Product Review : Clinelle Blemish Free Value Buy Pack

Assalamualaikum. Bismillah. Selamat Hari Raya.

Hari ini dah 5 Julai 2017. Alhamdulillah dah 11 hari kita berada di bulan Syawal. Minggu inilah baru ramai yang mula bekerja di ofis. Macam Cik Qila ni, minggu ini dah masuk minggu kedua bekerja. Habis je cuti raya kedua hari tu, terus Cik Qila masuk kerja. Dalam bekerja, still ada lagi saki baki mood raya tu ye. Sambil kerja, ada yang bawak ketupat rendang, kuah kacang, ayam masak merah. Ish, macam-macam lah. Ada juga yang dah start puasa 6. Cik Qila, Encik Zauji dan Sis Honey pun dah mula puasa enam since semalam. 

Sebenarnya Cik Qila nak share pasal produk penjagaan wajah atau skincare yang Cik Qila baru nak cuba. Since belajar dekat UTM Skudai, Cik Qila memang gunakan facial cleanser, toner dan moisturizer Loreal Paris. Yang tube colour putih biru tu. Kalau nak kira-kira dekat 10 tahun jugak lah rasanya dah guna Loreal. Tapi, sekarang ni kulit muka Cik Qila ada masalah jerawat. Dah masuk umur 30-an ni tiba-tiba pulak muka ni senang naik jerawat. Naik jerawat, tinggal parut hitam-hitam pulak. Padahal masa umur 20-an dulu, seketul dua je jerawat yang naik kat muka. Itu pun, hilang macam tu je, takde pun tinggal parut. Sekarang ni, Ya Allah, pantang naik jerawat, Cik Qila dan mula risau. Ni dah makin banyak parut-parut kat pipi dan dahi. 

So, Cik Qila decide nak tukar skincare. Nak pakai yang khusus untuk acne prone skin. Adult acne ni lagi susah nak jaga daripada jerawat di usia belasan tahun. Bila umur dah masuk fasa 30-an, bukan wrinkles je yang nak kena jaga, adult acne ni menggugat jiwa occay. So, after seminggu jugak buat research pasal jenama yang sesuai, Cik Qila came across dua brand utama. Nak brand yang senang nak beli kat Watsons or Guardian je. Mula tu ingat nak stick with Loreal, tapi rupanya Loreal takde pula range untuk acne prone skin. Yang ada whitening, Revitalift range untuk anti aging tu dan ape ntah yang warna biru untuk dry skin. Survey punya survey, Cik Qila jumpa brand Eucerin dan Clinelle. Lepas bandingkan harga, round website Watsons dan Guardian, jenis produk dan berapa banyak item yang diperlukan, Cik Qila pilih untuk beli Clinelle Blemish Free Value Pack. 

Kenapa Value Pack? Sebab dalam sekotak ni ada 4 produk. Cleanser, toner, gel moisturizer dan spot corrector. Harga pun lebih murah kalau beli satu-satu. Dalam pek ni bukan sampel kecik-kecik yang boleh tahan 2 minggu tau. Tapi, memang original size. Sekotak baru RM 82.90. Kalau beli satu-satu 4 barang ni, dekat RM 100++ jugak lah rasanya. 

Jalan-jalan kat Watsons yang berhampiran, tak jumpa pulak set yang dalam kotak ni. Jadinya, Cik Qila terus order online guna Watsons Delivery service. Hari Khamis order, hari Isnin depannya dah selamat sampai kat office and malam semalam, secara rasminya Cik Qila dah ber’Clinelle’. Hehe. Since Cik Qila beli kat Watsons online, setiap pembelian lebih RM 80, boleh dapat free tote bag dari Clinelle. Then, Cik Qila tambah pulak sunblock Clinelle dengan SPF 50. 

So, inilah hasil tangkapan merangkap bestfriend terbaharu. 🙂 Ini masih dalam kotak.

 

mde
Clinelle Blemish Free Range 

Mau tak teruja tengok dia kata “clear skin in just 2 weeks”? Haha. Yang ni pulak gambar dah keluar kotak. 

mde
Dah keluar kotak 

Comel kaaan? Cleansernya jenis tak berapa berbuih sangat. Toner pulak jenis spray terus ke muka. Tak payah nak guna kapas untuk ratakan. Texture pun agak ringan. Moisturizer untuk set ni adalah jenis gel dan bukan krim macam skincare lain. First time Cik Qila jumpa moisturizer jenis gini tau. Bila picit dari tube, dia agak watery, but upon application kat muka, memang terus meresap ke kulit. Tube paling kurus dalam gambar tu adalah spot corrector. Untuk diletakkan terus pada jerawat. Bagi kecut dan hopefully poof terus hilang. Hahaha. Pagi ni sebelum pergi kerja, baru lah boleh try sunblock yang tutup oren tu. Sunblock pun best, rasa tak berminyak macam sunblock lain yang Cik Qila pernah guna sebelum ni. 

Dari pembacaan Cik Qila yang suka berjalan di Google ni, ada kata Clinelle ni satu company dengan Dermalogica. Produk dari Perancis. Tapi kalau tengok packaging ni, ada produk yang formulated and manufactured in Korea, ada yang dari Taiwan. Tapi, apa yang best pasal produk Clinelle ni, tagline dia adalah 6 Secrets to Happy Skin. Dan ada 6 Nos yang digunapakai dalam penghasilan setiap produknya. 

6 NOs

  • No Artificial Fragrance
  • No Artificial Colouring
  • No Comedogenic Ingredients
  • No Mineral Oil
  • No SD Alcohol
  • No Lanolin

So far, dari segi harga, agak berbaloi. Dari segi kesan nak hilangkan blemish di muka, kena tunggulah sehingga dua minggu kot. Maklumlah, baru guna sehari. Mana nak nampak sangat kesannya ye dak?

Selain Blemish Free range ni, Clinelle ada jugak range untuk kulit normal dan kulit kering. Untuk whitening pun ada jugak rangenya. Sebelum beli Blemish Free Pack ni hari tu, Cik Qila terpikat dengan PureSwiss Thermal Spring Water dan compact powdernya. Dalam hati ni, macam nak beli lagi satu tube sunblock. Satu kat rumah, satu nak letak dalam handbag. Sebab Cik Qila suka reapply sunblock lepas solat. Jadi, senang lah kalau ada dua. Tak payah kejap-kejap nak amik dari handbag untuk pakai kat rumah, pastu nak masukkan balik dalam handbag. Compact powder pun macam nak beli dua. Hahaha. Nafsu buaya sungguh. 

Anyways, kita akan tunggu dua minggu lah untuk lihat hasil produk Clinelle ni. Cik Qila ada ambik before pictures, tapi tak boleh lah nak letak kat sini. Iolls kan berniqab. Kahkahkah. Ni produk luaran, on the inside pulak Cik Qila terus amalkan ESP dan vitamin Shaklee yang lain. Hopefully, makin cantik lah kulit Cik Qila lepas ni. Tunggu update seterusnya ye insyaAllah. 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli Shaklee dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT

 

LAT Fighters Tinju Retreat #1. Oh Seronoknya Bisnes !!

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

LAT Fighters Tinju Retreat #1 adalah kelas retreat pertama yang dianjurkan oleh Master Zahirah dan suaminya Master Hafizan untuk tahun 2017. Group LAT Fighters Tinju ditubuhkan oleh mereka sebagai inisiatif untuk kembangkan potensi anak cucu di bawah susur galur Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kalau sebelum ini Cik Qila ada menulis tentang kelas di Secret Group FB Team Pursuit, tapi kelas khas Master Zahirah ini bukan secara online tetapi memang betul-betul seolah-olah kita berada di dalam kelas dan pensyarah sedang mengajar di depan. Selama ini, hanya dengar nama dan baca kisah inspirasi, tapi kali ini, dapat berjumpa sendiri dan menadah ilmu dengan mata kepala sendiri. Lain sungguh auranya. 

Kelas ini diadakan di HQ Shaklee iaitu di Sunway Pinnacle pada 12 Mac 2017. Ya, kami bersungguh-sungguh keluar dari kepompong selesa untuk menuntut ilmu di hari Ahad. Sedang orang lain masih bergolek di tilam empuk memeluk anak dan suami, kami dah terpacak di lobi Sunway Pinnacle seawal 9 pagi lagi. Cik Qila memang sangat suka pergi ke kelas. Sebelum serius berbisnes dulu, Cik Qila suka sertai seminar ilmu oleh tokoh-tokoh agama seperti Yasmin Mogahed dan Nouman Ali Khan. Kini, bila nak fokus bisnes, Cik Qila kejar pula kelas-kelas oleh Masters dalam Shaklee. Kelas online lagi-lagi untuk personal branding pun Cik Qila hadiri. Contohnya, Tuan Al Irfan Jani, Cikgu June Mohd Som dan sifu Faisal Abdullah. Pendek kata, Cik Qila memang sukakan ilmu lah. Dan jika ada masa, mesti akan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. 

Jadi, apa yang Cik Qila belajar dalam kelas LAT Retreat ni?

Sesi kami dimulakan dengan soal jawab dan tips untuk berjaya. Contohnya tips untuk ubah mindset. Bagaimana kita nak melawan akal jahat dalam diri yang sentiasa berbisik kepada kita untuk hentikan bisnes. Bagaimana nak mendepani soalan-soalan dari customer. Bagaimana nak menulis storytelling berkesan di FB. Semua itu dikongsikan oleh Master Zahirah dan Hafizan juga dari leaders yang lain. Contohnya Kak Raihanah yang memberi tips tentang bagaimana menjual berbotol-botol Vivix sebulan. Dan tak lupa juga tips menjual secara offline. 

Satu yang Cik Qila kagum adalah kegigihan ibu-ibu membawa anak mereka bersama untuk join kelas. Yang bertolak seawal Subuh dari Pahang ke Sunway Pinnacle, yang memandu dari Melaka. Yang sambil mendengar tips, sambil menyusukan anak di balik tudung. Anak-nak berlari dari depan ke belakang tak kurangnya juga. Betullah kata orang-orang hebat, nak berjaya takkan ada alasan. Anak kecil pun tak menjadi alasan untuk mereka ini hadir ke kelas. 

Jom layan gambar.

dav
Cik Qila dan Master Zahirah
LAT Retreat
Doakan kami capai target kami!!
dav
Cik Qila, Master Laila, Mommy Mimie, Senior Key Codi Athirah

Jom sertai Shaklee. Hubungi Cik Qila di nombor di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Pengedar Shaklee Balakong, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya

Pengenalan Diri

Di ruangan ini, Cik Qila ingin berkenalan dengan para pembaca. Dah dekat berbulan baru nak tulis pasal pengenalan diri. Siapa Cik Qila ni sebenarnya?

 

Tanggal 11 September 1986, Cik Qila telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Anak sulung kepada ummi dan ayah. Anak yang telah dikandung selama sembilan bulan dengan penuh sayang dan cinta. Diberi nama penuh sebagai Siti Nur Aqilah binti Rohizad

Lahir sebagai anak sulung dari sembilan beradik menjadi penyebab Cik Qila cepat matang berbanding rakan-rakan lain. Selalu sahaja ingin cepat menjadi dewasa. Membesar di kota Kuala Lumpur, Cik Qila tak kenal erti “balik kampung” di musim cuti. Kenapa? Kerana sebahagian besar keluarga Cik Qila termasuk datuk nenek, pakcik makcik dan sepupu juga turut menetap di sini. Hari Raya? Haruslah disambut di kota ini. Inilah kota, inilah juga kampung.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn di Jalan Dua, Kampung Pandan. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan. Sekolah yang telah wujud sejak bertahun lamanya. Dari bangunan setingkat diperbuat daripada kayu, hingga kini dinaiktaraf menjadi blok empat tingkat buatan konkrit.

Usai UPSR Cik Qila ditawarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Juga di Kampung Pandan. Dekat sahaja dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Waktu itu, itulah sekolah terbaik di pandangan mata. Tak mengapalah walau tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh atau MRSM, kerana pada Cik Qila, di situlah Cik Qila mula menjadi matang dalam kehidupan.

Setelah itu, Cik Qila melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Bidang Kejuruteraan Awam adalah jurusan yang dipilih waktu itu. Tiga tahun menimba ilmu, Cik Qila meneruskan pencarian ilmu ke peringkat ijazah pula. Tapi kali ini, nun jauh di selatan tanah air. Mengubah angin, mencari tapak dan mengenali budaya yang baru di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai. Di situlah Cik Qila mula belajar berjauhan dari keluarga, pulang ke rumah dengan bas ekspres dan membiasakan diri dengan cuaca Johor yang panas dan kering berbanding Kuala Lumpur.

Tiga tahun di Skudai, Cik Qila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada tahun 2010. Dan bermulalah episod Cik Qila di dalam dunia pekerjaan. Di tahun yang sama juga Cik Qila telah menghadiri temuduga dan ditawarkan jawatan Jurutera J41 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Dan kini, tahun 2017, Cik Qila masih lagi berkhidmat sebagai penjawat awam. Cuma kini, nama Perbadanan tempat Cik Qila bekerja telah diberi nafas baru sebagai SWCorp.

Tugas Cik Qila? Perbadanan ini mengawal selia perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di 7 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Selama 7 tahun berkhidmat, Cik Qila telah memegang tanggungjawab dalam pelbagai bidang. Mulanya terlibat dengan projek pembinaan dan naik taraf tapak pelupusan sampah, kepada aktiviti-aktiviti promosi kitar semula dan kesedaran masyarakat. Kini, Cik Qila terlibat dalam pemantauan syarikat-syarikat konsesi dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Bila pula Cik Qila mula berkecimpung dalam bisnes? Cik Qila bukanlah orang yang gemarkan bisnes. Pada Cik Qila, bisnes itu leceh. Dan Cik Qila tak suka tawar menawar harga. Tapi entah mengapa, sejak menggunakan produk Shaklee selepas rawatan kandungan molar, Cik Qila rasa teruja untuk berkongsi dengan kawan-kawan tentang kelebihannya. Sedar tak sedar, kini sudah setahun Cik Qila berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee secara separuh masa.

Minggu ini, Cik Qila mendaftarkan diri dengan Kelas Penulisan Blog bersama dengan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Harapan Cik Qila dengan akademi ini adalah untuk menjadikan blog Cik Qila kelihatan mesra dengan bakal-bakal pelanggan Shaklee. Dan satu hari nanti, Cik Qila berharap dapat meletakkan jawatan dan fokus 100% pada bisnes  secara sepenuh masa.