Perihal Si Gigi Bongsu

Teks: Aqilah Rohizad

Foto : Aqilah Rohizad & Google

Dalam meniti usia dewasa ni, wajib di kalangan kita untuk merasa seksanya tumbuh gigi geraham bongsu. Kenapa Cik Qila kata seksa? Sebab kesakitannya boleh buatkan sakit kepala, mood ke laut, hilang selera makan, rasa nak marah dan hilang berat badan. Gusi bengkak, kadang bernanah. Nak buka mulut pun sakit apatah lagi nak mengunyah makanan. Bubur nasi lembut sajalah yang bantu alas perut. Disebabkan kesakitan yang dialami inilah Cik Qila terpanggil untuk menulis entri berkenaan gigi bongsu.

Apa Itu Gigi Bongsu?

Memetik tulisan Dr. Husna Razak di sini, gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh du bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang. Dalam Bahasa Inggeris pula disebut sebagai “third molar”. Kebiasaannya, seorang manusia dewasa akan mempunyai 4 batang gigi bongsu, dua di atas dan dua di bawah. Gigi bongsu ini akan mula tumbuh pada tahun 18 tahun atau lebih. 

Mengapa Gigi Bongsu Itu Menyakitkan?

Mungkin ada yang terfikir, mengapa pertumbuhan gigi bongsu ini amat sakit? Tidak seperti gigi susu atau kekal yang lain? 

Ini kerana kadang kala gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Ada dua punca utama kepada masalah ini:

  1. Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika seseorang itu mempunyai rahang yang kecil
  2. Dihalang gigi lain. Seperti gigi geraham besar kedua yang tumbuh di hadapan gigi bongsu.

Gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh dengan sempurna dipanggil gigi terimpak atau “impacted tooth”. Gigi yang separa terbenam di dalam rahang ini akan menyebabkan kesakitan sekiranya:

  1. Pericorontis atau radang gusi. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh menjadi lubuk pembiakan bakteria apabila sisa makanan terkumpul di situ. Antara ciri-ciri pericorontis adalah gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir dan bernanah. Jika berlanjutan, boleh menyebabkan bengkak di bahagian muka dan sukar untuk membuka mulut. 
  2. Karies gigi. Gigi terimpak yang dihalang tumbuh oleh gigi depannya akan mudah mendapat karies gigi atau pereputan struktur gigi. Senang kata karies gigi ni adalah gigi yang berlubang. Sakit tau!!
  3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis). Ini adalah penyakit gigi yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Gigi bersebelahan dengan gigi bongsu tersebut mungkin akan jadi sangat longgar dan mungkin menyebabkan gigi lain terpaksa dikorbankan.
  4. Penyakit patalogi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Bengkak yang pada mulanya kecil dan membesar dalam sesuatu tempoh masa mungkin adalah tanda-tanda awal tumor.

 

kedudukan-geraham-bongsu-terimpak

 

Gambar ini adalah contoh bagaimana geraham bongsu mengalami kesukaran untuk tumbuh. Ada yang tumbuh menyenget, ada yang lurus, ada yang melintang. Kita rasa sakit sebab gigi tak cukup ruang atau tak tumbuh dengan cara yang sepatutnya. 

Bagaimana Untuk Merawat Gigi Geraham Bongsu Yang Sakit?

Cara paling mudah untuk melegakan rasa sakit adalah dengan mencabut gigi bongsu tersebut secara pembedahan. Tapi, Cik Qila percaya, ada di kalangan kita yang lebih rela menanggung sakit kerana sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. 

Pembedahan akan dilakukan menggunakan bius setempat atau “local anaesthesia” dan mungkin akan mengambil masa antara 20 minit sehingga 1 jam, bergantung kepada tahap kesukaran. 

Di sini ada Cik Qila sertakan video bagaimana pembedahan mengeluarkan gigi geraham bongsu ini dijalankan. 

Bagi sesetengah kes, gigi dah tumbuh lurus cantik tetapi terdapat lebihan gusi yang menutup geraham bongsu. Kes ini dinamakan “operculum”.  Operculum ini boleh terkepit atau hancur di antara gigi dan gigi bersebelahan semasa mengunyah makanan. Ini menyebabkan tisu operculum dan kawasan sekitarnya mengalami keradangan. Sisa makanan yang tertinggal di dalam operculum ini juga boleh menyebabkan jangkitan kerana menjadi tempat bakteria membiak. 

Menurut doktor gigi, rawatan mudah untuk masalah gigi melibatkan operculum ini adalah “deep scaling” atau mencuci gigi. Rawatan kedua adalah pemotongan lebihan gusi tersebut yang dipanggil “Operculectomy”. 

 operculectomy

Bila dah dibuang lebihan gusi ni, rasanya kuranglah risiko untuk diserang radang atau nanah bila sisa makanan terkumpul. Akan tetapi, penjagaan oral yang betul juga perlu dititikberatkan.

Supplemen Shaklee Untuk Sakit Gigi?

 

“Cik Qila, Shaklee ada tak supplemen untuk kurangkan sakit gigi?”

 

Jujurnya, jika sakit yang melibatkan gigi adalah lebih baik untuk dirujuk ke klinik gigi untuk diperiksa oleh mereka yang lebih pakar. Tapi, jika nak makan supplemen untuk kesihatan gigi yang baik dan berpanjangan, ada beberapa vitamin yang Cik Qila boleh cadangkan. 

Sustained Release Vita C Plus

vita-c-plus-transparent

Vitamin C penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Selain daripada itu, vitamin C juga membantu meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

 

Ostematrix

oste-matrix

Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan Ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

Garlic Complex

garlic-complex

Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semula jadi untuk masalah sakit gigi memang telah dipraktikkan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria. Bawang putih mengandungi alisin yang memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan dan antibiotik semula jadi. 

Apa pun, Cik Qila nasihatkan untuk terus berjumpa dengan doktor gigi ya sekiranya sakit gigi makin melarat. Selain daripada supplemen, penjagaan gigi yang baik seperti memberus, flossing dan berkumur dengan cecair khas juga penting untuk pastikan kesihatan gigi yang sempurna.

Nak dapatkan supplemen khas untuk penjagaan gigi? Hubungi Cik Qila sekarang di

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

esellshaklee