Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB | aqilahrohizad.com

Assalamualaikum semua. Okay, straight to the point, hari ini Cik Qila nak share pulak pasal modul yang diajar dalam Kursus Spa TWB. Pada yang tak ingat atau tak tahu lagi pasal apa yang Cik Qila tulis ni, boleh baca tentang Kursus SPA TWB Termurah Di Pasaran.

 

kursus spa the walking beauty

 

Okay, bila uolls sign up pakej penuh Kursus Spa TWB, bakal beautician akan diajar 5 kursus asas dan 1 special advanced course. Apa yang ada dalam 5 kursus asas tu?

  1. Facial + Face Relaxing Massage
  2. Full Body Scrub + Urut Lulur
  3. Aura Milk Bath
  4. Herbal Sauna
  5. Hand & Foot Spa

Nak diingatkan lagi yang kesemua 5 modul yang terdapat dalam kursus Spa TWB ni hanya ambil masa kurang dari 1 hari saja. Memang direka khas untuk suri rumah yang ada anak kecil, yang tiada penjaga anak dan sebagainya. Yang sarat mengandung pun mampu untuk dating training dan hasilkan income sehingga 4-5 angka tau. Nak bagitahu yang bisnes spa TWB ni sangat-sangat fleksibel dan mudah. Kuncinya focus dan tindakan.

 

Image result for the walking beauty trip

 

Okay, apa kelainan Kursus SPA TWB ni? Apa yang menarik sangat sampai terkinja-kinja kaki orang bila dengar nama TWB?

  • Kursus SPA yang sangat praktikal, mampu milik dan praktikal. Ya, kursus TWB 99% hands-on. Maksudnya trainer akan duduk sebelah dan ajar teknik-teknik spa secara one-to-one. Bukan ajar ramai-ramai dalam kelas.

 

cik qila spa training TWB

 

  • Waktu training yang fleksibel. Tak boleh training pada weekdays sebab nak kena tunggu suami free untuk hantar ke tempat training? Takpe, uolls boleh set sendiri masa yang sesuai dengan trainer. Lebih cepat, lebih bagus. Lebih pantas nak buat duit dan balik modal.
  • Bila namanya fleksibel, nak ajak suami jadi model masa training pun boleh. Tak tipu ni. Ajak suami drive ke tempat training, suami jadi model isteri berlatih praktikal. Anak-anak? Boleh duduk tepi tengok mama papa buat kerja. The whole family boleh terlibat dalam bisnes spa mama. 

 

spa training cik qila

 

 

  • Support Group yang ohsem dan menyeluruh. Macam dalam post sebelum ini, Kursus SPA TWB Termurah Di Pasaran, Cik Qila ada terangkan yang selepas daripada selesai training, uolls akan diajar pula untuk run bisnes dan balik modal dalam masa sebulan. Ini komitmen kami, para trainer TWB untuk pastikan pelaburan uolls tak sia-sia. Cuba kalau buat spa seorang diri takde guidance, sure buat silap dan langgar dinding banyak kali. Lama-lama give up dan tersadailah barang-barang spa tu dalam almari. Rasa menyesal dah labur duit banyak, tapi bisnes tak jalan. Mula lah nak salah customer kurang lah, banyak saingan lah. Bila ada support group, tak sempat nak give up, dah terbakar tengok orang update satu hari sampai 3-4 customer.
  • 5 penjuru income. Haaa. Ini salah satu rahsia kenapa geng spa TWB dapat buat duit kepuk-kepuk tiap-tiap bulan. Penjuru income pertama, of course hasil daripada servis spa. Ada promotion, ada customer, ada income. Selain daripada tu, TWB akan sediakan peluang 4 lagi penjuru income yang hanya akan dibongkarkan bila uolls join TWB.
  • Trip Tahunan ke Luar Negara. Kalau buat spa sorang-sorang, kena kumpul berpuluh atau berates customer untuk kumpul duit buat modal untuk travel. Takde orang sponsor pulak tu. Berbeza dengan TWB. Setiap tahun, founder TWB akan aturkan trip ke luar negara untuk semua beautician yang layak. Sebelum ni geng TWB pernah pergi ke Perth, tahun lepas mereka ke Maldives dan tahun 2018 ni, akan ke Paris. Woohoo. Tahun depan? InsyaAllah Switzerland. Bukan jalan-jalan semata tau. Sambil travel, sambil ada private coaching dengan founder untuk majukan bisnes spa uolls. Psst, founder TWB sponsor sikit kos tiket uolls pergi oversea tu.

 

Image result for the walking beauty trip

Image result for the walking beauty trip

 

Image result for the walking beauty trip

 

Oh, sebelum Cik Qila terlupa, selesai saja 5 modul spa yang dinyatakan di atas, uolls akan diajar 1 special advanced course. Ini saaaaaangat saaaaaangat saaaaaangat penting untuk uolls mulakan dan kembangkan bisnes spa demi income 4 angka yang pertama. Nak tahu course apa tu, kenalah ambil phone dan WA Cik Qila sekarang. Mudah je, WA Cik Qila utuk realisasikan impian income 5 angka uolls tu.

Whatsapp : +6017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

Advertisements

Kursus Spa Termurah Di Pasaran | aqilahrohizad.com

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni viral di sana sini tentang bisnes mobile spa. Ala, bisnes spa bergerak tanpa kedai tu. Dulu-dulu, kalau nak cantik, nak buat facial perlu keluar rumah dan drive ke pusat-pusat kecantikan. Sekarang, beautician terlatih boleh datang ke rumah uolls. Hanya perlu call atau whatsapp dan set appointment sahaja. Buktinya, cari sahaja di platform media sosial macam Facebook dan Instragram, dah ramai yang buat servis spa bergerak ni.

 

Related image

The Walking Beauty (TWB) tak terkecuali. Apa yang membezakan TWB dengan kursus spa yang lain? Well, sudah tentu lah ada beza. TWB komited nak membantu wanita-wanita di luar sana untuk miliki pendapatan sendiri. Bukan lagi jadi surirumah yang duduk rumah dan urus rumahtangga sepenuh masa. TWB nak mengangkat kedudukan suri rumah yang dulunya berkain batik kepada suri rumah “high class” yang boleh beli rumah dan kereta atas nama sendiri. Ini semua demi women empowerment.

 

Related image

 

Dengan misi inilah Pengarah Urusan The Walking Beauty, Puan Ainul Shahrazad telah merombak semula kursus spa konvensional yang ambil masa berhari-hari kepada kursus pendek, sesuai dengan wanita-wanita yang dah ada kerja tetap, yang ada anak kecil dan yang busy urus rumah tangga. Waktu training yang flexible, memang memudahkan untuk para suri rumah untuk rancang waktu sendiri.

 

cik qila spa training TWB

 

Nak tahu satu lagi kelebihan TWB? Harga Kursus Spa TWB ni adalah yang termurah di pasaran. Kebanyakan kursus spa meletakkan harga ribuan ringgit hanya untuk belajar spa. Ya, hanya untuk belajar modul facial dan jenis-jenis rawatan tertentu. Tiada peralatan, tiada produk, tiada guidance untuk memulakan bisnes, dan tiada support group untuk membimbing perjalanan bisnes selepas latihan. Cik Qila ulang lagi sekali TIADA!!

 

kursus spa the walking beauty.jpg

 

Tapi dengan TWB, pakej penuh RM 1,999 lengkap dengan modul, produk, peralatan, bimbingan memulakan bisnes dan support group yang berterusan selagi mana bisnes spa anda masih diteruskan. Ya, dengan hanya RM 1,999. Modal rendah yang anda perlu keluarkan tetapi potensi income yang anda boleh dapat adalah sehingga RM 10,000.

projekspaTWB

 

Risau gagal pulang modal? Tak perlu risau. Support group yang ada memang boleh bantu uolls untuk pastikan uolls pulang modal dalam masa sebulan atau kurang. Tapi, kalau dah join dengan harga pakej penuh, tapi balik rumah tiada tindakan, tak guna juga kan? Nak bisnes, kena kerja keras. Buktinya, ada di antara ahli TWB yang mampu dapat income spa RM 1,000 dalam masa sehari. Ada yang dapat RM 950 dalam masa 3 hari. Man jadda wa jada. Siapa yang buat, dia dapat. Siapa berusaha, dia dapat lebih. Mudah kan?

Cik Qila tahu, dalam hati uolls tu teringin nak pakai handbag mahal. Teringin nak belikan anak baju BONDS, teringin nak belanja suami untuk hadiah birthday atau anniversary. Tapi selalu simpan impian dalam hati sebab duit tak cukup. Atau masih terpaksa minta belanja dari suami. Hey, dengan TWB, yakinlah impian uolls tu akan terlaksana. Mana tau Allah makbulkan doa-doa uolls untuk bebas hutang dan hidup lebih selesa tu dengan datangkan TWB?

 

Bulan Mei 2018 ni, Cik Qila nak ajak uolls untuk join team TWB dengan modal paling rendah RM 1,999 sahaja. Bulan depan, dah naik harga. Cik Qila buka 10 penyertaan sahaja untuk Cik Qila focus training dan guide uolls sampai berjaya balik modal. Diulang sekali lagi, RM 1,999 hanya untuk bulan ini sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Mei 2018. Wassap Cik Qila segera untuk capai impian uolls tu. 

Whatsapp : +6017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

PROMOSI SHAKLEE YANG BEST DI TAHUN BARU

Assalamualaikum semua. Hopefully belum terlambat untuk Cik Qila nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2018. Semoga tahun baru ni, kita akan jadi lebih bersemangat untuk mencapai segala target yang dirancangkan. 

Okay, kita teruskan dengan promosi Shaklee di tahun baru. Untuk bulan Januari 2018, Shaklee ada 3 promosi yang best.

 

OMEGA GUARD

 

Omega Buy 3

Omega Guard dari Shaklee adalah minyak ikan tulen berkepekatan tinggi yang membekalkan asid lemak Omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Terdiri daripada tujuh komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) membekalkan sehingga 990mg asid lemak omega-3 sehari.

Bezanya Omega Guard dengan minyak ikan omega-3 jenama lain adalah dari segi penghasilannya. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan propritari tiga kali yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Antara fungsi lain Omega Guard Shaklee adalah mengurangkan risiko penyakit jantung, bersifat anti-radang, mengurangkan simptom alahan, membaiki kulit kering dan garis halus serta memelihara kesihatan otak.

 

dav

 

Omega Guard Shaklee juga mempunyai bau, rasa dan kesan hanyir yang minimum jika dibandingkan dengan minyak ikan jenama lain. Turut diiktiraf oleh Friend of the Sea, sebuah badan persijilan produk makanan laut yang mampan untuk memastikan terdapat bekalan minyak ikan berkualiti di pasaran tanpa menjejaskan alam sekitar.

Bulan ini, boleh beli 3 botol dan dapatkan diskaun 5% serta keahlian percuma. 

 

COQ-TROL PLUS

 

CoQ-Trol

Antara bahan utama di dalam CoQ-Trol Plus adalah Coenzyme Q10 yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Coenzyme Q10 ini boleh ditemui di dalam mitokondria setiap sel dan bertindak sebagai “spark plug” untuk memulakan proses penghasilan tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga. 

CoQ10 penting untuk membekalkan tenaga berterusan, memperbaiki peredaran darah, memperbaiki kesihatan reproduktif, memberikan kulit yang cantik dan menajamkan minda. 

CoQ-Trol Plus boleh didapati mulai Januari 2018 dengan harga RM 157.58 untuk 30 biji. Jadi ahli, boleh jimat lagi.

 

VITALEA FOR KIDS

Vitalea For Kids

 

Jika Vita-Lea sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk mendapatkan pelbagai nutrien penting, Vita-Lea For Kids pula sesuai untuk anak-anak kecil kita kerana dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Setiap hidangan menyediakan 100% kesemua lapan vitamin B, C, D dan E yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat. Tak perlu risau gigi anak rosak kerana Vita-Lea for Kids menggunakan xylitol sebagai pemanis semula jadi yang tidak menggalakkan kerosakan gigi. Juga tanpa tambahan pengawet dan perasa tiruan. Boleh jimat berganda dengan promosi beli 3 percuma 1.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health

TTC : 7 Tips Kekal Positif

Assalamualaikum semua. Buat apa tu? Hari ini Cik Qila nak kongsi tentang bagaimana kita nak kekal positif sepanjang tempoh TTC. Eh, apa TTC tu? Untuk yang kurang jelas, TTC bermaksud “trying to conceive” atau sedang mencuba untuk hamil. Istilah ini terpakai untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sesetengah pasangan direzekikan Allah untuk hamil dan melahirkan anak dalam tahun pertama perkahwinan. Tapi ada juga yang setelah beberapa tahun berkahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, fasa mencuba untuk hamil inilah yang disebut sebagai TTC. Sepanjang tempoh ini, pasangan suami isteri akan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Bagi sesetengah pasangan, tempoh ini agak emosional lebih-lebih lagi untuk isteri bila mana setiap bulan masih lagi datang haid. Oleh itu, di entri ini kita akan berkongsi serba sedikit bagaimana untuk kita terus kekal positif, okay?

1. Doa dan Solat

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk berdoa. Doa adalah rayuan atau permintaan seorang hamba kepada Pemiliknya. Manusia hanyalah makhluk Allah yang tiada daya dan upaya melainkan bergantung harap hanya kepada Allah semata. Solat juga adalah doa. Banyakkan solat taubat dan solat hajat memohon supaya Allah sihatkan semua sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat dan tiada jangkitan, keseluruhan tubuh akan sihat. Barulah boleh hasilkan sperma dan ovum yang sihat, InsyaAllah. Kena doa dengan yakin tau.

Selain itu, ada beberapa doa memohon zuriat yang sahih dari Al-Quran dan Hadis. Contohnya seperti yang Cik Qila sertakan di bawah ini.

 

doa nabi zakaria

 

2. Enjoy!!

Ya, betul. Kita perlu enjoy!! Perlu ada rasa seronok sepanjang proses TTC. Stres itu musuh utama dalam TTC, okay. Suami dan isteri perlu faham perkara ini. Sementara masih berdua, enjoy dengan kehidupan. Habiskan masa berkualiti berdua dengan pergi bercuti, berjalan-jalan, menonton wayang, roadtrip atau mungkin bersenam bersama-sama?

27468366-enjoy-wallpapers

 

Elakkan kepala daripada berfikir, “Lepas bersama ni, kita dapat anak tak?” No no no. Hubungan suami isteri adalah satu bentuk ibadah. Jadi, anggap sahaja kita sedang menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan have fun while doing it. Bila terlalu fikirkan hasil, makin stress jadinya. Ingat, perlu enjoy!!

3. Sibukkan diri

Cik Qila percaya selepas waktu subur berlalu, perasaan gundah gulana akan mula datang. Waktu ini akan ada persoalan “Period ke pregnant?” Hati akan tak tenteram nak tahu sama ada hujung kitaran ini akan period ke tidak. Betul kan? Jadi, untuk elakkan rasa gundah-gulana tak tenteram tu, lebih elok untuk kita sibukkan diri. Macam mana nak sibukkan diri?

 

hobby

 

Kita semua mesti ada hobi kan? Ada yang suka berenang, shopping, membaca, membuat kraf atau menjahit. Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa senggang kita daripada memikirkan persoalan “Period ke pregnant?” tu. Bila kurang stress, hidup akan lebih gembira kan?

4. Menulis jurnal

Kadang-kala perasaan yang terpendam perlu diluahkan. Benar, TTC adalah satu perjalanan yang memakan masa, ada yang melibatkan kos rawatan kesuburan yang tinggi, dan menuntut beban emosi daripada kedua-dua pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang tidak supportive.

journal writing

 

Cara yang mudah untuk meluahkan adalah dengan menulis jurnal sama ada dengan menulis di buku atau buat jurnal online di blog. Jika menulis blog, terpulang sama ada nak di”public”kan atau set sebagai private untuk bacaan sendiri. Dengan menulis jurnal, kita boeh merekod langkah-langkah yang telah kita ambil sepanjang proses TTC. Sebagai contoh, kita dah menulis tentang mencuba petua buah zuriat, di posting lain, kita boleh pula menulis tentang kaedah Basal Body Temperature. Lain orang lain kaedahnya dan lain pula hasilnya. Cubalah menulis, insyaAllah kurang sikit sakit kepala tu.

5. Sangka Baik Dengan Mereka Yang Berjaya Hamil

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada bertembung dengan manusia lain. Mustahil ada orang yang boleh hidup seorang diri. Kalau tiada kawan rapat, kita masih bertembung dan berjumpa dengan manusia lain di kawasan rumah, pejabat, di jalan raya dan juga pasar atau pusat beli-belah. Kita juga akan terjumpa dengan wanita-wanita hamil di pejabat dan di sekeliling kita. Janganlah pula kita tarik muka masam bila mana ada wanita hamil yang duduk di sebelah kita di dalam tren. Atau menangis bila ada adik-beradik atau ipar duai yang memaklumkan kehamilan mereka dalam group WhatsApp keluarga.

alhamdulillah

 

Sucikan hati untuk bersangka baik dengan Allah. Panjatkan kesyukuran kerana Allah beri mereka rezeki yang sangat kita mahukan. Kongsi kegembiraan mereka dengan mengucapkan tahniah atau hadiahkan kad Selamat Hari Ibu. Kalau yang hamil itu sahabat baik kita, kongsi kegembiraan dengan hadiahkan “baby shower” atau hadiah-hadiah comel yang lain.

6. Cari Kumpulan Sokongan

Salah satu cara untuk kekal positif adalah dengan dikelilingi oleh orang-orang yang positif juga. Sekarang ni, dah banyak kumpulan-kumpulan sokongan di Facebook dan forum-forum di laman web seperti Babycenter.com yang menyediakan platform untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman. Penting untuk kita ketahui bahawa bukan kita seorang sahaja yang sedang TTC dan sedang “struggle” untuk hamil. Mungkin ada yang telah berusaha lebih lama daripada kita. Aura positif dalam sesuatu kumpulan dapat dirasai dan boleh dipindahkan kepada semua ahli. Yang penting, perlu saling berkongsi dan sama-sama naikkan semangat ahli lain juga.

support group

 

7. Saling Berkomunikasi dengan Pasangan

Proses TTC melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika ada waktu yang sangat genting dan melibat emosi, kedua-duanya perlulah saling berbincang. Suarakan kesedihan dan elakkan memendam perasaan. Manalah tahu rupanya suami pun bersedih juga tiap kali isteri datang haid. Banyakkan komunikasi dan saling berkongsi pendapat dan perasaan antara keduanya.

communicate

 

Dah baca ketujuh-tujuh tips yang Cik Qila cadangkan tadi? Jadi, sekarang jangan sedih-sedih lagi ya. Lap sikit air mata dengan hingus yang meleleh tu. Dah boleh dah ajak suami pergi dating makan ais krim Baskin Robbins atau minum kopi Starbucks. Ingat, banyakkan berdoa dan kekal positif sepanjang masa.

Nak ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh baca entri Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

 

Kulit Bebas Cela Dan Jerawat Dengan Shaklee

Assalamualaikum. Bismillah. Hari ini Cik Qila terpaksa ambil half day. Sis Honey tak berapa sihat. Kasihan pulak dekat si kenit dua orang ni takde siapa nak tengokkan makan. Sis Honey tak sempat masakkan apa-apa. Kepala pening sangat-sangat. Terbaring je tu kat dalam bilik. Jadinya, sambil-sambil tengokkan anak-anak, kita update lah blog bisnes sikit. Kata #Supermak kan, haruslah multitasking. Sambil menaip ni pun, ada je Muhammad Akmal Syafi ni duduk sebelah sambil makan kerepek. Kejap-kejap, dia tanya dalam bahasa dia apa yang Cik Qila tengah buat. 

Okay, di entri yang lepas, Cik Qila ada terangkan 7 punca jerawat yang perlu dielakkan untuk kulit yang bebas cela. Entri kali ini, mari kita sama-sama berkongsi suplemen yang boleh membantu mengurangkan masalah jerawat. Jom kita. 

GLA COMPLEX

gla-complex_tranparent
GLA Complex

GLA atau Gamma Linolenic Acid banyak digunakan untuk keadaan kesihatan yang melibatkan kulit seperti systemic sclerosis, psoriasis, dan eczema. Kebanyakan produk GLA di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), minyak biji blackcurrant, dan biji bunga borage.

Related image
Bunga borage

Biji bunga borage mengandungi lebih dua kali ganda GLA berbanding EPO dan Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di Saskatchewan, Kanada. Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6 dan digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E.

Antara manfaat utama borage yang dapat digunakan untuk memperbaiki jerawat adalah:

  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Memperbaiki inflamasi kulit – GLA membantu mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap.

 

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

vita-c-plus-transparent
Sustained Release Vita C Plus

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi vitamin C yang bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Teknologi pembebasan berterusan secara semula jadi membolehkan khasiatnya dibebaskan ke dalam badan setiap jam secara berperingkat. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet SR Vita C Plus mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Manfaat utama SR Vita C dalam membantu masalah jerawat adalah:

  • Membentuk kolagen – Merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas kepada otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, SR Vita C mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen yang merupakan penyebab utama jeragat

 

VITA E COMPLEX

vita-e-complex-transparent
Vita E Complex

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta), Vita E Complex adalah sumber Vitamin E paling lengkap yang berada di pasaran. Satu kapsul Vita E turut mengandungi 10mg Selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium juga mampu menyahtoksik logam berat di dalam badan selain daripada mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Manfaat Vita E Complex dalam menangani masalah jerawat adalah:

  • Anti-penuaan – 1 kapsul Vita E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat, dan bintik penuaan.
  • Anti-oksidan yang kuat – Pengambilan lebih daripada 1,200 IU anti oksidan sehari berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
  • Memperbaiki parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

 

ENERGIZING SOY PROTEIN – ESP

ESP (10)
ESP

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan kita. Protein juga dalah komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut dan masalah-masalah lain.

ESP juga mampu membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Satu hidangan ESP bersamaan dengan protein daripada 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. ESP rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Antara manfaat ESP dalam menangani masalah jerawat adalah:

  • Keremajaan kulit – Merangsang pertumbuhan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiance kulit, percepatkan kesembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  • Membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti rambut beruban dan rambut gugur, memperbaiki pigmentasi dan kesan tua.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin dapatkan set ini melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah 

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT

Hapuskan 7 Punca Jerawat

Bismillah. Assalamualaikum semua. Di entri yang lepas, ada Cik Qila sharekan produk skincare yang Cik Qila nak cuba untuk hilangkan adult acne. Agak-agak korang tahu tak kenapa wanita dewasa masih mengalami masalah jerawat? Selalu kita hanya dengar kanak-kanak yang menginjak usia remaja saja yang mempunyai masalah jerawat, tapi kenapa bila dah dewasa, ada segelintir dari kita masih mengalami masalah yang sama?

Sejujurnya, saintis dan pakar-pakar kulit masih belum mempunyai jawapan. Secara asas, jerawat disebabkan oleh penghasilan sebum atau minyak yang berlebihan di wajah. Dan apabila minyak ini bercampur dengan bakteria dan menyumbat liang-liang pori, maka terhasillah jerawat, bintik putih dan bintik hitam. Jadi, di entri in, Cik Qila nak kongsikan 7 punca jerawat di kalangan orang dewasa.

Ketidakstabilan Hormon

Image result for unbalanced hormone

Wanita dan hormon memang tak dapat dipisahkan. Datang bulan, kehamilan, pemakanan adalah beberapa keadaan yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. Sebagai contoh, hormon yang turun naik, terutamanya hormon androgen, sebelum permulaan kitaran haid akan menyebabkan munculnya jerawat kemerahan dan bercyst di dagu, leher, dan belakang badan. 

 

Stres 

Image result for stress

 

Tekanan pun adalah salah satu punca mengapa hormon kita turun naik. Sama ada seseorang itu bekerja, Supermak sepenuh masa, atau WAHM, takkan terlepas daripada stres. Dr. Shultz dari Beauty Rx Skincare, ” Apabila stres, ada organ di badan dipanggil ‘adrenal gland’ yang akan menghasilkan hormon stres cortisol supaya tubuh badan boleh menangani tekanan.” Akan tetapi, kelenjar adrenal ini juga turut merembeskan hormon testosterone yang mempengaruhi kelenjar minyak untuk menghasilkan sebum berlebihan yang menjadi punca jerawat. 

 

Pencemaran

Image result for pencemaran

 

Udara yang kotor akan menyebabkan kulit wajah turut kotor. Lagi-lagi kalau tinggal di kawasan bandar yang tinggi kadar pencemaran udaranya. Cuba satu hari kita pergi berjalan di luar rumah selama setengah jam dan kembali semula ke rumah. Kemudian, ambil toner dan facial cotton, sapukan di muka. Banyak tak kesan-kesan hitam pada facial cotton tu? Kalau banyak, maksudnya banyaklah kekotoran yang melekat di wajah.

Penggunaan produk kecantikan yang salah

Related image

Kalau kita ni wanita yang mempunyai kulit jenis berminyak atau “combination skin” dan mudah dapat jerawat, sila sila sila guna produk kecantikan yang ada label “oil-free”, “non-comodogenic” atau “water-based”. Produk kecantikan yang ada bahan-bahan berunsur begini akan memastikan liang-liang pori tidak tersumbat dengan krim-krim kecantikan yang kita guna. Kalau sebelum ini, kita guna pelembap yang pekat dan padat, cuba bertukar kepada pelembab jenis gel yang lebih ringan di wajah. 

 

Terlalu kerap mencuci muka

Image result for wash face

Perasan tak di belakang tiub pencuci muka, selalu ditulis, cuci muka hanya dua kali sehari? Nak tahu tak, kalau kita cuci muka lebih daripada dua kali sehari, kulit berpotensi jadi kering. Bila kering, kelenjar minyak akan jadi lebih aktif dan hasilkan lebih banyak minyak untuk melembabkan kulit secara semula jadi. Bila minyak terlebih, jerawat pun mudah nak naik ke wajah. 

Makanan tertentu boleh menyebabkan jerawat

Related image

Ada orang kata makan coklat boleh jadi penyebab naik jerawat. Ada orang kata makanan berminyak, pizza, minuman kafien dan kekacang memang musuh utama untuk kulit yang mulus, tulus dan suci. Tapi kan, para saintis belum jumpa lagi bukti konkrit mana-mana makanan yang benar-benar jadi penyebab jerawat. 

Tapi, kalau kita sendiri rasa, bila makan coklat, jerawat makin banyak, maka kurangkanlah. Kalau kita rasa bila makan makanan bergoreng, pipi tu makin meriah dengan biji-biji merah, bawak-bawaklah insooofff. Lain orang, lain penyebabnya ye. 

Terlebih gula

 

Image result for insulin spike and acne

 

Cik Qila selalu kata budak-budak hyper ni terlebih gula. Tapi sebenarnya, bila orang dewasa terlebih gula, haaa..jerawat mula memanjat tanpa malu. Ohoii. Nak tau tak kenapa? Gula akan meningkatkan tahap insulin. Bukti sains banyak menunjukkan insulin ni boleh meningkatkan perembesan hormon lelaki yang menghasilkan minyak. Macam mana nak kurangkan gula? Gula ni bukanlah gula putih kita buat bancuh air semata tu. Apa sahaja makanan yang kita ambik ni akan ditukar kepada gula dalam badan. Jadi, ambillah makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah yang lambat terurai dalam badan dan tidak meningkatkan tahap insulin. Ehem, ESP dan Cinch Shake adalah contoh produk Shaklee yang rendah GI tau. 

Jadi, dah tahu rahsia kulit bebas jerawat? Sebolehnya kita cuba elakkan 7 punca jerawat yang Cik Qila dah senaraikan di atas. Cuba sehabis baik untuk ubah cara hidup, pemakanan, produk kecantikan dan tambahkan supplemen untuk detoks dan cantikkan kulit. Untuk entri seterusnya, Cik Qila akan kongsikan bagaimana Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan ESP membantu mencantikkan kulit. Okay?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar jadi ahli melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Kredit 

Tak Suka Makan Asid Folik Semasa Hamil? Ini Akibatnya.

Teks: Aqilah Rohizad

Gambar : Google

Para pengamal perubatan sering menyarankan kepada ibu-ibu yang sedang dalam proses untuk hamil (try to conceive, TTC) mengamalkan pengambilan Asid Folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Apabila telah disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan pula untuk terus amalkan Asid Folik sehingga kandungan berusia 3 bulan. 

Mengapa penting sangat Asid Folik ni? Pernah Cik Qila terbaca satu komen di group Fesbuk ibu-ibu hamil. Katanya tak mahu makan Asid Folik yang Klinik Kesihatan bekalkan sebab baunya busuk. Tak lalu di tekak. Dan akhirnya Asid Folik tu masuk ke tong sampah. Rugi tau. Kalau tak lalu dan tak mahu makan ubat-ubatan percuma yang diberikan kerajaan, setidak-tidaknya, pulangkan semula ke Klinik Kesihatan. Atau bagitahu siap-siap pada doktor atau nurse yang korang tak mahu ubat. Sekurang-kurangnya tidaklah ubat tu dibazirkan begitu saja. Tapi tahukah ibu-ibu kepentingan Asid Folik kepada bayi dalam kandungan?

Spina Bifida

Ibu-ibu pernah dengar Spina Bifida? Spina Bifida adalah satu bentuk kecacatan tulang belakang yang berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul semasa kehamilan. Apabila ini berlaku, saraf tunjang seakan mempunyai bukaan atau “gap” di antara vetebra dan tidak tertutup sepenuhya. Ini juga menyebabkan saraf tunjang dan saraf-saraf lain pada bayi gagal untuk tumbuh sepenuhnya.

Jenis-jenis Spina Bifida

Terdapat 3 jenis Spina Bifida iaitu:

  1. Spina Bifida Okulta
  2. Mielomeningosele
  3. Spina Bifida meningolese

 

spina bifida
Jenis-jenis Spina Bifida

 

Spina Bifida Okulta 

Spina-Bifida-Occulta-Symptoms
Spina Bifida Okulta

 

Spina Bifida Okulta atau spina bifida tersembunyi merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Bagi kes spina bifida okulta, terdapat jarakan (“gap”) kecil di antara vetebra pada tulang belakang. Kebanyakan mereka yang mempunyai spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan sebahagian besar daripada mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai penyakit spina bifida okulta. 

Tanda-tanda seseorang itu mungkin mempunyai masalah spina bifida okulta adalah tumbuh rambut atau tanda lahir pada belakang badan. Ada juga yang mempunyai tanda seperti kerutan kulit yang seolah-olah menunjukkan sedikit jarak di antara vetebra. 

Mielomeningosele (Myelomeningocele)

myelomeningocele
Myeolomeningocele

Ini adalah jenis spina bifida yang paling serius. Jarakan atau “gap” di antara vetebra di tulang belakang terlalu besar menyebabkan cecair keluar melaluinya dan membentuk benjolan berupa cyst atau pundi yang diselaputi kulit yang biasanya boleh dilihat di belakang badan. Cyst ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Bayi yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu. Ini bergantung kepada di mana cyst tersebut berada. Bayi ini juga berkemungkinan tidak mampu mengawal kencing atau tidak mampu untuk berjalan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mengalami hydrocephalus, iaitu cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekakan yang meningkat memampatkan lagi otak. 

Meningosele

meningocele1
Meningosele

 

Spina bifida jenis ini kurang serius berbanding mielomeningosele dan merupakan jenis spina bifida yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, terdapat satu cyst yang akan menyelaputi membran dan boleh pecah dengan mudah. 

Adakah Spina Bifida Sering Terjadi?

Statistik mendapati bahawa 5% – 10% daripada populasi dunia mungkin menghidapi spina bifida tanpa mereka sedari. Dan risiko seseorang bayi untuk menghidap spina bifida jenis miolomeningosele adalah 1:1000. 

Spina bifida ini boleh dikenalpasti sejak bayi masih lagi di dalam kandungan sama ada melalui ujian imbasan ultrasound atau melalui ujian darah. Apabila lahir, bayi yang mengalami spina bifida ini akan menjalani proses pembedahan segera untuk menutup “gap” yang terdapat di antara vetebra. Selalunya, pembedahan akan dilakukan dalam tempoh dua hari selepas lahir. Ada juga para dokro yang tidak melakukan pembedahan, tetapi membiarkan kawasan “gap” itu untuk sembuh dengan sendiri. Dengan perembangan teknologi semasa, doktor mampu untuk melakukan pembedahan ke atas bayi spina bifida semasa di dalam kandungan. Akan tetapi, pembedahan sebegini amat jarang dilakukan. Manakala bagi bayi yang mengalami hydrocephalus pula, doktor akan memasukkan sejenis tiub untuk mengeluarkan cecair berlebihan daripada otak ke abdomen. 

Membayangkannya saja dah susah hati kan? Itu kita yang dewasa. Macam mana pula dengan bayi yang tak tahu apa-apa? Bayangkan ituadalah anak kita? Bagaimana kita sebagai ibu, dapat elakkan perkara ini daripada berlaku?

Bolehkah Spina Bifida Dicegah?

Ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil asid folik, atau vitamin B9, yang juga dikenali sebagai folate untuk mencegah kecacatan tiub neural atau Spina Bifida. Folate boleh didapati secara semulajadi daripada sayuran hijau, tetapi suhu yang panas seringkali memusnahkan vitamin penting ini. 

Disebabkan Spina Bifida boleh terjadi sejak awal kehamilan, dan sering kali ibu-ibu hanya menyedari mereka hamil setelah 4 – 8 minggu, kebanyakan doktor menyarankan supaya mereka mengambil asid folik lebih awal.  Iaitu sewaktu merancang kehamilan lagi. 

Centers for Disease Contorl and Prevention  (CDC) Amerika Syarikat melaporkan wanita yang mengambil dos asid folik yang disarankan setiap hari bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum merancang untuk hamil dan sepanjang trimester pertama kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi mereka mengalami Nueral Tube Disease atau Spina Bifida sebanyak 70%. 

Sesetengah kajian juga mendapati pengambilan asid folik mampu merendahkan risiko bayi mengalami kecatatan lain sperti bibir sumbing, lelangit sumbing, dan beberapa jenis kecacatan jantung. Asid folik juga mampu mengurangkan risiko preeklampsia, yang sering melanda 5% daripada wanita hamil. 

Berapakah Dos Asid Folik Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil?

Pakar menyarankan pengambilan asid folik sebanyak 400 microgram (mcg) sehari bermula seawal sebulan dari waktu merancang untuk hamil.  Tapi, kebanyakan kehamilan sebenarnya tidak dirancag, lagi-lagi pengantin abru. Tiba-tiba dua bulan lepas kahwin, dapat tau pregnant, dan tak pernah tahu pun akan kesedaran untuk ambil asid folik. Macam mana? Disebabkan itulah CDC, Jabatan Kesihatan Awam U.S, American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), dan ramai pakar-pakar lain menyarankan semua wanita yang dalam usia sesuai untuk hamil, mengambil 400 mcg asid folik setiap hari. Ada juga kumpulan pengkaji yang menyarankan pengambilan sehingga 600mcg asid folik setiap hari selepas disahkan hamil. 

Wanita yang mempunyai masalah obesiti juga mempunyai risiko bayi mereka mengalami spina bifida. Oleh itu, doktor mungkin akan menyarankan supaya dos asid folik bagi kes sebegini dilebihkan. Sekiranya seseorang ibu itu pernah melahirkan anak yang mengalami spina bifida, doktor mungkin menyarankan dos sehingga 4,000 mcg asid folik sehari. Jika ibu itu sedang hamil anak kembar, dos asid folik yang diperlukan mungkin sehingga 1,000 mcg sehari. Apa pun, perbincangan lanjut dengan para doktor adalah sangat-sangat disarankan. 

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami Spina Bifida, bolehlah mendapatkan khidmat sokongan daripada Persatuan Spina Bifida Malaysia.

Bagaimana Shaklee Membantu? 

b-complex_transparent

B Complex Shaklee didatangkan dengan Asid Folik yang memang sesuai diambil oleh setiap wanita. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untk mendapatkan keseimbangan dan keberkesaan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. 

Manfaat bagi kesuburan adalah:

  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan
  • Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama dalam kehamilan. 

Bagi mendapatkan keperluan nutrien yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan, Cik Qila amat galakkan supaya ibu-ibu mengambil Set Lengkap Kehamilan. Bukan saja asid folik, zat besi, kalsium, DHA dan Omega-3, Vitamin C, Zink dan pelbagai lagi keperluan nutrien dapat dipenuhi. Sebagai ibu, semestinya kita akan cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak kan?

Nak dapatkan produk B Complex atau Set Kehamilan Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli Shaklee dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin dapatkan B Complex melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah 

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT