6 Kebaikan Polifenol Untuk Muda Remaja

Teks : Aqilah Rohizad

Gambar : Shaklee dan Google

APA ITU POLIFENOL?

Polifenol adalah sejenis phytokimia yang terdapat di dalam tumbuhan dan sayuran. Sehingga kini, terdapat 8,000 tumbuhan dan sayur-sayuran yang telah dikenalpasti mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Polifenol sebenarnya adalah antioksidan yang sangat bagus untuk bertindak sebagai perisai bagi melindungi sel badan kita daripada serangan radikal bebas. 

Dan Shaklee telah mempunyai ramuan polifenol yang berkuasa dan mujarab untuk melambatkan penuaan di peringkat sel di dalam sebotol Vivix

2017-03-23
Ramuan Polifenol dalam Vivix 

Sebelum ini, Cik Qila dah bercerita tentang bagaimana polifenol ini boleh memanjangkan Telomere iaitu pelindung kromosom yang menghalang DNA kita daripada rosak. Kali ini, kita ambil tahu pula peranan polifenol untuk kelihatan lebih muda. 

Kajian telah membuktikan pelbagai kebaikan pengambilan polifenol yang kerap. Antaranya ialah:

  • Melindungi dan memperbaiki DNA – Setiap hari, sel di dalam badan kita terdedah kepada berjuta radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel kita. Radikal bebas ini mampu meningkatkan risiko kita untuk mendapat sel yang tidak normal yang boleh menyebabkan kanser. Polifenol boleh melindungi DNA daripada rosak di samping membantu DNA dalam proses replikasi untuk berfungsi dengan baik. 
  • Meningkatkan tenaga sel – Tahukah anda apa itu mitokondria? Mitokondria ini boleh diibaratkan sebagai stesen janakuasa elektrik untuk sel. Kajian membuktikan polifenol meningkatkan jumlah mitokondria dalam badan untuk penghasilan tenaga. Polifenol juga berkesan untuk melindungi daripada sindrom metabolik seperti meningkatkan kadar glukos dan membantu untuk dapatkan berat badan dan jantung yang sihat.
  • Perisai Sel – Apabila badan mengalami keradangan yang tak dapat dikawal, badan kita akan hilang fungsi asasnya untuk melindungi badan daripada serangan penyakit. Ini akan menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit dan pelbagai masalah kesihatan. Polifenol boleh mengurangkan keradangan dalam badan seterusnya melambatkan proses penuaan sel. 
  • Mengurangkan penghasilan protein AGE – Pengumpulan protein AGE bukan sahaja akan merosakkan sel tetapi juga menyebabkan sel semakin tua lebih-lebih lagi bagi penghidap diabetis. Polifenol boleh menghalang dan menyekat pembentukan protein AGE, memelihara kesihatan jantung dengan lebih baik dan menggalakkan perkembangan yang baik di kalangan penghidap diabetes. 
  • Memperlahankan pemendekan Telomere – Apabila sel kita membelah atau mengalami proses replikasi, Telomere akan menjadi semakin pendek. Memandangkan Telomere ini menjadi penunjuk atau indikator tahap kesihatan dan kelanjutan usia, memperlahankan kadar pemendekan Telomere itu sangat penting. Polifenol dikesan telah berjaya memperlahankan pemendekan Telomere sebanyak 40%. 

 

6 KEBAIKAN KESIHATAN DENGAN POLIFENOL

Badan Yang Sihat

Polifenol bertindak sebagai antioksidan semula jadi dan sebagai agen anti-radang supaya badan kita mampu untuk melawan kerosakan sel dan memberi tenaga. Polifenol juga boleh membantu proses detoks di dalam badan. 

detox juice

 

 

Meningkatkan tenaga

Apabila mitokondria atau tenaga sel meningkat, secara tidak langsung badan akan jadi lebih bertenaga. Ini juga mampu membantu sendi jadi lebih kuat, mental lebih tajam, peredaran darah yang lebih baik dan paras gula dalam darah yang lebih sihat. 

 

Related image

 

Kulit Yang Lebih Berseri dan Bersinar

Polifenol adalah pelindung UV yang baik untuk kulit dan mampu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Sebab itulah polifenol boleh mengurangkan kedutan dan mengurangkan pembentukan hyperpigmentasi. 

kulit cantik dengan Vivix

Mengurangkan Risiko Penyakit 

Polifenol membantu dalam mengurangkan pembentukan protein AGE di dalam sel. Ini juga menjadi sebab mengapa polifenol boleh mengurangkan risiko penyakit yang sering berkaitan dengan usia tua seperti penyakit jantung, sendi, Alzheimer serta mengurangkan risiko diabetes dan darah tinggi. 

healthy-aging

Meningkatkan Kesuburan 

Sperma dan ovum adalah sel yang paling penting dalam sistem reproduktif manusia. Polifenol membantu untuk mengurangkan kerosakan kedua-dua sel tersebut, meningkat kesihatan ovum dan sperma secara menyeluruh dan meningkatkan peluang untuk hamil. 

Vivix tingkatkan kesuburan

Meningkatkan imuniti tubuh badan

Polifenol dapat meningkatkan imuniti tubuh badan dengan mengurangkan keradangan sel yang berlaku semasa jangkitan. Selain daripada itu, polifenol juga boleh memendekkan tempoh kesakitan yang dialami seseorang dengan meningkatkan imuniti.

tingkatkan imuniti vivix

Kini telah terbukti polifenol mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan. Vivix adalah produk Shaklee terbaik yang mempunyai gabungan resveratrol dan polifenol sebanyak 98% dan 5 kali ganda kandungan polifenol daripada produk lain di pasaran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan Vivix melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s