Ummi Kan Keluarga 

Cerita dalam kereta petang semalam. Macam biasa, Cik Qila jemput anak-anak balik sekolah.

Syahmi : Ummi, kawan abang kan ummi ramai tinggal kat surau tu ummi. Surau Al-Amin.

Alisya : Aah ummi. Kawan saya pun ramai yang duduk Putrajaya. Diorang duduk kat presint-presint.

Ummi : Memang lah akak, abang. Kawan-kawan abang akak ramai duduk Putrajaya, sekolah kat Putrajaya. Kita ni je yang duduk luar Putrajaya tapi sekolah kat sini.

Alisya : Kenapa diorang duduk sini?

Ummi : Ye lah, mak ayah diorang kerja sini, banyak pejabat-pejabat kerajaan, dah tinggal sini, sekolah pun kat sinilah.

Syahmi : Tu lah ummi. Masa tu abang jumpa ramai kawan abang. Sebab kitorang solat maghrib kat surau masa tu. Pakai baju sekolah pulak tu.

Ummi : Kenapa boleh solat maghrib kat surau tu?

Syahmi : Abah la, bawak kitorang pergi pasar jalan-jalan balik dari sekolah. Mama pun ada. Tak sempat naj balik rumah, solat kat situ. Sekali nampak ramai kawan abang.

Alisya : Aah ummi. Abah bawak jalan pergi pasar. Masa tu satu keluarga pergi kecuali ummi.

Ummi : (Saja nak tanya soalan nakal) Emm, ummi ni keluarga tak?

Syahmi & Alisya serentak jawab : Keluarga..

Dan ummi pun senyum di sebalik niqab. 😊😊

Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Advertisements

Misi Bento Cik Qila 

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama tak menjenguk blog ni. Buat satu post pengenalan, lepas tu terbiar sepi. Niat di hati nak tulis banyak-banyak pasal Shaklee, nak share kebaikan produk, nak kongsi #ShakleeEffect tapi tak kesampaian pula. Tapi tak mengapa, it’s never too late to start kan?

Anyways, seperti tajuk entry yang ditulis di atas ni, Yours Truly Cik Qila sedang dalam misi berbento. Ala, bahasa melayunya bawa bekal ke pejabat. Tapi, konon acah-acah Japanese sikit, gunalah istilah Bento. Trend berbento ni kan dah makin popular di kalangan ibu-ibu yang sanggup bangun di awal pagi siapkan bekal untuk suami dan anak-anak. 🙂

Kenapa nak berbento? Nak jimat duit? Pandai ke masak? Ada ke masa? Rajin ke nak bangun awal? Ini adalah persoalan-persoalan yang Cik Qila dok tanya-tanya pada diri sendiri juga.

Sebab utama nak berbento ni adalah kerana ketiadaan  tempat makan di pejabat. Deretan kedai makan yang sering Cik Qila dan officemates kunjungi di waktu rehat tengah hari sedang dalam proses renovasi. Nak revamp bagi lebih cantik dan kemas katanya. Sampai bulan 9 pulak tu. Bayangkan hari pertama bekerja selepas cuti raya hari tu, takde pilihan untuk makan. Terpaksa keluar ke Pantai Dalam cari nasi lauk tengah hari. Officemates lain ada yang naik tren ke KL Sentral makan di sana.

Jadi, rentetan dari itu, bincang dengan Encik Zauj supaya bawa bento je lah ke office. Nak keluar kereta setiap kali rehat tengah hari pun leceh juga kan? Buatnya ada meeting pagi yang lewat sampai ke tengah hari, satu hal pulak nak cari makan.

Oleh itu, minggu lepas, mulalah Cik Qila memohon bantuan Google untuk mencari resepi ringkas yang boleh dimasak di pagi hari. Yang boleh double duty lah as breakfast and lunch. Hari pertama, sebab nak simple, buat roti bakar dan nasi goreng saja. Agaknya disebabkan bau nasi goreng panas dalam kereta yang menyelerakan, telah membangkitkan selera dua orang anak yang memang kelaparan. Selalunya mereka ni minum air milo je di waktu pagi. Tiba-tiba hari tu, masing-masing makan bekal ummi abahnya on the way ke sekolah. Lepas tu siap pesan, “Ummi, esok masakkan saya bekal jugak boleh? Nak bawak  bekal pergi sekolah macam ummi dengan abah”.

Dalam kepala ummi sudah ting ting ting…… Terbayang bento-bento comel yang selalu dipublish di Kelab Bento Malaysia tu. Entah mampu ke tidak nak buat bento cantik macam tu. 🙂

Nak dipendekkan cerita, semalam dah masakkan nasi goreng dan pagi tadi, bekalkan roti telur macam gambar di atas. Tak tahu lah cukup ke tidak. Kalau tak cukup, maksudnya umminya ni kena fikir menu yang lebih mengenyangkan. Mungkin perlu buat meal plan untuk seminggu supaya senang nak bajet barang dapur yang perlu dibeli kan?

Doakan saya bersemangat nak berbento.

Sampai jumpa lagi. 🙂