7 Tips Atasi Kemurungan Selepas Keguguran

 

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Buat apa cuti panjang ni? Mesti ada yang ambil peluang balik kampung kan? Since Cik Qila ni memang orang pure KL, kampung kat sini-sini je, kita manfaatkanlah masa yang ada ini untuk update blog yang bersawang ni. 😛

Sebenarnya Cik Qila nak sambung cerita mengenai “molar pregnancy” atau kehamilan anggur yang Cik Qila alami pada tahun 2014. Pada yang agak-agak lupa ceritanya, boleh baca di SINI. Seperti juga wanita-wanita lain, tentulah excited gila bila buat pregnancy test naik dua line kan? Masa tu lah dah mula berangan nama anak, baju warna apa, barang apa nak beli, nak decorate bilik semua kan? Tapi, bila angan-angan hanya tinggal angan-angan,tentu hati akan rasa remuk, hancur, menangis tiap-tiap malam kerana zuriat yang ditunggu tak diizinkan Allah untuk lahir ke dunia kan? Macam tu lah jugak yang Cik Qila rasa. Tambah lagi, bila semuanya terpaksa dihadapi seorang diri sebab Encik Zauji tak dapat pulang ke Malaysia waktu itu.

Jadi, macam mana sebenarnya kita nak hadapi kehilangan? Cik Qila percaya, Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Walaupun kehilangan itu menyakitkan, tetapi mungkin juga Allah tahu yang kami suami isteri sebenarnya belum bersedia untuk membesarkan anak sendiri. Tambahan lagi, situasi kami ketika itu (pada pendapat peribadi Cik Qila, at least) memang sangat tidak sesuai untuk berkeluarga. 

Anyways, macam yang Cik Qila dah janjikan, hari ini Cik Qila nak kongsi tips untuk elakkan kemurungan selepas kehamilan anggur atau pun keguguran, mengikut pengalaman Cik Qila sendiri. 

the

1. REDHA DENGAN KETENTUAN

Sebagai orang Islam, kita hendaklah yakin dan percaya dengan Qada’ dan Qadar. Apa sahaja yang berlaku adalah di atas kehendak dan izin Allah SWT. Kita, sebagai hamba perlu percaya akan hikmah di atas setiap segala yang berlaku.

Ucapkanlah kalimah istirja’ iaitu

Innalillahi wa inna ilahi rajiun.

Kita ini milik Allah, dan kepadaNya kita kembali

Kalimah istirja’ ini juga merupakan satu doa yang digalakkan baca apabila ditimpa musibah. 

Dalam Shahih Muslim, disebut Bab Doa Ketika Ditimpa Musibah, salah satu hadithnya ialah:

Dari Ummu Salamah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah, lalu dia mengucapkan doa yang diperintahkan oleh Allah,

إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. الَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.)

melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dari yang hilang.”

2. MENANGIS

Wanita ni memang terkenal dengan drama air mata. Tambahan lagi dengan hormon semasa hamil yang tidak stabil. Bila alami keguguran, perasaan sedih mesti ada. Jadi, menangislah sepuasnya. Suarakan kesedihan dan rasa hati pada suami. Elakkan duduk berseorangan dan melayan perasaan yang sedih seorang diri. 

3. ZIKIR

Sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah. Ingat Allah sepanjang masa. Dalam Surah Ar-Rad ayat 28 pun dah sebut, “Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Bila tiba-tiba rasa sedih, ambil masa tenangkan diri sekejap dan teruskan berzikir. 

4. MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Sepanjang proses berpantang, pastikan makanan-makanan berkhasiat diambil untuk memastikan keperluan nutrien tubuh dipenuhi. Banyak menu-menu sihat yang sesuai diambil oleh wanita keguguran semasa berpantang. Sebaiknya sebagai orang Melayu, ambillah petua-petua lama. Elakkan makanan sejuk dan berangin.

5.  DAPATKAN TIDUR DAN REHAT  YANG CUKUP 

Ambil kesempatan sepanjang waktu pemulihan ini untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup mampu membantu stabilkan emosi semasa dalam tempoh berpantang. Jika hospital bagi cuti sakit yang sedikit, pergi ke klinik dan minta cuti sakit lagi. Pastikan badan dapat rehat yang betul sebelum kembali bekerja. 

6. BERURUT

Ya, wanita yang keguguran pun perlu berurut. Banyak pakej-pakej rawatan berurut ditawarkan di pasaran. Pilihlah pakej-pakej yang sesuai. Berurut mampu mengembalikan rasa relaks, mengendurkan urat-urat yang tegang dan mengembalikan rahim ke tempat asalnya.

7. AMALKAN SET BERPANTANG DAN SUPPLEMEN

Untuk kembali sihat dan cergas, amalkan Set Berpantang dan Supplemen dan sesuai. Di Shaklee, Set Berpantang Premium terdiri daripada ESP, VitaLea, Vita C, Alfalfa, Zinc Complex, B Complex dan Ostematrix. Made with Square InstaPic

  • ESP – kaya dengan 9 asid amino penting dalam membaiki sel yang rosak. Diperbuat daripada kacang soya non-GMO yang diproses pada suhu rendah. Sangat baik dalam pemulihan ovari dan uterus. Mempercepatkan proses pemulihan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • VITA-LEA IRON FORMULA – multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Memberikan tenaga, mencergaskan tubuh dan membantu daya ingatan. Iron pula sesuai untuk ibu-ibu yang kehilangan banyak darah.
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS – Merangsang pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Membantu membina sel darah merah dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. 
  • B COMPLEX – Melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia. 
  • ALFALFA COMPLEX – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit. 
  • OSTEMATRIX – Menguatkan tulang, mengatasi kekejangan, menggalakkan tidur yang selesa. Juga memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam.
  • ZINC COMPLEX – Mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman dan luka pembedahan. 

 

Cik Qila doakan sesiapa yang membaca entri ini sekiranya sedang mengalami kesedihan akibat kehamilan anggur atau keguguran atau musibah-musibah lain berkaitan kelahiran, semoga dapat bersabar dan dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah. 

Jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan SET BERPANTANG  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Advertisements

Kisah Cik Qila dan “Molar Pregnancy”

Bismillah.

Assalamualaikum. Buat apa semua di hari Sabtu ni? Di hari mendung ni, Cik Qila duduk di rumah saja. Pagi-pagi dah mengemas rumah, salin cadar, mop dan vacuum rumah. Sambil-sambil vacuum, baru perasan vacuum dah mintak ganti. Suction power dah takde. Apa lagi, bukalah Lazada untuk survey harga vacuum baru. Tapi hari ni, bukan nak cerita pasal vacuum tapi pasal baby. Hehe.

babycenter
My 2nd pregnancy

Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal baby ni? Saje je Cik Qila bukak website BabyCenter.com tadi. Rupanya account Cik Qila kat website ni masih ada dan lupa nak log out lepas keguguran dulu. Bukak-bukak, terus terpampang usia “anak” Cik Qila yang patutnya dah 9 bulan usianya. Hehe. 9 bulan jika Allah izinkan dia lahir ke dunia. Tapi, nak buat macam mana, masih belum ada rezeki untuk Cik Qila dan Encik Zauji nak ada zuriat sendiri. Buat masa ni, Cik Qila tumpang main-main dengan anak-anak Encik Zauji dan Kak Honey lah dulu ye. 🙂

Tapi, tapi, tapi. Bukan pasal baby ini yang Cik Qila nak ceritakan. Cik Qila nak kongsi pasal “Molar Pregnancy”. Ya, masa Cik Qila mengandung kali pertama dahulu, which is pada tahun 2014, di usia kandungan 6 minggu, doktor diagnos Cik Qila kena “molar pregnancy”. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Okay, jom kita belajar serba sedikit tentang “Molar Pregnancy” ni dan adakah kita berisiko untuk menghidapinya.

APA ITU KEHAMILAN ANGGUR?

Merujuk kepada Babycenter.com, “molar pregnancy” atau bahasa melayunya dikenali sebagai kehamilan molar/anggur adalah komplikasi yang jarang-jarang berlaku. Kandungan molar ini terjadi apabila telur dan sperma bertemu semasa persenyawaan tapi, sel-sel tidak membesar menjadi janin yang sihat. Jika dirujuk dalam blog Dr Sharifah, kehamilan molar/anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu berupa anggur. 

kehamilan-molar1

Kebanyakan wanita yang mengalami kehamilan anggur pada awalnya akan mempunyai simptom-simptom kehamilan yang normal seperti muntah-muntah dan pening. Tetapi, setelah beberapa minggu, pendarahan akan mula berlaku dan tanda-tanda yang tidak sihat akan mula ketara. 

Macam Cik Qila, di awal kandungan selalu rasa seram sejuk. Balik kerja mesti nak kena masuk selimut dulu sebab badan rasa sangat-sangat sejuk. Cik Qila tak alami muntah-muntah tapi pendarahan mula berlaku pada minggu keempat. 

BAGAIMANA KEHAMILAN ANGGUR TERJADI?

Sebenarnya Cik Qila dikesan alami kandungan molar oleh doktor di wad EPAU, Hospital Sg. Buloh. Masa di penghujung minggu kelima kandungan, doktor di klinik swasta kata Cik Qila dah keguguran dan cuma perlu tunggu janin jatuh sendiri. Siap dapat ubat tahan sakit lagi. Tapi bila dah tunggu dua hari masih tiada tanda-tanda nak keluar, Cik Qila decide nak pergi ke hospital bila janin yang dikatakan keguguran tak jatuh sendiri. Minta tolong ayah hantarkan sebab Encik Zauji dah kena berkursus di Jepun waktu itu. 

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila dah mula google pasal “molar pregnancy” lepas kena scan dengan doktor di hospital. Ye lah, siapa yang tak berdebar bila doktor kata kehamilan anggur ni ada kecenderungan untuk jadi kanser dan tak boleh mengandung lagi sepanjang rawatan susulan selama setahun setengah. Gigih masa tu Cik Qila google dan wassap panjang-panjang ke Encik Zauji. 

Rupanya kehamilan anggur ni terjadi bila terdapat masalah tertentu dengan kromosom dalam telur yang disenyawakan. Dalam kehamilan normal, ibu akan sumbangkan 23 kromosom, ayah pula akan sumbangkan 23 kromosom lagi, menjadikan 46 kromosom kesemuanya. Tapi, bagi kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana kromosom yang bergabung bukanlah 46 seperti yang sepatutnya. 

JENIS-JENIS KEHAMILAN ANGGUR

Ada dua jenis kehamilan anggur.

  1. Complete molar pregnancy (kehamilan anggur lengkap). Untuk jenis ini, telur yang disenyawakan tidak mempunyai kromosom daripada ibu tetapi kromosom dari bapa diduplikasikan. Kehamilan jenis ini tidak membenarkan tumbesaran janin, kantung atau embrio. Sebaliknya jika discan, yang kelihatan hanyalah tisu-tisu cyst yang kelihatan seperti gugusan anggur. 
  2. Kehamilan anggur separa (partial molar pregnancy). Untuk partial molar pregnancy ni, telur yang disenyawakan mempunyai 23 kromosom daripada ibu, tetapi 2 set kromosom daripada ayah. Maksudnya, ada 69 kromosom yang bergabung berbanding 46 yang sepatutnya. Ini boleh terjadi apabila kromosom daripada ayah diduplikasi atau dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Beza dengan kehamilan angur lengkap, kehamilan anggur separa ini membolehkan uri untuk membesar. Maksudnya, akan terdapat kewujudan embrio dan kantung. Tapi, keganjilan kromosom masih lagi menyebabkan janin tak berkembang dengan cara yang sepatutnya. 

kehamilan-molar2

Sebenarnya Cik Qila sendiri tak berapa pasti Cik Qila kena partial atau complete molar. Cik Qila assumed it was a partial since scan masa minggu keempat di klinik swasta ada nampak kantung. Hehe. 

TANDA-TANDA KEHAMILAN ANGGUR 

Okay, macam mana kita nak tahu sama ada tanda-tanda kehamilan anggur atau tidak? Jom kita tengok tanda-tanda di bawah ni. 

  1. Turun darah. Mungkin berwarna merah terang atau coklat, berterusan atau putus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh berlaku seawal enam minggu kehamilan atau selewat 12-16 minggu. Cik Qila mula alami “brown spotting” semasa minggu keempat/kelima.
  2. Keluar tisu-tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina. 
  3. Loya dan muntah yang teruk.
  4. Kekejangan perut. Kerana rahim berkembang lebih cepat daripada biasa. Cik Qila ada alami sakit-sakit perut. Masa di wad EPAU Hospital Sg. Buloh, doktor yang periksa Cik Qila beritahu yang saiz rahim Cik Qila dah macam orang hamil 12 minggu. Padahal waktu tu, kandungan baru enam minggu.
  5. Preeclampsia. Tekanan darah tinggi yang serius sebelum kandungan mencapai 20 minggu.
  6. Pucat. Kurang darah.
  7. Sindrom hyperthyroid. Berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung. Cik Qila cuma alami kesejukan.
  8.  Batuk darah semasa mengandung.
  9. Imbasan ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungandan rahim lebih besar daripada umur kandungan. 
  10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi dari biasa. Dari ujian darah, paras hormon hCG Cik Qila sebelum D&C adalah dalam 53,000 (kalau tak silaplah).

RISIKO KEHAMILAN ANGGUR

Apakah risiko seorang wanita untuk mengalami kehamilan anggur? Merujuk kepada pakar Babycenter, Dr. Patrick Chia, di Malaysia, statistik kehamilan anggur adalah 2.8 dalam 1000 kehamilan dan lebih cenderung terjadi di kalangan wanita Cina, walaupun tiada sebab yang pasti. 

Risiko untuk mengalami kehamilan anggur sekiranya anda:

  • berusia 40 tahun ke atas
  • mempunyai sejarah kehamilan anggur
  • mempunyai sejarah keguguran
  • tidak mendapat sejenis vitamin A (betacarotene) yang cukup 

Cik Qila tidak tergolong dalam kumpulan di atas tapi masih lagi alami kehamilan molar. Jadi, mungkin kajian ini perlu dikemaskini. 🙂

RAWATAN KEHAMILAN ANGGUR

Apa rawatan yang akan diberikan oleh doktor apabila seseorang itu dah disahkan mengalami kehamilan molar? Pertama sekali, ujian-ujian darah akan dijalankan dan imbasan lanjut akan dilakukan untuk mengenalpasti tahap dan komplikasi kehamilan anggur.

Kemudian, pembedahan minor dipanggil “dilatation & curettage” (D&C) akan dijalankan untuk mengeluarkan tisu-tisu molar daripada rahim. Ada yang kena full bius, ada yang kena epidural. Macam Cik Qila, kena cucuk epidural je. Jadi, I was fully awake throughout the whole process. Risau masa lepas cucuk epidural tu, sebab jari still lagi boleh gerak-gerak. Haha. Rupanya doktor tunggu sampai betul-betul dah kebas baru mulakan prosedur. Selamat. Keke. 

dc

Ada sesetengah kes, sel-sel molar/anggur tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa D&C dan bagi kes yang lebih serius, rawatan perlu disusuli dengan sesi kemoterapi untuk memusnahkan semua sel-sel molar. Penting untuk semua sel-sel molar ini dikeluarkan dari rahim kerana terdapat kemungkinan sel-sel ini boleh merebak ke organ-organ lain melalui darah seperti merebak ke paru-paru, hati dan otak. Walaupun sel-sel ini boleh merebak, keadaan ini dapat dipulihkan hampir 100% setelah kemoterapi. 

Selepas daripada D&C, Cik Qila masih perlu buat rawatan susulan. Perlu ke Klinik Pakar O&G di Hospital Sg. Buloh untuk periksa tahap hormon HcG dalam darah. Mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali. Bila dah makin turun, perlu check darah tiga bulan sekali, enam bulan sekali dan setahun sekali. Sepanjang tempoh ni, sepatutnya tak boleh hamil sebab akan mengganggu bacaan hormon HcG tu. Makan pil pun tak digalakkan. IUD pun tak boleh pakai. Kata doktor yang rawat Cik Qila, IUD tak sesuai untuk dipakai sebab lepas kena kehamilan anggur ni, rahim sangat lembut. Kalau pakai IUD, ada kemungkinan rahim boleh koyak. Jadi, perlu merancang sendiri lah untuk tidak hamil. 

Masa ni lah Cik Qila mula kenal dengan Shaklee untuk baiki rahim yang luka. 🙂 Nak tahu Cik Qila consume apa dan apa yang Cik Qila buat untuk pulih emotionally daripada molar ni, kita sambung dekat entry lain pulak ye? 

Sampai jumpa lagi. InsyaAllah. 

Ingin dapatkan produk-produk Shaklee sesuai dengan bajet?

Jom hubungi Cik Qila. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health