filosofinya sebagai “Thoughtsmanship”. Beliau menjelajah ke serata tempat menyampaikan ceramah dan pada tahun 1951, berjaya menerbitkan 4 jilid buku “Thoughtsmanship”. Di atas kejayaannya ini, Commonwealth University di Los Angeles telah menganugerahkan beliau Ijazah Kedoktoran PhD. Ceramah beliau pula telah disiarkan di beberapa stesen radio di San Francisco dan Oakland.

early_shaklee_office

Di usianya menjangkau 62 tahun, Dr. Shaklee telah memulakan bisnes makanan tambahan kerana mahukan sesuatu yang mampu menarik minat orang awam tentang nutrisi dan pemakanan sihat. Dan pada 1 April 1956, Shaklee Corporation telah ditubuhkan di saat Amerika percaya rakyatnya adalah negara yang mempunyai pemakanan terbaik di seluruh dunia.

Kini, Shaklee Corporation telah berkembang ke serata dunia dan mampu bertahan lebih 50 tahun lamanya. Setiap bakal pelanggan perlu diberi pendidikan tentang nutrisi sebelum mereka bergelar pelanggan. Dengan menggunakan konsep “We’ll teach some, and they’ll teach others” telah melakar sejarah yang kita telah ketahui sehingga kini.

Dr. Forrest C. Shaklee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 91 tahun akibat sakit jantung dan namanya terus kekal selamanya. Ini adalah secebis kisah lelaki hebat di sebalik penubuhan syarikat yang hebat juga. Apa yang telah diusahakan oleh Dr. Shaklee sebelum ini telah kita rasai khasiat dan kebaikannya berpuluh tahun kemudian. Sebagai seorang pengedar Shaklee, adalah menjadi tanggungjawab Cik Qila untuk kongsikan jasanya dengan ramai orang.

Dengan peredaran teknologi semasa dan penerbitan jurnal yang diiktiraf, keberkesanan Shaklee bukan sahaja berlandaskan testimoni semata-mata tetapi telah dibuktikan dengan Landmark Study yang telah membandingkan tahap kesihatan di kalangan mereka yang menamalkan produk Shaklee dengan yang tidak mengambil sebarang bentuk supplemen. Dan ternyata, mereka yang mengamalkan Shaklee adalah lebih sihat.

Nak sertai Cik Qila sebagai pengedar dan dapat bonus sehingga 4 angka setiap bulan?

Hubungi Cik Qila sekarang!!!

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

Advertisements

One thought on “Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C. Shaklee, Pesakit Tibi Yang Mempunyai Visi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s