PROMOSI SHAKLEE YANG BEST DI TAHUN BARU

Assalamualaikum semua. Hopefully belum terlambat untuk Cik Qila nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2018. Semoga tahun baru ni, kita akan jadi lebih bersemangat untuk mencapai segala target yang dirancangkan. 

Okay, kita teruskan dengan promosi Shaklee di tahun baru. Untuk bulan Januari 2018, Shaklee ada 3 promosi yang best.

 

OMEGA GUARD

 

Omega Buy 3

Omega Guard dari Shaklee adalah minyak ikan tulen berkepekatan tinggi yang membekalkan asid lemak Omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Terdiri daripada tujuh komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) membekalkan sehingga 990mg asid lemak omega-3 sehari.

Bezanya Omega Guard dengan minyak ikan omega-3 jenama lain adalah dari segi penghasilannya. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan propritari tiga kali yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Antara fungsi lain Omega Guard Shaklee adalah mengurangkan risiko penyakit jantung, bersifat anti-radang, mengurangkan simptom alahan, membaiki kulit kering dan garis halus serta memelihara kesihatan otak.

 

dav

 

Omega Guard Shaklee juga mempunyai bau, rasa dan kesan hanyir yang minimum jika dibandingkan dengan minyak ikan jenama lain. Turut diiktiraf oleh Friend of the Sea, sebuah badan persijilan produk makanan laut yang mampan untuk memastikan terdapat bekalan minyak ikan berkualiti di pasaran tanpa menjejaskan alam sekitar.

Bulan ini, boleh beli 3 botol dan dapatkan diskaun 5% serta keahlian percuma. 

 

COQ-TROL PLUS

 

CoQ-Trol

Antara bahan utama di dalam CoQ-Trol Plus adalah Coenzyme Q10 yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Coenzyme Q10 ini boleh ditemui di dalam mitokondria setiap sel dan bertindak sebagai “spark plug” untuk memulakan proses penghasilan tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga. 

CoQ10 penting untuk membekalkan tenaga berterusan, memperbaiki peredaran darah, memperbaiki kesihatan reproduktif, memberikan kulit yang cantik dan menajamkan minda. 

CoQ-Trol Plus boleh didapati mulai Januari 2018 dengan harga RM 157.58 untuk 30 biji. Jadi ahli, boleh jimat lagi.

 

VITALEA FOR KIDS

Vitalea For Kids

 

Jika Vita-Lea sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk mendapatkan pelbagai nutrien penting, Vita-Lea For Kids pula sesuai untuk anak-anak kecil kita kerana dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Setiap hidangan menyediakan 100% kesemua lapan vitamin B, C, D dan E yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat. Tak perlu risau gigi anak rosak kerana Vita-Lea for Kids menggunakan xylitol sebagai pemanis semula jadi yang tidak menggalakkan kerosakan gigi. Juga tanpa tambahan pengawet dan perasa tiruan. Boleh jimat berganda dengan promosi beli 3 percuma 1.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health

Advertisements

Telomere : Topi DNA Pelindung Sel

Tahukah anda apa itu Telomere? Telomere adalah penutup atau topi pelindung yang terdapat di hujung setiap helaian DNA untuk melindungi kromosom kita. Cuba kita bayangkan dan pegang hujung plastik pada tali kasut. Dengan hujung plastik itulah memudahkan kita untuk memasukkan tali kasut ke dalam lubang dan memelihara tali kasut tersebut daripada rosak dan hancur. Apabila hujung tali kasut hancur, tali kasut sudah tidak berupaya untk berfungsi dengan baik dan sukar untuk kita masukkan ke dalam lubang kasut. Lama kelamaan, tali kasut akan menjadi reput dan tidak boleh digunakan lagi.  Jadi, seperti itulah fungsi telomere ini pada DNA kita. 

Image result for telomere
Kedudukan telomere

Telomeres melindungi pelbagai maklumat diri kita. Sekiranya telomeres gagal berfungsi, helaian DNA akan musnah dan menyebabkan kegagalan fungsi sel, maklumat genetik bercampur baur atau mungkin juga rosak. Gen yang rosak dan gagal berfungsi akan mengingkatkan risiko mendapat penyakit dan juga memendekkan jangka hayat.

Apakah Kepentingan Telomere?

Telomere amat penting dalam sel manusia kerana telomere mempengaruhi proses penuaan sel. Telomeres dilihat sebagai penunjuk biologi untuk menjangkakan sejauh mana seseorang itu mampu hidup sihat dan hidup lama. Untuk pengetahuan anda, proses penuaan akan memaksa sel untuk menjalani proses “dividing” atau pembahagian untuk membentuk sel baru. Dan setiap kali sel melalui proses ini, telomeres akan menjadi semakin pendek. 

Apabila telomeres menjadi semakin pendek, sel akan menjadi semakin tidak aktif, tidak lagi membahagi dan akhirnya mati. Apabila sel mulai mati, kesihatan seseorang itu juga akan merudum. Selain daripada proses penuaan, telomeres akan memendek apabila terdedah kepada keradangan, toksin, radiasi UV, stress dan pemakanan yang tidak sihat.

Risiko penuaan sebelum usia dan peningkatan morbiditi juga boleh dikaitkan dengan pemendekan telomere. Antara penyakit yang dapat dikaitkan dengan peningkatan usia adalah diabetes, kanser, penyakit jantung dan Alzheimer dan terdapat juga kaitannya dengan pemendekan telomere. Dengan ini, dapatlah disimpulkan semakin panjang telomere, semakin tinggi peluang untuk hidup lebih lama. 

Bagaimana Telomere Boleh Dipanjangkan?

Rahsianya adalah polifenol.

Polifenol adalah sejenis phytokimia, yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan sangat kaya dengan antioksidan. Terdapat lebih 8,000 tumbuhan dan makanan yang telah dikenalpasti mempunyai kandungan polifenol yang tinggi seperti teh, wain, coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran serta minyak zaitun extra virgin. Polifenol berupaya memelihara kesihatan kerana antioksidan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. Polifenol juga bersifat anti-radang. Oleh itu, ia mampu melindungi dan memperbaiki DNA serta Telomere. 

Di Amerika dan Kanada, kajian ke atas 8,000 jenis polifenol telah membuktikan keberkesannya dalam meningkatkan kualiti hidup. Antaranya ialah:

  • Diabetes Type 2 – yang menyerang 29 juta orang di Amerika. Kajian mendapati polifenol berupaya untuk menyeimbangkan gula dan darah dan metabolisme lemak, mengurangkan insulin resistance, dan mengurangkan keradangan dalam badan. Secara tidak langsung, ini boleh mengurangkan komplikasi diabetes jangka panjang seperti penyakit kardiovaskular, penyakit-penyakit melibatkan saraf dan mata.
  • Kanser – Institut Kanser Kebangsaan Amerika mencatatkan bahawa hampir 40% lelaki dan wanita akan mengalami kanser sepanjang hayat mereka. Pelbagai kajian telah menunjukkan keberkesanan polifenol dalam mencegah kanser. Para pengkaji percaya kandungan antioksidan di dalam polifenol membantu melindungi DNA daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. 

Kajian Telomere Shaklee

Shaklee sendiri telah menjalankan kajian keberkesanan polifenol melalui Kajian Telomere di bawah kelolaan Dr. Elizabeth Blackburn. Beliau adalah penerima Anugerah Nobel Perubatan dan orang pertama yang menemui telomere berfungsi sebagai pelindung kromosom.

Kajian Telomere yang beliau jalankan adalah untuk membandingkan ukuran telomere di antara pengguna-pengguna supplemen Shaklee termasuk Vivix dengan bukan pengamal supplemen yang sihat di Bay Area selama 5 tahun. Kajian beliau telah berjaya membuktikan bahawa pengguna Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan supplemen Shaklee melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee