Berkenalan Dengan Shaklee

Image result for love
Cinta itu buta?

Bismillah.

Tiba-tiba nak bercerita soal cinta.

Eh, bukan cinta yang itu lah. Tapi, cinta pada Shaklee. Cik Qila nak kongsi bagaimana Cik Qila mula berkenalan dengan Shaklee.

Sebenarnya Cik Qila dah dengar-dengar perkataan “Shaklee” itu sudah agak lama. Sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi, memandangkan usia yang muda, biasalah, agak tak mengambil tahu perihal supplement atau makanan tambahan. Hanya makan apa yang dimasak di rumah atau ambil vitamin C macam Scotts Emulsion atau Champs yang lebih mudah dibeli di farmasi.

Bila dah menginjak ke alam pekerjaan, produk Shaklee seperti terkenal secara tiba-tiba. Atau mungkin Cik Qila yang sudah lebih cakna dengan produk-produk kesihatan dan makanan tambahan 🙂 Buka FB, ramai yang post pasal keseronokan dan keterujaan makan Shaklee. Dalam hati dah terdetik, “Mungkin bagus produk ini.”

Tapi, hanya sekadar terdetik. Belum lagi berminat nak cuba mana-mana produk. Allah belum izin barangkali. Semuanya berubah sehinggalah Cik Qila melalui proses D&C untuk mengeluarkan janin dari dalam rahim akibat kandungan molar pada penghujung Oktober 2014. Rasanya semua tahu yang rahim menjadi luka selepas proses D&C untuk pastikan tiada sisa janin yang tertinggal. Kandungan molar? Apa tu? Boleh baca di SINI tentang pengalaman Cik Qila dan molar pregnancy.

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila mula mencari supplement yang sesuai untuk memulihkan luka rahim. Tak berani nak mencuba jamu yang pelik-pelik menyebabkan Cik Qila memilih Shaklee. Kak Mimie Hezrizah yang georgous yang juga merupakan upline Cik Qila sekarang ni mencadangkan supaya Cik Qila mencuba ESP dan B Complex untuk membantu dalam proses pemulihan.

Tak lama kemudian, Cik Qila tambah pula dengan Sustained Release Vita C. Keperluan tugas hakiki kadangkala memerlukan Cik Qila untuk outstation dan bermalam di hotel yang berhawa dingin. Cik Qila memang gagal bertahan lama dalam cuaca dan keadaan yang sejuk. Mudah diserang demam dan selsema berpanjangan. Dan Alhamdulillah, SR Vita C ni sering menjadi peneman Cik Qila bila mana keperluan untuk outstation tiba. Apa yang Cik Qila perasan, memang dah jarang untuk kena selsema untuk jangka waktu yang lama. Kalau kena sekalipun, hanyalah untuk semalaman sahaja.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dari sebotol B Complex dan setong ESP, rutin supplement Cik Qila mula bertambah kepada Zinc Complex sebelum sarapan, Set Optimum Health (B Complex, VitaLea, Vita C) selepas sarapan diikuti 2 biji Alfalfa, sebiji Omega Guard selepas lunch, diikuti 2biji Alfalfa dan 4 biji Ostematrix sebelum tidur untuk kesegaran berpanjangan.

Dan sekarang, Cik Qila menjadi duta kecil Shaklee kepada ahli keluarga.

bcomplex.jpg

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi Cik Qila melalui:

Facebook : Aqilah Rohizad

Sms / call/ whatsapp:  017-2644198

Pages Facebook : In Love With Your Health

 

Leave a comment