TTC : Jaga Pemakanan Sejak Dari Mula

Bagi pasangan suami isteri yang sedang cuba untuk hamil atau TTC, selain daripada menjalani rawatan kesuburan, mereka juga perlu mengamalkan diet yang sihat untuk meningkatkan peluang mereka untuk hamil. Tak percaya? Okay, rasanya semua tahu yang badan kita ini terdiri daripada pelbagai sel. Kulit, rambut, mata, organ dalaman kita semuanya bermula daripada sel. Bagi seorang wanita, sel terpenting dalam tubuh badannya untuk hamil tentulah ovum atau telur. Manakala bagi seorang lelaki pula, sperma yang sihat diperlukan untuk mensenyawakan telur. Selalunya bila seorang wanita itu hamil, barulah mula nak jaga pemakanan, mak-mak dan kawan-kawan bagi bermacam nasihat supaya kandungan terjaga. Oleh itu, prinsip yang sama juga perlu diambil semasa sebelum hamil lagi. Kita perlu ingat bahawa apa yang kita makan memberi kesan kepada darah, sel dan hormon dalam badan.

Jika diperhatikan dari segi budaya, terdapat pelbagai petua yang diperturunkan dari nenek moyang kita untuk meningkatkan kesuburan. Lebih-lebih lagi orang Melayu. Ada yang sarankan makan tauge, kentang dan pelbagai herba lain. Jadi di dalam entri ini, Cik Qila nak kongsikan beberapa nutrien penting yang boleh meningkatkan kadar kesuburan.

 

Elakkan Kafein

Kafein sememangnya bukan teman yang baik untuk sihat. Lebih-lebih lagi sekiranya kita bercadang untuk hamil. Ada kajian yang mendapati pengambilan kafein yang tinggi setiap hari memberi kesan kepada ketidaksuburan. Macam mana pengambilan tinggi tu? Experts kata lebih daripada 500mg kafein sehari, which is dalam 3-4 cawan kopi bersaiz 8oz. Kafein ni bukanlah kopi semata-mata. Dalam teh dan minuman berkarbonat seperi Coke dan Pepsi pun ada kafein juga. Kalau kita ni memang peminum kopi tegar, cuba kurangkan pengambilan kepada 300mg sehari. Pada yang tak berapa tegar minum kopi macam Cik Qila ni, moh le kita insoooofff dan elakkan kopi terus. Kata nak pregnant kannn. Hikhikhik.

Lagipun, pengambilan kafein semasa hamil pun tak berapa bagus kerana boleh meningkatkan risiko keguguran. Lebih-lebih lagi jika pasangan sedang dalam rawatan IVF. Dah buat rawatan mahal-mahal, takkan kita nak ambil risiko pulak kannnn?

 

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

 

sayur hijau
Sayuran berdaun hijau kaya dengan folate

Sebagai seorang isteri, kita perlu rajin pergi ke pasar untuk membeli barang basah. Jadi, apabila dalam tempoh TTC ni, amalkan beli sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, asparagus, brokoli. kailan dan sebagainya. Lebih gelap warna hijau daun tu lebih baik sebab sayur-sayuran begini amat kaya dengan folate. Folate adalah sumber semula jadi bagi asid folik. Tapi, perlu diingat, folate adalah nutrien yang larut dalam air, jadi selalunya khasiatnya akan hilang kalau dimasak dalam keadaan berkuah. Solusinya, kita topup dengan supplemen asid folik. Penting tau ambil asid folik sebelum dan semasa hamil. Boleh baca entri Cik Qila tentang Tak Suka Makan Asid Folik Sewaktu Hamil? Ini Akibatnya.

 

Tak Suka Asid Folik
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan penyakit spina bifida

Selain daripada itu, perlu juga ambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Buah-buahan sitrus adalah antara contoh terbaik selain daripada strawberi, tomato, kiwi, dan brokoli. Vitamin C membantu tubuh badan kita untuk menyerap zat besi atau iron dengan lebih baik. Penting juga amalkan pengambilan vitamin C dan zat besi di peringkat TTC, sebab bila hamil nanti, lebih banyak zat besi yang diperlukan untuk tumbesaran bayi. 

 

Pilih Ikan Yang Sesuai

 

Makanan laut adalah sumber terbaik asid lemak Omega-3. Sesetengah pakar kesuburan berpendapat, lemak yang baik mempunyai kesan positif ke atas kesuburan seseorang. Kajian ada menunjukkan bahawa diet atau pemakanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengatur semula ovulasi. meningkat kualiti ovum dan boleh juga melambatkan penuaan ovari.

Bila dah hamil pula, Omega-3 sangat bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi. Banyak juga kesan baik Omega-3 ini sewaktu kehamilan. Ini termasuklah merendahkan risiko kelahiran pramatang, pre-eklampisa dan kemurungan. Boleh baca entri Cik Qila mengenai Minyak Ikan Superfood Untuk Perkembangan Otak Bayi.

Dalam mencari sumber yang terbaik untuk asid lemak Omega-3, kita perlu berhati-hati dengan jenis ikan yang kita pilih. Ini kerana sesetengah jenis ikan mengandungi merkuri di dalam badannya. Jika diambil dalam dos yang tinggi, logam berat ini boleh mempengaruhi tumbesaran otak dan sistem saraf bayi. 

ikan salmon
Minyak ikan sebagai sumber asid lemak Omega-3

USFDA mencadangkan wanita yang ingin hamil untuk makan dua ke tiga hidangan ikan seminggu. Antara contoh ikan yang boleh diambil adalah tuna dalam tin, salmon, udang, ikan kod, talapia dan ikan keli. Walaubagaimanapun, USFDA mencadangkan supaya ikan-ikan seperti tuna putih, ikan todak, mackerel dan yu dielakkan sama sekali. Sekiranya ingin mengambil Omega-3 dalam bentuk supplemen, bincang terlebih dahulu dengan doktor anda. Boleh juga mencadangkan kepada doktor tentang minyak ikan Omega Guard dari Shaklee. Cuba lihat perbezaan Omega Guard dengan jenama minyak ikan lain di pasaran.

 

Tingkatkan pengambilan zat besi

 

Jika seseorang wanita itu mengalami haid yang heavy, wanita tersebut sangat-sangat digalakkan untuk meningkatkan pengambilan zat besi. Mengapa zat besi ini sangat penting? 

Semasa dalam proses TTC, kita perlu tingkatkan simpanan zat besi dalam badan memandangkan simpanan ini akan berkurangan setiap kali kita datang haid. Macam duit simpanan di bank. Tentunya akan makin menyusut kalau banyak sangat kita pergi “cucuk” dekat ATM, tanpa ditambah jumlah simpanan tu. Sedangkan sewaktu hamil nanti, bayi akan menggunakan sebahagian besar simpanan zat besi yang ada di badan sehingga dua kali ganda. 

Kekurangan zat besi semasa conseption bukan hanya memberi kesan kepada bayi, tapi juga memberi kesan kepada wanita atau ibu yang hamil itu sendiri. Salah satu kesannya adalah anemia semasa hamil dan kekurangan darah semasa proses kelahiran. Kalau memang dah sedia ada amalkan Vita-Lea, boleh naikkan dos kepada dua biji sehari bergantung kepada keadaan masing-masing.

 

Makanan Bijirin Penuh

 

Wanita yang ingin hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan nutrien sebanyak mungkin. Jadi, cuba gantikan makanan terproses seperti roti putih, nasi putih dan pasta dengan makanan bijirin penuh seperti oatmeal, roti bijirin penuh, beras perang dan whole wheat pasta.

Makanan seperti roti putih bukanlah mengurangkan peluang untuk hamil. tetapi makanan terproses sebenarnya telah hilang zat yang berkhasiat seperti fiber, vitamin B dan zat besi. Bagi wanita yang ada PCOS, memang perlu elakkan makanan terproses dan refined carbohydrates kerana boleh menyebabkan ovulasi yang tidak seragam.

 

Sumber protein selain daging 

 

Protein adalah salah satu sumber penting dalam diet yang sihat. Antara contoh protein adalah dari daging ayam dan daging lembu. Ikan dan makanan laut juga merupakan salah satu sumber protein. Akan tetapi, mengikut kajian yang dijalankan ke atas 18,555 orang wanita di Sekolah Perubatan Harvard mendapati mereka yang memasukkan satu hidangan protein tumbuhan seperti kekacang, pis, kacang soya atau tofu ke dalam diet seharian kurang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh masalah ovulasi. 

Kesimpulannya, amalan pengambilan makanan yang berkhasiat bukanlah sewaktu hamil sahaja tetapi perlu diterapkan sejak mula mencuba untuk hamil. Bagi yang memerlukan bacaan tambahan tentang supplemen yang diperlukan untuk get pregnant, bolehlah membaca tentang Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

 

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

TTC : 7 Tips Kekal Positif

Assalamualaikum semua. Buat apa tu? Hari ini Cik Qila nak kongsi tentang bagaimana kita nak kekal positif sepanjang tempoh TTC. Eh, apa TTC tu? Untuk yang kurang jelas, TTC bermaksud “trying to conceive” atau sedang mencuba untuk hamil. Istilah ini terpakai untuk pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan anak pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sesetengah pasangan direzekikan Allah untuk hamil dan melahirkan anak dalam tahun pertama perkahwinan. Tapi ada juga yang setelah beberapa tahun berkahwin, masih belum dikurniakan zuriat. Jadi, fasa mencuba untuk hamil inilah yang disebut sebagai TTC. Sepanjang tempoh ini, pasangan suami isteri akan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Bagi sesetengah pasangan, tempoh ini agak emosional lebih-lebih lagi untuk isteri bila mana setiap bulan masih lagi datang haid. Oleh itu, di entri ini kita akan berkongsi serba sedikit bagaimana untuk kita terus kekal positif, okay?

1. Doa dan Solat

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan untuk berdoa. Doa adalah rayuan atau permintaan seorang hamba kepada Pemiliknya. Manusia hanyalah makhluk Allah yang tiada daya dan upaya melainkan bergantung harap hanya kepada Allah semata. Solat juga adalah doa. Banyakkan solat taubat dan solat hajat memohon supaya Allah sihatkan semua sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat dan tiada jangkitan, keseluruhan tubuh akan sihat. Barulah boleh hasilkan sperma dan ovum yang sihat, InsyaAllah. Kena doa dengan yakin tau.

Selain itu, ada beberapa doa memohon zuriat yang sahih dari Al-Quran dan Hadis. Contohnya seperti yang Cik Qila sertakan di bawah ini.

 

doa nabi zakaria

 

2. Enjoy!!

Ya, betul. Kita perlu enjoy!! Perlu ada rasa seronok sepanjang proses TTC. Stres itu musuh utama dalam TTC, okay. Suami dan isteri perlu faham perkara ini. Sementara masih berdua, enjoy dengan kehidupan. Habiskan masa berkualiti berdua dengan pergi bercuti, berjalan-jalan, menonton wayang, roadtrip atau mungkin bersenam bersama-sama?

27468366-enjoy-wallpapers

 

Elakkan kepala daripada berfikir, “Lepas bersama ni, kita dapat anak tak?” No no no. Hubungan suami isteri adalah satu bentuk ibadah. Jadi, anggap sahaja kita sedang menjalankan tanggungjawab kepada pasangan dan have fun while doing it. Bila terlalu fikirkan hasil, makin stress jadinya. Ingat, perlu enjoy!!

3. Sibukkan diri

Cik Qila percaya selepas waktu subur berlalu, perasaan gundah gulana akan mula datang. Waktu ini akan ada persoalan “Period ke pregnant?” Hati akan tak tenteram nak tahu sama ada hujung kitaran ini akan period ke tidak. Betul kan? Jadi, untuk elakkan rasa gundah-gulana tak tenteram tu, lebih elok untuk kita sibukkan diri. Macam mana nak sibukkan diri?

 

hobby

 

Kita semua mesti ada hobi kan? Ada yang suka berenang, shopping, membaca, membuat kraf atau menjahit. Carilah sesuatu yang boleh mengisi masa senggang kita daripada memikirkan persoalan “Period ke pregnant?” tu. Bila kurang stress, hidup akan lebih gembira kan?

4. Menulis jurnal

Kadang-kala perasaan yang terpendam perlu diluahkan. Benar, TTC adalah satu perjalanan yang memakan masa, ada yang melibatkan kos rawatan kesuburan yang tinggi, dan menuntut beban emosi daripada kedua-dua pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi oleh kumpulan rakan-rakan atau keluarga yang tidak supportive.

journal writing

 

Cara yang mudah untuk meluahkan adalah dengan menulis jurnal sama ada dengan menulis di buku atau buat jurnal online di blog. Jika menulis blog, terpulang sama ada nak di”public”kan atau set sebagai private untuk bacaan sendiri. Dengan menulis jurnal, kita boeh merekod langkah-langkah yang telah kita ambil sepanjang proses TTC. Sebagai contoh, kita dah menulis tentang mencuba petua buah zuriat, di posting lain, kita boleh pula menulis tentang kaedah Basal Body Temperature. Lain orang lain kaedahnya dan lain pula hasilnya. Cubalah menulis, insyaAllah kurang sikit sakit kepala tu.

5. Sangka Baik Dengan Mereka Yang Berjaya Hamil

Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari daripada bertembung dengan manusia lain. Mustahil ada orang yang boleh hidup seorang diri. Kalau tiada kawan rapat, kita masih bertembung dan berjumpa dengan manusia lain di kawasan rumah, pejabat, di jalan raya dan juga pasar atau pusat beli-belah. Kita juga akan terjumpa dengan wanita-wanita hamil di pejabat dan di sekeliling kita. Janganlah pula kita tarik muka masam bila mana ada wanita hamil yang duduk di sebelah kita di dalam tren. Atau menangis bila ada adik-beradik atau ipar duai yang memaklumkan kehamilan mereka dalam group WhatsApp keluarga.

alhamdulillah

 

Sucikan hati untuk bersangka baik dengan Allah. Panjatkan kesyukuran kerana Allah beri mereka rezeki yang sangat kita mahukan. Kongsi kegembiraan mereka dengan mengucapkan tahniah atau hadiahkan kad Selamat Hari Ibu. Kalau yang hamil itu sahabat baik kita, kongsi kegembiraan dengan hadiahkan “baby shower” atau hadiah-hadiah comel yang lain.

6. Cari Kumpulan Sokongan

Salah satu cara untuk kekal positif adalah dengan dikelilingi oleh orang-orang yang positif juga. Sekarang ni, dah banyak kumpulan-kumpulan sokongan di Facebook dan forum-forum di laman web seperti Babycenter.com yang menyediakan platform untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman. Penting untuk kita ketahui bahawa bukan kita seorang sahaja yang sedang TTC dan sedang “struggle” untuk hamil. Mungkin ada yang telah berusaha lebih lama daripada kita. Aura positif dalam sesuatu kumpulan dapat dirasai dan boleh dipindahkan kepada semua ahli. Yang penting, perlu saling berkongsi dan sama-sama naikkan semangat ahli lain juga.

support group

 

7. Saling Berkomunikasi dengan Pasangan

Proses TTC melibatkan dua pihak iaitu suami dan isteri. Jika ada waktu yang sangat genting dan melibat emosi, kedua-duanya perlulah saling berbincang. Suarakan kesedihan dan elakkan memendam perasaan. Manalah tahu rupanya suami pun bersedih juga tiap kali isteri datang haid. Banyakkan komunikasi dan saling berkongsi pendapat dan perasaan antara keduanya.

communicate

 

Dah baca ketujuh-tujuh tips yang Cik Qila cadangkan tadi? Jadi, sekarang jangan sedih-sedih lagi ya. Lap sikit air mata dengan hingus yang meleleh tu. Dah boleh dah ajak suami pergi dating makan ais krim Baskin Robbins atau minum kopi Starbucks. Ingat, banyakkan berdoa dan kekal positif sepanjang masa.

Nak ikhtiar hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh baca entri Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.

Nak dapatkan produk Shaklee daripada Cik Qila atau nak bertanya cara jadi ahli dengan percuma? Hubungi Cik Qila di:

WHATSAPP : 017-264 4198

Facebook : Aqilah Rohizad

FB Page : In Love With Your Health 

 

 

Aidilfitri 2017

Bismillah. Assalamualaikum. Masih dalam mood raya ke semua? Kita dah nak masuk minggu ketiga bulan Syawal 1438H dan hujung minggu selalunya akan penuh dengan jemputan rumah terbuka. Cik Qila melepak di rumah saja. Memang dah plan sehari suntuk nak mop, vakum, lap cermin, basuh tandas dan bersihkan dapur. Dan semestinya gunakan pembersih serbaguna Basic H. Tapi, bukan itu yang Cik Qila nak ceritakan di entri ini. 

Alhamdulillah tahun ini, tahun kedua beraya selepas berkahwin. Persiapan biasa-biasa saja memandangkan Encik Zauji pergi umrah hampir dua minggu di bulan Ramadan. Sepanjang waktu tu pulak, Sis Honey duduk di kampung. Cik Qila pulak bekerja di Cyberjaya. Jadi, sepanjang dua minggu juga lah, berbuka puasa seorang diri. Bila hujung minggu, baru balik rumah Umi Ayah di Sg. Buloh. Merasa jugalah memandu sendiri dari office sampailah ke rumah Sg. Buloh dengan bantuan Waze of course. Haha. 

Macam tahun lepas juga, Cik Qila akan plan dengan Sis Honey untuk masak apa di malam raya. Tahun lepas, Cik Qila buat sambal goreng dengan dendeng daging. Sis Honey buat ayam masak merah dengan kuah lodeh. Tahun ini, Cik Qila up sikit menu buat Rendang Kerang, Kuah Lodeh dan Dendeng Daging. Gigih mintak tolong anak dara untuk tumbuk dua kilo daging. Hehe. 

Pagi hari Sabtu, Cik Qila dah mula masuk dapur. Encik Zauji pula start enjin untuk bersihkan rumah. Lap kipas, turunkan habuk dari rak buku, mop lantai, vakum, cuci toilet segala. Pendek kata. Encik Zauji mengemas rumah, Cik Qila uruskan bahagian dapur. Dendeng daging stepnya agak rumit. Kena rebus, potong, tumbuk dan goreng daging. Jadi pagi-pagi, Cik Qila mula rebus daging dan rebus nasi impit. Sambil tu, mula potong bahan-bahan untuk buat kuah lodeh. Settle rebus nasi impit, rebus cili kering pula untuk diblend dengan bawang untuk rendang kerang.

Sebenarnya sampai waktu berbuka, Cik Qila belum selesai masak lagi. Yang sempat siap kuah lodeh dengan nasi impit je. Sis Honey pun hanya siap ayam goreng dengan sambal godok. Encik Zauji punya penangan mengemas memang setiap ceruk dia bersihkan. Habis keluar semua habuk-habuk yang tersembunyi. Kita pulak memang alah dengan habuk, sudahnya dari pagi dia start mengemas sampailah ke Isya, tak berhenti hidung Cik Qila ni bersin dan selsema. Memang rasa nak bukak puasa je. Alhamdulillah, lepas buka, terus telan 3 biji Sustained Release Vita C, 1 biji Garlic Complex dan 2 biji Omega Guard. Alhamdulillah jugak, selsema terus kering dan Cik Qila fokus memasak sampai pukul 12.30 malam. Kahkahkah. Malam tu memang tidur lena tak sedar apa. Tahu-tahu saja dah pagi, kena solat dan siap-siap untuk beraya. 

Sebelum keluar rumah, Cik Qila dah transfer siap-siap semua lauk dalam Tupperware. Bahagi cukup-cukup untuk rumah Nenek Cheras, rumah puan/mak itam, dan rumah Mak Ampang. Kebetulan ummi ayah Cik Qila datang rumah malam raya tu, jadi dah tapaukan lauk untuk diorang siap-siap bawa balik ke Sg. Buloh. Ye, sebab itulah Cik Qila masak banyak. 

Settle semua, Encik Zauji jemput beserta barang-barang dan bergerak ke rumah Sis Honey. Takdelah jauh pun, lorong depan je. Haha. Tapi, memang rutin setiap pagi raya, kami akan kumpul sama sebelum bergerak pergi beraya. And our first stop is rumah nenek Cik Qila di Bandar Tun Razak. Dekat rumah nenek ni lah baru dapat bergambar raya satu keluarga.

Masam je muka anak-anak sebab dah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu kat rumah maktok. Hahaha. Jom kita layan gambar lagi.

Dengan Nenek Semah

Kali ini dengan semua adik beradik Cik Qila minus one. Adik nombor dua lambat sampai. Tengok lah punya mengendeng si Arissa Syifa tu dengan Grandma.

Cik Qila, Encik Zauji, Sis Honey

Cun tak gambar ni? Hehehe.

All in all, raya tahun ini, biasa-biasa saja. Raya kedua pulak Cik Qila beraya di Tg Karang. Encik Zauji dan Sis Honey pulak beraya di Johor. Dan hari Rabu, kami semua dah bekerja semula.

Tahun depan, nak tema baju warna apa pula ya?

LAT Fighters Tinju Retreat #1. Oh Seronoknya Bisnes !!

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

LAT Fighters Tinju Retreat #1 adalah kelas retreat pertama yang dianjurkan oleh Master Zahirah dan suaminya Master Hafizan untuk tahun 2017. Group LAT Fighters Tinju ditubuhkan oleh mereka sebagai inisiatif untuk kembangkan potensi anak cucu di bawah susur galur Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kalau sebelum ini Cik Qila ada menulis tentang kelas di Secret Group FB Team Pursuit, tapi kelas khas Master Zahirah ini bukan secara online tetapi memang betul-betul seolah-olah kita berada di dalam kelas dan pensyarah sedang mengajar di depan. Selama ini, hanya dengar nama dan baca kisah inspirasi, tapi kali ini, dapat berjumpa sendiri dan menadah ilmu dengan mata kepala sendiri. Lain sungguh auranya. 

Kelas ini diadakan di HQ Shaklee iaitu di Sunway Pinnacle pada 12 Mac 2017. Ya, kami bersungguh-sungguh keluar dari kepompong selesa untuk menuntut ilmu di hari Ahad. Sedang orang lain masih bergolek di tilam empuk memeluk anak dan suami, kami dah terpacak di lobi Sunway Pinnacle seawal 9 pagi lagi. Cik Qila memang sangat suka pergi ke kelas. Sebelum serius berbisnes dulu, Cik Qila suka sertai seminar ilmu oleh tokoh-tokoh agama seperti Yasmin Mogahed dan Nouman Ali Khan. Kini, bila nak fokus bisnes, Cik Qila kejar pula kelas-kelas oleh Masters dalam Shaklee. Kelas online lagi-lagi untuk personal branding pun Cik Qila hadiri. Contohnya, Tuan Al Irfan Jani, Cikgu June Mohd Som dan sifu Faisal Abdullah. Pendek kata, Cik Qila memang sukakan ilmu lah. Dan jika ada masa, mesti akan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. 

Jadi, apa yang Cik Qila belajar dalam kelas LAT Retreat ni?

Sesi kami dimulakan dengan soal jawab dan tips untuk berjaya. Contohnya tips untuk ubah mindset. Bagaimana kita nak melawan akal jahat dalam diri yang sentiasa berbisik kepada kita untuk hentikan bisnes. Bagaimana nak mendepani soalan-soalan dari customer. Bagaimana nak menulis storytelling berkesan di FB. Semua itu dikongsikan oleh Master Zahirah dan Hafizan juga dari leaders yang lain. Contohnya Kak Raihanah yang memberi tips tentang bagaimana menjual berbotol-botol Vivix sebulan. Dan tak lupa juga tips menjual secara offline. 

Satu yang Cik Qila kagum adalah kegigihan ibu-ibu membawa anak mereka bersama untuk join kelas. Yang bertolak seawal Subuh dari Pahang ke Sunway Pinnacle, yang memandu dari Melaka. Yang sambil mendengar tips, sambil menyusukan anak di balik tudung. Anak-nak berlari dari depan ke belakang tak kurangnya juga. Betullah kata orang-orang hebat, nak berjaya takkan ada alasan. Anak kecil pun tak menjadi alasan untuk mereka ini hadir ke kelas. 

Jom layan gambar.

dav
Cik Qila dan Master Zahirah
LAT Retreat
Doakan kami capai target kami!!
dav
Cik Qila, Master Laila, Mommy Mimie, Senior Key Codi Athirah

Jom sertai Shaklee. Hubungi Cik Qila di nombor di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat. 

WHATSAPP : 6017-264 4198

FACEBOOK : Aqilah Rohizad

FB PAGE : In Love With Your Health 

Pengedar Shaklee Balakong, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya

Special Coaching Untuk Team Pursuit

Teks dan Gambar : Aqilah Rohizad

Semalam tarikh 15 Mac 2017, Cik Qila buat sesi “coaching” khas untuk anak didik yang berada di bawah susur galur Cik Qila. Ya, dalam bisnes Shaklee, sesiapa yang berdaftar menjadi ahli di bawah seorang Shaklee Independent Distributor dan komited untuk menjana income sehingga 4-5 angka sebulan, wajar ada team yang hebat. Upline yang berwibawa dan bertanggungjawab wajib didik dan bimbing anda sehingga berjaya. Dan Cik Qila adalah salah seorang daripada SID yang berwibawa dan akan terus bertanggungjawab memberi sehabis baik untuk team Cik Qila. InsyaAllah. 

“Di mana Cik Qila jalankan kelas ni?”

Cik Qila ada satu Secret FB Group yang dibangunkan khas untuk anak cucu Cik Qila di Team Pursuit. Di dalam group rahsia itulah Cik Qila berkongsi tips untuk memulakan bisnes, tips untuk membina personaliti di FB, tips untuk melawan ketakutan dan melawan persepsi negatif dan sangka buruk dalam perniagaan. Macam-macam lagilah yang dikongsikan. Dan group tu akan sentiasa dikemaskini dengan info terbaru dari Shaklee ataupun kelas-kelas yang boleh kita sertai. Group ini bukan hanya terhad kepada mereka yang ingin fokus bisnes, tetapi sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli Shaklee dan hanya untuk “own consumption”. Bijak tau mereka ni. Walaupun tidak berminat untuk bisnes, masih lagi mendaftar jadi ahli di bawah Cik Qila untuk nikmati kelebihan-kelebihan yang customer biasa takkan dapat. Untuk kelebihan menjadi ahli Shaklee, boleh klik ni SINI. 

Berbalik kepada kelas di Secret Group tadi, kelas Cik Qila semalam menggunakan format FB Live. Mark Zukerberg dah bagi kemudahan untuk kita guna, jadi kita manfaatkanlah sebaiknya. Ada bagusnya juga. Pada pandangan Cik Qila lah, menggunakan method FB Live ini menjimatkan masa, dan seolah-olah macam bertalaqqi lutut bertemu lutut dengan anak cucu. Boleh dengar suara, boleh buat demo secara “live”. Nak dijadikan cerita, ada pula yang kata Cik Qila garang bila bersuara. Mana taknya, memek muka tak dapat nak dilihat sebab ditutup dengan niqab. Siap kata tegas dan gigih betul Cik Qila bagi tugasan semata-mata nak lihat anak cucu berjaya. Cik Qila bukan nak garang tak bertempat ye. Garang bersebab. Dan atas tanggungjawab untuk curahkan ilmu. 

Pada yang nak bersama-sama buat bisnes Shaklee dengan Cik Qila di Team Pursuit, amatlah dialu-alukan. Tapi ingat, Cik Qila bagi “warning” awal-awal. Bersedia untuk dijerit dan dicubit sepanjang proses “coaching” tau………. (“,) 

Dalam kepala dah fikir topik yang Cik Qila nak kupas dalam kelas seterusnya. Doakan kita semua berjaya dunia akhirat ya!!

Ummi Kan Keluarga 

Cerita dalam kereta petang semalam. Macam biasa, Cik Qila jemput anak-anak balik sekolah.

Syahmi : Ummi, kawan abang kan ummi ramai tinggal kat surau tu ummi. Surau Al-Amin.

Alisya : Aah ummi. Kawan saya pun ramai yang duduk Putrajaya. Diorang duduk kat presint-presint.

Ummi : Memang lah akak, abang. Kawan-kawan abang akak ramai duduk Putrajaya, sekolah kat Putrajaya. Kita ni je yang duduk luar Putrajaya tapi sekolah kat sini.

Alisya : Kenapa diorang duduk sini?

Ummi : Ye lah, mak ayah diorang kerja sini, banyak pejabat-pejabat kerajaan, dah tinggal sini, sekolah pun kat sinilah.

Syahmi : Tu lah ummi. Masa tu abang jumpa ramai kawan abang. Sebab kitorang solat maghrib kat surau masa tu. Pakai baju sekolah pulak tu.

Ummi : Kenapa boleh solat maghrib kat surau tu?

Syahmi : Abah la, bawak kitorang pergi pasar jalan-jalan balik dari sekolah. Mama pun ada. Tak sempat naj balik rumah, solat kat situ. Sekali nampak ramai kawan abang.

Alisya : Aah ummi. Abah bawak jalan pergi pasar. Masa tu satu keluarga pergi kecuali ummi.

Ummi : (Saja nak tanya soalan nakal) Emm, ummi ni keluarga tak?

Syahmi & Alisya serentak jawab : Keluarga..

Dan ummi pun senyum di sebalik niqab. 😊😊

Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?