Kenali Tanda-tanda dan Perbezaan Antara Gerd dan Gastrik

Gerd dan Gastrik. Cik Qila pasti ramai yang familiar dengan gastrik tapi jarang-jarang atau tak pernah dengar pasal Gerd. Jadi, apa kata kita belajar sedikit pasal perbezaan dua kondisi ini.

GERD

Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah keadaan apabila kandungan asid refluks dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan pedih hulu hati,  ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan loya.

Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia pada tahun 2012 tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.

Asid refluks terjadi apabila otot sphincter terbuka

Bagaimana Gerd ini terjadi? Sebenarnya, di dalam perut setiap orang mengandungi asid yang membantu mencerna makanan yang kita makan. Apabila asid ini naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagai pedih hulu hati. Tidak semua yang alami pedih hulu hati ini adalah penghidap GERD tetapi sekiranya keadaan ini melanda anda lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.

Antara simptom lain termasuk rasa mual dan muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidap GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter  tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis. 

Penghidap GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan sitrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.

GASTRIK 

Bagaimana pula dengan gastrik? Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive  atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. Terdapat tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh para doktor iaitu:

  1. Gastritis ringan
    • Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  2. Gastritis berat
    • Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  3. Ulser gastrik (Peptic ulcer)
    • Ulser gastrik boleh terjadi apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.
    • Boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam

Antara tanda-tanda gastrik termasuklah:

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
  4. Rasa loya dan muntah
  5. Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)

 

BOLEHKAH GERD DAN GASTRIK DIRAWAT?

Para pengamal perubatan mungin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dilakukan.

Tapi, takkanlah sampai bedah kan? Di sini Cik Qila nak cadangkan alternatif lain mengurangkan simptom-simptom GERD semestinya dengan supplement Shaklee.

Peppermint Ginger Plus

Supplement  ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Tablet Peppermint ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas dan diminum sebagai minuman herba semulajadi yang menyegarkan.

Okay, sekarang Cik Qila nak terangkan bagaimana Peppermint Ginger Plus ini berfungsi mengurangkan ketidakselesaan akibat GERD. Ada empat komponen utama dalam Peppermint ini iaitu:

  1. Daun Pudina – melegakan otot perut, membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, pedih hulu hati dan cirit birit. Juga mampu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  2. Halia – merangsang rembesan enzim untuk mencernakan makanan, melegakan ketidakselesaan perut dan usus.
  3. Jintan hitam – menghilangkan kembung perut dan membantu masalah saluran usus
  4. Jintan manis – melegakan masalah pencernaan dengan merangsang rembesan jus gastrik

 

“Cik Qila, saya takde Gerd tapi gastrik. Asyik sakit perut kalau makan lambat. Shaklee takde supplement yang boleh tolong ke?”

Hehe. Sabarlah. Satu-satu Cik Qila cerita ya?

Pada yang mempunyai masalah gastrik, Cik Qila syorkan Set Gastrik Shaklee yang mengandungi empat supplement khas termasuklah killer product bulan ini iaitu ESP. 

set gastrik

Bagaimana Set Gastrik ini berfungsi?

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
  • Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix 

  • Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
  • Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex 

  • Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
  • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat tekanan

Peppermint Ginger Plus 

  • Mengurangkan masaah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
  • Mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman.

 

TESTIMONI SET GASTRIK SHAKLEE

Jom Cik Qila share testimoni mereka yang pernah mengamalkan Set Gastrik Shaklee.

gastrik ESP

esp-gastrik 2

 

testimoni esp pedih ulu hati

Pada anda yang mempunyai masalah Gerd atau Gastrik dan berminat untuk ikhtiar dengan supplement Shaklee, boleh hubungi Cik Qila di:

Whatsapp : +6017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Advertisements

Berkenalan Dengan Shaklee

Image result for love
Cinta itu buta?

Bismillah.

Tiba-tiba nak bercerita soal cinta.

Eh, bukan cinta yang itu lah. Tapi, cinta pada Shaklee. Cik Qila nak kongsi bagaimana Cik Qila mula berkenalan dengan Shaklee.

Sebenarnya Cik Qila dah dengar-dengar perkataan “Shaklee” itu sudah agak lama. Sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi, memandangkan usia yang muda, biasalah, agak tak mengambil tahu perihal supplement atau makanan tambahan. Hanya makan apa yang dimasak di rumah atau ambil vitamin C macam Scotts Emulsion atau Champs yang lebih mudah dibeli di farmasi.

Bila dah menginjak ke alam pekerjaan, produk Shaklee seperti terkenal secara tiba-tiba. Atau mungkin Cik Qila yang sudah lebih cakna dengan produk-produk kesihatan dan makanan tambahan 🙂 Buka FB, ramai yang post pasal keseronokan dan keterujaan makan Shaklee. Dalam hati dah terdetik, “Mungkin bagus produk ini.”

Tapi, hanya sekadar terdetik. Belum lagi berminat nak cuba mana-mana produk. Allah belum izin barangkali. Semuanya berubah sehinggalah Cik Qila melalui proses D&C untuk mengeluarkan janin dari dalam rahim akibat kandungan molar pada penghujung Oktober 2014. Rasanya semua tahu yang rahim menjadi luka selepas proses D&C untuk pastikan tiada sisa janin yang tertinggal. Kandungan molar? Apa tu? Boleh baca di SINI tentang pengalaman Cik Qila dan molar pregnancy.

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila mula mencari supplement yang sesuai untuk memulihkan luka rahim. Tak berani nak mencuba jamu yang pelik-pelik menyebabkan Cik Qila memilih Shaklee. Kak Mimie Hezrizah yang georgous yang juga merupakan upline Cik Qila sekarang ni mencadangkan supaya Cik Qila mencuba ESP dan B Complex untuk membantu dalam proses pemulihan.

Tak lama kemudian, Cik Qila tambah pula dengan Sustained Release Vita C. Keperluan tugas hakiki kadangkala memerlukan Cik Qila untuk outstation dan bermalam di hotel yang berhawa dingin. Cik Qila memang gagal bertahan lama dalam cuaca dan keadaan yang sejuk. Mudah diserang demam dan selsema berpanjangan. Dan Alhamdulillah, SR Vita C ni sering menjadi peneman Cik Qila bila mana keperluan untuk outstation tiba. Apa yang Cik Qila perasan, memang dah jarang untuk kena selsema untuk jangka waktu yang lama. Kalau kena sekalipun, hanyalah untuk semalaman sahaja.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dari sebotol B Complex dan setong ESP, rutin supplement Cik Qila mula bertambah kepada Zinc Complex sebelum sarapan, Set Optimum Health (B Complex, VitaLea, Vita C) selepas sarapan diikuti 2 biji Alfalfa, sebiji Omega Guard selepas lunch, diikuti 2biji Alfalfa dan 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk kesegaran berpanjangan.

Dan sekarang, Cik Qila menjadi duta kecil Shaklee kepada ahli keluarga.

bcomplex.jpg

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi Cik Qila melalui:

Facebook : Aqilah Rohizad

Sms / call/ whatsapp:  017-2644198

Pages Facebook : In Love With Your Health