TTC : 7 Tips Kekal Positif

Assalamualaikum semua. Buat apa tu? Hari ini Cik Qila nak kongsi tentang bagaimana kita nak kekal positif sepanjang tempoh TTC. Eh, apa TTC tu? Untuk yang kurang jelas, TTC bermaksud “trying to conceive” atau sedang mencuba untuk hamil. Istilah ini terpakai untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sesetengah pasangan direzekikan Allah untuk hamil dan melahirkan anak dalam tahun pertama perkahwinan. Tapi ada juga yang setelah beberapa tahun berkahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, fasa mencuba untuk hamil inilah yang disebut sebagai TTC. Sepanjang tempoh ini, pasangan suami isteri akan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Bagi sesetengah pasangan, tempoh ini agak emosional lebih-lebih lagi untuk isteri bila mana setiap bulan masih lagi datang haid. Oleh itu, di entri ini kita akan berkongsi serba sedikit bagaimana untuk kita terus kekal positif, okay?

1. Doa dan Solat

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk berdoa. Doa adalah rayuan atau permintaan seorang hamba kepada Pemiliknya. Manusia hanyalah makhluk Allah yang tiada daya dan upaya melainkan bergantung harap hanya kepada Allah semata. Solat juga adalah doa. Banyakkan solat taubat dan solat hajat memohon supaya Allah sihatkan semua sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat dan tiada jangkitan, keseluruhan tubuh akan sihat. Barulah boleh hasilkan sperma dan ovum yang sihat, InsyaAllah. Kena doa dengan yakin tau.

Selain itu, ada beberapa doa memohon zuriat yang sahih dari Al-Quran dan Hadis. Contohnya seperti yang Cik Qila sertakan di bawah ini.

 

doa nabi zakaria

 

2. Enjoy!!

Ya, betul. Kita perlu enjoy!! Perlu ada rasa seronok sepanjang proses TTC. Stres itu musuh utama dalam TTC, okay. Suami dan isteri perlu faham perkara ini. Sementara masih berdua, enjoy dengan kehidupan. Habiskan masa berkualiti berdua dengan pergi bercuti, berjalan-jalan, menonton wayang, roadtrip atau mungkin bersenam bersama-sama?

27468366-enjoy-wallpapers

 

Elakkan kepala daripada berfikir, “Lepas bersama ni, kita dapat anak tak?” No no no. Hubungan suami isteri adalah satu bentuk ibadah. Jadi, anggap sahaja kita sedang menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan have fun while doing it. Bila terlalu fikirkan hasil, makin stress jadinya. Ingat, perlu enjoy!!

3. Sibukkan diri

Cik Qila percaya selepas waktu subur berlalu, perasaan gundah gulana akan mula datang. Waktu ini akan ada persoalan “Period ke pregnant?” Hati akan tak tenteram nak tahu sama ada hujung kitaran ini akan period ke tidak. Betul kan? Jadi, untuk elakkan rasa gundah-gulana tak tenteram tu, lebih elok untuk kita sibukkan diri. Macam mana nak sibukkan diri?

 

hobby

 

Kita semua mesti ada hobi kan? Ada yang suka berenang, shopping, membaca, membuat kraf atau menjahit. Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa senggang kita daripada memikirkan persoalan “Period ke pregnant?” tu. Bila kurang stress, hidup akan lebih gembira kan?

4. Menulis jurnal

Kadang-kala perasaan yang terpendam perlu diluahkan. Benar, TTC adalah satu perjalanan yang memakan masa, ada yang melibatkan kos rawatan kesuburan yang tinggi, dan menuntut beban emosi daripada kedua-dua pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang tidak supportive.

journal writing

 

Cara yang mudah untuk meluahkan adalah dengan menulis jurnal sama ada dengan menulis di buku atau buat jurnal online di blog. Jika menulis blog, terpulang sama ada nak di”public”kan atau set sebagai private untuk bacaan sendiri. Dengan menulis jurnal, kita boeh merekod langkah-langkah yang telah kita ambil sepanjang proses TTC. Sebagai contoh, kita dah menulis tentang mencuba petua buah zuriat, di posting lain, kita boleh pula menulis tentang kaedah Basal Body Temperature. Lain orang lain kaedahnya dan lain pula hasilnya. Cubalah menulis, insyaAllah kurang sikit sakit kepala tu.

5. Sangka Baik Dengan Mereka Yang Berjaya Hamil

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada bertembung dengan manusia lain. Mustahil ada orang yang boleh hidup seorang diri. Kalau tiada kawan rapat, kita masih bertembung dan berjumpa dengan manusia lain di kawasan rumah, pejabat, di jalan raya dan juga pasar atau pusat beli-belah. Kita juga akan terjumpa dengan wanita-wanita hamil di pejabat dan di sekeliling kita. Janganlah pula kita tarik muka masam bila mana ada wanita hamil yang duduk di sebelah kita di dalam tren. Atau menangis bila ada adik-beradik atau ipar duai yang memaklumkan kehamilan mereka dalam group WhatsApp keluarga.

alhamdulillah

 

Sucikan hati untuk bersangka baik dengan Allah. Panjatkan kesyukuran kerana Allah beri mereka rezeki yang sangat kita mahukan. Kongsi kegembiraan mereka dengan mengucapkan tahniah atau hadiahkan kad Selamat Hari Ibu. Kalau yang hamil itu sahabat baik kita, kongsi kegembiraan dengan hadiahkan “baby shower” atau hadiah-hadiah comel yang lain.

6. Cari Kumpulan Sokongan

Salah satu cara untuk kekal positif adalah dengan dikelilingi oleh orang-orang yang positif juga. Sekarang ni, dah banyak kumpulan-kumpulan sokongan di Facebook dan forum-forum di laman web seperti Babycenter.com yang menyediakan platform untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman. Penting untuk kita ketahui bahawa bukan kita seorang sahaja yang sedang TTC dan sedang “struggle” untuk hamil. Mungkin ada yang telah berusaha lebih lama daripada kita. Aura positif dalam sesuatu kumpulan dapat dirasai dan boleh dipindahkan kepada semua ahli. Yang penting, perlu saling berkongsi dan sama-sama naikkan semangat ahli lain juga.

support group

 

7. Saling Berkomunikasi dengan Pasangan

Proses TTC melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika ada waktu yang sangat genting dan melibat emosi, kedua-duanya perlulah saling berbincang. Suarakan kesedihan dan elakkan memendam perasaan. Manalah tahu rupanya suami pun bersedih juga tiap kali isteri datang haid. Banyakkan komunikasi dan saling berkongsi pendapat dan perasaan antara keduanya.

communicate

 

Dah baca ketujuh-tujuh tips yang Cik Qila cadangkan tadi? Jadi, sekarang jangan sedih-sedih lagi ya. Lap sikit air mata dengan hingus yang meleleh tu. Dah boleh dah ajak suami pergi dating makan ais krim Baskin Robbins atau minum kopi Starbucks. Ingat, banyakkan berdoa dan kekal positif sepanjang masa.

Nak ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh baca entri Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

 

Tak Suka Makan Asid Folik Semasa Hamil? Ini Akibatnya.

Teks: Aqilah Rohizad

Gambar : Google

Para pengamal perubatan sering menyarankan kepada ibu-ibu yang sedang dalam proses untuk hamil (try to conceive, TTC) mengamalkan pengambilan Asid Folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Apabila telah disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan pula untuk terus amalkan Asid Folik sehingga kandungan berusia 3 bulan. 

Mengapa penting sangat Asid Folik ni? Pernah Cik Qila terbaca satu komen di group Fesbuk ibu-ibu hamil. Katanya tak mahu makan Asid Folik yang Klinik Kesihatan bekalkan sebab baunya busuk. Tak lalu di tekak. Dan akhirnya Asid Folik tu masuk ke tong sampah. Rugi tau. Kalau tak lalu dan tak mahu makan ubat-ubatan percuma yang diberikan kerajaan, setidak-tidaknya, pulangkan semula ke Klinik Kesihatan. Atau bagitahu siap-siap pada doktor atau nurse yang korang tak mahu ubat. Sekurang-kurangnya tidaklah ubat tu dibazirkan begitu saja. Tapi tahukah ibu-ibu kepentingan Asid Folik kepada bayi dalam kandungan?

Spina Bifida

Ibu-ibu pernah dengar Spina Bifida? Spina Bifida adalah satu bentuk kecacatan tulang belakang yang berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul semasa kehamilan. Apabila ini berlaku, saraf tunjang seakan mempunyai bukaan atau “gap” di antara vetebra dan tidak tertutup sepenuhya. Ini juga menyebabkan saraf tunjang dan saraf-saraf lain pada bayi gagal untuk tumbuh sepenuhnya.

Jenis-jenis Spina Bifida

Terdapat 3 jenis Spina Bifida iaitu:

  1. Spina Bifida Okulta
  2. Mielomeningosele
  3. Spina Bifida meningolese

 

spina bifida
Jenis-jenis Spina Bifida

 

Spina Bifida Okulta 

Spina-Bifida-Occulta-Symptoms
Spina Bifida Okulta

 

Spina Bifida Okulta atau spina bifida tersembunyi merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Bagi kes spina bifida okulta, terdapat jarakan (“gap”) kecil di antara vetebra pada tulang belakang. Kebanyakan mereka yang mempunyai spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan sebahagian besar daripada mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai penyakit spina bifida okulta. 

Tanda-tanda seseorang itu mungkin mempunyai masalah spina bifida okulta adalah tumbuh rambut atau tanda lahir pada belakang badan. Ada juga yang mempunyai tanda seperti kerutan kulit yang seolah-olah menunjukkan sedikit jarak di antara vetebra. 

Mielomeningosele (Myelomeningocele)

myelomeningocele
Myeolomeningocele

Ini adalah jenis spina bifida yang paling serius. Jarakan atau “gap” di antara vetebra di tulang belakang terlalu besar menyebabkan cecair keluar melaluinya dan membentuk benjolan berupa cyst atau pundi yang diselaputi kulit yang biasanya boleh dilihat di belakang badan. Cyst ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Bayi yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu. Ini bergantung kepada di mana cyst tersebut berada. Bayi ini juga berkemungkinan tidak mampu mengawal kencing atau tidak mampu untuk berjalan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mengalami hydrocephalus, iaitu cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekakan yang meningkat memampatkan lagi otak. 

Meningosele

meningocele1
Meningosele

 

Spina bifida jenis ini kurang serius berbanding mielomeningosele dan merupakan jenis spina bifida yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, terdapat satu cyst yang akan menyelaputi membran dan boleh pecah dengan mudah. 

Adakah Spina Bifida Sering Terjadi?

Statistik mendapati bahawa 5% – 10% daripada populasi dunia mungkin menghidapi spina bifida tanpa mereka sedari. Dan risiko seseorang bayi untuk menghidap spina bifida jenis miolomeningosele adalah 1:1000. 

Spina bifida ini boleh dikenalpasti sejak bayi masih lagi di dalam kandungan sama ada melalui ujian imbasan ultrasound atau melalui ujian darah. Apabila lahir, bayi yang mengalami spina bifida ini akan menjalani proses pembedahan segera untuk menutup “gap” yang terdapat di antara vetebra. Selalunya, pembedahan akan dilakukan dalam tempoh dua hari selepas lahir. Ada juga para dokro yang tidak melakukan pembedahan, tetapi membiarkan kawasan “gap” itu untuk sembuh dengan sendiri. Dengan perembangan teknologi semasa, doktor mampu untuk melakukan pembedahan ke atas bayi spina bifida semasa di dalam kandungan. Akan tetapi, pembedahan sebegini amat jarang dilakukan. Manakala bagi bayi yang mengalami hydrocephalus pula, doktor akan memasukkan sejenis tiub untuk mengeluarkan cecair berlebihan daripada otak ke abdomen. 

Membayangkannya saja dah susah hati kan? Itu kita yang dewasa. Macam mana pula dengan bayi yang tak tahu apa-apa? Bayangkan ituadalah anak kita? Bagaimana kita sebagai ibu, dapat elakkan perkara ini daripada berlaku?

Bolehkah Spina Bifida Dicegah?

Ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil asid folik, atau vitamin B9, yang juga dikenali sebagai folate untuk mencegah kecacatan tiub neural atau Spina Bifida. Folate boleh didapati secara semulajadi daripada sayuran hijau, tetapi suhu yang panas seringkali memusnahkan vitamin penting ini. 

Disebabkan Spina Bifida boleh terjadi sejak awal kehamilan, dan sering kali ibu-ibu hanya menyedari mereka hamil setelah 4 – 8 minggu, kebanyakan doktor menyarankan supaya mereka mengambil asid folik lebih awal.  Iaitu sewaktu merancang kehamilan lagi. 

Centers for Disease Contorl and Prevention  (CDC) Amerika Syarikat melaporkan wanita yang mengambil dos asid folik yang disarankan setiap hari bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum merancang untuk hamil dan sepanjang trimester pertama kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi mereka mengalami Nueral Tube Disease atau Spina Bifida sebanyak 70%. 

Sesetengah kajian juga mendapati pengambilan asid folik mampu merendahkan risiko bayi mengalami kecatatan lain sperti bibir sumbing, lelangit sumbing, dan beberapa jenis kecacatan jantung. Asid folik juga mampu mengurangkan risiko preeklampsia, yang sering melanda 5% daripada wanita hamil. 

Berapakah Dos Asid Folik Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil?

Pakar menyarankan pengambilan asid folik sebanyak 400 microgram (mcg) sehari bermula seawal sebulan dari waktu merancang untuk hamil.  Tapi, kebanyakan kehamilan sebenarnya tidak dirancag, lagi-lagi pengantin abru. Tiba-tiba dua bulan lepas kahwin, dapat tau pregnant, dan tak pernah tahu pun akan kesedaran untuk ambil asid folik. Macam mana? Disebabkan itulah CDC, Jabatan Kesihatan Awam U.S, American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), dan ramai pakar-pakar lain menyarankan semua wanita yang dalam usia sesuai untuk hamil, mengambil 400 mcg asid folik setiap hari. Ada juga kumpulan pengkaji yang menyarankan pengambilan sehingga 600mcg asid folik setiap hari selepas disahkan hamil. 

Wanita yang mempunyai masalah obesiti juga mempunyai risiko bayi mereka mengalami spina bifida. Oleh itu, doktor mungkin akan menyarankan supaya dos asid folik bagi kes sebegini dilebihkan. Sekiranya seseorang ibu itu pernah melahirkan anak yang mengalami spina bifida, doktor mungkin menyarankan dos sehingga 4,000 mcg asid folik sehari. Jika ibu itu sedang hamil anak kembar, dos asid folik yang diperlukan mungkin sehingga 1,000 mcg sehari. Apa pun, perbincangan lanjut dengan para doktor adalah sangat-sangat disarankan. 

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami Spina Bifida, bolehlah mendapatkan khidmat sokongan daripada Persatuan Spina Bifida Malaysia.

Bagaimana Shaklee Membantu? 

b-complex_transparent

B Complex Shaklee didatangkan dengan Asid Folik yang memang sesuai diambil oleh setiap wanita. Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untk mendapatkan keseimbangan dan keberkesaan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. 

Manfaat bagi kesuburan adalah:

  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan
  • Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama dalam kehamilan. 

Bagi mendapatkan keperluan nutrien yang lengkap sepanjang tempoh kehamilan, Cik Qila amat galakkan supaya ibu-ibu mengambil Set Lengkap Kehamilan. Bukan saja asid folik, zat besi, kalsium, DHA dan Omega-3, Vitamin C, Zink dan pelbagai lagi keperluan nutrien dapat dipenuhi. Sebagai ibu, semestinya kita akan cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak kan?

Nak dapatkan produk B Complex atau Set Kehamilan Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli Shaklee dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin dapatkan B Complex melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah 

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT

Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Bismillah. Assalamualaikum. Di entri yang lepas ada Cik Qila kongsikan tips mendapatkan zuriat. Jadi, hari ni Cik Qila nak kongsikan bagaimana Set Kesuburan Shaklee boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana untuk hamil. InsyaAllah.

Memetik tulisan Dr. Zubaidi di blognya, satu kajian di United Kingdom telah mendapati, satu daripada tujuh pasangan di UK akan mengalami masalah ketidaksuburan.

Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan adalah lebih kurang sama dengan perangkaan di UK, walaupun tiada kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pasangan yang beru berkahwin.

Pada kebiasaannya, 85% dari pasangan yang telah berkahwin dan melakukan jima’ secara kerap (selang 2 atau 3 hari) dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan akan hamil dalam masa setahun. Sementara 15% lagi hamil selepas dua tahun mencuba. Selain daripada sejarah seksual, ada beberapa lagi faktor yang perlu diambil kira sekiranya anda dan suami masih belum mempunyai cahaya mata.

FAKTOR USIA 

Menurut laman web Babycenter.com, usia memainkan peranan dalam menentukan tahap kesuburan suami isteri. Umum mengetahui kadar kesuburan semakin berkurangan apabila usia meningkat naik. Sekiranya sepasang suami isteri berusia dalam awal 20-an, Alhamdulillah, adalah dijangkakan mereka boleh hamil dalam masa kira-kira 5 bulan. Jika isteri berusia lebih daripada 35 tahun, teruskan mencuba, tetapi jumpalah doktor lebih awal berbanding kemudian sekiranya bantuan untuk hamil diperlukan.

ibu-muda
Faktor usia mempengaruhi kesuburan

PENGIRAAN WAKTU SUBUR

Walaupun kehamilan adalah salah satu bentuk rezeki, ianya juga masih memerlukan usaha daripada kedua-dua suami dan isteri. Adalah digalakkan untuk melakukan jima’ semasa isteri sedang dalam tempoh subur.

Waktu subur atau ovulasi adalah tempoh tertentu untuk telur disenyawakan dengan sperma. Sekiranya tiada persenyawaan, telur tersebut akan mati dan gugur bersama-sama dengan dinding rahim sewaktu haid. Peluang untuk hamil adalah tinggi sekiranya jima’ dilakukan pada waktu ini. Bagaimana untuk mengira waktu subur?

Di zaman teknologi serba moden ini, terdapat banyak cara untuk kita mengira waktu subur. Pelbagai apps boleh dimuat turun melalui telefon pintar dan apps ini akan mengirakan waktu subur anda secara automatik. Kebanyakan apps seperti Period Tracker dan My Calendar boleh membantu. Hanya masukkan tarikh hari pertama dan hari terakhir datang haid serta hari kitaran haid, apps tersebut akan nyatakan jangkaan waktu subur anda untuk bulan berikutnya.

period-tracker
Apps My Calendar

Anda juga boleh menggunakan Ovulation Kit yang dijual di farmasi untuk mengira waktu subur anda. 

clearblueopk
Kit Ovulasi

MASALAH-MASALAH LAIN

Anda juga mungkin mempunyai masalah kesuburan sekiranya:

  • Menghidap penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhea
  • Pernah menjalani pembedahan pada bahagian pelvis atau abdomen, contohnya pembedahan apendiks atau ovarian cyst
  • Suami pernah menjalani pembedahan hernia atau yang melibatkan testikal
  • Isteri mempunyai haid yang tidak tetap atau senggugut yang teruk
  • Isteri menghidap sindrom polisistik ovari (PCOS)
  • Isteri menghidap penyakit keradangan pelvis (PID)
  • Isteri menghidap endometriosis.
  • Isteri ada fibroid
  • Isteri pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini.  

 

Sebelum mencuba pelbagai jenis supplemen yang ada di pasaran, Cik Qila galakkan anda suami isteri untuk jalani pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti apakah punca sebenar ketidaksuburan anda. 

 

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

 

GLA COMPLEX 

gla-complex_tranparent

Kebanyakan GLA (Gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavalaibiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap softgel mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Digabungkan dengan Vitamin E dan minyak bunga matahari untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara dengan ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal dan mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaatnya termasuklah:

  • mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Membantu menghasilkan dan meningkatkan mukus serviks yang berkualiti. Tugas mukus serviks adalah untuk membantu pergerakan sperma berenang ke ovum dan memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim 
  • Menguatkan plasenta dan mengoptimumkan persekitaran rahim bagi meningkatkan peluang persenyawaan berlaku

 

B COMPLEX 

b-complex_transparent

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semula jadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampi99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untk mendapatkan keseimbangan dan keberkesaan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin bersifat larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem perkumuhan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. 

Manfaat bagi kesuburan adalah:

  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan
  • Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama dalam kehamilan. 

 

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

vita-c-plus-transparent

Setiap tablet Vita C Shaklee mengandungi khasiat yang menyamai 7.5 biji oren. Setiap tablet juga dilengkapkan dengan 120mg bioflavonoid yang diekstrak daripada kulit buah oren. 

Manfaatnya termasuklah:

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Meningkatkan paras hormon progesteron supaya badan bersedia untuk kehamilan
  • Anti-oksida semula jadi

 

VITA-LEA IRON FORMULA

vita-lea-transparent

Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutannya kepada “Vita-Min”, dan kini vitamin adalah perkataan yang sinonim dengan kita. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang kita kenali sekarang. 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vita-Lea disaluti dengan spirulina dan dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi “Explo-Tab” untuk larutan pantas di dalam tubuh. 

Manfaatnya termasuk:

  • Penambahan tenaga segera
  • Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanita
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon

 

ALFALFA COMPLEX

alfalfa-nutrition-transparent

Alfalfa telah digunakan sejak lebih daripada 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaatnya termasuk:

  • Membantu masalah keputihan
  • Membantu masalah sakit senggugut (makan bersama Ostematrix)
  • Turut bertindak sebagai agen perapat hubungan suami isteri

 

VITA E COMPLEX 

vita-e-complex-transparent

Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Mengandungi 8 jenis Vitamin E (alpha,beta,gamma dan delta). Selain daripada itu, Vita E Complex dilengkapkan dengan 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah, dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti merkuri, kadmium selain daripada mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama termasuklah:

  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif – kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600UI-800UI Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 
  • Kelestarian tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen

 

Untuk dapatkan konsultasi berkesan berkenaan cara pengambilan Set Kesuburan yang betul, hubungi Cik Qila di 

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui portal E-Sell? Sila klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : PRODUK YANG DISEBUT DALAM BLOG/LAMAN WEB INI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT

3 Tips Mendapatkan Zuriat

Bismillah. Assalamualaikum. Hari ni Cik Qila nak menulis pasal zuriat. Bagi semua pasangan yang dah bernikah, anak atau zuriat ni boleh dikatakan pelengkap rumahtangga. Bahagia terasa bila rumah dihiasi dengan gelak tawa anak kecil. Berlari dari satu sudut rumah ke sudut yang lain. Dari lahir, mula meniarap, lepas tu merangkak. Bila dah dapat kaki, mulalah berlari. Dari menangis, merengek, mula lah pandai bercakap. Lagi-lagi bila dah pandai panggil “ummi”, “mama”, “mommy”. Eh, jauh pulak Cik Qila berangan. 

Tapi bagi sesetengah pasangan, rezeki zuriat tu tak datang dalam sekelip mata. Ada yang berhabis beribu ringgit berusaha jalani rawatan kesuburan. Mencuba bermacam petua. Tapi, sebagai orang Islam, ada doa-doa yang boleh diamalkan sebagai salah satu bentuk untuk kita berusaha. Allah tu kan Maha Mendengar. Tips ni Cik Qila dapat dari buku “Tahniah, And Hamil!” 

DOA ANAK SOLEH

Lazimkan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan berguna kepada agama, seperti yang telah diucapkan oleh para nabi. Firman Allah swt,

doa-anak-soleh

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Permohonan.”

(Surah Ali ‘Imran 3:38)

MEMELIHARA KEBERKATAN REZEKI

Menjaga pemakanan dan sumber yang digunakan agar tidak termasuk daripada perkara yang haram. Makanan haram yang telah menjadi darah daging merupakan salah satu penyebab doa tidak diterima.

Abu Hurairah r.a. berkata,

“Kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki yang berada dalam perjalanan yang jauh, dalam keadaan kusut dan berdebu, serta mengangkatkan kedua-dua tangannya ke langit, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.’ (Nabi bersabda,) ‘Sedangkan makanannya daripada sumber haram, minumannya dari sumber haram,pakaiannya daripada sumber haram, dan dia diberi makan daripada yang haram. Maka, bagaimanakah doanya akan diperkenankan?'”

(Riwayat Muslim)

SEDEKAH DAN ISTIGHFAR

Pasangan suami isteri yang berhasrat untuk memiliki anak hendaklah memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Dengan sedekah, Allah swt akan memberi ganti yang lebih baik kepada pemberi. Manakala istighfar pula dapat menyucikan diri daripada dosa yang (sedikit sebanyak) menghalang seseorang hamba mendekatkan diri kepada Tuhannya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubat.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a, beliau berkata,

“Seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi s.a.w dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, saya masih belum dikurniakan anak, dan tiada anak yang dilahirkan untuk saya lagi.’ Lalu Baginda bersabda, ‘Di manakah tempatmu pada amalan memperbanyakkan istighfar dan sedekah? (Dengan amalan tersebut) nescaya kamu akan dikurniakan anak.'”Jabir berkata, “Lantas lelaki itu banyak bersedekah dan beristighfar.” Jabir berkata lagi, “Maka, dia pun dikurniakan sembilan orang anak lelaki.”

(Riwayat Abu Hanifah dalam Musnad Abi Hanifah)

Semoga dengan mengamalkan tips ini, Allah makbulkan hasrat kita untuk mempunyai zuriat sendiri. Tapi, Cik Qila nak ingatkan, dalam keterujaan kita nak memiliki zuriat sendiri, haruslah diingat, anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Di bahu kitalah terletaknya tanggungjawab untuk mendidik dan memelihara anak itu dengan telunjuk yang betul berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Agar nanti tidak dipersoal di akhirat.

Bagi yang belum mempunyai anak sendiri macam Cik Qila ni, selalulah berfikiran positif. Cik Qila sendiri suka mengambil pendirian yang Allah nak beri masa untuk Cik Qila belajar macam mana nak jadi ummi yang baik. Mungkin 2 tahun pertama perkahwinan ni, Allah nak Cik Qila lihat ibu bapa di sekeliling Cik Qila dan kutip ilmu daripada mereka.

Banyak sungguh ilmu parenting, ilmu tentang breastfeeding, ilmu babywearing, emosi anak, ilmu komunikasi teknik nabi dengan anak-anak. Banyak tak terkata. Makin belajar, makin banyak pula yang Cik Qila tak tahu rupanya. Cik Qila percaya, masanya nanti akan tiba juga kan untuk Cik Qila dukung baby sendiri? 🙂

Sampai jumpa lagi.

7 Tips Atasi Kemurungan Selepas Keguguran

 

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Buat apa cuti panjang ni? Mesti ada yang ambil peluang balik kampung kan? Since Cik Qila ni memang orang pure KL, kampung kat sini-sini je, kita manfaatkanlah masa yang ada ini untuk update blog yang bersawang ni. 😛

Sebenarnya Cik Qila nak sambung cerita mengenai “molar pregnancy” atau kehamilan anggur yang Cik Qila alami pada tahun 2014. Pada yang agak-agak lupa ceritanya, boleh baca di SINI. Seperti juga wanita-wanita lain, tentulah excited gila bila buat pregnancy test naik dua line kan? Masa tu lah dah mula berangan nama anak, baju warna apa, barang apa nak beli, nak decorate bilik semua kan? Tapi, bila angan-angan hanya tinggal angan-angan,tentu hati akan rasa remuk, hancur, menangis tiap-tiap malam kerana zuriat yang ditunggu tak diizinkan Allah untuk lahir ke dunia kan? Macam tu lah jugak yang Cik Qila rasa. Tambah lagi, bila semuanya terpaksa dihadapi seorang diri sebab Encik Zauji tak dapat pulang ke Malaysia waktu itu.

Jadi, macam mana sebenarnya kita nak hadapi kehilangan? Cik Qila percaya, Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Walaupun kehilangan itu menyakitkan, tetapi mungkin juga Allah tahu yang kami suami isteri sebenarnya belum bersedia untuk membesarkan anak sendiri. Tambahan lagi, situasi kami ketika itu (pada pendapat peribadi Cik Qila, at least) memang sangat tidak sesuai untuk berkeluarga. 

Anyways, macam yang Cik Qila dah janjikan, hari ini Cik Qila nak kongsi tips untuk elakkan kemurungan selepas kehamilan anggur atau pun keguguran, mengikut pengalaman Cik Qila sendiri. 

the

1. REDHA DENGAN KETENTUAN

Sebagai orang Islam, kita hendaklah yakin dan percaya dengan Qada’ dan Qadar. Apa sahaja yang berlaku adalah di atas kehendak dan izin Allah SWT. Kita, sebagai hamba perlu percaya akan hikmah di atas setiap segala yang berlaku.

Ucapkanlah kalimah istirja’ iaitu

Innalillahi wa inna ilahi rajiun.

Kita ini milik Allah, dan kepadaNya kita kembali

Kalimah istirja’ ini juga merupakan satu doa yang digalakkan baca apabila ditimpa musibah. 

Dalam Shahih Muslim, disebut Bab Doa Ketika Ditimpa Musibah, salah satu hadithnya ialah:

Dari Ummu Salamah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah, lalu dia mengucapkan doa yang diperintahkan oleh Allah,

إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. الَّهُمَّ أَجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajurni fi mushibati wa akhlif li khairan minha
(Sungguh kami hanya milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.)

melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dari yang hilang.”

2. MENANGIS

Wanita ni memang terkenal dengan drama air mata. Tambahan lagi dengan hormon semasa hamil yang tidak stabil. Bila alami keguguran, perasaan sedih mesti ada. Jadi, menangislah sepuasnya. Suarakan kesedihan dan rasa hati pada suami. Elakkan duduk berseorangan dan melayan perasaan yang sedih seorang diri. 

3. ZIKIR

Sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah. Ingat Allah sepanjang masa. Dalam Surah Ar-Rad ayat 28 pun dah sebut, “Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Bila tiba-tiba rasa sedih, ambil masa tenangkan diri sekejap dan teruskan berzikir. 

4. MAKAN MAKANAN SEIMBANG

Sepanjang proses berpantang, pastikan makanan-makanan berkhasiat diambil untuk memastikan keperluan nutrien tubuh dipenuhi. Banyak menu-menu sihat yang sesuai diambil oleh wanita keguguran semasa berpantang. Sebaiknya sebagai orang Melayu, ambillah petua-petua lama. Elakkan makanan sejuk dan berangin.

5.  DAPATKAN TIDUR DAN REHAT  YANG CUKUP 

Ambil kesempatan sepanjang waktu pemulihan ini untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur yang cukup mampu membantu stabilkan emosi semasa dalam tempoh berpantang. Jika hospital bagi cuti sakit yang sedikit, pergi ke klinik dan minta cuti sakit lagi. Pastikan badan dapat rehat yang betul sebelum kembali bekerja. 

6. BERURUT

Ya, wanita yang keguguran pun perlu berurut. Banyak pakej-pakej rawatan berurut ditawarkan di pasaran. Pilihlah pakej-pakej yang sesuai. Berurut mampu mengembalikan rasa relaks, mengendurkan urat-urat yang tegang dan mengembalikan rahim ke tempat asalnya.

7. AMALKAN SET BERPANTANG DAN SUPPLEMEN

Untuk kembali sihat dan cergas, amalkan Set Berpantang dan Supplemen dan sesuai. Di Shaklee, Set Berpantang Premium terdiri daripada ESP, VitaLea, Vita C, Alfalfa, Zinc Complex, B Complex dan Ostematrix. Made with Square InstaPic

  • ESP – kaya dengan 9 asid amino penting dalam membaiki sel yang rosak. Diperbuat daripada kacang soya non-GMO yang diproses pada suhu rendah. Sangat baik dalam pemulihan ovari dan uterus. Mempercepatkan proses pemulihan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • VITA-LEA IRON FORMULA – multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Memberikan tenaga, mencergaskan tubuh dan membantu daya ingatan. Iron pula sesuai untuk ibu-ibu yang kehilangan banyak darah.
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS – Merangsang pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Membantu membina sel darah merah dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. 
  • B COMPLEX – Melawan tekanan, memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan insomnia. 
  • ALFALFA COMPLEX – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit. 
  • OSTEMATRIX – Menguatkan tulang, mengatasi kekejangan, menggalakkan tidur yang selesa. Juga memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam.
  • ZINC COMPLEX – Mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman dan luka pembedahan. 

 

Cik Qila doakan sesiapa yang membaca entri ini sekiranya sedang mengalami kesedihan akibat kehamilan anggur atau keguguran atau musibah-musibah lain berkaitan kelahiran, semoga dapat bersabar dan dikurniakan Allah dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah. 

Jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan SET BERPANTANG  anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Kisah Cik Qila dan “Molar Pregnancy”

Bismillah.

Assalamualaikum. Buat apa semua di hari Sabtu ni? Di hari mendung ni, Cik Qila duduk di rumah saja. Pagi-pagi dah mengemas rumah, salin cadar, mop dan vacuum rumah. Sambil-sambil vacuum, baru perasan vacuum dah mintak ganti. Suction power dah takde. Apa lagi, bukalah Lazada untuk survey harga vacuum baru. Tapi hari ni, bukan nak cerita pasal vacuum tapi pasal baby. Hehe.

babycenter
My 2nd pregnancy

Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal baby ni? Saje je Cik Qila bukak website BabyCenter.com tadi. Rupanya account Cik Qila kat website ni masih ada dan lupa nak log out lepas keguguran dulu. Bukak-bukak, terus terpampang usia “anak” Cik Qila yang patutnya dah 9 bulan usianya. Hehe. 9 bulan jika Allah izinkan dia lahir ke dunia. Tapi, nak buat macam mana, masih belum ada rezeki untuk Cik Qila dan Encik Zauji nak ada zuriat sendiri. Buat masa ni, Cik Qila tumpang main-main dengan anak-anak Encik Zauji dan Kak Honey lah dulu ye. 🙂

Tapi, tapi, tapi. Bukan pasal baby ini yang Cik Qila nak ceritakan. Cik Qila nak kongsi pasal “Molar Pregnancy”. Ya, masa Cik Qila mengandung kali pertama dahulu, which is pada tahun 2014, di usia kandungan 6 minggu, doktor diagnos Cik Qila kena “molar pregnancy”. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Okay, jom kita belajar serba sedikit tentang “Molar Pregnancy” ni dan adakah kita berisiko untuk menghidapinya.

APA ITU KEHAMILAN ANGGUR?

Merujuk kepada Babycenter.com, “molar pregnancy” atau bahasa melayunya dikenali sebagai kehamilan molar/anggur adalah komplikasi yang jarang-jarang berlaku. Kandungan molar ini terjadi apabila telur dan sperma bertemu semasa persenyawaan tapi, sel-sel tidak membesar menjadi janin yang sihat. Jika dirujuk dalam blog Dr Sharifah, kehamilan molar/anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu berupa anggur. 

kehamilan-molar1

Kebanyakan wanita yang mengalami kehamilan anggur pada awalnya akan mempunyai simptom-simptom kehamilan yang normal seperti muntah-muntah dan pening. Tetapi, setelah beberapa minggu, pendarahan akan mula berlaku dan tanda-tanda yang tidak sihat akan mula ketara. 

Macam Cik Qila, di awal kandungan selalu rasa seram sejuk. Balik kerja mesti nak kena masuk selimut dulu sebab badan rasa sangat-sangat sejuk. Cik Qila tak alami muntah-muntah tapi pendarahan mula berlaku pada minggu keempat. 

BAGAIMANA KEHAMILAN ANGGUR TERJADI?

Sebenarnya Cik Qila dikesan alami kandungan molar oleh doktor di wad EPAU, Hospital Sg. Buloh. Masa di penghujung minggu kelima kandungan, doktor di klinik swasta kata Cik Qila dah keguguran dan cuma perlu tunggu janin jatuh sendiri. Siap dapat ubat tahan sakit lagi. Tapi bila dah tunggu dua hari masih tiada tanda-tanda nak keluar, Cik Qila decide nak pergi ke hospital bila janin yang dikatakan keguguran tak jatuh sendiri. Minta tolong ayah hantarkan sebab Encik Zauji dah kena berkursus di Jepun waktu itu. 

Nak dipendekkan cerita, Cik Qila dah mula google pasal “molar pregnancy” lepas kena scan dengan doktor di hospital. Ye lah, siapa yang tak berdebar bila doktor kata kehamilan anggur ni ada kecenderungan untuk jadi kanser dan tak boleh mengandung lagi sepanjang rawatan susulan selama setahun setengah. Gigih masa tu Cik Qila google dan wassap panjang-panjang ke Encik Zauji. 

Rupanya kehamilan anggur ni terjadi bila terdapat masalah tertentu dengan kromosom dalam telur yang disenyawakan. Dalam kehamilan normal, ibu akan sumbangkan 23 kromosom, ayah pula akan sumbangkan 23 kromosom lagi, menjadikan 46 kromosom kesemuanya. Tapi, bagi kehamilan anggur, terdapat kelainan di mana kromosom yang bergabung bukanlah 46 seperti yang sepatutnya. 

JENIS-JENIS KEHAMILAN ANGGUR

Ada dua jenis kehamilan anggur.

  1. Complete molar pregnancy (kehamilan anggur lengkap). Untuk jenis ini, telur yang disenyawakan tidak mempunyai kromosom daripada ibu tetapi kromosom dari bapa diduplikasikan. Kehamilan jenis ini tidak membenarkan tumbesaran janin, kantung atau embrio. Sebaliknya jika discan, yang kelihatan hanyalah tisu-tisu cyst yang kelihatan seperti gugusan anggur. 
  2. Kehamilan anggur separa (partial molar pregnancy). Untuk partial molar pregnancy ni, telur yang disenyawakan mempunyai 23 kromosom daripada ibu, tetapi 2 set kromosom daripada ayah. Maksudnya, ada 69 kromosom yang bergabung berbanding 46 yang sepatutnya. Ini boleh terjadi apabila kromosom daripada ayah diduplikasi atau dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Beza dengan kehamilan angur lengkap, kehamilan anggur separa ini membolehkan uri untuk membesar. Maksudnya, akan terdapat kewujudan embrio dan kantung. Tapi, keganjilan kromosom masih lagi menyebabkan janin tak berkembang dengan cara yang sepatutnya. 

kehamilan-molar2

Sebenarnya Cik Qila sendiri tak berapa pasti Cik Qila kena partial atau complete molar. Cik Qila assumed it was a partial since scan masa minggu keempat di klinik swasta ada nampak kantung. Hehe. 

TANDA-TANDA KEHAMILAN ANGGUR 

Okay, macam mana kita nak tahu sama ada tanda-tanda kehamilan anggur atau tidak? Jom kita tengok tanda-tanda di bawah ni. 

  1. Turun darah. Mungkin berwarna merah terang atau coklat, berterusan atau putus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh berlaku seawal enam minggu kehamilan atau selewat 12-16 minggu. Cik Qila mula alami “brown spotting” semasa minggu keempat/kelima.
  2. Keluar tisu-tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina. 
  3. Loya dan muntah yang teruk.
  4. Kekejangan perut. Kerana rahim berkembang lebih cepat daripada biasa. Cik Qila ada alami sakit-sakit perut. Masa di wad EPAU Hospital Sg. Buloh, doktor yang periksa Cik Qila beritahu yang saiz rahim Cik Qila dah macam orang hamil 12 minggu. Padahal waktu tu, kandungan baru enam minggu.
  5. Preeclampsia. Tekanan darah tinggi yang serius sebelum kandungan mencapai 20 minggu.
  6. Pucat. Kurang darah.
  7. Sindrom hyperthyroid. Berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung. Cik Qila cuma alami kesejukan.
  8.  Batuk darah semasa mengandung.
  9. Imbasan ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungandan rahim lebih besar daripada umur kandungan. 
  10. Tahap hormon hCG jauh lebih tinggi dari biasa. Dari ujian darah, paras hormon hCG Cik Qila sebelum D&C adalah dalam 53,000 (kalau tak silaplah).

RISIKO KEHAMILAN ANGGUR

Apakah risiko seorang wanita untuk mengalami kehamilan anggur? Merujuk kepada pakar Babycenter, Dr. Patrick Chia, di Malaysia, statistik kehamilan anggur adalah 2.8 dalam 1000 kehamilan dan lebih cenderung terjadi di kalangan wanita Cina, walaupun tiada sebab yang pasti. 

Risiko untuk mengalami kehamilan anggur sekiranya anda:

  • berusia 40 tahun ke atas
  • mempunyai sejarah kehamilan anggur
  • mempunyai sejarah keguguran
  • tidak mendapat sejenis vitamin A (betacarotene) yang cukup 

Cik Qila tidak tergolong dalam kumpulan di atas tapi masih lagi alami kehamilan molar. Jadi, mungkin kajian ini perlu dikemaskini. 🙂

RAWATAN KEHAMILAN ANGGUR

Apa rawatan yang akan diberikan oleh doktor apabila seseorang itu dah disahkan mengalami kehamilan molar? Pertama sekali, ujian-ujian darah akan dijalankan dan imbasan lanjut akan dilakukan untuk mengenalpasti tahap dan komplikasi kehamilan anggur.

Kemudian, pembedahan minor dipanggil “dilatation & curettage” (D&C) akan dijalankan untuk mengeluarkan tisu-tisu molar daripada rahim. Ada yang kena full bius, ada yang kena epidural. Macam Cik Qila, kena cucuk epidural je. Jadi, I was fully awake throughout the whole process. Risau masa lepas cucuk epidural tu, sebab jari still lagi boleh gerak-gerak. Haha. Rupanya doktor tunggu sampai betul-betul dah kebas baru mulakan prosedur. Selamat. Keke. 

dc

Ada sesetengah kes, sel-sel molar/anggur tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya semasa D&C dan bagi kes yang lebih serius, rawatan perlu disusuli dengan sesi kemoterapi untuk memusnahkan semua sel-sel molar. Penting untuk semua sel-sel molar ini dikeluarkan dari rahim kerana terdapat kemungkinan sel-sel ini boleh merebak ke organ-organ lain melalui darah seperti merebak ke paru-paru, hati dan otak. Walaupun sel-sel ini boleh merebak, keadaan ini dapat dipulihkan hampir 100% setelah kemoterapi. 

Selepas daripada D&C, Cik Qila masih perlu buat rawatan susulan. Perlu ke Klinik Pakar O&G di Hospital Sg. Buloh untuk periksa tahap hormon HcG dalam darah. Mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali. Bila dah makin turun, perlu check darah tiga bulan sekali, enam bulan sekali dan setahun sekali. Sepanjang tempoh ni, sepatutnya tak boleh hamil sebab akan mengganggu bacaan hormon HcG tu. Makan pil pun tak digalakkan. IUD pun tak boleh pakai. Kata doktor yang rawat Cik Qila, IUD tak sesuai untuk dipakai sebab lepas kena kehamilan anggur ni, rahim sangat lembut. Kalau pakai IUD, ada kemungkinan rahim boleh koyak. Jadi, perlu merancang sendiri lah untuk tidak hamil. 

Masa ni lah Cik Qila mula kenal dengan Shaklee untuk baiki rahim yang luka. 🙂 Nak tahu Cik Qila consume apa dan apa yang Cik Qila buat untuk pulih emotionally daripada molar ni, kita sambung dekat entry lain pulak ye? 

Sampai jumpa lagi. InsyaAllah. 

Ingin dapatkan produk-produk Shaklee sesuai dengan bajet?

Jom hubungi Cik Qila. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

 

Minyak Ikan Superfood Untuk Perkembangan Otak Bayi

omega-guard-baby
Syafi dan Ummi

 

Kehamilan merupakan momen terindah bagi setiap yang bergelar wanita. Saat diketahui ada insan kecil yang sedang membesar di dalam tubuh kita, seakan dunia hanya tertumpu kepada anak yang bakal dilahirkan. Cik Qila pun tak terkecuali. Gembira tak terkata kan?

Rata-rata semua mengetahui insan kecil itu perlu nutrien yang cukup untuk memastikan perkembangan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Semua ibu dan bapa semestinya mahukan yang terbaik untuk anak di dalam kandungan. Pemakanan dan gerak geri ibu disusun rapi, ibadah dipertingkatkan dan pelbagai doa dipanjatkan demi anak yang bakal lahir sempurna dan selamat hendaknya.

Bagaimana dengan perkembangan otak anak-anak? Sering kali kita menonton televisyen dan mendengar susu-susu formula yang diperkaya dengan DHA dan EPA untuk perkembangan otak. Ditambah itu dan ini kononnya boleh jadikan anak lebih bijak dan cerdas. Hari ini, Cik Qila nak kongsi kepentingan minyak ikan dalam diet ibu hamil untuk perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

(Nota: Cik Qila tidak menggalakkan susu formula, bahkan menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif)

OMEGA – 3

Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Selepas proses kelahiran, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 melalui susu ibunya.  Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3 yang cukup, tubuh ibu akan kekurangan Omega-3 dan akan berterusan untuk menurun untuk kehamilan seterusnya.

Penambahan EPA dan DHA dalam diet wanita hamil memberi kesan berikut:

  • meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi
  • mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi
  • mencegah kelahiran pramatang
  • mengurangkan risiko pre-eklampsia
  • mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  • mengurangkan risiko meroyan/kemurungan (post-natal depression)

 

Kajian mendapati ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 mampu untuk meningkatkan kemampuan otak bayi. Omega-3 dihasilkan di dalam tubuh dengan kadar dan tempoh yang sangat perlahan. Oleh itu, manusia mendapatkan sumber omega-3 daripada diet seharian.

Satu kajian oleh Harvard Medical School merumuskan bahawa semakin banyak ikan yang dimakan oleh wanita hamil sepanjang trimester kedua, lebih tinggi peluang bayi mereka untuk cemerlang di dalam ujian perkembangan mental semasa usia 6 bulan. Menurut Dr. Lisa Elliot, Professor Madya di Rosalind Franklin University of Medicine and Science, Chicago, Omega-3 terdapat di dalam sel membran otak, yang mempengaruhi pelbagai fungsi otak. (Kredit)

Walaubagaimanapun, hanya ikan yang berminyak sahaja yang baik untuk ibu hamil kerana bukan sahaja kaya dengan asid lemak omega-3 tetapi juga vitamin-vitamin dan nutrien penting lain. Ibu-ibu hamil boleh memilih pelbagai jenis ikan berminyak seperti:

  • salmon
  • cencaru
  • kembung
  • bawal hitam
  • sardin
  • tenggiri
  • terubuk
  • belut
  • keli
  • tongkol
  • selar kuning
  • ikan bilis

Antara sumber makanan lain yang kaya dengan asid lemak omega-3 adalah petai, kacang panjang, kacang buncis, tofu, kacang soya, walnut, sayuran hijau berdaun, telur, susu, keju dan bijan.

Perlu diingatkan juga bahawa ikan yang hidup di laut terdedah kepada pencemaran merkuri dan ibu hamil disarankan mengehadkan pengambilan ikan sebanyak 2 hidangan sahaja seminggu. Selain daripada merkuri, ikan juga terdedah kepada pencemaran PCB (polychlorinated biphenyls) dan dioksin. (Kredit)

BAGAIMANA NAK DAPATKAN SUMBER MINYAK IKAN OMEGA-3 YANG SELAMAT?

Sekiranya ada ibu hamil yang tidak menggemari ikan berlemak seperti salmon atau sardin, makanan tambahan yang mengandungi Omega-3 boleh dipilih. Panduan Diet Amerika tahun 2015 mengesyorkan ibu hamil untuk mengambil 8-12 oz makanan laut seminggu yang bersamaan dengan 250mg omega-3. Omega-3 dalam bentuk supplement lebih selamat kerana bebas daripada pencemaran merkuri atau PCB.

Walaubagaimanapun, berhati-hati dengan supplement omega-3 yang diambil daripada sumber minyak hati ikan kod kerana dikhuatiri mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi yang boleh menjadi toksik kepada ibu hamil.

OMEGA GUARD SHAKLEE – SUMBER OMEGA-3 YANG SELAMAT DAN BERKESAN 

Omega Guard dari Shaklee adalah minyak ikan tulen berkepekatan tinggi yang membekalkan asid lemak Omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Terdiri daripada tujuh komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian Omega Guard (3 kapsul) membekalkan sehingga 990mg asid lemak omega-3 sehari.

Bezanya Omega Guard dengan minyak ikan omega-3 jenama lain adalah dari segi penghasilannya. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan propritari tiga kali yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Antara fungsi lain Omega Guard Shaklee adalah mengurangkan risiko penyakit jantung, bersifat anti-radang, mengurangkan simptom alahan, membaiki kulit kering dan garis halus serta memelihara kesihatan otak.

dav

 

Sekarang cuba kita bandingkan kandungan Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee dengan jenama lain di pasaran.

omega-guard1omega-guard2

Bulan Oktober 2016 adalah bulan promosi Omega Guard. Beli 6 percuma 1 atau dapatkan 2 botol dengan diskaun 5%. Tapi, benda baik kan harus dikongsi. Cik Qila nak kita kongsi rezeki sama-sama untuk beli 7 botol bersama-sama.

Bonus berganda-ganda bila anda berjaya cari 6 orang kawan untuk beli Omega Guard bersama. Bukan saja dapat sebotol percuma, tapi keahlian percuma dan Vitamin C percuma sebab beli 6 botol Omega Guard melayakkan anda untuk dapat 200uv. Boleh klik SINI untuk bonus keahlian baru bulan Oktober ni.

Jom hubungi Cik Qila untuk dapatkan Omega Guard anda di:

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee

 

PENAFIAN : Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit