Telomere : Topi DNA Pelindung Sel

Tahukah anda apa itu Telomere? Telomere adalah penutup atau topi pelindung yang terdapat di hujung setiap helaian DNA untuk melindungi kromosom kita. Cuba kita bayangkan dan pegang hujung plastik pada tali kasut. Dengan hujung plastik itulah memudahkan kita untuk memasukkan tali kasut ke dalam lubang dan memelihara tali kasut tersebut daripada rosak dan hancur. Apabila hujung tali kasut hancur, tali kasut sudah tidak berupaya untk berfungsi dengan baik dan sukar untuk kita masukkan ke dalam lubang kasut. Lama kelamaan, tali kasut akan menjadi reput dan tidak boleh digunakan lagi.  Jadi, seperti itulah fungsi telomere ini pada DNA kita. 

Image result for telomere
Kedudukan telomere

Telomeres melindungi pelbagai maklumat diri kita. Sekiranya telomeres gagal berfungsi, helaian DNA akan musnah dan menyebabkan kegagalan fungsi sel, maklumat genetik bercampur baur atau mungkin juga rosak. Gen yang rosak dan gagal berfungsi akan mengingkatkan risiko mendapat penyakit dan juga memendekkan jangka hayat.

Apakah Kepentingan Telomere?

Telomere amat penting dalam sel manusia kerana telomere mempengaruhi proses penuaan sel. Telomeres dilihat sebagai penunjuk biologi untuk menjangkakan sejauh mana seseorang itu mampu hidup sihat dan hidup lama. Untuk pengetahuan anda, proses penuaan akan memaksa sel untuk menjalani proses “dividing” atau pembahagian untuk membentuk sel baru. Dan setiap kali sel melalui proses ini, telomeres akan menjadi semakin pendek. 

Apabila telomeres menjadi semakin pendek, sel akan menjadi semakin tidak aktif, tidak lagi membahagi dan akhirnya mati. Apabila sel mulai mati, kesihatan seseorang itu juga akan merudum. Selain daripada proses penuaan, telomeres akan memendek apabila terdedah kepada keradangan, toksin, radiasi UV, stress dan pemakanan yang tidak sihat.

Risiko penuaan sebelum usia dan peningkatan morbiditi juga boleh dikaitkan dengan pemendekan telomere. Antara penyakit yang dapat dikaitkan dengan peningkatan usia adalah diabetes, kanser, penyakit jantung dan Alzheimer dan terdapat juga kaitannya dengan pemendekan telomere. Dengan ini, dapatlah disimpulkan semakin panjang telomere, semakin tinggi peluang untuk hidup lebih lama. 

Bagaimana Telomere Boleh Dipanjangkan?

Rahsianya adalah polifenol.

Polifenol adalah sejenis phytokimia, yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan sangat kaya dengan antioksidan. Terdapat lebih 8,000 tumbuhan dan makanan yang telah dikenalpasti mempunyai kandungan polifenol yang tinggi seperti teh, wain, coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran serta minyak zaitun extra virgin. Polifenol berupaya memelihara kesihatan kerana antioksidan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. Polifenol juga bersifat anti-radang. Oleh itu, ia mampu melindungi dan memperbaiki DNA serta Telomere. 

Di Amerika dan Kanada, kajian ke atas 8,000 jenis polifenol telah membuktikan keberkesannya dalam meningkatkan kualiti hidup. Antaranya ialah:

  • Diabetes Type 2 – yang menyerang 29 juta orang di Amerika. Kajian mendapati polifenol berupaya untuk menyeimbangkan gula dan darah dan metabolisme lemak, mengurangkan insulin resistance, dan mengurangkan keradangan dalam badan. Secara tidak langsung, ini boleh mengurangkan komplikasi diabetes jangka panjang seperti penyakit kardiovaskular, penyakit-penyakit melibatkan saraf dan mata.
  • Kanser – Institut Kanser Kebangsaan Amerika mencatatkan bahawa hampir 40% lelaki dan wanita akan mengalami kanser sepanjang hayat mereka. Pelbagai kajian telah menunjukkan keberkesanan polifenol dalam mencegah kanser. Para pengkaji percaya kandungan antioksidan di dalam polifenol membantu melindungi DNA daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. 

Kajian Telomere Shaklee

Shaklee sendiri telah menjalankan kajian keberkesanan polifenol melalui Kajian Telomere di bawah kelolaan Dr. Elizabeth Blackburn. Beliau adalah penerima Anugerah Nobel Perubatan dan orang pertama yang menemui telomere berfungsi sebagai pelindung kromosom.

Kajian Telomere yang beliau jalankan adalah untuk membandingkan ukuran telomere di antara pengguna-pengguna supplemen Shaklee termasuk Vivix dengan bukan pengamal supplemen yang sihat di Bay Area selama 5 tahun. Kajian beliau telah berjaya membuktikan bahawa pengguna Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan supplemen Shaklee melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

Advertisements

Testimoni Vivix Cegah Penyakit Berbahaya

Bismillah.

Apa khabar semua? Selamat hari Rabu. Moga tiada yang lesu di permulaan tahun baru. Orang yang positif perlu sentiasa bersedia betul tak? Sebenarnya minggu ni baru Cik Qila nak mulakan plan tahun 2017. Walaupun agak terlambat, but, better late than never kan? Tambahan pulak dengan promosi Vivix yang meletops bulan ni, makin bertambahlah semangat Cik Qila nak menulis. Sebelum ni, Cik Qila dah kongsikan 10 Manfaat Vivix Shaklee.

Kali ni, jom kita lihat 4 BAHAN UTAMA yang terkandung dalam Vivix dan kongsi bagaimana Vivix berfungsi di samping kehebatan dan testimoni pengguna-pengguna tegar Vivix yang berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

 4 SUPERFOODS DALAM VIVIX

 

Anggur Muscadine

 

muscardine-grapes
Anggur Muscadine

Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semula jadi yang mempunyai lebih daripada satu kromosom. Disebut sebagai “Super Grape” disebabkan oleh saiznya yang besar dan satu-satunya anggur yang mempunyai lebihan kromosom. Saintis percaya bahawa lebihan kromosom inilah yang mengukuhkan profil polifenolnya dan berpotensi memberi manfaat kesihatan yang baik.

Anggur Muscadine tumbuh di kawasan yang panas dan lembap berbeza dengan anggur lain yang memerlukan tempat yang sejuk dan dingin. Memandangkan anggur ini mampu hidup dalam cuaca yang panas, ia mampu mempertahankan dirinya daripada serangan bakteria dan fungus. Resveratrol yang tinggi pun penyebab kepada ketahanannya terhadap serangga perosak. Bila susah nak rosak, tak payah sembur pesticides. Jadi, automatik BEBAS RACUN!!

Anggur ini juga mengandungi asid ellagik berkepekatan tinggi, iaitu sejenis phyto-nutrien yang tidak dijumpai dalam anggur jenis lain. Selain daripada itu, kajian menunjukkan anggur muscadine mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria. 

Lobak Ungu

 

purple-carrot
Lobak Ungu

Satu kajian mendapati, lobak ungu mengandungi dua kali ganda jumlah alpha dan beta carotene berbanding lobak merah yang biasa dijual di pasaran. Alpha dan beta carotene ini akan ditukarkan menjadi Vitamin A apabila masuk ke dalam badan.

Kenapa lobak ini berwarna ungu? Jawapannya ialah “Anthocyanin” yang bersifat anti-oksidan yang berpotensi menghalang kerosakan sel dan menurunkan risiko sesetengah penyakit. Anthocyanin ini juga dapat meningkatkan memori, memperbaiki daya penglihatan, merendahkan risiko serangan jantung, bersifat anti-radang, dan membantu mengawal berat badan. 

European Elderberry (Sambucus Nigra)

 

elderberry-eropah
Elderberry Eropah

Salah satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam menghadapi simptom flu, terutama sekali influenza B. Elderberry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri anti oksidan yang kuat. Flavonoids ini akan mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.

Elderberry juga kaya dengan amthocyanins yang memberikan kesan anti-radang, sama seperti lobak ungu. Anthocyanins juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza. Selain daripada flavonoids dan anthocyanins, Elderberry turut kaya dengan Vitamin A, B, C dan nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin. 

Selain mencegah simptom flu, sakit otot dan simptom demam lain, Elderberry juga berkesan melawan jangkitan yis, asthma, batuk, sesak hidung, sakit dada dan diabetes. Elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat) yang dianggap sebagai salah satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. 

Secara keseluruhannya, Elderberry ini sangat berpotensi untuk memberi perlindungan kepada penyakit kardiovaskular seperti jantung, strok, membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)

 

japanese-knotweed
Japanese Knotweed

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia tetapi banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Tumbuhan ini turut kaya dengan Resveratrol yang kebiasaanya banyak terdapat dalam kulit dan biji anggur merah. 

Japanese Knotweed mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan digunakan dalam supplement anti-penuaan. Selain daripada itu, Japanese Knotweed turut digunakan di dalam perubatan Cina. Saintis telah menjalankan pelbagai ujian untuk mengkaji dan menentukan manfaat resveratrol kepada kesihatan. Hasil kajian telah mendapati, resveratrol berupaya melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Keempat-empat bahan utama ini digabungkan untuk menghasilkan supplemen super yang kita kenali sebagai Vivix!!

vivix-anti-aging

SIAPA YANG PERLUKAN VIVIX?

Okay, kat atas tadi Cik Qila dah cerita tentang 4 bahan utama dalam Vivix dan kehebatan setiap satu. Tapi, siapa sebenarnya yang perlukan Vivix?

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit darah tinggi
  • Peakit jantung
  • Pesakit SLE
  • Pesakit radang usus
  • Pesakit nyanyuk
  • Pesakit gout
  • Pesakit kanser
  • Pesakit yang menderita sakit sendi
  • Pesakit lemah daya tahan penyakit 

 

TESTIMONI PENGAMAL VIVIX

Sekarang Cik Qila nak kongsikan pula testimoni-testimoni mereka yang dah amalkan Vivix. 

vivix-testimoni-kencing-manis
Testimoni Kencing Manis 1
vivix-testimoni-kencing-manis-2
Testimoni Kencing Manis 2
vivix-testimoni-kanser-perut
Testimoni Vivix Merencatkan Sel Kanser

 

vivix-testimoni-kanser-paru-paru
Testimoni Kanser

 

Vivix testimoni Kanser Payu Dara.jpg
Testimoni Vivix Merencatkan Sel Kanser

 

vivix-testimoni-berhenti-merokok
Testimoni Vivix Berhenti Merokok

Sekarang, apa pendapat anda yang membaca? Dah yakin dengan Vivix Shaklee atau masih ragu-ragu? Tak perlu nak risau. Vivix ini HALAL dan sangat SELAMAT. Bulan Januari 2017 ni memang bulan promosi harga yang sangat best. Waktu inilah pengamal-pengamal Vivix akan borong dan buat stok tau. 

Ada dua langkah untuk dapatkan Vivix dengan penjimatan berganda. 

  1. TWIN PACK
    • Diskaun 5% 
    • Keahlian Percuma
    • Pos Percuma
    • Cashback 5%
    • Penjimatan sehingga RM 200
  2. BELI 6 PERCUMA 1
    • Kumpulkan sehingga 6 ahli keluarga / sahabat / rakan sekerja dan dapatkan botol ketujuh secara PERCUMA.
    • Penjimatan sehingga RM 500

 

Jadi, jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan VIVIX  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.