Daging Masak Blackpepper

Hari Sabtu yang lepas Cik Qila masak Daging Blackpepper atau Daging Masak Lada Hitam untuk makan tengah hari. Dari Subuh dah keluarkan daging untuk direndam dalam sink. Sambil tunggu daging lembut, Cik Qila settlekan masuk kain baju dalam mesin basuh, lipat kain jemuran hari Jumaat dan clearkan meja kopi merangkap work station sementara. Cadar bilik pun Cik Qila siap tukar. Memang dah jadi rutin untuk Cik Qila tukar cadar, tuala dan kain lap sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau datang mood M tu, lajak lah sikit sampai dua minggu. Settle mengemas, solat sunat dhuha dulu. Dalam pukul 10.30, Cik Qila pergi check daging. Nampak macam dah mula lembut. Bolehlah mulakan proses memasak. Jom kita layan resepi. Macam biasa, Cik Qila ambil resepi dari Che Mat Tiffin Biru dan sesuaikan bahan untuk dua orang makan. 

daging masak blackpepper

DAGING MASAK BLAKPEPPER 

Bahan-bahan:
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan dan perap sekejap)
10 kuntum cedawan butang, belah 2 setiap 1 – Cik Qila tak letak 
4 – 5 camca besar sos lada hitam (mat guna jenama Puteri)
1 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang dikerat pendek – Cik Qila tak letak 
1/2 cawan air
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan daging dan goreng sekejap. Tambah sos lada hitam dan kicap cair. Kacau rata dan biar daging mesra dengan bahan2 tadi. Tuang air dan masak hingga daging empuk, guna api kecil.
  2. Bila pekat, masukkan bawang besar dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi kicap cair. Akhir sekali masukkan batang bawang,kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk lain.

Advertisements

Ayam Masak Halia

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni Cik Qila nak share resepi ayam masak halia. Lauk ni adalah salah satu kegemaran Cik Qila kalau nak tapau nasi time balik kerja. Kadang tu, balik lambat, tak sempat masak, on the way balik kerja, Cik Qila akan call kedai, order Nasi Putih Ayam Masak Halia. 

Rasanya sedap masin masin sikit, dengan aroma halia yang harum dan tak berapa tajam. Lepas makan confirm keluar angin satu badan. Seperti biasa, Cik Qila suka refer resepi daripada blog Tiffin Biru atau Azlita Masam Manis. Sukatan bahannya Cik Qila agak-agak je sesuai untuk dua orang makan. Jadi, jom kita layan resepi. 

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahannya:
3 ketul ayam potong ikut suka
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong (Cik Qila tak letak)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
Separuh batang lobak merah, hiris bulat
2 batang jagung muda, hiris serong
Sedikit kobis bunga, dipotong ikut putiknya
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (Cik Qila tak letak)
Cara masak:
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam (simpan dalam peti sejuk)..
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
  3. Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan sayur-sayuran. Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan letakkan garam dan gula secukup rasa. Cik Qila tak letak garam sangat sebab kicap cair dah masin. 
  4. Angkat, dan hidang bersama nasi putih panas. 

Lala Tumis Pedas

Assalamuaalaikum. Bismillah. Dekat dua minggu rasanya blog Cik Qila ni ditinggalkan. Buntu nak update apa. Mengenangkan malam ni ada sedikit masa, Cik Qila nak update resepi Lala Tumis Pedas yang Cik Qila masak dua tiga minggu lepas. Ala-ala throwback gitu lah. 

Macam biasa, Cik Qila dan Encik Zauji akan membeli-belah stok peti sejuk di Pasar Borong Selangor. Yang dekat dengan Giant Seri Kembangan tu. On the way nak masuk ke pasar, Cik Qila suka usha-usha sorang pakcik bawak Honda Civic yang jual susu Farm Fresh Kurma. Bila teringin, mesti nak beli. Susu tu kan susah nak cari. 

Jadi, dalam jalan-jalan tawaf satu pasar, ternampaklah abang jual lala di satu bucu tempat jualan ikan. Terus terbayang lala ditumis dalam kuali dengan cili dan serai. Kuahnya pulak pedas-pedas masam gittew. Apa lagi, spontan aje Cik Qila suarakan hasrat pada Encik Zauji. Nak beli lala sepaket. Alang-alang bondaku sayang nak datang rumah, bolehlah jamu sekali. Kalau nak harap Cik Qila dan Encik Zauji, memang berlebih-lebihlah sepaket lala tu. 

Jom kita layan resepi. 

BAHAN-BAHAN (AGAK-AGAKLAH, CIK QILA MASAK UNTUK 2 ORANG JE) :p

500g Lala (direndam dalam air garam dan tos bersih)

1 ulas bawang besar, dihiris

2 ulas bawang putih, dicincang

1 biji cili merah, dicincang

1/2 inci halia, dihiris

6 biji cili padi, dibelah tengah

2 batang serai, dipotong serong

Daun limau purut, dihiris

Sedikit sos tiram

Sedikit sos ikan

Garam

Gula

Sedikit air 

CARA-CARA MEMASAK 

lala

1. Lala direndam di dalam air garam dan toskan hingga bersih. 

2. Panaskan minyak dan standby dengan bahan-bahan tumis seperti di bawah.

bahan-tumis

3. Bila minyak dah panas, tumis bahan-bahan hiris dan cincang halus hingga harum semerbak satu rumah. Biarkan mesra semua bahan.

tumis-mesra

4. Kemudian, bolehlah ditambah sos ikan, sos tiram, daun limau, garam dan gula untuk sesuaikan rasa. 

5. Masukkan lala dan gaul hingga kulitnya bertukar kemerah-merahan dan terbuka sehingga menampakkan isi. Kalau kurang masin atau manisnya, tambahlah mana yang perlu ikut citarasa. 

lala-tumis-pedas

INILAH HASILNYA!! SELAMAT MENCUBA!!

Sup Ikan Merah Mengancam

Assalamualaikum. Bismillah.

Lama rasanya Cik Qila tak menulis kat blog ni. Tiba-tiba senyap sebulan tanpa khabar berita. Niat di hati masa nak mulakan blog ni dulu, nak adakan post sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Chewah!!! Hehe.

Sebenarnya Cik Qila nak kongsikan resepi Sup Ikan Merah. Hari ni, lepas solat Subuh, terus Cik Qila tengok handphone dan baru tersedar rupanya semalam nanny Shaklee ada buat kelas khas untuk anak cucu Shaklee nya di WhatsApp. Apa lagi dari pukul 7.30 pagi sampai 8.30 pagi, dok membaca conversation yang beratus-ratus sambil memahamkan ilmu.

Lepas siapkan breakfast, sambung lipat kain, terus siapkan bahan-bahan untuk masak sup ikan merah. Sup ikan merah ni antara kegemaran Encik Zauji Cik Qila. Lagi-lagi part kepala tu. Memang dia akan ratah tak tengok orang lain dah. Seperti biasa sebelum masak, Cik Qila akan google dulu resepi dari blog Che Mat Gebu Tiffin Biru. Blog ni memang antara kegemaran Cik Qila untuk dijadikan rujukan masak hidangan di rumah. Setakat ni, semua resepi yang Cik Qila cuba dari blog Che Mat ni memang berhasil walaupun ada Cik Qila olah sikit-sikit bergantung kepada bahan-bahan di rumah. Jom kita mula masak.

BAHAN-BAHANNYA :
3 keping ikan merah
1 biji kentang, kupas belah 4
2 batang putik jagung
1 batang lobak merah saiz kecil, potong ikut suka
1 sup bunjut ADABI (tak letak sebab takde)
1 batang serai, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit (Cik Qila pakai kunyit hidup)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan (takde sebab tak beli)
Bawang goreng untuk hiasan (pun tak letak sebab tak suka bawang goreng)
Sambal kicap untuk dimakan bersama sup ikan (Cik Qila gantikan dengan sambal hijau dalam botol )
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS 
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca teh lada hitam biji
1 inci halia
*ni Cik Qila blend je
BAHAN-BAHAN TUMIS 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
dav
Bahan-bahan
dav
Kentang dan rempah tumis
CARA MEMBUATNYA 
  1. Ikan dicuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), masukkan bahan tumis, serai titik dan tumis hingga harum. Tambah bahan tumbuk halus dan serbuk kunyit. Masak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 1200ml), masukkan kentang. Kacau dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan ikan dan lobak merah, masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah putih jagung, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

 

dav
Tadaaa….

Inilah hasilnya. Ikan dah tinggal sekeping sebab gambar ni diambil masa waktu dah makan malam. Lupa pulak nak snap masa lunch tadi. Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan sambal hijau/kicap.

Selamat mencuba.

Kupang Masak Cili Yang Menggoda

Bismillah.

Semalam Cik Qila tak tahu nak masak apa lepas balik dari kerja. Peti ais masih banyak stok lauk memandangkan Sabtu lepas baru saja ikut Encik Zauji pergi ke pasar. Kami memang selalu ke Pasar Borong Selangor beli lauk untuk stok dua minggu. Beli ayam, ikan, seafood, sayur-sayuran, bawang, telur dan macam-macam lagi lah. Tak lupa, kupang pun turut dibeli. Satu beg RM10, boleh bahagi dua rumah. 🙂

Anyways, disebabkan beli dari hari Sabtu, semalam dah hari Rabu. Dah agak lama kupang tu disimpan. Jadinya, memang semalam decide untuk masak selepas beberapa hari tertangguh.

Resepinya Cik Qila ambil dari blog Ita Masam Manis  🙂 Bila nak memasak, Cik Qila memang suka cedok idea resepi dari Puan Ita ni, blog Azie Kitchen, dan blog Dapur Tanpa Sempadan. Rata-rata memang puas hati dengan resepi-resepi dari mereka bertiga ni.

Okay, jom tengok resepi dulu. Ada bahan yang Cik Qila tak letak sebab malas nak beli. Guna apa yang ada kat rumah je. Sukatan bahan-bahan pun Cik Qila ubah sesuaikan untuk 2 orang makan.

KUPANG BERCILI

1 kg kupang – direndam, cuci, buang pasir2 dan teritip2 kat cengkerang dia dan toskan
1/2 tin nenas kiub dlm tin
1 pokok daun ketumbar – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1 kiub ikan bilis
1 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 3 sudu besar)

Bahan Tumisan
3 labu bawang besar – dikisar (pilih yg sedang2 aje..)
3 ulas bawang putih – dikisar
15 tangkai cili kering – direndam hingga lembut kemudian dikisar
1 inc belacan – agak besar duit 20 sen
kesemua bahan diatas dikisar halus

Cara Memasak

Tumis bahan yg dikisar hingga harum dan garing. Masukkan Air asam jawa dan masak lagi. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.  Masak lagi hingga kuah sedikit kering. Kemudian masukkan tomato buah dan nenas. Masak lagi hingga mereneh. Kemudian masukkan kupang tutup periuk sebentar hingga kupang masak. Buka tutup dan biarkan kuah kering dan pekat. Akhir sekali tutup api dan taburkan daun ketumbar dan cili gaul rata.

TADAAAAA!!!!!!!!

sdr

 

Menggoda tak? Makan dengan nasi putih panas dan tomyam campur.

Selamat mencuba.

Ingin dapatkan produk-produk Shaklee dengan konsultasi lengkap?

Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-2644198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Heart