Pengenalan Diri

Di ruangan ini, Cik Qila ingin berkenalan dengan para pembaca. Dah dekat berbulan baru nak tulis pasal pengenalan diri. Siapa Cik Qila ni sebenarnya?

 

Tanggal 11 September 1986, Cik Qila telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Anak sulung kepada ummi dan ayah. Anak yang telah dikandung selama sembilan bulan dengan penuh sayang dan cinta. Diberi nama penuh sebagai Siti Nur Aqilah binti Rohizad

Lahir sebagai anak sulung dari sembilan beradik menjadi penyebab Cik Qila cepat matang berbanding rakan-rakan lain. Selalu sahaja ingin cepat menjadi dewasa. Membesar di kota Kuala Lumpur, Cik Qila tak kenal erti “balik kampung” di musim cuti. Kenapa? Kerana sebahagian besar keluarga Cik Qila termasuk datuk nenek, pakcik makcik dan sepupu juga turut menetap di sini. Hari Raya? Haruslah disambut di kota ini. Inilah kota, inilah juga kampung.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di Jalan Dua, Kampung Pandan. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan. Sekolah yang telah wujud sejak bertahun lamanya. Dari bangunan setingkat diperbuat daripada kayu, hingga kini dinaiktaraf menjadi blok empat tingkat buatan konkrit.

Usai UPSR Cik Qila ditawarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Juga di Kampung Pandan. Dekat sahaja dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Waktu itu, itulah sekolah terbaik di pandangan mata. Tak mengapalah walau tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh atau MRSM, kerana pada Cik Qila, di situlah Cik Qila mula menjadi matang dalam kehidupan.

Setelah itu, Cik Qila melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Bidang Kejuruteraan Awam adalah jurusan yang dipilih waktu itu. Tiga tahun menimba ilmu, Cik Qila meneruskan pencarian ilmu ke peringkat ijazah pula. Tapi kali ini, nun jauh di selatan tanah air. Mengubah angin, mencari tapak dan mengenali budaya yang baru di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai. Di situlah Cik Qila mula belajar berjauhan dari keluarga, pulang ke rumah dengan bas ekspres dan membiasakan diri dengan cuaca Johor yang panas dan kering berbanding Kuala Lumpur.

Tiga tahun di Skudai, Cik Qila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada tahun 2010. Dan bermulalah episod Cik Qila di dalam dunia pekerjaan. Di tahun yang sama juga Cik Qila telah menghadiri temuduga dan ditawarkan jawatan Jurutera J41 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Dan kini, tahun 2017, Cik Qila masih lagi berkhidmat sebagai penjawat awam. Cuma kini, nama Perbadanan tempat Cik Qila bekerja telah diberi nafas baru sebagai SWCorp.

Tugas Cik Qila? Perbadanan ini mengawal selia perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di 7 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Selama 7 tahun berkhidmat, Cik Qila telah memegang tanggungjawab dalam pelbagai bidang. Mulanya terlibat dengan projek pembinaan dan naik taraf tapak pelupusan sampah, kepada aktiviti-aktiviti promosi kitar semula dan kesedaran masyarakat. Kini, Cik Qila terlibat dalam pemantauan syarikat-syarikat konsesi dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Bila pula Cik Qila mula berkecimpung dalam bisnes? Cik Qila bukanlah orang yang gemarkan bisnes. Pada Cik Qila, bisnes itu leceh. Dan Cik Qila tak suka tawar menawar harga. Tapi entah mengapa, sejak menggunakan produk Shaklee selepas rawatan kandungan molar, Cik Qila rasa teruja untuk berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihannya. Sedar tak sedar, kini sudah setahun Cik Qila berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee secara separuh masa.

Minggu ini, Cik Qila mendaftarkan diri dengan Kelas Penulisan Blog bersama dengan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Harapan Cik Qila dengan akademi ini adalah untuk menjadikan blog Cik Qila kelihatan mesra dengan bakal-bakal pelanggan Shaklee. Dan satu hari nanti, Cik Qila berharap dapat meletakkan jawatan dan fokus 100% pada bisnes  secara sepenuh masa.

Advertisements

One thought on “Pengenalan Diri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s