Telomere : Topi DNA Pelindung Sel

Tahukah anda apa itu Telomere? Telomere adalah penutup atau topi pelindung yang terdapat di hujung setiap helaian DNA untuk melindungi kromosom kita. Cuba kita bayangkan dan pegang hujung plastik pada tali kasut. Dengan hujung plastik itulah memudahkan kita untuk memasukkan tali kasut ke dalam lubang dan memelihara tali kasut tersebut daripada rosak dan hancur. Apabila hujung tali kasut hancur, tali kasut sudah tidak berupaya untk berfungsi dengan baik dan sukar untuk kita masukkan ke dalam lubang kasut. Lama kelamaan, tali kasut akan menjadi reput dan tidak boleh digunakan lagi.  Jadi, seperti itulah fungsi telomere ini pada DNA kita. 

Image result for telomere
Kedudukan telomere

Telomeres melindungi pelbagai maklumat diri kita. Sekiranya telomeres gagal berfungsi, helaian DNA akan musnah dan menyebabkan kegagalan fungsi sel, maklumat genetik bercampur baur atau mungkin juga rosak. Gen yang rosak dan gagal berfungsi akan mengingkatkan risiko mendapat penyakit dan juga memendekkan jangka hayat.

Apakah Kepentingan Telomere?

Telomere amat penting dalam sel manusia kerana telomere mempengaruhi proses penuaan sel. Telomeres dilihat sebagai penunjuk biologi untuk menjangkakan sejauh mana seseorang itu mampu hidup sihat dan hidup lama. Untuk pengetahuan anda, proses penuaan akan memaksa sel untuk menjalani proses “dividing” atau pembahagian untuk membentuk sel baru. Dan setiap kali sel melalui proses ini, telomeres akan menjadi semakin pendek. 

Apabila telomeres menjadi semakin pendek, sel akan menjadi semakin tidak aktif, tidak lagi membahagi dan akhirnya mati. Apabila sel mulai mati, kesihatan seseorang itu juga akan merudum. Selain daripada proses penuaan, telomeres akan memendek apabila terdedah kepada keradangan, toksin, radiasi UV, stress dan pemakanan yang tidak sihat.

Risiko penuaan sebelum usia dan peningkatan morbiditi juga boleh dikaitkan dengan pemendekan telomere. Antara penyakit yang dapat dikaitkan dengan peningkatan usia adalah diabetes, kanser, penyakit jantung dan Alzheimer dan terdapat juga kaitannya dengan pemendekan telomere. Dengan ini, dapatlah disimpulkan semakin panjang telomere, semakin tinggi peluang untuk hidup lebih lama. 

Bagaimana Telomere Boleh Dipanjangkan?

Rahsianya adalah polifenol.

Polifenol adalah sejenis phytokimia, yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan sangat kaya dengan antioksidan. Terdapat lebih 8,000 tumbuhan dan makanan yang telah dikenalpasti mempunyai kandungan polifenol yang tinggi seperti teh, wain, coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran serta minyak zaitun extra virgin. Polifenol berupaya memelihara kesihatan kerana antioksidan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. Polifenol juga bersifat anti-radang. Oleh itu, ia mampu melindungi dan memperbaiki DNA serta Telomere. 

Di Amerika dan Kanada, kajian ke atas 8,000 jenis polifenol telah membuktikan keberkesannya dalam meningkatkan kualiti hidup. Antaranya ialah:

  • Diabetes Type 2 – yang menyerang 29 juta orang di Amerika. Kajian mendapati polifenol berupaya untuk menyeimbangkan gula dan darah dan metabolisme lemak, mengurangkan insulin resistance, dan mengurangkan keradangan dalam badan. Secara tidak langsung, ini boleh mengurangkan komplikasi diabetes jangka panjang seperti penyakit kardiovaskular, penyakit-penyakit melibatkan saraf dan mata.
  • Kanser – Institut Kanser Kebangsaan Amerika mencatatkan bahawa hampir 40% lelaki dan wanita akan mengalami kanser sepanjang hayat mereka. Pelbagai kajian telah menunjukkan keberkesanan polifenol dalam mencegah kanser. Para pengkaji percaya kandungan antioksidan di dalam polifenol membantu melindungi DNA daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. 

Kajian Telomere Shaklee

Shaklee sendiri telah menjalankan kajian keberkesanan polifenol melalui Kajian Telomere di bawah kelolaan Dr. Elizabeth Blackburn. Beliau adalah penerima Anugerah Nobel Perubatan dan orang pertama yang menemui telomere berfungsi sebagai pelindung kromosom.

Kajian Telomere yang beliau jalankan adalah untuk membandingkan ukuran telomere di antara pengguna-pengguna supplemen Shaklee termasuk Vivix dengan bukan pengamal supplemen yang sihat di Bay Area selama 5 tahun. Kajian beliau telah berjaya membuktikan bahawa pengguna Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Ingin dapatkan supplemen Shaklee melalui Cik Qila, boleh hubungi Cik Qila di sini: 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

Advertisements