Hapuskan 7 Punca Jerawat

Bismillah. Assalamualaikum semua. Di entri yang lepas, ada Cik Qila sharekan produk skincare yang Cik Qila nak cuba untuk hilangkan adult acne. Agak-agak korang tahu tak kenapa wanita dewasa masih mengalami masalah jerawat? Selalu kita hanya dengar kanak-kanak yang menginjak usia remaja saja yang mempunyai masalah jerawat, tapi kenapa bila dah dewasa, ada segelintir dari kita masih mengalami masalah yang sama?

Sejujurnya, saintis dan pakar-pakar kulit masih belum mempunyai jawapan. Secara asas, jerawat disebabkan oleh penghasilan sebum atau minyak yang berlebihan di wajah. Dan apabila minyak ini bercampur dengan bakteria dan menyumbat liang-liang pori, maka terhasillah jerawat, bintik putih dan bintik hitam. Jadi, di entri in, Cik Qila nak kongsikan 7 punca jerawat di kalangan orang dewasa.

Ketidakstabilan Hormon

Image result for unbalanced hormone

Wanita dan hormon memang tak dapat dipisahkan. Datang bulan, kehamilan, pemakanan adalah beberapa keadaan yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Sebagai contoh, hormon yang turun naik, terutamanya hormon androgen, sebelum permulaan kitaran haid akan menyebabkan munculnya jerawat kemerahan dan bercyst di dagu, leher, dan belakang badan. 

 

Stres 

Image result for stress

 

Tekanan pun adalah salah satu punca mengapa hormon kita turun naik. Sama ada seseorang itu bekerja, Supermak sepenuh masa, atau WAHM, takkan terlepas daripada stres. Dr. Shultz dari Beauty Rx Skincare, ” Apabila stres, ada organ di badan dipanggil ‘adrenal gland’ yang akan menghasilkan hormon stres cortisol supaya tubuh badan boleh menangani tekanan.” Akan tetapi, kelenjar adrenal ini juga turut merembeskan hormon testosterone yang mempengaruhi kelenjar minyak untuk menghasilkan sebum berlebihan yang menjadi punca jerawat. 

 

Pencemaran

Image result for pencemaran

 

Udara yang kotor akan menyebabkan kulit wajah turut kotor. Lagi-lagi kalau tinggal di kawasan bandar yang tinggi kadar pencemaran udaranya. Cuba satu hari kita pergi berjalan di luar rumah selama setengah jam dan kembali semula ke rumah. Kemudian, ambil toner dan facial cotton, sapukan di muka. Banyak tak kesan-kesan hitam pada facial cotton tu? Kalau banyak, maksudnya banyaklah kekotoran yang melekat di wajah.

Penggunaan produk kecantikan yang salah

Related image

Kalau kita ni wanita yang mempunyai kulit jenis berminyak atau “combination skin” dan mudah dapat jerawat, sila sila sila guna produk kecantikan yang ada label “oil-free”, “non-comodogenic” atau “water-based”. Produk kecantikan yang ada bahan-bahan berunsur begini akan memastikan liang-liang pori tidak tersumbat dengan krim-krim kecantikan yang kita guna. Kalau sebelum ini, kita guna pelembap yang pekat dan padat, cuba bertukar kepada pelembab jenis gel yang lebih ringan di wajah. 

 

Terlalu kerap mencuci muka

Image result for wash face

Perasan tak di belakang tiub pencuci muka, selalu ditulis, cuci muka hanya dua kali sehari? Nak tahu tak, kalau kita cuci muka lebih daripada dua kali sehari, kulit berpotensi jadi kering. Bila kering, kelenjar minyak akan jadi lebih aktif dan hasilkan lebih banyak minyak untuk melembabkan kulit secara semula jadi. Bila minyak terlebih, jerawat pun mudah nak naik ke wajah. 

Makanan tertentu boleh menyebabkan jerawat

Related image

Ada orang kata makan coklat boleh jadi penyebab naik jerawat. Ada orang kata makanan berminyak, pizza, minuman kafien dan kekacang memang musuh utama untuk kulit yang mulus, tulus dan suci. Tapi kan, para saintis belum jumpa lagi bukti konkrit mana-mana makanan yang benar-benar jadi penyebab jerawat. 

Tapi, kalau kita sendiri rasa, bila makan coklat, jerawat makin banyak, maka kurangkanlah. Kalau kita rasa bila makan makanan bergoreng, pipi tu makin meriah dengan biji-biji merah, bawak-bawaklah insooofff. Lain orang, lain penyebabnya ye. 

Terlebih gula

 

Image result for insulin spike and acne

 

Cik Qila selalu kata budak-budak hyper ni terlebih gula. Tapi sebenarnya, bila orang dewasa terlebih gula, haaa..jerawat mula memanjat tanpa malu. Ohoii. Nak tau tak kenapa? Gula akan meningkatkan tahap insulin. Bukti sains banyak menunjukkan insulin ni boleh meningkatkan perembesan hormon lelaki yang menghasilkan minyak. Macam mana nak kurangkan gula? Gula ni bukanlah gula putih kita buat bancuh air semata tu. Apa sahaja makanan yang kita ambik ni akan ditukar kepada gula dalam badan. Jadi, ambillah makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah yang lambat terurai dalam badan dan tidak meningkatkan tahap insulin. Ehem, ESP dan Cinch Shake adalah contoh produk Shaklee yang rendah GI tau. 

Jadi, dah tahu rahsia kulit bebas jerawat? Sebolehnya kita cuba elakkan 7 punca jerawat yang Cik Qila dah senaraikan di atas. Cuba sehabis baik untuk ubah cara hidup, pemakanan, produk kecantikan dan tambahkan supplemen untuk detoks dan cantikkan kulit. Untuk entri seterusnya, Cik Qila akan kongsikan bagaimana Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan ESP membantu mencantikkan kulit. Okay?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar jadi ahli melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Kredit 
Advertisements

One thought on “Hapuskan 7 Punca Jerawat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s