LAT Fighters Tinju Retreat #1. Oh Seronoknya Bisnes !!

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

LAT Fighters Tinju Retreat #1 adalah kelas retreat pertama yang dianjurkan oleh Master Zahirah dan suaminya Master Hafizan untuk tahun 2017. Group LAT Fighters Tinju ditubuhkan oleh mereka sebagai inisiatif untuk kembangkan potensi anak cucu di bawah susur galur Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kalau sebelum ini Cik Qila ada menulis tentang kelas di Secret Group FB Team Pursuit, tapi kelas khas Master Zahirah ini bukan secara online tetapi memang betul-betul seolah-olah kita berada di dalam kelas dan pensyarah sedang mengajar di depan. Selama ini, hanya dengar nama dan baca kisah inspirasi, tapi kali ini, dapat berjumpa sendiri dan menadah ilmu dengan mata kepala sendiri. Lain sungguh auranya. 

Kelas ini diadakan di HQ Shaklee iaitu di Sunway Pinnacle pada 12 Mac 2017. Ya, kami bersungguh-sungguh keluar dari kepompong selesa untuk menuntut ilmu di hari Ahad. Sedang orang lain masih bergolek di tilam empuk memeluk anak dan suami, kami dah terpacak di lobi Sunway Pinnacle seawal 9 pagi lagi. Cik Qila memang sangat suka pergi ke kelas. Sebelum serius berbisnes dulu, Cik Qila suka sertai seminar ilmu oleh tokoh-tokoh agama seperti Yasmin Mogahed dan Nouman Ali Khan. Kini, bila nak fokus bisnes, Cik Qila kejar pula kelas-kelas oleh Masters dalam Shaklee. Kelas online lagi-lagi untuk personal branding pun Cik Qila hadiri. Contohnya, Tuan Al Irfan Jani, Cikgu June Mohd Som dan sifu Faisal Abdullah. Pendek kata, Cik Qila memang sukakan ilmu lah. Dan jika ada masa, mesti akan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. 

Jadi, apa yang Cik Qila belajar dalam kelas LAT Retreat ni?

Sesi kami dimulakan dengan soal jawab dan tips untuk berjaya. Contohnya tips untuk ubah mindset. Bagaimana kita nak melawan akal jahat dalam diri yang sentiasa berbisik kepada kita untuk hentikan bisnes. Bagaimana nak mendepani soalan-soalan dari customer. Bagaimana nak menulis storytelling berkesan di FB. Semua itu dikongsikan oleh Master Zahirah dan Hafizan juga dari leaders yang lain. Contohnya Kak Raihanah yang memberi tips tentang bagaimana menjual berbotol-botol Vivix sebulan. Dan tak lupa juga tips menjual secara offline. 

Satu yang Cik Qila kagum adalah kegigihan ibu-ibu membawa anak mereka bersama untuk join kelas. Yang bertolak seawal Subuh dari Pahang ke Sunway Pinnacle, yang memandu dari Melaka. Yang sambil mendengar tips, sambil menyusukan anak di balik tudung. Anak-nak berlari dari depan ke belakang tak kurangnya juga. Betullah kata orang-orang hebat, nak berjaya takkan ada alasan. Anak kecil pun tak menjadi alasan untuk mereka ini hadir ke kelas. 

Jom layan gambar.

dav
Cik Qila dan Master Zahirah
LAT Retreat
Doakan kami capai target kami!!
dav
Cik Qila, Master Laila, Mommy Mimie, Senior Key Codi Athirah

Jom sertai Shaklee. Hubungi Cik Qila di nombor di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Pengedar Shaklee Balakong, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya

Testimoni Vivix Cegah Penyakit Berbahaya

Bismillah.

Apa khabar semua? Selamat hari Rabu. Moga tiada yang lesu di permulaan tahun baru. Orang yang positif perlu sentiasa bersedia betul tak? Sebenarnya minggu ni baru Cik Qila nak mulakan plan tahun 2017. Walaupun agak terlambat, but, better late than never kan? Tambahan pulak dengan promosi Vivix yang meletops bulan ni, makin bertambahlah semangat Cik Qila nak menulis. Sebelum ni, Cik Qila dah kongsikan 10 Manfaat Vivix Shaklee.

Kali ni, jom kita lihat 4 BAHAN UTAMA yang terkandung dalam Vivix dan kongsi bagaimana Vivix berfungsi di samping kehebatan dan testimoni pengguna-pengguna tegar Vivix yang berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

 4 SUPERFOODS DALAM VIVIX

 

Anggur Muscadine

 

muscardine-grapes
Anggur Muscadine

Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semula jadi yang mempunyai lebih daripada satu kromosom. Disebut sebagai “Super Grape” disebabkan oleh saiznya yang besar dan satu-satunya anggur yang mempunyai lebihan kromosom. Saintis percaya bahawa lebihan kromosom inilah yang mengukuhkan profil polifenolnya dan berpotensi memberi manfaat kesihatan yang baik.

Anggur Muscadine tumbuh di kawasan yang panas dan lembap berbeza dengan anggur lain yang memerlukan tempat yang sejuk dan dingin. Memandangkan anggur ini mampu hidup dalam cuaca yang panas, ia mampu mempertahankan dirinya daripada serangan bakteria dan fungus. Resveratrol yang tinggi pun penyebab kepada ketahanannya terhadap serangga perosak. Bila susah nak rosak, tak payah sembur pesticides. Jadi, automatik BEBAS RACUN!!

Anggur ini juga mengandungi asid ellagik berkepekatan tinggi, iaitu sejenis phyto-nutrien yang tidak dijumpai dalam anggur jenis lain. Selain daripada itu, kajian menunjukkan anggur muscadine mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria. 

Lobak Ungu

 

purple-carrot
Lobak Ungu

Satu kajian mendapati, lobak ungu mengandungi dua kali ganda jumlah alpha dan beta carotene berbanding lobak merah yang biasa dijual di pasaran. Alpha dan beta carotene ini akan ditukarkan menjadi Vitamin A apabila masuk ke dalam badan.

Kenapa lobak ini berwarna ungu? Jawapannya ialah “Anthocyanin” yang bersifat anti-oksidan yang berpotensi menghalang kerosakan sel dan menurunkan risiko sesetengah penyakit. Anthocyanin ini juga dapat meningkatkan memori, memperbaiki daya penglihatan, merendahkan risiko serangan jantung, bersifat anti-radang, dan membantu mengawal berat badan. 

European Elderberry (Sambucus Nigra)

 

elderberry-eropah
Elderberry Eropah

Salah satu daripada manfaat Elderberry adalah keberkesanannya dalam menghadapi simptom flu, terutama sekali influenza B. Elderberry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri anti oksidan yang kuat. Flavonoids ini akan mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.

Elderberry juga kaya dengan amthocyanins yang memberikan kesan anti-radang, sama seperti lobak ungu. Anthocyanins juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza. Selain daripada flavonoids dan anthocyanins, Elderberry turut kaya dengan Vitamin A, B, C dan nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin. 

Selain mencegah simptom flu, sakit otot dan simptom demam lain, Elderberry juga berkesan melawan jangkitan yis, asthma, batuk, sesak hidung, sakit dada dan diabetes. Elderberry juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat) yang dianggap sebagai salah satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. 

Secara keseluruhannya, Elderberry ini sangat berpotensi untuk memberi perlindungan kepada penyakit kardiovaskular seperti jantung, strok, membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)

 

japanese-knotweed
Japanese Knotweed

Polygonum Cuspidatum juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia tetapi banyak juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Tumbuhan ini turut kaya dengan Resveratrol yang kebiasaanya banyak terdapat dalam kulit dan biji anggur merah. 

Japanese Knotweed mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan digunakan dalam supplement anti-penuaan. Selain daripada itu, Japanese Knotweed turut digunakan di dalam perubatan Cina. Saintis telah menjalankan pelbagai ujian untuk mengkaji dan menentukan manfaat resveratrol kepada kesihatan. Hasil kajian telah mendapati, resveratrol berupaya melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Keempat-empat bahan utama ini digabungkan untuk menghasilkan supplemen super yang kita kenali sebagai Vivix!!

vivix-anti-aging

SIAPA YANG PERLUKAN VIVIX?

Okay, kat atas tadi Cik Qila dah cerita tentang 4 bahan utama dalam Vivix dan kehebatan setiap satu. Tapi, siapa sebenarnya yang perlukan Vivix?

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit darah tinggi
  • Peakit jantung
  • Pesakit SLE
  • Pesakit radang usus
  • Pesakit nyanyuk
  • Pesakit gout
  • Pesakit kanser
  • Pesakit yang menderita sakit sendi
  • Pesakit lemah daya tahan penyakit 

 

TESTIMONI PENGAMAL VIVIX

Sekarang Cik Qila nak kongsikan pula testimoni-testimoni mereka yang dah amalkan Vivix. 

vivix-testimoni-kencing-manis
Testimoni Kencing Manis 1
vivix-testimoni-kencing-manis-2
Testimoni Kencing Manis 2
vivix-testimoni-kanser-perut
Testimoni Vivix Merencatkan Sel Kanser

 

vivix-testimoni-kanser-paru-paru
Testimoni Kanser

 

Vivix testimoni Kanser Payu Dara.jpg
Testimoni Vivix Merencatkan Sel Kanser

 

vivix-testimoni-berhenti-merokok
Testimoni Vivix Berhenti Merokok

Sekarang, apa pendapat anda yang membaca? Dah yakin dengan Vivix Shaklee atau masih ragu-ragu? Tak perlu nak risau. Vivix ini HALAL dan sangat SELAMAT. Bulan Januari 2017 ni memang bulan promosi harga yang sangat best. Waktu inilah pengamal-pengamal Vivix akan borong dan buat stok tau. 

Ada dua langkah untuk dapatkan Vivix dengan penjimatan berganda. 

  1. TWIN PACK
    • Diskaun 5% 
    • Keahlian Percuma
    • Pos Percuma
    • Cashback 5%
    • Penjimatan sehingga RM 200
  2. BELI 6 PERCUMA 1
    • Kumpulkan sehingga 6 ahli keluarga / sahabat / rakan sekerja dan dapatkan botol ketujuh secara PERCUMA.
    • Penjimatan sehingga RM 500

 

Jadi, jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan VIVIX  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Best Ke Jadi Ahli Shaklee?

Bismillah.

Apa khabar? Buat apa cuti hujung minggu ni? Cik Qila macam biasa duduk-duduk di rumah. Sambil fikir-fikirkan strategi untuk meroket di bulan Oktober. Hehe. Nama pun berbisnes, perlulah ada target dan strategi kan? Kita capai target yang kecil-kecil dulu, kemudian, kita bergerak ke target yang lebih besar pula.

Okaylah, ramai sebenarnya yang masih belum tahu lagi apa yang bestnya menjadi ahli Shaklee. Jangan terkejut kalau Cik Qila kata ada je yang beli dan makan produk Shaklee, tapi masih belum jadi ahli. So, kat entry ni, Cik Qila nak share apa kelebihan-kelebihan menjadi ahli Shaklee.

kelebihan-jadi-ahli-shaklee

BELI PRODUK SHAKLEE PADA HARGA AHLI

Bila dah jadi ahli, semestinyalah boleh beli produk Shaklee pada harga ahli. Jika dibandingkan dengan harga retail, harga ahli 20%-30% lebih murah. Contoh: Beli produk A pada harga ahli RM 128.26, tapi kalau beli pada harga retail RM 159.00. Kan dah boleh jimat RM 30.74 termasuk GST lagi.

PELUANG JANA PENDAPATAN (CASH)

Bila dah jadi ahli, beli produk untuk sendiri consume tetiap bulan dan minimum 150uv (mata belian produk), korang layak untuk dapat bonus cash back dari 5% sehingga 21%. Kalau korang decide nak buat bisnes? Memang boleh dapatlah 21%. Berapa banyak 21% tu? Almost 4 angka hoccay in RINGGIT MALAYSIA.

BONUS MENJADI PENGEDAR 

Bonus Shaklee ada 3 iaitu Cash, Car, Convention. Shaklee bukan sahaja bagi bonus wang tunai bila dapat capai target jualan minimum tapi juga Shaklee akan bagi bonus insentif kepimpinan, program subsidi kereta, program konvesnyen ke luar negara, trip umrah dan pelancongan. Bestnya!!!

MACAM MANA NAK DAFTAR JADI AHLI?

Ada 3 cara untuk daftar dan jadi ahli.

  1. Bayar yuran pendaftaran RM 80 (Semenanjung) atau RM 90 (Sabah/Sarawak) termasuk kos pos Member Kit. Boleh contact Cik Qila untuk jadi ahli. Settle pembayaran, Cik Qila akan proseskan dengan HQ dan hari yang sama jugak dah boleh dapat ID ahli. Untuk pendaftaran, bagi je maklumat diri korang seperti yang di bawah ni pada Cik Qila.
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Nama dan No Kad Pengenalan pasangan (jika ada)
    • Alamat rumah/surat menyurat
    • Emel
    • No telefon
    • No akaun bank
  2. Kalau korang nak jimat duit pos, korang boleh walk-in ke cawangan-cawangan Shaklee yang berhampiran dengan korang. Tanya dekat kaunter, macam mana nak jadi ahli. Ambil borang membership, dan letakkan ID Cik Qila (ID NO: 1189347) sebagai penaja korang. Bayar yuran pendaftaran RM 68.90 dan voila!! Dah jadi ahli. Senarai alamat cawangan Shaklee boleh refer kat SINI.
  3. Cara ketiga pulak, korang beli produk Shaklee minimum RM 660 dengan Cik Qila, automatik jadi ahli, dan terus dapat cash back 5% yang akan dikreditkan terus ke akaun bank korang. Untuk dapat belian sampai RM 660 ni, korang boleh kongsi beli dengan kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, jiran dan sesiapa yang ada kena mengena dengan korang lah. Benda baik, kita kongsi bersama kan? Hehe.

Amacam? Cara daftar jadi ahli mana yang menarik?

Bila mendaftar dengan Cik Qila, Cik Qila akan masukkan korang dekat secret group WhatsApp untuk konsultasi berpanjangan dan promosi-promosi lain yang hanya special untuk team Cik Qila sahaja. Bukan sahaja bimbingan untuk generate income 4-5 angka, tetapi bonding yang erat untuk berjaya bersama-sama dalam Shaklee.

Untuk promosi bulan Oktober ni pulak, Shaklee nak bagi hadiah untuk yang daftar jadi ahli. Nak tahu caranya? Klik SINI.

Hubungi Cik Qila untuk info lanjut tentang keahlian Shaklee di:

WHATSAPP : +6017 – 264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health