Aidilfitri 2017

Bismillah. Assalamualaikum. Masih dalam mood raya ke semua? Kita dah nak masuk minggu ketiga bulan Syawal 1438H dan hujung minggu selalunya akan penuh dengan jemputan rumah terbuka. Cik Qila melepak di rumah saja. Memang dah plan sehari suntuk nak mop, vakum, lap cermin, basuh tandas dan bersihkan dapur. Dan semestinya gunakan pembersih serbaguna Basic H. Tapi, bukan itu yang Cik Qila nak ceritakan di entri ini. 

Alhamdulillah tahun ini, tahun kedua beraya selepas berkahwin. Persiapan biasa-biasa saja memandangkan Encik Zauji pergi umrah hampir dua minggu di bulan Ramadan. Sepanjang waktu tu pulak, Sis Honey duduk di kampung. Cik Qila pulak bekerja di Cyberjaya. Jadi, sepanjang dua minggu juga lah, berbuka puasa seorang diri. Bila hujung minggu, baru balik rumah Umi Ayah di Sg. Buloh. Merasa jugalah memandu sendiri dari office sampailah ke rumah Sg. Buloh dengan bantuan Waze of course. Haha. 

Macam tahun lepas juga, Cik Qila akan plan dengan Sis Honey untuk masak apa di malam raya. Tahun lepas, Cik Qila buat sambal goreng dengan dendeng daging. Sis Honey buat ayam masak merah dengan kuah lodeh. Tahun ini, Cik Qila up sikit menu buat Rendang Kerang, Kuah Lodeh dan Dendeng Daging. Gigih mintak tolong anak dara untuk tumbuk dua kilo daging. Hehe. 

Pagi hari Sabtu, Cik Qila dah mula masuk dapur. Encik Zauji pula start enjin untuk bersihkan rumah. Lap kipas, turunkan habuk dari rak buku, mop lantai, vakum, cuci toilet segala. Pendek kata. Encik Zauji mengemas rumah, Cik Qila uruskan bahagian dapur. Dendeng daging stepnya agak rumit. Kena rebus, potong, tumbuk dan goreng daging. Jadi pagi-pagi, Cik Qila mula rebus daging dan rebus nasi impit. Sambil tu, mula potong bahan-bahan untuk buat kuah lodeh. Settle rebus nasi impit, rebus cili kering pula untuk diblend dengan bawang untuk rendang kerang.

Sebenarnya sampai waktu berbuka, Cik Qila belum selesai masak lagi. Yang sempat siap kuah lodeh dengan nasi impit je. Sis Honey pun hanya siap ayam goreng dengan sambal godok. Encik Zauji punya penangan mengemas memang setiap ceruk dia bersihkan. Habis keluar semua habuk-habuk yang tersembunyi. Kita pulak memang alah dengan habuk, sudahnya dari pagi dia start mengemas sampailah ke Isya, tak berhenti hidung Cik Qila ni bersin dan selsema. Memang rasa nak bukak puasa je. Alhamdulillah, lepas buka, terus telan 3 biji Sustained Release Vita C, 1 biji Garlic Complex dan 2 biji Omega Guard. Alhamdulillah jugak, selsema terus kering dan Cik Qila fokus memasak sampai pukul 12.30 malam. Kahkahkah. Malam tu memang tidur lena tak sedar apa. Tahu-tahu saja dah pagi, kena solat dan siap-siap untuk beraya. 

Sebelum keluar rumah, Cik Qila dah transfer siap-siap semua lauk dalam Tupperware. Bahagi cukup-cukup untuk rumah Nenek Cheras, rumah puan/mak itam, dan rumah Mak Ampang. Kebetulan ummi ayah Cik Qila datang rumah malam raya tu, jadi dah tapaukan lauk untuk diorang siap-siap bawa balik ke Sg. Buloh. Ye, sebab itulah Cik Qila masak banyak. 

Settle semua, Encik Zauji jemput beserta barang-barang dan bergerak ke rumah Sis Honey. Takdelah jauh pun, lorong depan je. Haha. Tapi, memang rutin setiap pagi raya, kami akan kumpul sama sebelum bergerak pergi beraya. And our first stop is rumah nenek Cik Qila di Bandar Tun Razak. Dekat rumah nenek ni lah baru dapat bergambar raya satu keluarga.

Masam je muka anak-anak sebab dah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu kat rumah maktok. Hahaha. Jom kita layan gambar lagi.

Dengan Nenek Semah

Kali ini dengan semua adik beradik Cik Qila minus one. Adik nombor dua lambat sampai. Tengok lah punya mengendeng si Arissa Syifa tu dengan Grandma.

Cik Qila, Encik Zauji, Sis Honey

Cun tak gambar ni? Hehehe.

All in all, raya tahun ini, biasa-biasa saja. Raya kedua pulak Cik Qila beraya di Tg Karang. Encik Zauji dan Sis Honey pulak beraya di Johor. Dan hari Rabu, kami semua dah bekerja semula.

Tahun depan, nak tema baju warna apa pula ya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s