Aidilfitri 2017

Bismillah. Assalamualaikum. Masih dalam mood raya ke semua? Kita dah nak masuk minggu ketiga bulan Syawal 1438H dan hujung minggu selalunya akan penuh dengan jemputan rumah terbuka. Cik Qila melepak di rumah saja. Memang dah plan sehari suntuk nak mop, vakum, lap cermin, basuh tandas dan bersihkan dapur. Dan semestinya gunakan pembersih serbaguna Basic H. Tapi, bukan itu yang Cik Qila nak ceritakan di entri ini. 

Alhamdulillah tahun ini, tahun kedua beraya selepas berkahwin. Persiapan biasa-biasa saja memandangkan Encik Zauji pergi umrah hampir dua minggu di bulan Ramadan. Sepanjang waktu tu pulak, Sis Honey duduk di kampung. Cik Qila pulak bekerja di Cyberjaya. Jadi, sepanjang dua minggu juga lah, berbuka puasa seorang diri. Bila hujung minggu, baru balik rumah Umi Ayah di Sg. Buloh. Merasa jugalah memandu sendiri dari office sampailah ke rumah Sg. Buloh dengan bantuan Waze of course. Haha. 

Macam tahun lepas juga, Cik Qila akan plan dengan Sis Honey untuk masak apa di malam raya. Tahun lepas, Cik Qila buat sambal goreng dengan dendeng daging. Sis Honey buat ayam masak merah dengan kuah lodeh. Tahun ini, Cik Qila up sikit menu buat Rendang Kerang, Kuah Lodeh dan Dendeng Daging. Gigih mintak tolong anak dara untuk tumbuk dua kilo daging. Hehe. 

Pagi hari Sabtu, Cik Qila dah mula masuk dapur. Encik Zauji pula start enjin untuk bersihkan rumah. Lap kipas, turunkan habuk dari rak buku, mop lantai, vakum, cuci toilet segala. Pendek kata. Encik Zauji mengemas rumah, Cik Qila uruskan bahagian dapur. Dendeng daging stepnya agak rumit. Kena rebus, potong, tumbuk dan goreng daging. Jadi pagi-pagi, Cik Qila mula rebus daging dan rebus nasi impit. Sambil tu, mula potong bahan-bahan untuk buat kuah lodeh. Settle rebus nasi impit, rebus cili kering pula untuk diblend dengan bawang untuk rendang kerang.

Sebenarnya sampai waktu berbuka, Cik Qila belum selesai masak lagi. Yang sempat siap kuah lodeh dengan nasi impit je. Sis Honey pun hanya siap ayam goreng dengan sambal godok. Encik Zauji punya penangan mengemas memang setiap ceruk dia bersihkan. Habis keluar semua habuk-habuk yang tersembunyi. Kita pulak memang alah dengan habuk, sudahnya dari pagi dia start mengemas sampailah ke Isya, tak berhenti hidung Cik Qila ni bersin dan selsema. Memang rasa nak bukak puasa je. Alhamdulillah, lepas buka, terus telan 3 biji Sustained Release Vita C, 1 biji Garlic Complex dan 2 biji Omega Guard. Alhamdulillah jugak, selsema terus kering dan Cik Qila fokus memasak sampai pukul 12.30 malam. Kahkahkah. Malam tu memang tidur lena tak sedar apa. Tahu-tahu saja dah pagi, kena solat dan siap-siap untuk beraya. 

Sebelum keluar rumah, Cik Qila dah transfer siap-siap semua lauk dalam Tupperware. Bahagi cukup-cukup untuk rumah Nenek Cheras, rumah puan/mak itam, dan rumah Mak Ampang. Kebetulan ummi ayah Cik Qila datang rumah malam raya tu, jadi dah tapaukan lauk untuk diorang siap-siap bawa balik ke Sg. Buloh. Ye, sebab itulah Cik Qila masak banyak. 

Settle semua, Encik Zauji jemput beserta barang-barang dan bergerak ke rumah Sis Honey. Takdelah jauh pun, lorong depan je. Haha. Tapi, memang rutin setiap pagi raya, kami akan kumpul sama sebelum bergerak pergi beraya. And our first stop is rumah nenek Cik Qila di Bandar Tun Razak. Dekat rumah nenek ni lah baru dapat bergambar raya satu keluarga.

Masam je muka anak-anak sebab dah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu kat rumah maktok. Hahaha. Jom kita layan gambar lagi.

Dengan Nenek Semah

Kali ini dengan semua adik beradik Cik Qila minus one. Adik nombor dua lambat sampai. Tengok lah punya mengendeng si Arissa Syifa tu dengan Grandma.

Cik Qila, Encik Zauji, Sis Honey

Cun tak gambar ni? Hehehe.

All in all, raya tahun ini, biasa-biasa saja. Raya kedua pulak Cik Qila beraya di Tg Karang. Encik Zauji dan Sis Honey pulak beraya di Johor. Dan hari Rabu, kami semua dah bekerja semula.

Tahun depan, nak tema baju warna apa pula ya?

Advertisements

Daging Masak Blackpepper

Hari Sabtu yang lepas Cik Qila masak Daging Blackpepper atau Daging Masak Lada Hitam untuk makan tengah hari. Dari Subuh dah keluarkan daging untuk direndam dalam sink. Sambil tunggu daging lembut, Cik Qila settlekan masuk kain baju dalam mesin basuh, lipat kain jemuran hari Jumaat dan clearkan meja kopi merangkap work station sementara. Cadar bilik pun Cik Qila siap tukar. Memang dah jadi rutin untuk Cik Qila tukar cadar, tuala dan kain lap sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau datang mood M tu, lajak lah sikit sampai dua minggu. Settle mengemas, solat sunat dhuha dulu. Dalam pukul 10.30, Cik Qila pergi check daging. Nampak macam dah mula lembut. Bolehlah mulakan proses memasak. Jom kita layan resepi. Macam biasa, Cik Qila ambil resepi dari Che Mat Tiffin Biru dan sesuaikan bahan untuk dua orang makan. 

daging masak blackpepper

DAGING MASAK BLAKPEPPER 

Bahan-bahan:
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan dan perap sekejap)
10 kuntum cedawan butang, belah 2 setiap 1 – Cik Qila tak letak 
4 – 5 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama Puteri)
1 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang dikerat pendek – Cik Qila tak letak 
1/2 cawan air
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan daging dan goreng sekejap. Tambah sos lada hitam dan kicap cair. Kacau rata dan biar daging mesra dengan bahan2 tadi. Tuang air dan masak hingga daging empuk, guna api kecil.
  2. Bila pekat, masukkan bawang besar dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi kicap cair. Akhir sekali masukkan batang bawang,kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk lain.

LAT Fighters Tinju Retreat #1. Oh Seronoknya Bisnes !!

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

LAT Fighters Tinju Retreat #1 adalah kelas retreat pertama yang dianjurkan oleh Master Zahirah dan suaminya Master Hafizan untuk tahun 2017. Group LAT Fighters Tinju ditubuhkan oleh mereka sebagai inisiatif untuk kembangkan potensi anak cucu di bawah susur galur Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kalau sebelum ini Cik Qila ada menulis tentang kelas di Secret Group FB Team Pursuit, tapi kelas khas Master Zahirah ini bukan secara online tetapi memang betul-betul seolah-olah kita berada di dalam kelas dan pensyarah sedang mengajar di depan. Selama ini, hanya dengar nama dan baca kisah inspirasi, tapi kali ini, dapat berjumpa sendiri dan menadah ilmu dengan mata kepala sendiri. Lain sungguh auranya. 

Kelas ini diadakan di HQ Shaklee iaitu di Sunway Pinnacle pada 12 Mac 2017. Ya, kami bersungguh-sungguh keluar dari kepompong selesa untuk menuntut ilmu di hari Ahad. Sedang orang lain masih bergolek di tilam empuk memeluk anak dan suami, kami dah terpacak di lobi Sunway Pinnacle seawal 9 pagi lagi. Cik Qila memang sangat suka pergi ke kelas. Sebelum serius berbisnes dulu, Cik Qila suka sertai seminar ilmu oleh tokoh-tokoh agama seperti Yasmin Mogahed dan Nouman Ali Khan. Kini, bila nak fokus bisnes, Cik Qila kejar pula kelas-kelas oleh Masters dalam Shaklee. Kelas online lagi-lagi untuk personal branding pun Cik Qila hadiri. Contohnya, Tuan Al Irfan Jani, Cikgu June Mohd Som dan sifu Faisal Abdullah. Pendek kata, Cik Qila memang sukakan ilmu lah. Dan jika ada masa, mesti akan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. 

Jadi, apa yang Cik Qila belajar dalam kelas LAT Retreat ni?

Sesi kami dimulakan dengan soal jawab dan tips untuk berjaya. Contohnya tips untuk ubah mindset. Bagaimana kita nak melawan akal jahat dalam diri yang sentiasa berbisik kepada kita untuk hentikan bisnes. Bagaimana nak mendepani soalan-soalan dari customer. Bagaimana nak menulis storytelling berkesan di FB. Semua itu dikongsikan oleh Master Zahirah dan Hafizan juga dari leaders yang lain. Contohnya Kak Raihanah yang memberi tips tentang bagaimana menjual berbotol-botol Vivix sebulan. Dan tak lupa juga tips menjual secara offline. 

Satu yang Cik Qila kagum adalah kegigihan ibu-ibu membawa anak mereka bersama untuk join kelas. Yang bertolak seawal Subuh dari Pahang ke Sunway Pinnacle, yang memandu dari Melaka. Yang sambil mendengar tips, sambil menyusukan anak di balik tudung. Anak-nak berlari dari depan ke belakang tak kurangnya juga. Betullah kata orang-orang hebat, nak berjaya takkan ada alasan. Anak kecil pun tak menjadi alasan untuk mereka ini hadir ke kelas. 

Jom layan gambar.

dav
Cik Qila dan Master Zahirah
LAT Retreat
Doakan kami capai target kami!!
dav
Cik Qila, Master Laila, Mommy Mimie, Senior Key Codi Athirah

Jom sertai Shaklee. Hubungi Cik Qila di nombor di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Pengedar Shaklee Balakong, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya

Special Coaching Untuk Team Pursuit

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

Semalam tarikh 15 Mac 2017, Cik Qila buat sesi “coaching” khas untuk anak didik yang berada di bawah susur galur Cik Qila. Ya, dalam bisnes Shaklee, sesiapa yang berdaftar menjadi ahli di bawah seorang Shaklee Independent Distributor dan komited untuk menjana income sehingga 4-5 angka sebulan, wajar ada team yang hebat. Upline yang berwibawa dan bertanggungjawab wajib didik dan bimbing anda sehingga berjaya. Dan Cik Qila adalah salah seorang daripada SID yang berwibawa dan akan terus bertanggungjawab memberi sehabis baik untuk team Cik Qila. InsyaAllah. 

“Di mana Cik Qila jalankan kelas ni?”

Cik Qila ada satu Secret FB Group yang dibangunkan khas untuk anak cucu Cik Qila di Team Pursuit. Di dalam group rahsia itulah Cik Qila berkongsi tips untuk memulakan bisnes, tips untuk membina personaliti di FB, tips untuk melawan ketakutan dan melawan persepsi negatif dan sangka buruk dalam perniagaan. Macam-macam lagilah yang dikongsikan. Dan group tu akan sentiasa dikemaskini dengan info terbaru dari Shaklee ataupun kelas-kelas yang boleh kita sertai. Group ini bukan hanya terhad kepada mereka yang ingin fokus bisnes, tetapi sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli Shaklee dan hanya untuk “own consumption”. Bijak tau mereka ni. Walaupun tidak berminat untuk bisnes, masih lagi mendaftar jadi ahli di bawah Cik Qila untuk nikmati kelebihan-kelebihan yang customer biasa takkan dapat. Untuk kelebihan menjadi ahli Shaklee, boleh klik ni SINI. 

Berbalik kepada kelas di Secret Group tadi, kelas Cik Qila semalam menggunakan format FB Live. Mark Zukerberg dah bagi kemudahan untuk kita guna, jadi kita manfaatkanlah sebaiknya. Ada bagusnya juga. Pada pandangan Cik Qila lah, menggunakan method FB Live ini menjimatkan masa, dan seolah-olah macam bertalaqqi lutut bertemu lutut dengan anak cucu. Boleh dengar suara, boleh buat demo secara “live”. Nak dijadikan cerita, ada pula yang kata Cik Qila garang bila bersuara. Mana taknya, memek muka tak dapat nak dilihat sebab ditutup dengan niqab. Siap kata tegas dan gigih betul Cik Qila bagi tugasan semata-mata nak lihat anak cucu berjaya. Cik Qila bukan nak garang tak bertempat ye. Garang bersebab. Dan atas tanggungjawab untuk curahkan ilmu. 

Pada yang nak bersama-sama buat bisnes Shaklee dengan Cik Qila di Team Pursuit, amatlah dialu-alukan. Tapi ingat, Cik Qila bagi “warning” awal-awal. Bersedia untuk dijerit dan dicubit sepanjang proses “coaching” tau………. (“,) 

Dalam kepala dah fikir topik yang Cik Qila nak kupas dalam kelas seterusnya. Doakan kita semua berjaya dunia akhirat ya!!

Ummi Kan Keluarga 

Cerita dalam kereta petang semalam. Macam biasa, Cik Qila jemput anak-anak balik sekolah.

Syahmi : Ummi, kawan abang kan ummi ramai tinggal kat surau tu ummi. Surau Al-Amin.

Alisya : Aah ummi. Kawan saya pun ramai yang duduk Putrajaya. Diorang duduk kat presint-presint.

Ummi : Memang lah akak, abang. Kawan-kawan abang akak ramai duduk Putrajaya, sekolah kat Putrajaya. Kita ni je yang duduk luar Putrajaya tapi sekolah kat sini.

Alisya : Kenapa diorang duduk sini?

Ummi : Ye lah, mak ayah diorang kerja sini, banyak pejabat-pejabat kerajaan, dah tinggal sini, sekolah pun kat sinilah.

Syahmi : Tu lah ummi. Masa tu abang jumpa ramai kawan abang. Sebab kitorang solat maghrib kat surau masa tu. Pakai baju sekolah pulak tu.

Ummi : Kenapa boleh solat maghrib kat surau tu?

Syahmi : Abah la, bawak kitorang pergi pasar jalan-jalan balik dari sekolah. Mama pun ada. Tak sempat naj balik rumah, solat kat situ. Sekali nampak ramai kawan abang.

Alisya : Aah ummi. Abah bawak jalan pergi pasar. Masa tu satu keluarga pergi kecuali ummi.

Ummi : (Saja nak tanya soalan nakal) Emm, ummi ni keluarga tak?

Syahmi & Alisya serentak jawab : Keluarga..

Dan ummi pun senyum di sebalik niqab. 😊😊

Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Perihal Si Gigi Bongsu

Teks: Aqilah Rohizad

Foto : Aqilah Rohizad & Google

Dalam meniti usia dewasa ni, wajib di kalangan kita untuk merasa seksanya tumbuh gigi geraham bongsu. Kenapa Cik Qila kata seksa? Sebab kesakitannya boleh buatkan sakit kepala, mood ke laut, hilang selera makan, rasa nak marah dan hilang berat badan. Gusi bengkak, kadang bernanah. Nak buka mulut pun sakit apatah lagi nak mengunyah makanan. Bubur nasi lembut sajalah yang bantu alas perut. Disebabkan kesakitan yang dialami inilah Cik Qila terpanggil untuk menulis entri berkenaan gigi bongsu.

Apa Itu Gigi Bongsu?

Memetik tulisan Dr. Husna Razak di sini, gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh du bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang. Dalam Bahasa Inggeris pula disebut sebagai “third molar”. Kebiasaannya, seorang manusia dewasa akan mempunyai 4 batang gigi bongsu, dua di atas dan dua di bawah. Gigi bongsu ini akan mula tumbuh pada tahun 18 tahun atau lebih. 

Mengapa Gigi Bongsu Itu Menyakitkan?

Mungkin ada yang terfikir, mengapa pertumbuhan gigi bongsu ini amat sakit? Tidak seperti gigi susu atau kekal yang lain? 

Ini kerana kadang kala gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Ada dua punca utama kepada masalah ini:

  1. Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika seseorang itu mempunyai rahang yang kecil
  2. Dihalang gigi lain. Seperti gigi geraham besar kedua yang tumbuh di hadapan gigi bongsu.

Gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh dengan sempurna dipanggil gigi terimpak atau “impacted tooth”. Gigi yang separa terbenam di dalam rahang ini akan menyebabkan kesakitan sekiranya:

  1. Pericorontis atau radang gusi. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh menjadi lubuk pembiakan bakteria apabila sisa makanan terkumpul di situ. Antara ciri-ciri pericorontis adalah gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir dan bernanah. Jika berlanjutan, boleh menyebabkan bengkak di bahagian muka dan sukar untuk membuka mulut. 
  2. Karies gigi. Gigi terimpak yang dihalang tumbuh oleh gigi depannya akan mudah mendapat karies gigi atau pereputan struktur gigi. Senang kata karies gigi ni adalah gigi yang berlubang. Sakit tau!!
  3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis). Ini adalah penyakit gigi yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Gigi bersebelahan dengan gigi bongsu tersebut mungkin akan jadi sangat longgar dan mungkin menyebabkan gigi lain terpaksa dikorbankan.
  4. Penyakit patalogi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Bengkak yang pada mulanya kecil dan membesar dalam sesuatu tempoh masa mungkin adalah tanda-tanda awal tumor.

 

kedudukan-geraham-bongsu-terimpak

 

Gambar ini adalah contoh bagaimana geraham bongsu mengalami kesukaran untuk tumbuh. Ada yang tumbuh menyenget, ada yang lurus, ada yang melintang. Kita rasa sakit sebab gigi tak cukup ruang atau tak tumbuh dengan cara yang sepatutnya. 

Bagaimana Untuk Merawat Gigi Geraham Bongsu Yang Sakit?

Cara paling mudah untuk melegakan rasa sakit adalah dengan mencabut gigi bongsu tersebut secara pembedahan. Tapi, Cik Qila percaya, ada di kalangan kita yang lebih rela menanggung sakit kerana sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. 

Pembedahan akan dilakukan menggunakan bius setempat atau “local anaesthesia” dan mungkin akan mengambil masa antara 20 minit sehingga 1 jam, bergantung kepada tahap kesukaran. 

Di sini ada Cik Qila sertakan video bagaimana pembedahan mengeluarkan gigi geraham bongsu ini dijalankan. 

Bagi sesetengah kes, gigi dah tumbuh lurus cantik tetapi terdapat lebihan gusi yang menutup geraham bongsu. Kes ini dinamakan “operculum”.  Operculum ini boleh terkepit atau hancur di antara gigi dan gigi bersebelahan semasa mengunyah makanan. Ini menyebabkan tisu operculum dan kawasan sekitarnya mengalami keradangan. Sisa makanan yang tertinggal di dalam operculum ini juga boleh menyebabkan jangkitan kerana menjadi tempat bakteria membiak. 

Menurut doktor gigi, rawatan mudah untuk masalah gigi melibatkan operculum ini adalah “deep scaling” atau mencuci gigi. Rawatan kedua adalah pemotongan lebihan gusi tersebut yang dipanggil “Operculectomy”. 

 operculectomy

Bila dah dibuang lebihan gusi ni, rasanya kuranglah risiko untuk diserang radang atau nanah bila sisa makanan terkumpul. Akan tetapi, penjagaan oral yang betul juga perlu dititikberatkan.

Supplemen Shaklee Untuk Sakit Gigi?

 

“Cik Qila, Shaklee ada tak supplemen untuk kurangkan sakit gigi?”

 

Jujurnya, jika sakit yang melibatkan gigi adalah lebih baik untuk dirujuk ke klinik gigi untuk diperiksa oleh mereka yang lebih pakar. Tapi, jika nak makan supplemen untuk kesihatan gigi yang baik dan berpanjangan, ada beberapa vitamin yang Cik Qila boleh cadangkan. 

Sustained Release Vita C Plus

vita-c-plus-transparent

Vitamin C penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Selain daripada itu, vitamin C juga membantu meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

 

Ostematrix

oste-matrix

Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan Ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

Garlic Complex

garlic-complex

Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semula jadi untuk masalah sakit gigi memang telah dipraktikkan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria. Bawang putih mengandungi alisin yang memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan dan antibiotik semula jadi. 

Apa pun, Cik Qila nasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor gigi ya sekiranya sakit gigi makin melarat. Selain daripada supplemen, penjagaan gigi yang baik seperti memberus, flossing dan berkumur dengan cecair khas juga penting untuk pastikan kesihatan gigi yang sempurna.

Nak dapatkan supplemen khas untuk penjagaan gigi? Hubungi Cik Qila sekarang di

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee