Kisah Cik Qila dan “Molar Pregnancy”

Bismillah.

Assalamualaikum. Buat apa semua di hari Sabtu ni? Di hari mendung ni, Cik Qila duduk di rumah saja. Pagi-pagi dah mengemas rumah, salin cadar, mop dan vacuum rumah. Sambil-sambil vacuum, baru perasan vacuum dah mintak ganti. Suction power dah takde. Apa lagi, bukalah Lazada untuk survey harga vacuum baru. Tapi hari ni, bukan nak cerita pasal vacuum tapi pasal baby. Hehe.

babycenter
My 2nd pregnancy

Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal baby ni? Saje je Cik Qila bukak website BabyCenter.com tadi. Rupanya account Cik Qila kat website ni masih ada dan lupa nak log out lepas keguguran dulu. Bukak-bukak, terus terpampang usia “anak” Cik Qila yang patutnya dah 9 bulan usianya. Hehe. 9 bulan jika Allah izinkan dia lahir ke dunia. Tapi, nak buat macam mana, masih belum ada rezeki untuk Cik Qila dan Encik Zauji nak ada zuriat sendiri. Buat masa ni, Cik Qila tumpang main-main dengan anak-anak Encik Zauji dan Kak Honey lah dulu ye. ūüôā

Tapi, tapi, tapi. Bukan pasal baby ini yang Cik Qila nak ceritakan. Cik Qila nak kongsi pasal “Molar Pregnancy”. Ya, masa Cik Qila mengandung kali pertama dahulu, which is pada tahun 2014, di usia kandungan 6 minggu, doktor diagnos Cik Qila kena “molar pregnancy”. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Okay, jom kita belajar serba sedikit tentang “Molar Pregnancy” ni dan adakah kita berisiko untuk menghidapinya.

APA ITU KEHAMILAN ANGGUR?

Merujuk kepada Babycenter.com, “molar pregnancy” atau bahasa melayunya dikenali sebagai kehamilan molar/anggur adalah komplikasi yang jarang-jarang berlaku. Kandungan molar ini terjadi apabila telur dan sperma bertemu semasa persenyawaan tapi, sel-sel tidak membesar menjadi janin yang sihat. Jika dirujuk dalam blog Dr Sharifah, kehamilan molar/anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu berupa anggur.¬†

kehamilan-molar1

Kebanyakan wanita yang mengalami kehamilan anggur pada awalnya akan mempunyai simptom-simptom kehamilan yang normal seperti muntah-muntah dan pening. Tetapi, setelah beberapa minggu, pendarahan akan mula berlaku dan tanda-tanda yang tidak sihat akan mula ketara. 

Macam Cik Qila, di awal kandungan selalu rasa seram sejuk. Balik kerja mesti nak kena masuk selimut dulu sebab badan rasa sangat-sangat sejuk. Cik Qila tak alami muntah-muntah tapi pendarahan mula berlaku pada minggu keempat. 

BAGAIMANA KEHAMILAN ANGGUR TERJADI?

Sebenarnya Cik Qila dikesan alami kandungan molar oleh doktor di wad EPAU, Hospital Sg. Buloh. Masa di penghujung minggu kelima kandungan, doktor di klinik swasta kata Cik Qila dah keguguran dan cuma perlu tunggu janin jatuh sendiri. Siap dapat ubat tahan sakit lagi. Tapi bila dah tunggu dua hari masih tiada tanda-tanda nak keluar, Cik Qila decide nak pergi ke hospital bila janin yang dikatakan keguguran tak jatuh sendiri. Minta tolong ayah hantarkan sebab Encik Zauji dah kena berkursus di Jepun waktu itu. 

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila dah mula google pasal “molar pregnancy” lepas kena scan dengan doktor di hospital. Ye lah, siapa yang tak berdebar bila doktor kata kehamilan anggur¬†ni ada kecenderungan untuk jadi kanser dan tak boleh mengandung lagi sepanjang rawatan susulan selama setahun setengah. Gigih masa tu Cik Qila google dan wassap panjang-panjang ke Encik Zauji.¬†

Rupanya kehamilan anggur ni terjadi bila terdapat masalah tertentu dengan kromosom dalam telur yang disenyawakan. Dalam kehamilan normal, ibu akan sumbangkan 23 kromosom, ayah pula akan sumbangkan 23 kromosom lagi, menjadikan 46 kromosom kesemuanya. Tapi, bagi kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana kromosom yang bergabung bukanlah 46 seperti yang sepatutnya. 

JENIS-JENIS KEHAMILAN ANGGUR

Ada dua jenis kehamilan anggur.

  1. Complete molar pregnancy (kehamilan anggur lengkap). Untuk jenis ini, telur yang disenyawakan tidak mempunyai kromosom daripada ibu tetapi kromosom dari bapa diduplikasikan. Kehamilan jenis ini tidak membenarkan tumbesaran janin, kantung atau embrio. Sebaliknya jika discan, yang kelihatan hanyalah tisu-tisu cyst yang kelihatan seperti gugusan anggur. 
  2. Kehamilan anggur separa (partial molar pregnancy). Untuk partial molar pregnancy ni, telur yang disenyawakan mempunyai 23 kromosom daripada ibu, tetapi 2 set kromosom daripada ayah. Maksudnya, ada 69 kromosom yang bergabung berbanding 46 yang sepatutnya. Ini boleh terjadi apabila kromosom daripada ayah diduplikasi atau dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Beza dengan kehamilan angur lengkap, kehamilan anggur separa ini membolehkan uri untuk membesar. Maksudnya, akan terdapat kewujudan embrio dan kantung. Tapi, keganjilan kromosom masih lagi menyebabkan janin tak berkembang dengan cara yang sepatutnya. 

kehamilan-molar2

Sebenarnya Cik Qila sendiri tak berapa pasti Cik Qila kena partial atau complete molar. Cik Qila assumed it was a partial since scan masa minggu keempat di klinik swasta ada nampak kantung. Hehe. 

TANDA-TANDA KEHAMILAN ANGGUR 

Okay, macam mana kita nak tahu sama ada tanda-tanda kehamilan anggur atau tidak? Jom kita tengok tanda-tanda di bawah ni. 

  1. Turun darah.¬†Mungkin berwarna merah terang atau coklat, berterusan atau putus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh berlaku seawal enam minggu kehamilan atau selewat 12-16 minggu. Cik Qila mula alami “brown spotting” semasa minggu keempat/kelima.
  2. Keluar tisu-tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina. 
  3. Loya dan muntah yang teruk.
  4. Kekejangan perut. Kerana rahim berkembang lebih cepat daripada biasa. Cik Qila ada alami sakit-sakit perut. Masa di wad EPAU Hospital Sg. Buloh, doktor yang periksa Cik Qila beritahu yang saiz rahim Cik Qila dah macam orang hamil 12 minggu. Padahal waktu tu, kandungan baru enam minggu.
  5. Preeclampsia. Tekanan darah tinggi yang serius sebelum kandungan mencapai 20 minggu.
  6. Pucat. Kurang darah.
  7. Sindrom hyperthyroid. Berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung. Cik Qila cuma alami kesejukan.
  8.  Batuk darah semasa mengandung.
  9. Imbasan ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungandan rahim lebih besar daripada umur kandungan. 
  10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi dari biasa. Dari ujian darah, paras hormon hCG Cik Qila sebelum D&C adalah dalam 53,000 (kalau tak silaplah).

RISIKO KEHAMILAN ANGGUR

Apakah risiko seorang wanita untuk mengalami kehamilan anggur? Merujuk kepada pakar Babycenter, Dr. Patrick Chia, di Malaysia, statistik kehamilan anggur adalah 2.8 dalam 1000 kehamilan dan lebih cenderung terjadi di kalangan wanita Cina, walaupun tiada sebab yang pasti. 

Risiko untuk mengalami kehamilan anggur sekiranya anda:

  • berusia 40 tahun ke atas
  • mempunyai sejarah kehamilan anggur
  • mempunyai sejarah keguguran
  • tidak mendapat sejenis vitamin A (betacarotene) yang cukup¬†

Cik Qila tidak tergolong dalam kumpulan di atas tapi masih lagi alami kehamilan molar. Jadi, mungkin kajian ini perlu dikemaskini. ūüôā

RAWATAN KEHAMILAN ANGGUR

Apa rawatan yang akan diberikan oleh doktor apabila seseorang itu dah disahkan mengalami kehamilan molar? Pertama sekali, ujian-ujian darah akan dijalankan dan imbasan lanjut akan dilakukan untuk mengenalpasti tahap dan komplikasi kehamilan anggur.

Kemudian, pembedahan minor dipanggil “dilatation & curettage” (D&C) akan dijalankan untuk mengeluarkan tisu-tisu molar daripada rahim. Ada yang kena full bius, ada yang kena epidural. Macam Cik Qila, kena cucuk epidural je. Jadi, I was fully awake throughout the whole process. Risau masa lepas cucuk epidural tu, sebab jari still lagi boleh gerak-gerak. Haha. Rupanya doktor tunggu sampai betul-betul dah kebas baru mulakan prosedur. Selamat. Keke.¬†

dc

Ada sesetengah kes, sel-sel molar/anggur tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa D&C dan bagi kes yang lebih serius, rawatan perlu disusuli dengan sesi kemoterapi untuk memusnahkan semua sel-sel molar. Penting untuk semua sel-sel molar ini dikeluarkan dari rahim kerana terdapat kemungkinan sel-sel ini boleh merebak ke organ-organ lain melalui darah seperti merebak ke paru-paru, hati dan otak. Walaupun sel-sel ini boleh merebak, keadaan ini dapat dipulihkan hampir 100% setelah kemoterapi. 

Selepas daripada D&C, Cik Qila masih perlu buat rawatan susulan. Perlu ke Klinik Pakar O&G di Hospital Sg. Buloh untuk periksa tahap hormon HcG dalam darah. Mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali. Bila dah makin turun, perlu check darah tiga bulan sekali, enam bulan sekali dan setahun sekali. Sepanjang tempoh ni, sepatutnya tak boleh hamil sebab akan mengganggu bacaan hormon HcG tu. Makan pil pun tak digalakkan. IUD pun tak boleh pakai. Kata doktor yang rawat Cik Qila, IUD tak sesuai untuk dipakai sebab lepas kena kehamilan anggur ni, rahim sangat lembut. Kalau pakai IUD, ada kemungkinan rahim boleh koyak. Jadi, perlu merancang sendiri lah untuk tidak hamil. 

Masa ni lah Cik Qila mula kenal dengan Shaklee untuk baiki rahim yang luka. ūüôā Nak tahu Cik Qila consume apa dan apa yang Cik Qila buat untuk pulih emotionally daripada molar ni, kita sambung dekat entry lain pulak ye?¬†

Sampai jumpa lagi. InsyaAllah. 

Ingin dapatkan produk-produk Shaklee sesuai dengan bajet?

Jom hubungi Cik Qila. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

 

Advertisements

Atasi Masalah Kekurangan Nutrisi Dengan Set Optimum Health

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Seronok sambut Aidil Adha bersama keluarga? Alhamdulillah tahun ni, Cik Qila sambut Aidil Adha bersama umi ayah dan adik-adik di Sungai Buloh seperi tahun-tahun sebelumnya. Encik Zauji pulak petang raya tu baru bertolak balik dari Johor ke Kuala Lumpur. Dapatlah spend masa sekejap. Hehe.

Anyways, Cik Qila sebenarnya nak share pasal Set Optimum Health Shaklee yang memang Cik Qila amalkan. Ada tiga komponen utama dalam Set Optimum Health ni iaitu VitaLea, B Complex dan Sustained Release Vitamin C.

“Saya rasa okay je Cik Qila. Jarang masuk hospital, jarang pergi klinik. Badan saya okay-okay je. Tak perlu supplement bagai ni.”

Puan A

Cik Qila pasti ada di antara kita yang akan bagi jawapan macam ni. Tapi antara sedar dengan tidak, badan kita telah pun menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi tetapi kita yang tidak ambil peduli. Mari kita lihat tanda-tanda kekurangan nutrisi dalam badan.

7 TANDA KEKURANGAN NUTRISI DALAM BADAN

 

Keletihan Melampau

Sesiapa yang letih melampau sebenarnya mengalami kekurangan zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah. Bila sel darah merah tak cukup, oksigen tak dapat dibawa ke seluruh badan menyebabkan kita akan selalu rasa cepat letih. Cuba check balik, adakah anda susah nak bangun pagi? Pastu sampai office, pukul 10 macam tu dah mula rasa mengantuk? Kalau ya, mungkin anda alami simptom keletihan melampau.

 

Image result for keletihan

 

Rambut Mudah Putus

Rambut akan sangat sihat bila kita cukup protein. Kalau kurang nutrisi, rambut akan mudah patah, kering dan jarang. Kalau rambut selalu gugur dalam kuantiti yang banyak, itu adalah tanda kurang protein, zat besi dan lemak baik.

Image result for rambut gugur

 

Kuku Bergerigi dan ada Bunga Kuku

Kuku yang sihat akan berkilat dan tiada bunga kuku. Ala, yang putih-putih macam bentuk bulan separuh tu. Bila kuku rapuh dan ada bunga kuku, maksudnya kita kurang protein dan zat besi dan mungkin juga ada anemia.

Image result for bunga kuku

 

Mulut Kering

Mulut kering di bahagian tepi mulut dan pecah-pecah juga merupakan tanda kekurangan Vjtamin B12 dan zat besi.

Image result for mulut kering

Cirit birit

Kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita dapat cirit birit sebab ketidakmampuan usus untuk serap nutrisi dari makanan ke dalam badan. Tanda-tanda usus tak sihat adalah perut kembung, berangin, kejang atau cramp kat perut, najis terlalu keras dan berat badan menyusut.

Image result for cirit birit

Hilang selera makan

Selalu terjadi pada mereka yang berumur sebab lidah makin tua akam makin hilang kepekaan terhadap rasa makanan. Kurang makan, kuranglah nutrisi.

Image result for hilang selera makan

Kulit kusam tak bermaya

Kulit kering adalah tanda kita kurang lemak baik macam Omega 3 dan 6. Kulit yang mudah dijangkiti dan kurang anjal pulak kurang vitamin C.

Image result for kulit kusam

Sekarang, cuba anda check, adakah anda alami tanda-tanda kekurangan nutrisi ini tanpa anda sedari? Jika ya, Cik Qila sangat-sangat sarankan anda untuk amalkan Set Optimum Health ini.

SET OPTIMUM HEALTH 

dav

Jom kita kenal trio mantap dalam Set Optimum Health atau nama lainnya Set Kesihatan Asas Shaklee.

VITA-LEA IRON FORMULA

Merupakan vitamin pertama yang dicipta di dunia pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pengambilan Vita-Lea secara harian dapat menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh badan, menguatkan tulang dan sistem imun, serta melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Selain daripada itu juga, Vita-Lea turut membantu memelihara jantung, minda dan mata.

Vita-Lea dilengkapi dengan teknologi “salutan mikro asid folik berpaten” yang membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B. ¬†Bukan itu saja, lebih daripada 340 ujian kualiti dijalankan untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Sebotol Sustained Release Vita-C Plus mengandungi 180 tablet yang menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh dalam tempoh 5 jam. Seolah-olah seperti kita makan 1.5 biji oren dalam masa satu jam.

Kenapa perlu makan Vitamin C? Kerana Vitamin C adalah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan sistem imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh.

Lengkap dengan BIOFLAVONOID daripada lemon, buah oren dan limau gedang (grapefruit) yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik.

B COMPLEX 

Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B amat penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA sehinggalah kepada penghasilan tenaga.

B Complex daripada Shaklee mampu membekalkan 8 vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh.

Bezanya Shaklee B Complex dengan jenama lain? Teknologi “Sistem Penyerapan BioAktif Berpaten”berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir.

Berminat nak dapatkan SET OPTIMUM HEALTH ni? Hubungi Cik Qila segera untuk konsultasi eksklusif di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Kenali Tanda-tanda dan Perbezaan Antara Gerd dan Gastrik

Gerd dan Gastrik. Cik Qila pasti ramai yang familiar dengan gastrik tapi jarang-jarang atau tak pernah dengar pasal Gerd. Jadi, apa kata kita belajar sedikit pasal perbezaan dua kondisi ini.

GERD

Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah keadaan apabila kandungan asid refluks dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan pedih hulu hati,  ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan loya.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia pada tahun 2012 tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Asid refluks terjadi apabila otot sphincter terbuka

Bagaimana Gerd ini terjadi? Sebenarnya, di dalam perut setiap orang mengandungi asid yang membantu mencerna makanan yang kita makan. Apabila asid ini naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagai pedih hulu hati. Tidak semua yang alami pedih hulu hati ini adalah penghidap GERD tetapi sekiranya keadaan ini melanda anda lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.

Antara simptom lain termasuk rasa mual dan muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidap GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter  tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis. 

Penghidap GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan sitrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.

GASTRIK 

Bagaimana pula dengan gastrik? Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive  atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. Terdapat tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh para doktor iaitu:

  1. Gastritis ringan
    • Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  2. Gastritis berat
    • Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser gastrik (Peptic ulcer)
    • Ulser gastrik boleh terjadi apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.
    • Boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam

Antara tanda-tanda gastrik termasuklah:

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
  4. Rasa loya dan muntah
  5. Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

 

BOLEHKAH GERD DAN GASTRIK DIRAWAT?

Para pengamal perubatan mungin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dilakukan.

Tapi, takkanlah sampai bedah kan? Di sini Cik Qila nak cadangkan alternatif lain mengurangkan simptom-simptom GERD semestinya dengan supplement Shaklee.

Peppermint Ginger Plus

Supplement  ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Tablet Peppermint ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas dan diminum sebagai minuman herba semulajadi yang menyegarkan.

Okay, sekarang Cik Qila nak terangkan bagaimana Peppermint Ginger Plus ini berfungsi mengurangkan ketidakselesaan akibat GERD. Ada empat komponen utama dalam Peppermint ini iaitu:

  1. Daun Pudina – melegakan otot perut, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, pedih hulu hati dan cirit birit. Juga mampu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  2. Halia – merangsang rembesan enzim untuk mencernakan makanan, melegakan ketidakselesaan perut dan usus.
  3. Jintan hitam Рmenghilangkan kembung perut dan membantu masalah saluran usus
  4. Jintan manis – melegakan masalah pencernaan dengan merangsang rembesan jus gastrik

 

“Cik Qila, saya takde Gerd tapi gastrik. Asyik sakit perut kalau makan lambat. Shaklee takde¬†supplement¬†yang boleh tolong ke?”

Hehe. Sabarlah. Satu-satu Cik Qila cerita ya?

Pada yang mempunyai masalah gastrik, Cik Qila syorkan Set Gastrik Shaklee yang mengandungi empat supplement khas termasuklah killer product bulan ini iaitu ESP. 

set gastrik

Bagaimana Set Gastrik ini berfungsi?

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
  • Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix 

  • Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
  • Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex 

  • Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
  • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat tekanan

Peppermint Ginger Plus 

  • Mengurangkan masaah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
  • Mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman.

 

TESTIMONI SET GASTRIK SHAKLEE

Jom Cik Qila share testimoni mereka yang pernah mengamalkan Set Gastrik Shaklee.

gastrik ESP

esp-gastrik 2

 

testimoni esp pedih ulu hati

Pada anda yang mempunyai masalah Gerd atau Gastrik dan berminat untuk ikhtiar dengan supplement Shaklee, boleh hubungi Cik Qila di:

Whatsapp : +6017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit