7 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Kekuatan Tulang

Teks : Aqilah Rohizad                                                                                                                             

Foto : Aqilah Rohizad, Google, Shaklee Today 

Tulang adalah rangka badan kita yang membantu kita untuk berdiri dan bergerak serta melindungi organ di dalam tubuh. Selain daripada itu, tulang juga menjadi tempat simpanan mineral-mineral penting. Tulang juga adalah struktur asas badan kita dan penjagaan tulang yang betul adalah penting untuk memastikan kita terus sihat dan kekal muda walaupun meningkat usia.

Tulang tumbuh dan berubah sepanjang hidup kita. Bagaimana tulang berubah? Badan kita akan menggantikan tulang yang rosak dan membina tulang baru. Perubahan ini dapat dilihat sejak bayi dan sehinggalah kita meningkat dewasa. Walaubagaimanapun, selepas mencapai jisim tulang optimum di umur yang tertentu, tulang tidak dapat dibina lagi bahkan badan akan makin kehilangan jisim tulang. Apabila jisim tulang mula berkurangan, kita akan terdedah dengan penyakit tulang seperti osteoporosis.

Seorang individu dewasa disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari, manakala kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun memerlukan 1300mg kalsium sehari. Bagi individu berusia lebih 50 tahun pula disarankan untuk mengambil sekurang-sekurangnya 1200mg sehari.  Bagaimana pula dengan ibu hamil dan menyusu? Golongan ini juga disarankan untuk mengambil sehingga 1200mg kalsium sehari. 

Selain daripada kesihatan tulang, kalsium juga bermanfaat untuk mengaktifkan saraf, melancarkan peredaran darah, membantu pengecutan otot, mengurangkan simptom PMS seperti perut kembung, “period cramp”, kembung air dan “mood swing”. 

Bagaimana Untuk Membina Tulang Yang Sihat?

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembinaan dan kekuatan tulang. 99% kalsium di dalam badan sebenarnya disimpan di dalam tulang. Akan tetapi, kalsium sahaja tidak mampu untuk membina tulang yang kuat. Oleh itu, kalsium perlu dibantu oleh beberapa mineral penting yang menyokong penghasilan tulang yang kuat. Gabungan kalsium dan mineral ini akan membentuk kristal keras yang akan memberikan tulang kita kekuatan dan struktur yang diperlukan. 

Selain daripada kalsium dan mineral, gaya hidup yang sihat juga membantu pertumbuhan tulang yang lebih baik. Senaman yang kerap memainkan peranan penting dalam meningkatkan ketumpatan tulang dan mengelakkan tulang rapuh apabila kita semakin dewasa. Senaman “weight-bearing” berimpak tinggi adalah antara senaman yang terbaik untuk kekuatan tulang. 

Kajian telah menunjukkan bahawa merokok meningkat risiko tulang retak dan sekiranya itu berlaku, menyebabkan proses pemulihan menjadi agak perlahan. Jadi, berhentilah merokok untuk kesihatan tulang. Pengambilan alkohol yang berlebihan juga menyumbang kepada osteoporosis dan proses pemulihan yang perlahan. 

mineral untuk tulang
Mineral penting untuk kesihatan tulang

Makanan Tinggi Kalsium

1. Susu merupakan sumber kalsium yang paling popular. Anda boleh memilih untuk minum susu tepung, susu dipasteur atau susu yang diperah segar dari lembu atau kambing. Terdapat pelbagai jenama susu di pasaran mengikut jenis, perisa dan kaedah penstoran yang boleh dipilih. 

Susu
Susu

2. Sayur-sayuran hijau. Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, bok choy dan “collard greens” tidak hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mempunyai nutrien lain seperti vitamin A. Brokoli juga mempunyai dua kali lebih vitamin C daripada buah oren.

sayur hijau
Sayur-sayuran hijau

3. Buah tin. Dalam Bahasa Inggeris, buah tin dipanggil “figs” dan juga telah disebut di dalam Al-Quran. Setengah cawan buah tin kering mengandungi 121mg kalsium. Selain itu, buah tin turut mengandungi magnesium yang membantu dalam fungsi otot. 

buah tin
Buah tin

4. Buah oren. Siapa tahu buah oren juga mengandungi kalsium? Sebiji oren bersaiz besar mengandungi 74 mg kalsium manakala secawan jus oren mengandungi 27 mg kalsium. 

orange.jpg
Buah oren

5. Ikan sardin. Ya, ikan sardin di dalam tin beserta tulangnya kaya dengan kalsium, vitamin B12, dan vitamin D. 

ikan sardin
Ikan Sardin

5. Ikan salmon. Jika anda tidak berkemampuan untuk membeli ikan salmon segar yang harganya boleh menjangkau RM 20-RM 30 sepotong, ikan salmon dalam tin boleh dijadikan alternatif sumber kalsium. Separuh tin ikan salmon boleh membekalkan 232 mg kalsium.

ikan salmon
Ikan salmon

7. Bendi. Percaya tak selain daripada membekalkan 82mg kalsium untuk secawan bendi, sayur hijau ini juga mempunyai vitain B6 dan folate. 

sayur bendi
Bendi

OSTEMATRIX SHAKLEE

Untuk memastikan keperluan harian kalsium, magnesium, Vitamin D dan mineral lain yang penting untuk tulang dipenuhi, Shaklee telah memperkenalkan Ostematrix yang turut dilengkapi dengan Zink, Boron, Mangan dan Kuprum. 1 caplet Ostematrix membekalkan 250mg kalsium dalam bentuk Kalsium Karbonat, Kalsium Sitrat dan Kalsium Sitrat Malate. 

oste-matrix

Selain menguatkan tulang, Ostematrix juga membantu untuk memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, melegakan stres, memperbaiki masalah haid, dan mengurangkan hiperaktiviti dalam perut dan sakit gastrik. 

Nak dapatkan supplemen khas untuk penjagaan tulang? Hubungi Cik Qila sekarang di

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

Advertisements

10 Manfaat Vivix Shaklee

Bismillah. 

Assalamualaikum semua. Selamat hujung minggu. Tak terlambat juga untuk Cik Qila ucapkan Selamat Tahu Baru. Sekejapje dah hampir seminggu kita berada di tahun 2017. Tahun baru selalunya orang akan bercerita tentang azam baru. Apa azam korang tahun ni? Atau masih carry forward azam tahun lepas? Hehe. 

Cik Qila pun ada juga azam dan impian yang tertangguh. And InsyAllah nak usaha supaya boleh dicapai dalam tahun ini. Okaylah, jom kita cerita tentang Vivix Si Tonik Ajaib dan apa kebaikannya.

REVOLUSI PENEMUAN SHAKLEE 

Vivix – sejenis minumum campuran botani – adalah sebuah revolusi dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Apa itu Polifenol? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang mengandunfi anti-oksidan dan sel anti-penuaan. 

4 MEKANISME PENUAAN 

  1. Kerosakan DNA – Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik yang akan mengganggu fungsi sel dan kelanjutan usia (longevity). Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki DNA di peringkat selular. 
  2. Kawalan Genetik – Kawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada peringkat selular. Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal Vivix menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan.
  3. Penurunan Pengeluaran Tenaga Mitochondria adalah penjana tenaga dalam sel yang menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis atau pembentukan baru untuk meningkatkan tenaga dalam sel. 
  4. Lebihan protein AGEProtein AGE (Advanced Glycation End Products) yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan di peringkat selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan kelanjutan usia. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat daripada  resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE. 

 

kebaikan-vivix

 

Vivix telah terbukti membantu memulihkan penyakit seperti:

  • Mengurangkan arthritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti – inflamasi
  • Mengawal selia estrogen
  • Menghalang alzheimer
  • Menghalang kejadian tumor
  • Memulihkan diabetes

 

vivix-jan-17-promo

Januari adalah bulan promosi Vivix. Ada dua langkah untuk dapatkan Vivix dengan penjimatan berganda. 

  1. TWIN PACK
    • Diskaun 5% 
    • Keahlian Percuma
    • Pos Percuma
    • Cashback 5%
    • Penjimatan sehingga RM 200
  2. BELI 6 PERCUMA 1
    • Kumpulkan sehingga 6 ahli keluarga / sahabat / rakan sekerja dan dapatkan botol ketujuh secara PERCUMA.
    • Penjimatan sehingga RM 500

 

Jadi, jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan VIVIX  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Breakfast dan Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Jom ikut Cik Qila breakfast.

Jalan-jalan pergi kedai tadi nampak mihun goreng sambal dengan telur yang menggoda perut. Terus rasa nak sambar nyam nyam nyam.

Sebelum makan, letak kat tepi pillbox supplement Shaklee kesayangan. Supaya tak lupa untuk ditelan.

Owh, Cik Qila nak bagitau, promo Shaklee bulan September awesome sangat macam rasa nak lompat bintang.

Kejap lagi Cik Qila share. Nak makan dulu.

Daaa..

#sayajualshaklee #shakleemurah #shakleebangsar #shakleemalaysia #shakleeKL #Shakleeserdang