Kulit Bebas Cela Dan Jerawat Dengan Shaklee

Assalamualaikum. Bismillah. Hari ini Cik Qila terpaksa ambil half day. Sis Honey tak berapa sihat. Kasihan pulak dekat si kenit dua orang ni takde siapa nak tengokkan makan. Sis Honey tak sempat masakkan apa-apa. Kepala pening sangat-sangat. Terbaring je tu kat dalam bilik. Jadinya, sambil-sambil tengokkan anak-anak, kita update lah blog bisnes sikit. Kata #Supermak kan, haruslah multitasking. Sambil menaip ni pun, ada je Muhammad Akmal Syafi ni duduk sebelah sambil makan kerepek. Kejap-kejap, dia tanya dalam bahasa dia apa yang Cik Qila tengah buat. 

Okay, di entri yang lepas, Cik Qila ada terangkan 7 punca jerawat yang perlu dielakkan untuk kulit yang bebas cela. Entri kali ini, mari kita sama-sama berkongsi suplemen yang boleh membantu mengurangkan masalah jerawat. Jom kita. 

GLA COMPLEX

gla-complex_tranparent
GLA Complex

GLA atau Gamma Linolenic Acid banyak digunakan untuk keadaan kesihatan yang melibatkan kulit seperti systemic sclerosis, psoriasis, dan eczema. Kebanyakan produk GLA di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), minyak biji blackcurrant, dan biji bunga borage.

Related image
Bunga borage

Biji bunga borage mengandungi lebih dua kali ganda GLA berbanding EPO dan Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di Saskatchewan, Kanada. Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6 dan digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E.

Antara manfaat utama borage yang dapat digunakan untuk memperbaiki jerawat adalah:

  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Memperbaiki inflamasi kulit – GLA membantu mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap.

 

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

vita-c-plus-transparent
Sustained Release Vita C Plus

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi vitamin C yang bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Teknologi pembebasan berterusan secara semula jadi membolehkan khasiatnya dibebaskan ke dalam badan setiap jam secara berperingkat. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet SR Vita C Plus mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Manfaat utama SR Vita C dalam membantu masalah jerawat adalah:

  • Membentuk kolagen – Merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas kepada otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, SR Vita C mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen yang merupakan penyebab utama jeragat

 

VITA E COMPLEX

vita-e-complex-transparent
Vita E Complex

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta), Vita E Complex adalah sumber Vitamin E paling lengkap yang berada di pasaran. Satu kapsul Vita E turut mengandungi 10mg Selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium juga mampu menyahtoksik logam berat di dalam badan selain daripada mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Manfaat Vita E Complex dalam menangani masalah jerawat adalah:

  • Anti-penuaan – 1 kapsul Vita E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat, dan bintik penuaan.
  • Anti-oksidan yang kuat – Pengambilan lebih daripada 1,200 IU anti oksidan sehari berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
  • Memperbaiki parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

 

ENERGIZING SOY PROTEIN – ESP

ESP (10)
ESP

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan kita. Protein juga dalah komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut dan masalah-masalah lain.

ESP juga mampu membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Satu hidangan ESP bersamaan dengan protein daripada 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. ESP rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Antara manfaat ESP dalam menangani masalah jerawat adalah:

  • Keremajaan kulit – Merangsang pertumbuhan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiance kulit, percepatkan kesembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  • Membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti rambut beruban dan rambut gugur, memperbaiki pigmentasi dan kesan tua.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin dapatkan set ini melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah 

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s