Part Time Job Mobile Spa

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lamaku tinggalkan blog ni sampai nak bersawang jadinya. Tahun 2019 ni, jom lah tanam azam nak aktif berblog semula. Terima kasihlah pada Master Ainul Shahrazad yang wujudkan team bloggers ni. Baru bersemangat sikit nak menulis. Hehe.

Haa.. tu dia tajuk yang nak dibincangkan. Part time job dengan mobile spa. 

Kalau ada yang berminat nak cari duit lebih dengan bisnes mobile spa, tak semestinya kita perlu tinggalkan kerjaya yang sedia ada. Boleh saja nak mulakan bisnes spa sendiri secara part time. Macam Cik Qila pun, bermula secara part time dan masih lagi ambil customer spa secara part time. Bagi yang suri rumah pula, boleh saja keluar rumah attend customer di waktu siang waktu suami dan anak pergi ke sekolah dan bekerja. Bila buat secara part time, kita akan rasa mudah untuk kawal masa sebab kita tak terikat dengan komitmen-komitmen lain. 

KENAPA MOBILE SPA?

Nak tahu tak, permintaan mobila spa di Malaysia ni terlampau banyak. Rata-rata wanita bekerja bila pulang ke rumah, dah sibuk menguruskan rumah tangga. Letak saja handbag, belum sempat tukar baju dah singsing lengan mandikan anak, dan masak untuk anak dan suami. Bukan itu saja, rutin harian yang sibuk menyebabkan sesetengah isteri tak berpeluang nak memanjakan diri. Suami-suami yang menghargai dan prihatin dengan keadaan isteri pun akan hulur duit nak pastikan fizikal isteri terjaga. Happy wife, happy life gittew. 

Akan tetapi, rutin harian yang sibuk ini menyebabkan para wanita tak berpeluang nak keluar rumah. Alasannya, jalan sesak. Tak nak memandu jauh-jauh untuk ke pusat spa. Tiada orang nak jaga anak dan sebagainya. 

Jadi, servis mobile spa lah yang menjadi jawapan kepada semua permasalahan ni. Nampak tak peluang yang terbentang luas ni? Bayangkan kalau semua wanita di kejiranan kita ambil servis mobile spa setiap bulan. Banyak tak income yang boleh kita dapat? 

Dengan duit hasil mobile spa ini insyaAllah boleh buat tambah-tambah mana yang tak cukup. Nak tahu rahsia tak? Ada geng Alumni TWB yang berhenti kerja sebagai pensyarah bila pendapatan mobile spa secara part time dah melebihi gaji kerja hakiki. Yes, ini cerita betul. Bukan rekaan. Dengan hanya mobile spa dan berhenti kerja, beliau mampu bayar sewa rumah, loan kereta dan komitmen-komitmen lain. 

KENAPA THE WALKING BEAUTY? 

kursus spa the walking beauty
Kursus Spa The Walking Beauty

Sebenarnya, banyak syarikat di luar sana yang menawarkan perkhidmatan spa bergerak. Tak terkata banyaknya. Tapi, apa yang membezakan The Walking Beauty dengan group atau company yang lain? 

The Walking Beauty hanya menyediakan kursus spa termurah di pasaran. Para pelajar yang dah lengkap menjalani kursus akan dikenali sebagai Alumni TWB dan boleh terus memulakan bisnes spa sendiri. TWB tidak mengambil sebarang komisen pun atas apa-apa juga servis yang setiap pelajar berikan. Tiada sebarang perjanjian atau surat lantikan di antara The Walking Beauty dengan pelajar. Ibaratnya TWB ni hanyalah sebuah sekolah yang memberikan kursus rawatan spa. Hanya keluarkan modal sekali sahaja, dan boleh mulakan bisnes setelah tamat kursus. 

Uolls boleh baca pengalaman Cik Qila buat training spa di entri Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB

Selain daripada menyediakan kursus spa termurah di pasaran, founder TWB juga selalu organize trip ke luar negara untuk Alumni TWB yang berjaya. Eh, dah kerja keras buat duit dengan spa, apa salahnya kita reward diri untuk travel ke luar negara kan? 

Support group yang kuat juga merupakan keistimewaan TWB berbanding penyedia perkhidmatan spa yang lain. Selepas tamat kursus, Alumni akan dibimbing dengan tips marketing dan asas-asas menjalankan bisnes supaya tidaklah terumbang-ambing. Tinggal nak apply atau tidak saja. 

PAKEJ KURSUS SPA TERBARU 2019

Okay, apa yang TWB tawarkan di tahun 2019 ni?

Kursus Spa TWB 2019
Pakej TWB Terbaru 2019

Pada yang berminat nak belajar dan menjadi salah seorang daripada Alumni TWB yang hebat ni, boleh pilih salah satu daripada pakej kat atas. Psst..untung tau ambil pakej B tu. Dah lengkap dah semua peralatan. Ni pakej tarik troli terus boleh buat duit namanya. Tak sia-sia dapat bonus kelas makeover yang Cik Qila pun takde peluang nak rasa.

Okay, macam mana? Teruja tak dengan peluang ni? Kalau ya, cepat-cepat ambil telefon dan whatsapp ke nombor telefon Cik Qila. Kita sembang-sembang. 

Whatsapp : +6017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

Advertisements