10 Manfaat Vivix Shaklee

Bismillah. 

Assalamualaikum semua. Selamat hujung minggu. Tak terlambat juga untuk Cik Qila ucapkan Selamat Tahu Baru. Sekejapje dah hampir seminggu kita berada di tahun 2017. Tahun baru selalunya orang akan bercerita tentang azam baru. Apa azam korang tahun ni? Atau masih carry forward azam tahun lepas? Hehe. 

Cik Qila pun ada juga azam dan impian yang tertangguh. And InsyAllah nak usaha supaya boleh dicapai dalam tahun ini. Okaylah, jom kita cerita tentang Vivix Si Tonik Ajaib dan apa kebaikannya.

REVOLUSI PENEMUAN SHAKLEE 

Vivix – sejenis minumum campuran botani – adalah sebuah revolusi dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Apa itu Polifenol? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang mengandunfi anti-oksidan dan sel anti-penuaan. 

4 MEKANISME PENUAAN 

  1. Kerosakan DNA – Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik yang akan mengganggu fungsi sel dan kelanjutan usia (longevity). Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki DNA di peringkat selular. 
  2. Kawalan Genetik – Kawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada peringkat selular. Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal Vivix menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan.
  3. Penurunan Pengeluaran Tenaga Mitochondria adalah penjana tenaga dalam sel yang menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis atau pembentukan baru untuk meningkatkan tenaga dalam sel. 
  4. Lebihan protein AGEProtein AGE (Advanced Glycation End Products) yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan di peringkat selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan kelanjutan usia. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat daripada  resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE. 

 

kebaikan-vivix

 

Vivix telah terbukti membantu memulihkan penyakit seperti:

  • Mengurangkan arthritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti – inflamasi
  • Mengawal selia estrogen
  • Menghalang alzheimer
  • Menghalang kejadian tumor
  • Memulihkan diabetes

 

vivix-jan-17-promo

Januari adalah bulan promosi Vivix. Ada dua langkah untuk dapatkan Vivix dengan penjimatan berganda. 

  1. TWIN PACK
    • Diskaun 5% 
    • Keahlian Percuma
    • Pos Percuma
    • Cashback 5%
    • Penjimatan sehingga RM 200
  2. BELI 6 PERCUMA 1
    • Kumpulkan sehingga 6 ahli keluarga / sahabat / rakan sekerja dan dapatkan botol ketujuh secara PERCUMA.
    • Penjimatan sehingga RM 500

 

Jadi, jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan VIVIX  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Advertisements

Kes Virus Zika Pertama di Malaysia

 

1 September 2016.

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan pengesahan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. S. Subramaniam mengenai kewujudan kes virus Zika di Malaysia. Jujurnya, Cik Qila pernah dengar penularan virus Zika ni di Brazil, masa Rio sedang bersedia untuk anjurkan Olimpik Musim Panas. Terbayang di kepala Cik Qila, risiko yang perlu ditanggung oleh wanita hamil dan anak-anak yang bakal lahir dengan kepala kecil. Betul, seingat Cik Qila, itulah golongan yang paling terdedah dengan virus ini.

Dan hari ini, Malaysia telah mencatat kes virus Zika pertama di Klang. Memetik kenyataan rasmi Menteri Kesihatan, ” dilaporkan pada 31 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika. Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.

“Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”. Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian air kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk virus Zika. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.” Kenyataan penuh Menteri Kesihatan boleh baca di sini.

zika3

Di sini Cik Qila nak terangkan apa yang kita perlu tahu tentang virus Zika.

Apakah virus Zika?

Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi, chikugunya dan demam kuning. Antara tanda-tanda penyakit ini adalah ia menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjunktivitis serta ruam. Namun begitu, sebahagian besar mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarag gejala klinikal.

Walaubagaimanapun, di Brazil, pemerhatian mendapati peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom microcephaly atau otak kecil dan pengamal perubatan percaya kecacatan ini mungkin berkait rapat dengan Zika dan juga sindrom Guillan-Barre di beberapa negara lain.

microcephaly
Sindrom microcephaly

Bolehkah Zika dirawat?

Sehingga kini, masih tiada ubat khusus untuk merawat virus Zika dan vaksin memerlukan kajian dan dana yang besar. Simptom-simptom Zika hanya dirawat dengan ubat demam biasa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan mereka yang dijangkiti supaya minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

Negara yang terkesan dengan Virus Zika?

Mula dilaporkan di Brazil pada Mei 2015dan merebak dengan pantas ke 24 negara lain di rantau berkenaan sehingga 28 Januari 2016. Virus ini telah dikesan di Singapura pada 20 Ogos 2016 dan telah sah dikesan di Malaysia pada 30 Ogos 2016. Beberapa kes juga telah dikenalpasti di Thailand.

Langkah-langkah pencegahan

Di sini dicadangkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, elakkan pakaian gelap yang lebih mudah menarik perhatian nyamuk, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan / menangkis gigitan nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.
  • Elakkan melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda da gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Penyebaran Zika melalui hubungan seks?

Zika juga boleh merebak melalui hubungan seks termasuklah melibatkan seks oral, seks anal, mahupun perkongsian penggunaan alat membantu rangsangan. Pasangan suami isteri yang sedang dalam perancangan untuk menambah zuriat dinasihatkan untuk memikirkan semula perancangan tersebut di kala virus Zika sedang menular.

Manakala, lelaki yang mempunyai simptom virus Zika dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks dengan isteri sehingga 6 bulan kerana virus Zika masih boleh hidup di dalam air mani (semen) lebih lama sehingga berbanding di dalam darah atau air kencing (di luar badan manusia). Sebuah laporan kes mendapati seorang lelaki yang telah sembuh dari jangkitan Zika, tetap masih mempunyai virus yang aktif di dalam air maninya 93 hari selepas simptom bermula.

Saranan Cik Qila?

Memandangkan Virus Zika ini adalah virus baru dan masih belum banyak kajian perubatan yang dijalankan oleh para pengamal perubatan, Cik Qila fikir adalah lebih baik untuk kita ikhtiar untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Caranya?

nutriferon
Nutriferon

NUTRIFERON 

NutriFeron® berfungsi menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semula jadi dalam badan dan dihasilkan dengan kombinasi tumbuhan semulajadi seperti:

  • Ekstrak biji labu (cucurbita moschata) – mendorong pengeluaran interferon
  • Biji plantago (platage asiatica) – mengandungi polisakarida yang digunakan untuk merangsang sistem imunisasi
  • Bunga Safflower (carthamus tinctorius) – polisakarida yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembanguan makrofaj, sejenis sel darah putih
  • Bunga Japanese Honeysuckle (lonicera japonica) – banyak digunakan dalam perubatan Asia

6 Sebab Anda Harus Memilih NutriFeron®

  1. Terbukti daripada 4 kajian klinikal pada manusia – Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imunyang diperolehi daripada campuran khas 4 ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron®.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi – Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti inteferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya makanan tambahan di Amerika Syarikat yang telah ditemui mampu menambahkan penghasilan interferon dalam badan secara semulajadi.
  3. Rumusan berpaten yang eksklusif – NutriFeron tidak boleh dijumpai di mana-mana kedai. Hanya melalui Shaklee kerana penghasilannya telah dipatenkan dan telah diuji secara saintifik dan klinikal yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  4. Dicipta oleh Individu Yang Menemui Interferon – Pakar immunologi, Dr, Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  5. 40 tahun kajian – Dr. Yasuhiko Kojima, seorang pakar immunologi telah berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semula jadi di dalam badan setelah menjalankan kajian selama 40 tahun.
  6. Sejak NutriFeron® dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini telah disiarkan di pelbagai jurnal perubatan seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine yang mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron®.

Jom ikhtiar atas Zika dengan NutriFeron. Untuk dapatkan konsultasi pantas, boleh hubungi Cik Qila melalui:

Facebook : Aqilah Rohizad

Email : aqilahrohizad@gmail.com

Pages Facebook : In Love With Your Health

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit