PROMOSI SHAKLEE YANG BEST DI TAHUN BARU

Assalamualaikum semua. Hopefully belum terlambat untuk Cik Qila nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2018. Semoga tahun baru ni, kita akan jadi lebih bersemangat untuk mencapai segala target yang dirancangkan. 

Okay, kita teruskan dengan promosi Shaklee di tahun baru. Untuk bulan Januari 2018, Shaklee ada 3 promosi yang best.

 

OMEGA GUARD

 

Omega Buy 3

Omega Guard dari Shaklee adalah minyak ikan tulen berkepekatan tinggi yang membekalkan asid lemak Omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Terdiri daripada tujuh komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) membekalkan sehingga 990mg asid lemak omega-3 sehari.

Bezanya Omega Guard dengan minyak ikan omega-3 jenama lain adalah dari segi penghasilannya. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan propritari tiga kali yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Antara fungsi lain Omega Guard Shaklee adalah mengurangkan risiko penyakit jantung, bersifat anti-radang, mengurangkan simptom alahan, membaiki kulit kering dan garis halus serta memelihara kesihatan otak.

 

dav

 

Omega Guard Shaklee juga mempunyai bau, rasa dan kesan hanyir yang minimum jika dibandingkan dengan minyak ikan jenama lain. Turut diiktiraf oleh Friend of the Sea, sebuah badan persijilan produk makanan laut yang mampan untuk memastikan terdapat bekalan minyak ikan berkualiti di pasaran tanpa menjejaskan alam sekitar.

Bulan ini, boleh beli 3 botol dan dapatkan diskaun 5% serta keahlian percuma. 

 

COQ-TROL PLUS

 

CoQ-Trol

Antara bahan utama di dalam CoQ-Trol Plus adalah Coenzyme Q10 yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Coenzyme Q10 ini boleh ditemui di dalam mitokondria setiap sel dan bertindak sebagai “spark plug” untuk memulakan proses penghasilan tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga. 

CoQ10 penting untuk membekalkan tenaga berterusan, memperbaiki peredaran darah, memperbaiki kesihatan reproduktif, memberikan kulit yang cantik dan menajamkan minda. 

CoQ-Trol Plus boleh didapati mulai Januari 2018 dengan harga RM 157.58 untuk 30 biji. Jadi ahli, boleh jimat lagi.

 

VITALEA FOR KIDS

Vitalea For Kids

 

Jika Vita-Lea sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk mendapatkan pelbagai nutrien penting, Vita-Lea For Kids pula sesuai untuk anak-anak kecil kita kerana dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Setiap hidangan menyediakan 100% kesemua lapan vitamin B, C, D dan E yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat. Tak perlu risau gigi anak rosak kerana Vita-Lea for Kids menggunakan xylitol sebagai pemanis semula jadi yang tidak menggalakkan kerosakan gigi. Juga tanpa tambahan pengawet dan perasa tiruan. Boleh jimat berganda dengan promosi beli 3 percuma 1.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health

Advertisements

TTC : 7 Tips Kekal Positif

Assalamualaikum semua. Buat apa tu? Hari ini Cik Qila nak kongsi tentang bagaimana kita nak kekal positif sepanjang tempoh TTC. Eh, apa TTC tu? Untuk yang kurang jelas, TTC bermaksud “trying to conceive” atau sedang mencuba untuk hamil. Istilah ini terpakai untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sesetengah pasangan direzekikan Allah untuk hamil dan melahirkan anak dalam tahun pertama perkahwinan. Tapi ada juga yang setelah beberapa tahun berkahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, fasa mencuba untuk hamil inilah yang disebut sebagai TTC. Sepanjang tempoh ini, pasangan suami isteri akan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Bagi sesetengah pasangan, tempoh ini agak emosional lebih-lebih lagi untuk isteri bila mana setiap bulan masih lagi datang haid. Oleh itu, di entri ini kita akan berkongsi serba sedikit bagaimana untuk kita terus kekal positif, okay?

1. Doa dan Solat

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk berdoa. Doa adalah rayuan atau permintaan seorang hamba kepada Pemiliknya. Manusia hanyalah makhluk Allah yang tiada daya dan upaya melainkan bergantung harap hanya kepada Allah semata. Solat juga adalah doa. Banyakkan solat taubat dan solat hajat memohon supaya Allah sihatkan semua sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat dan tiada jangkitan, keseluruhan tubuh akan sihat. Barulah boleh hasilkan sperma dan ovum yang sihat, InsyaAllah. Kena doa dengan yakin tau.

Selain itu, ada beberapa doa memohon zuriat yang sahih dari Al-Quran dan Hadis. Contohnya seperti yang Cik Qila sertakan di bawah ini.

 

doa nabi zakaria

 

2. Enjoy!!

Ya, betul. Kita perlu enjoy!! Perlu ada rasa seronok sepanjang proses TTC. Stres itu musuh utama dalam TTC, okay. Suami dan isteri perlu faham perkara ini. Sementara masih berdua, enjoy dengan kehidupan. Habiskan masa berkualiti berdua dengan pergi bercuti, berjalan-jalan, menonton wayang, roadtrip atau mungkin bersenam bersama-sama?

27468366-enjoy-wallpapers

 

Elakkan kepala daripada berfikir, “Lepas bersama ni, kita dapat anak tak?” No no no. Hubungan suami isteri adalah satu bentuk ibadah. Jadi, anggap sahaja kita sedang menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan have fun while doing it. Bila terlalu fikirkan hasil, makin stress jadinya. Ingat, perlu enjoy!!

3. Sibukkan diri

Cik Qila percaya selepas waktu subur berlalu, perasaan gundah gulana akan mula datang. Waktu ini akan ada persoalan “Period ke pregnant?” Hati akan tak tenteram nak tahu sama ada hujung kitaran ini akan period ke tidak. Betul kan? Jadi, untuk elakkan rasa gundah-gulana tak tenteram tu, lebih elok untuk kita sibukkan diri. Macam mana nak sibukkan diri?

 

hobby

 

Kita semua mesti ada hobi kan? Ada yang suka berenang, shopping, membaca, membuat kraf atau menjahit. Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa senggang kita daripada memikirkan persoalan “Period ke pregnant?” tu. Bila kurang stress, hidup akan lebih gembira kan?

4. Menulis jurnal

Kadang-kala perasaan yang terpendam perlu diluahkan. Benar, TTC adalah satu perjalanan yang memakan masa, ada yang melibatkan kos rawatan kesuburan yang tinggi, dan menuntut beban emosi daripada kedua-dua pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang tidak supportive.

journal writing

 

Cara yang mudah untuk meluahkan adalah dengan menulis jurnal sama ada dengan menulis di buku atau buat jurnal online di blog. Jika menulis blog, terpulang sama ada nak di”public”kan atau set sebagai private untuk bacaan sendiri. Dengan menulis jurnal, kita boeh merekod langkah-langkah yang telah kita ambil sepanjang proses TTC. Sebagai contoh, kita dah menulis tentang mencuba petua buah zuriat, di posting lain, kita boleh pula menulis tentang kaedah Basal Body Temperature. Lain orang lain kaedahnya dan lain pula hasilnya. Cubalah menulis, insyaAllah kurang sikit sakit kepala tu.

5. Sangka Baik Dengan Mereka Yang Berjaya Hamil

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada bertembung dengan manusia lain. Mustahil ada orang yang boleh hidup seorang diri. Kalau tiada kawan rapat, kita masih bertembung dan berjumpa dengan manusia lain di kawasan rumah, pejabat, di jalan raya dan juga pasar atau pusat beli-belah. Kita juga akan terjumpa dengan wanita-wanita hamil di pejabat dan di sekeliling kita. Janganlah pula kita tarik muka masam bila mana ada wanita hamil yang duduk di sebelah kita di dalam tren. Atau menangis bila ada adik-beradik atau ipar duai yang memaklumkan kehamilan mereka dalam group WhatsApp keluarga.

alhamdulillah

 

Sucikan hati untuk bersangka baik dengan Allah. Panjatkan kesyukuran kerana Allah beri mereka rezeki yang sangat kita mahukan. Kongsi kegembiraan mereka dengan mengucapkan tahniah atau hadiahkan kad Selamat Hari Ibu. Kalau yang hamil itu sahabat baik kita, kongsi kegembiraan dengan hadiahkan “baby shower” atau hadiah-hadiah comel yang lain.

6. Cari Kumpulan Sokongan

Salah satu cara untuk kekal positif adalah dengan dikelilingi oleh orang-orang yang positif juga. Sekarang ni, dah banyak kumpulan-kumpulan sokongan di Facebook dan forum-forum di laman web seperti Babycenter.com yang menyediakan platform untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman. Penting untuk kita ketahui bahawa bukan kita seorang sahaja yang sedang TTC dan sedang “struggle” untuk hamil. Mungkin ada yang telah berusaha lebih lama daripada kita. Aura positif dalam sesuatu kumpulan dapat dirasai dan boleh dipindahkan kepada semua ahli. Yang penting, perlu saling berkongsi dan sama-sama naikkan semangat ahli lain juga.

support group

 

7. Saling Berkomunikasi dengan Pasangan

Proses TTC melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika ada waktu yang sangat genting dan melibat emosi, kedua-duanya perlulah saling berbincang. Suarakan kesedihan dan elakkan memendam perasaan. Manalah tahu rupanya suami pun bersedih juga tiap kali isteri datang haid. Banyakkan komunikasi dan saling berkongsi pendapat dan perasaan antara keduanya.

communicate

 

Dah baca ketujuh-tujuh tips yang Cik Qila cadangkan tadi? Jadi, sekarang jangan sedih-sedih lagi ya. Lap sikit air mata dengan hingus yang meleleh tu. Dah boleh dah ajak suami pergi dating makan ais krim Baskin Robbins atau minum kopi Starbucks. Ingat, banyakkan berdoa dan kekal positif sepanjang masa.

Nak ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh baca entri Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

 

Atasi Masalah Kekurangan Nutrisi Dengan Set Optimum Health

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Seronok sambut Aidil Adha bersama keluarga? Alhamdulillah tahun ni, Cik Qila sambut Aidil Adha bersama umi ayah dan adik-adik di Sungai Buloh seperi tahun-tahun sebelumnya. Encik Zauji pulak petang raya tu baru bertolak balik dari Johor ke Kuala Lumpur. Dapatlah spend masa sekejap. Hehe.

Anyways, Cik Qila sebenarnya nak share pasal Set Optimum Health Shaklee yang memang Cik Qila amalkan. Ada tiga komponen utama dalam Set Optimum Health ni iaitu VitaLea, B Complex dan Sustained Release Vitamin C.

“Saya rasa okay je Cik Qila. Jarang masuk hospital, jarang pergi klinik. Badan saya okay-okay je. Tak perlu supplement bagai ni.”

Puan A

Cik Qila pasti ada di antara kita yang akan bagi jawapan macam ni. Tapi antara sedar dengan tidak, badan kita telah pun menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi tetapi kita yang tidak ambil peduli. Mari kita lihat tanda-tanda kekurangan nutrisi dalam badan.

7 TANDA KEKURANGAN NUTRISI DALAM BADAN

 

Keletihan Melampau

Sesiapa yang letih melampau sebenarnya mengalami kekurangan zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah. Bila sel darah merah tak cukup, oksigen tak dapat dibawa ke seluruh badan menyebabkan kita akan selalu rasa cepat letih. Cuba check balik, adakah anda susah nak bangun pagi? Pastu sampai office, pukul 10 macam tu dah mula rasa mengantuk? Kalau ya, mungkin anda alami simptom keletihan melampau.

 

Image result for keletihan

 

Rambut Mudah Putus

Rambut akan sangat sihat bila kita cukup protein. Kalau kurang nutrisi, rambut akan mudah patah, kering dan jarang. Kalau rambut selalu gugur dalam kuantiti yang banyak, itu adalah tanda kurang protein, zat besi dan lemak baik.

Image result for rambut gugur

 

Kuku Bergerigi dan ada Bunga Kuku

Kuku yang sihat akan berkilat dan tiada bunga kuku. Ala, yang putih-putih macam bentuk bulan separuh tu. Bila kuku rapuh dan ada bunga kuku, maksudnya kita kurang protein dan zat besi dan mungkin juga ada anemia.

Image result for bunga kuku

 

Mulut Kering

Mulut kering di bahagian tepi mulut dan pecah-pecah juga merupakan tanda kekurangan Vjtamin B12 dan zat besi.

Image result for mulut kering

Cirit birit

Kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita dapat cirit birit sebab ketidakmampuan usus untuk serap nutrisi dari makanan ke dalam badan. Tanda-tanda usus tak sihat adalah perut kembung, berangin, kejang atau cramp kat perut, najis terlalu keras dan berat badan menyusut.

Image result for cirit birit

Hilang selera makan

Selalu terjadi pada mereka yang berumur sebab lidah makin tua akam makin hilang kepekaan terhadap rasa makanan. Kurang makan, kuranglah nutrisi.

Image result for hilang selera makan

Kulit kusam tak bermaya

Kulit kering adalah tanda kita kurang lemak baik macam Omega 3 dan 6. Kulit yang mudah dijangkiti dan kurang anjal pulak kurang vitamin C.

Image result for kulit kusam

Sekarang, cuba anda check, adakah anda alami tanda-tanda kekurangan nutrisi ini tanpa anda sedari? Jika ya, Cik Qila sangat-sangat sarankan anda untuk amalkan Set Optimum Health ini.

SET OPTIMUM HEALTH 

dav

Jom kita kenal trio mantap dalam Set Optimum Health atau nama lainnya Set Kesihatan Asas Shaklee.

VITA-LEA IRON FORMULA

Merupakan vitamin pertama yang dicipta di dunia pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pengambilan Vita-Lea secara harian dapat menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh badan, menguatkan tulang dan sistem imun, serta melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Selain daripada itu juga, Vita-Lea turut membantu memelihara jantung, minda dan mata.

Vita-Lea dilengkapi dengan teknologi “salutan mikro asid folik berpaten” yang membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B.  Bukan itu saja, lebih daripada 340 ujian kualiti dijalankan untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Sebotol Sustained Release Vita-C Plus mengandungi 180 tablet yang menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh dalam tempoh 5 jam. Seolah-olah seperti kita makan 1.5 biji oren dalam masa satu jam.

Kenapa perlu makan Vitamin C? Kerana Vitamin C adalah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan sistem imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh.

Lengkap dengan BIOFLAVONOID daripada lemon, buah oren dan limau gedang (grapefruit) yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik.

B COMPLEX 

Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B amat penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA sehinggalah kepada penghasilan tenaga.

B Complex daripada Shaklee mampu membekalkan 8 vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh.

Bezanya Shaklee B Complex dengan jenama lain? Teknologi “Sistem Penyerapan BioAktif Berpaten”berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir.

Berminat nak dapatkan SET OPTIMUM HEALTH ni? Hubungi Cik Qila segera untuk konsultasi eksklusif di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit