TTC : 7 Tips Kekal Positif

Assalamualaikum semua. Buat apa tu? Hari ini Cik Qila nak kongsi tentang bagaimana kita nak kekal positif sepanjang tempoh TTC. Eh, apa TTC tu? Untuk yang kurang jelas, TTC bermaksud “trying to conceive” atau sedang mencuba untuk hamil. Istilah ini terpakai untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sesetengah pasangan direzekikan Allah untuk hamil dan melahirkan anak dalam tahun pertama perkahwinan. Tapi ada juga yang setelah beberapa tahun berkahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, fasa mencuba untuk hamil inilah yang disebut sebagai TTC. Sepanjang tempoh ini, pasangan suami isteri akan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Bagi sesetengah pasangan, tempoh ini agak emosional lebih-lebih lagi untuk isteri bila mana setiap bulan masih lagi datang haid. Oleh itu, di entri ini kita akan berkongsi serba sedikit bagaimana untuk kita terus kekal positif, okay?

1. Doa dan Solat

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk berdoa. Doa adalah rayuan atau permintaan seorang hamba kepada Pemiliknya. Manusia hanyalah makhluk Allah yang tiada daya dan upaya melainkan bergantung harap hanya kepada Allah semata. Solat juga adalah doa. Banyakkan solat taubat dan solat hajat memohon supaya Allah sihatkan semua sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat dan tiada jangkitan, keseluruhan tubuh akan sihat. Barulah boleh hasilkan sperma dan ovum yang sihat, InsyaAllah. Kena doa dengan yakin tau.

Selain itu, ada beberapa doa memohon zuriat yang sahih dari Al-Quran dan Hadis. Contohnya seperti yang Cik Qila sertakan di bawah ini.

 

doa nabi zakaria

 

2. Enjoy!!

Ya, betul. Kita perlu enjoy!! Perlu ada rasa seronok sepanjang proses TTC. Stres itu musuh utama dalam TTC, okay. Suami dan isteri perlu faham perkara ini. Sementara masih berdua, enjoy dengan kehidupan. Habiskan masa berkualiti berdua dengan pergi bercuti, berjalan-jalan, menonton wayang, roadtrip atau mungkin bersenam bersama-sama?

27468366-enjoy-wallpapers

 

Elakkan kepala daripada berfikir, “Lepas bersama ni, kita dapat anak tak?” No no no. Hubungan suami isteri adalah satu bentuk ibadah. Jadi, anggap sahaja kita sedang menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan have fun while doing it. Bila terlalu fikirkan hasil, makin stress jadinya. Ingat, perlu enjoy!!

3. Sibukkan diri

Cik Qila percaya selepas waktu subur berlalu, perasaan gundah gulana akan mula datang. Waktu ini akan ada persoalan “Period ke pregnant?” Hati akan tak tenteram nak tahu sama ada hujung kitaran ini akan period ke tidak. Betul kan? Jadi, untuk elakkan rasa gundah-gulana tak tenteram tu, lebih elok untuk kita sibukkan diri. Macam mana nak sibukkan diri?

 

hobby

 

Kita semua mesti ada hobi kan? Ada yang suka berenang, shopping, membaca, membuat kraf atau menjahit. Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa senggang kita daripada memikirkan persoalan “Period ke pregnant?” tu. Bila kurang stress, hidup akan lebih gembira kan?

4. Menulis jurnal

Kadang-kala perasaan yang terpendam perlu diluahkan. Benar, TTC adalah satu perjalanan yang memakan masa, ada yang melibatkan kos rawatan kesuburan yang tinggi, dan menuntut beban emosi daripada kedua-dua pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang tidak supportive.

journal writing

 

Cara yang mudah untuk meluahkan adalah dengan menulis jurnal sama ada dengan menulis di buku atau buat jurnal online di blog. Jika menulis blog, terpulang sama ada nak di”public”kan atau set sebagai private untuk bacaan sendiri. Dengan menulis jurnal, kita boeh merekod langkah-langkah yang telah kita ambil sepanjang proses TTC. Sebagai contoh, kita dah menulis tentang mencuba petua buah zuriat, di posting lain, kita boleh pula menulis tentang kaedah Basal Body Temperature. Lain orang lain kaedahnya dan lain pula hasilnya. Cubalah menulis, insyaAllah kurang sikit sakit kepala tu.

5. Sangka Baik Dengan Mereka Yang Berjaya Hamil

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada bertembung dengan manusia lain. Mustahil ada orang yang boleh hidup seorang diri. Kalau tiada kawan rapat, kita masih bertembung dan berjumpa dengan manusia lain di kawasan rumah, pejabat, di jalan raya dan juga pasar atau pusat beli-belah. Kita juga akan terjumpa dengan wanita-wanita hamil di pejabat dan di sekeliling kita. Janganlah pula kita tarik muka masam bila mana ada wanita hamil yang duduk di sebelah kita di dalam tren. Atau menangis bila ada adik-beradik atau ipar duai yang memaklumkan kehamilan mereka dalam group WhatsApp keluarga.

alhamdulillah

 

Sucikan hati untuk bersangka baik dengan Allah. Panjatkan kesyukuran kerana Allah beri mereka rezeki yang sangat kita mahukan. Kongsi kegembiraan mereka dengan mengucapkan tahniah atau hadiahkan kad Selamat Hari Ibu. Kalau yang hamil itu sahabat baik kita, kongsi kegembiraan dengan hadiahkan “baby shower” atau hadiah-hadiah comel yang lain.

6. Cari Kumpulan Sokongan

Salah satu cara untuk kekal positif adalah dengan dikelilingi oleh orang-orang yang positif juga. Sekarang ni, dah banyak kumpulan-kumpulan sokongan di Facebook dan forum-forum di laman web seperti Babycenter.com yang menyediakan platform untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman. Penting untuk kita ketahui bahawa bukan kita seorang sahaja yang sedang TTC dan sedang “struggle” untuk hamil. Mungkin ada yang telah berusaha lebih lama daripada kita. Aura positif dalam sesuatu kumpulan dapat dirasai dan boleh dipindahkan kepada semua ahli. Yang penting, perlu saling berkongsi dan sama-sama naikkan semangat ahli lain juga.

support group

 

7. Saling Berkomunikasi dengan Pasangan

Proses TTC melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika ada waktu yang sangat genting dan melibat emosi, kedua-duanya perlulah saling berbincang. Suarakan kesedihan dan elakkan memendam perasaan. Manalah tahu rupanya suami pun bersedih juga tiap kali isteri datang haid. Banyakkan komunikasi dan saling berkongsi pendapat dan perasaan antara keduanya.

communicate

 

Dah baca ketujuh-tujuh tips yang Cik Qila cadangkan tadi? Jadi, sekarang jangan sedih-sedih lagi ya. Lap sikit air mata dengan hingus yang meleleh tu. Dah boleh dah ajak suami pergi dating makan ais krim Baskin Robbins atau minum kopi Starbucks. Ingat, banyakkan berdoa dan kekal positif sepanjang masa.

Nak ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh baca entri Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s